Bab 26

Romance Completed 684540

"Awak.." panggil Haifa. Gibran pusing tubuhnya mengadap Haifa.

"I know, you can't accept who am I" kata Gibran.

"No!" laju saja Haifa membalas.

"Stop, honey. I know.. mana ada orang yang boleh terima tugas macam saya ni" kata Gibran lalu memusing semula tubuhnya mengadap kolam renang. Kedua tangan naik memeluk tubuh.

"No, saya tak cakap macam tu pun" kata Haifa.

"Cuma saya tak sangka, selama ni kita dekat tapi jauh" kata Haifa yang masih lagi memandang wajah Gibran. Diteliti wajah lelaki itu tapi kosong. Tidak ada apa-apa riak atau perasaan. Beku sahaja wajah itu.

"I know.. Tiga kali kita bekerja bersama secara tidak langsung" kata Gibran.

"But, that time I can't go to you and told you, I'm your husband. If i do that, you must think I'm a crazy man" kata Gibran.

"Silap hari bulan, free-free kena belasah" kata Gibran lagi. Haifa senyum sumbing.

"Selama tiga tahun saya bertugas di luar negara. Merata dunia saya pergi to settle the task. That's why I can't go home. I'm sorry honey" kata Gibran lalu memusingkan tubuhnya pada Haifa lalu ditarik tubuh itu dalam pelukannya.

"Ya, I know. You can't go home before you settle all the task, seperti apa yang ada dalam kontrak" kata Haifa lalu membalas pelukan Gibran. Haifa faham. Itu memang dah termaktub dalam SOP. Selagi tugas yang diberikan tidak selesai, mereka tidak dibenarkan pulang.

"Eh, tapi mana awak tahu saya tak kenal awak?" soal Haifa sambil menolak tubuh Gibran.

"I know.. honey tak pernah nak ambil tahu siapa bakal suami honey sebelum kita nikah kan?" kata Gibran sambil jari naik mencuit pucuk hidung Haifa. Panjang muncung bibir Haifa.

"Mana ada.." merah padam wajah Haifa sambil menunduk.

"And I know.. honey tak setuju pun dengan perkahwinan ni" kata Gibran. Wajah Haifa dipandang. Tangannya naik memegang dagu Haifa, lalu ditarik supaya mendongak memandangnya.

"I'm sorry.. hubby tau honey terpaksa terima semua ini kerana arwah walid" kata Gibran lagi. Haifa diam, kerana apa yang dikatakan Gibran memang benar.

"Tapi tu dulu.." kata Haifa berani walaupun suaranya tidak kuat tapi cukup untuk sampai ke pendengaran Gibran. Bulat mata Gibran mendengarnya.

"Maknanya sekarang, honey dah boleh terima?" soal Gibran bersama senyuman di bibir.

"Depend on your performance" kata Haifa lalu menarik wajahnya dari pegangan Gibran.

"Performance?" soal Gibran tidak faham. Tiba-tiba tersungging senyuman nakal.

"Yup, performance as a husband" balas Haifa lalu kakinya laju meninggalkan Gibran sendiri di tepi kolam. Gibran senyum lalu langkah kaki Haifa diekori. Jemari Haifa dicapai lalu disulam bersama jemari besarnya. Haifa memandang Gibran di sisi.

"Er.. macam mana awak kenal Intan?" soal Haifa. Gibran henti langkah kaki lalu tubuh dihadapkan pada Haifa.

"At that time, I don't know who is she. I only know her after I came back here. She's Caden's wife" kata Gibran sambil tangan kirinya naik mengusap wajah Haifa.

"You know Caden too?" soal Haifa tidak percaya.

"That's a long story" balas Gibran lalu dilabuhkan cium pada bibir merah Haifa tapi hanya seketika apabila tangan Haifa naik menolak dadanya.

"Sorry" kata Gibran. Wajah Haifa dipandang.

"I can't stop myself when i with you" kata Gibran lagi.

"We are still outside" balas Haifa yang sudah menunduk.

"It's is okay if we inside?" usik Gibran lagi sambil melabuhkan cium pada ubun-ubun Haifa yang bertudung. Gibran menyambung semula langkah bersama jemari Haifa yang masih dalam genggaman. Haifa hanya mengekori Gibran tanpa berkata apa-apa tapi tiba-tiba dia teringat dengan perbualan tadi. Lalu dipandang wajah Gibran di sisi.

"Awak cakap tadi, tiga tahun awak berkhidmat. Tapi enam tahun awak hilang, di mana awak berada lagi tiga tahun tu?" soal Haifa ingin tahun. Gibran tidak membalas, sebaliknya genggaman di jari semakin dieratkan. Haifa diam, dia tidak mahu mendesak. Kerja seperti Gibran banyak bahayanya dan dia faham andai Gibran tidak dapat luahkan.

