Bab 85

Romance Completed 684540

"Hubby..what made you come home early?" soal Haifa yang berada di dalam pelukan Gibran. Jari runcingnya bermain-main di dada bidang Gibran.

"You already know why, right?" kata Gibran pula. Haifa tertawa perlahan. Kepala didongak memandang wajah Gibran.

"Of course because I miss you so much and.. happy birthday my dear honey" ucap Gibran lagi. Dahi Haifa dicium sekilas.

"Thanks hubby" balas Haifa lalu dipeluk erat tubuh Gibran.

"Erm.. You do not want to know what I got in London?" soal Gibran selepas pelukan direnggangkan. Haifa geleng perlahan.

"No need. Apa yang penting hubby dah pulang dengan selamat. Apa yang arwah nenda serahkan apda hubby, itu milik hubby. Tiada kaitan dengan honey. What I need is you hubby, I just need you, neither else" balas Haifa. Dia sayangkan Gibran bukan kerana harta dan kemewahan milik Gibran tetapi diri lelaki itu sendiri.

"I know that's will be your answer" balas Gibran. Hidung Haifa dicuit.

"But why are you still asking?" soal Haifa pula. Gibran hanya tersenyum. Pipi Haifa yang masih berkesan merah diusap perlahan. Terpamer riak marah di wajahnya.

"Hey.. it's okay. Sikit saja. Don't worry, Intan dah bubuh suspek tu sampai lembik" kata Haifa lagi. Gibran hela nafas perlahan.

"My heart aches when I see you hurt like this, honey" kata Gibran. Dikucup perlahan pipi merah Haifa. Tersenyum suka wanita itu dengan layanan Gibran.

"Dah tugaskan.." balas Haifa sambil tangan naik menutup mulut yang menguap.

"Sleepy?" soal Gibran. Haifa angguk.

"Let's sleep" kata Gibran lalu Haifa ditarik rapat ke dalam pelukannya dan dibetulkan selimut agar menutup tubuh Haifa.

"Good night hubby" ucap Haifa.

"Good night my dear honey" balas Gibran pula.

+++

"Ibu" sapa Amin sebaik melihat Haifa yang sedang berjalan menghampiri meja makan dan sebaik melihat Gibran turut berjalan mengekori Haifa, terus dijerit.

"Ayah!" jerit Amin lalu dia berlari menyerbu Gibran dan pinggang lelaki itu dipeluknya.

"Bila ayah sampai?" soal Amin setelah pelukan dilepaskan. Kepala mendongak memandang Gibran.

"Malam tadi" balas Gibran sambil mengusap kepala Amin.

"Amin, cepat sarapan. Nanti lambat pula" Puan Fazidah yang berada di meja makan bersuara.

"Baik nenek" balas Amin sambil menarik tangan Gibran dan Haifa supaya mengikutnya ke meja makan. Ceria wajahnya gembira. Laju dilabuhkan duduk di kerusi.

"Macam mana sekolah, seronok tak?" soal Haifa pada Amin yang sedang menghirup milo dalam cawan. Laju kepala diangguk.

"Seronok, ramai kawan-kawan. Semua baik-baik. Oh, ada seorang Cikgu lelaki ni dia cakap muka Amin macam anak saudara dia. Dia baik sangat. Semalam Cikgu belikan Amin nasi lemak. Sedap" suka Amin bercerita.

"Oh, iya. Siapa nama Cikgu tu?" soal Haifa. Gibran pula hanya mendengar tanpa menyampuk.

"Alah.. lupa" balas Amin sambil menggaru kepala dan ketawa.

"Ibu, hari ni ibu hantar Amin naik motor lagi ke?" soal Amin selepas mengesat bibir. Haifa yang sedang meneguk air tersedak terus jadinya. Kalut tangan mencapai tisu.

"Minum tu cuba perlahan-lahan. Kan dah tersedak" tegur Puan Fazidah. Haifa sudah senyum sumbing. Gibran pula tajam memandang Haifa tidak berkelip. Alahai Amin.. kenapa ditanya sekarang. Aduh.. Haifa toleh pandang Gibran di sisi. Mak oi, kelatnya muka dia!

"Er.. Amin. Hari ni Amin naik kereta okay, abang Akim hantarkan" balas Haifa tak karuan. Hujung matanya dicuri-curi pandang pada Gibran yang sedari tadi tegak memandangnya tanpa kelip. Masih lagi tetap memandang tidak berkalih.

"Okay.. nanti lain kali kita naik motor lagi" balas Amin lalu turun dari kerusi dan mendapatkan Puan Fazidah untuk bersalam. Kemudian pada Gibran pula.

"Best ayah.. ibu hantar Amin naik motor, ibu bawa laju.." cerita Amin sambil tangan Gibran disalaminya. Haifa sudah tidak senang duduk.

"Er.. Umii, adik pergi dulu ye" laju tangan Puan Fazidah dicapai.

"Eh, sarapan tak habis lagi tu. Nak cepat sangat kenapa?" soal Puan Fazidah sambil tangan dihulur pada Haifa.

"Ada, metting. Urgent" balas Haifa pendek. Tergeleng kepala Puan Fazidah dengan perangai Haifa.

Haifa Kemudian menghampiri Gibran lalu dilabuhkan cium di pipi lelaki itu tanpa menunggu balasan. Kecil sahaja mata Gibran tengok Haifa.

"Hubby, honey gerak dulu ya. Dah lewat" laju Haifa meninggalkan ruang makan dan terus melangkah ke arah pintu. Tanpa toleh terus dia melolos masuk ke dalam kereta.

"Mati aku! Mati aku! Amin ni pun.." Haifa bebel seorang diri di dalam kereta. Tangan pantas menarik seatbelt dan enjin kereta dihidupkan lalu menderum kereta meluncur pergi. Randy dan Raffa yang berada di luar terkaku melihat Haifa yang kelam kabut meninggalkan kawasan rumah.

"Apa dah jadi?" soal Randy. Raffa hanya angkat bahu.

"Umii, saya ke pejabat dulu" kata Gibran lalu bangun dari kerusi setelah selesai meneguk air kopi dalam cawannya. Puan Fazidah hanya angguk.

Gibran melangkah perlahan menghampiri pintu dan waktu itu Akim sudahpun beredar bersama Amin, tinggal Randy sahaja bersama Raffa yang sedang berbual.

"Randy" panggil Gibran setelah kasut disarung dan dia melangkah menghampiri Randy.

"Sir" balas Randy.

"Who allowed Haifa to send Amin to school with a motorcycle?" keras sahaja intonasinya. Raffa yang baru mengatur langkah ke arah kereta menoleh pandang pada Gibran dengan dahi berkerut.

"Er.. Puan Haifa yang nak hantarkan. Saya dan Akim dah halang" balas Randy takut-takut.

"If so, why not inform me?" marah Gibran. Tajam matanya memandang Randy di hadapan.

"Sorry Sir" ucap Randy menunduk.

"Huh! benda kecil pun tak boleh nak urus" marah Gibran lagi. Randy hanya diam membantu apabila dimarah begitu.

"Gib, kita dah lewat" panggil Raffa sambil jari telunjuk mengetuk jam di pergelangan tangannya. Sebenarnya tidak pun tetapi dia tidak mahu Randy menjadi mangsa amarah Gibran. Dengan wajah yanga tegang, Gibran berjalan ke arah Raffa lalu diloloskan masuk ke dalam kereta. Briefcase dicampak ke tepinya.

"Kau ni.. kesian budak tu. Macam la kau tak tahu Haifa tu macam mana.." kata Raffa sebaik Gibran menutup pintu kereta. Tajam dijeling Raffa.

"Cepatlah, tadi cakap dah lewat" marah Gibran. Telefon bimbit di dalam poket dikeluarkan dan mesej dihantar.

Haifa yang sedang memandu terdengar bunyi mesej di telefonnya. Kebetulan lampu trafik bewarna merah, telefon di tepi pintu diambil lalu icon whatsapp disentuh. Alamak! Gibran.

Gibran : You owe me an explanation, honey!

"Aduh.. marah sungguh ni siap tanda seru" Haifa bersuara sendiri. Baru jari mahu menaip, lampu trafik light bertukar hijau, telefon di tangan diletak kembali pada sisi pintu kereta. Terus pedal minyak ditekan dan mesej tadi terus dibiarkan tanpa dibalas.

Gibran memandang skrin telefon yang berada di dalam tangannya. Mesej yang dihantar pada Haifa sudah blue tick tapi tiada balasan. Lama dipandang tetapi masih tiada balasan.

"Kau dah kenapa?" soal Raffa pada Gibran. Muka tegang sahaja sejak dari masuk tadi hinggalah sudah sampai ke pejabat.

"Macam nak cair telefon di tangan kau tenung" tambah Raffa lagi lalu enjin kereta dimatikan.

"Nothing" balas Gibran sepatah. Dare you to ignore my message..!

+++

"Haifa, kau kenapa? dari tadi dok tenung telefon tu?" soal Intan lalu menjenguk skrin telefon Haifa. Pantas telefonnya ditelangkupkan skrin di atas meja.

"Tak ada apalah" balas Haifa malas.

"Kalau tak ada apa, dah kenapa muka monyok macam tu. Rindu Gibran ke?" soal Intan. Siapa tidak rindu suami kalau lama berjauhan begitu.

"Esok dia balik Malaysia kan. Sabar la sikit" tambah Intan lagi. Haifa yang sedang bersandar di kerusi kerjanya menjeling Intan di hadapan.

"Dia dah balik malam tadi" balas Haifa.

"Oh, dah balik. Dah tu apa masalahnya lagi?" soal Intan. Haifa menghela nafas panjang lalu ditegakkan tubuhnya.

"Gib marah aku" adu Haifa. Teletus ketawa dari bibir Intan.

"Kelakar pula aku tengok kau macam ni. Hurm... sebab kena marah dengan Gib la ni... Kau buat salah apa?" soal Intan.

"Aku hantar Amin ke sekolah naik motor je pun" balas Haifa, muram sahaja wajahnya.

"Lah.. itu je?" soal Intan. Haifa angguk laju.

"Kau ni pun.. kalau dah dia tak suka, jangan la buat. Dia sayangkan kau la tu. Lagi satu, bukan dia tak tau, kau tu bawa motor mana reti perlahan. Tak laju tak sah" bebel Intan.

"Kau ni.. cukup-cukup lah Gib dah marah aku, kau tak payahlah nak jadi nasi tambah pula" merajuk sahaja bunyi suara Haifa. Intan ketawa lagi.

"Aku nak buat apa ni Intan.." soal Haifa sambil lengan Intan digoyang-goyangnya.

"Oit.. oit.. kau ni.." marah Intan sambil lengannya ditarik dari dipegang Haifa tetapi Haifa tarik kembali dan digoyang-goyangkan semula.

"Ish.. ye.. kejap la aku fikir" marah Intan. Intan terdiam seketika sambil bersandar ke kerusi.

"Hm.. sini" panggil Intan lalu dibisikkan sesuatu ke telingan Haifa.

"Weh! kau ni biar betul" soal Haifa.

"Betul la, dah kau tanya pendapat aku kan" balas Intan bersama senyuman yang penuh 'sesuatu'.

"Ish.. biar betul kau ni" soal Haifa yang sudah tersandar. Intan di hadapannya dipandang tepat.

"Apa kau ni tengok aku macam tu?" soal Intan.

"Mesti kau pernah buat pada Caden ni.." usik Haifa. Memerah wajah Intan.

"Eh.. dah la. Kau nak ikut, buat. Kalau tak nak, terpulang. Dah la, aku balik office dulu, nak ambil beg. Nak balik rumah" kata Intan lalu bangun dari kerusi dan laju melangkah ke arah pintu.

"Oit! malu ke? mesti kau pernah buatkan. Ke balik nanti nak try pada Caden pula?" usik Haifa pula. Terkekek-kekek dia ketawa hinggalah Intan menghilang di sebalik pintu pejabatnya.

"Erm.. nak try ke tak nak? nak try ke tak nak? Ish.. dah la Haifa oi, balik. Dah pukul berapa ni" bebel Haifa sambil mengemas barang-barang miliknya untuk pulang.

(10/01/2021 @ 1745hrs)

Share this novel

Yazni Ernie
2021-01-10 22:30:51 

hi dear. tqvm. sekali update, double chapter. love u so much dear


NovelPlus Premium

The best ads free experience