"It's okay kalau awak tak nak bagitau" kata Haifa lalu memeluk lengan Gibran.

Selepas kembali ke dalam rumah, Gibran melangkah masuk ke bilik tidur manakala Haifa ke ruang tamu. Tidak lama Gibran turun semula dengan pakaian yang sudah ditukar. Kakinya melangkah menghampiri Haifa yang sedang menonton tv.

"Honey" panggil Gibran. Haifa seakan sudah sinonim dengan panggilan itu untuk dirinya terus menoleh ke aran suara Gibran. Sebaik melihat Gibran yang sudah siap menukar pakaian, Haifa melangkah menghampirinya.

"Awak nak ke mana?" soal Haifa.

"Hubby nak keluar sekejap, ada hal. Kalau lapar, honey makan dulu okay" kata Gibran sambil tangan kiri mengusap pipi Haifa.

"Anything happen, call me. Okay" pesan Gibran lalu bibir Haifa disapa sekilas. Memerah wajahnya bimbang dilihat orang lain. Gibran senyum nipis dengan tingkah Haifa.

"I'll got to go" kata Gibran lalu melangkah menuju ke pintu rumah. Sebaik kakinya melangkah keluar, Raffa telah siap menunggu di sisi kereta. Randy dan Kimi juga turut ada bersama.

"I left this house to you two. Make sure everything is under control. Anything, call me immediately" pesan Gibran.

"Okay sir" kedua mereka angguk serentak.

"Raf, let's go" kata Gibran lalu melolos masuk ke bahagian penumpang belakang. Raffa pula ke bahagian pemandu.

"Kita nak ke mana?" soal Raffa.

"Caden's hotel" kata Gibran.

+++

"Gibran"

"Caden"

Sama-sama menyapa sambil salam dihulur.

"Have a seat" kata Caden.

"Thanks" balas Gibran lalu melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Caden.

"Long time no see" kata Caden. Dia juga mengambil tempat.

"What bring you here?" soal Caden. Gibran kemudian meminta sampul dari Raffa yang berdiri di sisinya. Sampul diserahkan lalu Gibran meletakkan sampul di hadapan Caden. Caden pandang sampul di hadapannya.

"Apa ni?" soal Caden.

"Kau tengok isi dalamnya" kata Gibran. Caden capai sampul lalu isinya dikeluarkan. Berkerut dahinya lalu dihala pandang pada Gibran.

"Lucc?" soal Caden.

"Yup. Ada yang minta aku selesaikan Lucc" kata Gibran. Caden teliti dokumen yang ada, semuanya lengkap mengenai Lucc.

"Who want you to do this?" soal Caden. Tajam pandangan matanya.

"I can't told you" balas Gibran.

"What do you want in exchange?" soal Caden. Itu sudah menjadi lumrah, pasti ada sesuatu yang akan dituntut. Gibran geleng.

"I want nothing" balas Gibran.

"Maksud kau?" soal Caden tidak faham.

"Aku tak nak apa-apa. Aku cuma beri maklumat ni pada kau supaya sampaikan pada Lucc yang dia jadi target. Aku pernah selamatkan dia dulu, I know how he is" kata Gibran.

"Macam mana kau nak settle perkara ni?" soal Caden lagi.

"It's okay, aku urus sendiri" kata Gibran.

"Your wife is my wife's friend. Aku takut dia jadi sasaran pula nanti" kata Caden. Gibran senyum sinis.

"Kau kan ada" kata Gibran lalu bangun. Tangan dihulur pada Caden.

"Perlu apa-apa, just call me" kata Caden. Gibran angguk lalu terus keluar dari pejabat Caden.

Caden kembali melabuhkan duduk di kerusinya.

"Apa yang kau nak buat sekarang?" soal Carlos yang tadi hanya jadi pendengar.

"Aku kena hubungi Rick. Biar Rick yang uruskan. Cuma, aku nak kau tolong hantar orang kita untuk tengokkan Gibran's wife and their family" kata Caden. Carlos angguk lalu terua keluar dari pejabat.

+++

"Gib, betul ke apa yang kau buat ni?" soal Raffa sebaik kedua-duanya masuk ke dalam kereta.

"I don't know" balas Gibran. Pandangan dibuang ke luar tingkap.

"Aku dah tak buat kerja tu semua Raf. Lagi pun untuk apa aku ikut cakap dia" kata Gibran lagi. Raffa pandang Gibran melalui cermin pandang belakang.

"Kau nak buat apa sekarang?" soal Raffa.

"Going to the flow" balas Gibran. Raffa angguk.

Petang itu selepas selesai membantu Kak Ina menyiapkan minum petang, Haifa naik ke bilik mencari Gibran tetapi tiada begitu juga di bilik kerjanya.

"Kak Ina.. nampak Gibran tak?. Dalam bilik tak ada, dalam bilik kerja dia pun tak ada" kata Haifa pada Kak Ina yang sedang mengemas dapur. Sekejap lagi boleh minum petang.

"Oh, Sir. Kalau tak jumpa, petang-petang macam ni, di bilik bawah la tu" kata Kak Ina.

"Bilik bawah? rumah ni ada bilik bawah ke? ada apa kat situ" soal Haifa bertali arus. Kak Ina senyum.

"Ada gym. Sir selalu work out kat situ kalau petang-petang macam ni. Haifa pergi la tengok. Hujung bilik kerja tu ada lift. B1 untuk ke gym" kata Kak Ina. Haifa angguk.

Kakinya diatur menuju ke arah yang dinyatakan tadi.

"Oo.. ini lift, tak perasan. Nampak macam pintu biasa" kata Haifa. Butang ditekan dan pintu terbuka. Haifa melangkah masuk. Pada panel ada dua tingkat B1 dan B2. B1 gym, B2 ni ke mana? hm.. lain kali kita siasat ni. Haifa dah senyum senget sambil jari menekan butang B1. Tanpa Haifa sedari Gibran sedang memerhatikannya di kamera CCTV dalam gym. Gibran senyum. Ingatkan tak perasan yang dia hilang.. cari juga rupanya.

'Ting'

Haifa jenguk ke kiri. Terus nampak gym. Dinding kacanya boleh terus nampak ke bahagian dalam. Tapi Gibran tiada. Kaki Haifa melangkah perlahan dengan berhati-hati. Ialah, ini kali pertama dia turun ke sini dan dia masih belum biasa dengan rumah besar Gibran ni. Perlahan Haifa atur langkah berjaga-jaga. Tangan naik menolak pintu gym.

"Aik, Kak Ina ni.. main-mainkan aku ke? dia cakap Gibran ada kat sini" kata Haifa seorang diri sambil tangan bercekak pinggang.

"Looking for me?" bisik Gibran pada telinga Haifa. Disebabkan terkejut dengan sentuhan Gibran pada tubuhnya, automatik mode fighting on. Ditarik tangan Gibran rapat ke belakang lalu tubuh itu dibanting ke lantai, lututnya naik menggasak ke leher dan penumbuk sedia untuk dihayun. Bulat mata Gibran dengan tindakan tidak disangka Haifa. Uih, kalau kena ni.. naya.

"Sorry-sorry! kenapa kejutkan saya macam tu" Sebaik menyedari orang tersebut adalah Gibran. Terus tangan dihulur untuk membantu Gibran bangun. Walaupun lantai dilapisi foam mat tile, sakit juga belakang dihumban begitu. Huluran tangan Haifa disambut bersama senyum nakal.

"Sakit ke, sorry" kata Haifa sambil cuba membantu Gibran bangun, bukan dia yang menarik tangan Gibran tetapi tangannya pula yang ditarik Gibran hingga dia terjatuh di atas dada bidang itu. Merah wajah Haifa dengan posisi mereka sekarang, laju kedua-dua tangannya naik memegang dada Gibran yang berlapik singlet. Haifa cuba bangun tetapi semakin rapat pula Gibran menarik ke arahnya.

"Awak.." panjang sahaja Haifa memanggil.

"Saya nak bangun. Awak peluh la.." kata Haifa. Gibran tidak peduli, mata Haifa ditatap dalam. Haifa dah cuak.

"Awak jangan marah kalau hidung awak patah saya kerjakan" ugut Haifa tetapi ugutan itu seperti angin lalu sahaja. Haifa telan liur. Takut matanya mahu bertentang dengan panahan tajam mata Gibran. Haifa hanya meletak pandang pada bibir Gibran. Seksi. Agak tebal dan pink warnanya. Basah pula tu..

"You want to taste it?" soal Gibran. Dia tahu Haifa sejak tadi memandang bibirnya. Entah apa yang ada dalam fikiran isterinya itu.

"Rasa apa awak ni?!" marah Haifa, merah padam wajahnya menahan malu.

"Taste this.." sebaik ayat itu dituturkan, bibir Haifa dipaut dan sekali gerakan, Haifa sudah berubah posisi ke bawah manakala Gibran di atas. Tangan kiri Gibran menampung kepala Haifa manakala tangan kanan pula mengusap pipi Haifa bersama ciuman yang asyik. Terpejam mata Haifa menikmati urutan bibir Gibran dan kedua tangannya naik memaut leher lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience