Bab 11

Romance Completed 685014

Haifa laju, kereta di belakangnya juga laju. Haifa pandang ke hadapan, ada Balai Bomba. Zup, stereng dipulas masuk ke kawasan Balai Bomba. Kereta tadi pada mulanya mahu mengikut tetapi tidak jadi dan terus memandu melepasi pagar Balai Bomba.

"Cik.. Cik.." seorang lelaki berpakaian t-shirt bomba datang mengetuk cermin sebelah pemandu. Haifa pandang lelaki tersebut dan cermin diturunkan.

"Kenapa Cik?" soal lelaki tadi.

"Maaf, saya masuk ke sini. Tadi ada kereta yang mencurigakan ikut saya dari belakang" kata Haifa sambil membuang pandang ke arah jalan raya. Lelaki tadi turut memandang ke arah yang sama.

"Saya rasa kereta tadi dah tak ada" kata Haifa.

"Kenapa ni?" datang seorang lelaki beruniform penuh menghampiri kereta. Haifa rasa tidak manis pula bercakap tanpa keluar dari kereta. Enjin kereta dimatikan dan Haifa melangkah keluar dari kereta.

"Wahidah?" soal lelaki tadi.

"Huzaireen?" Haifa memanggil. Kedua-duanya ketawa.

"Aduh.. kecilnya dunia ni kan?" kata Huzaireen.

"It's okay Bak, my friend" kata Huzaireen.

"Okay Tuan" kata lelaki yang dipanggil Bak itu. Kemudian dia terus berlalu meninggalkan Haifa dan Huzaireen.

"Awak buat apa kat sini?" soal Huzaireen.

"Ada kerja sikit" balas Haifa.

"Eh, jomlah ke kantin, kita berbual sambil minum. Lama tak jumpa. Last masa reunion dulu" kata Huzaireen sambil mengatur langkah ke kantin dan diikuti Haifa. Sebaik sampai di kantin, anggota bomba yang ada menyapa Huzaireen.

"Tuan" sapa mereka. Huzaireen angkat tangan.

"Duduklah" pelawa Huzaireen.

"Kak Nora" panggil Huzaireen. Kak Nora pekerja kantin laju datang hampiri meja.

"Ya Tuan. Nak order apa?" soal Kak Nora sambil mengilas pandang pada Haifa.

"Siapa ni Tuan, girlfriend ke?" bisik Kak Nora tapi masih dapat didengar Haifa. Huzaireen senyum.

"Kak Nora.." panjang Huraireen memanggil.

"Ya.. ya.. order" laju Kak Nora membalas. Haifa hanya tersenyum.

"Awak nak minum apa?" soal Huzaireen pada Haifa.

"Teh 'o' ais lah" balas Haifa.

"Makan?" soal Huzaireen lagi.

"Kenyang lagi, minum je" balas Haifa.

"Teh 'o' ais dua Kak Nora" kata Huzaireen.

"Okay" balas Kak Nora lalu melangkah pergi.

"Masih suka minuman yang sama" tegur Huzaireen. Haifa senyum.

"Awak pun masih sama, panggil saya Wahidah" kata Haifa. Huzaireen senyum.

"Dah lama tugas di sini?" Haifa mulakan bicara.

"Tak lama dalam tiga tahun macam tu, sebelum ni di HQ Bukit Jelutong" kata Huzaireen.

"Awak masih bertugas macam dulu ke?" soal Huzaireen. Haifa geleng.

"Tak" balas Haifa sepatah.

"Saya dah tak buat kerja macam dulu semenjak walid meninggaldunia" sambung Haifa lagi.

"Innalillah.. maaf saya tak tahu" kata Huzaireen.

"It's okay" balas Haifa. Tidak lama Kak Nora datang menghantar air.

"Thanks" kata Huzaireen. Kak Nora hanya angguk dah berlalu pergi.

"So.. awak datang sini sebab tugas?" soal Huzaireen sambil menyedut minuman. Haifa hanya senyum.

"Kalau awak lama ada di sini, boleh kita keluar makan, minum ke?" kata Huzaireen.

"Ni, nombor saya" Huzaireen hulur kad namanya. Haifa meneliti kad nama yang diberi.

"Ketua Balai Bomba" Haifa sebut penuh. Huzaireen senyum senget.

"In sha Allah. Saya tinggal di Hotel Indah Kasturi" kata Haifa. Huzaireen angguk.

"Nanti call saya ya" kata Huzaireen.

"Awak, saya rasa, saya gerak dulu lah" kata Haifa. Air dalam gelas disedut dan tubuh dibawa berdiri.

"Oh, sorry. Saya ambil masa awak" kata Huzaireen lalu turut sama bangun.

"Eh, tak" kata Haifa sambil mengeluarkan wang dari pouch bagnya dan mahu memanggil Kak Nora. Laju Huzaireen angkat tangan.

"Tak apa, saya belanja" kata Huzaireen.

"Thanks" balas Haifa lalu menyimpan semula wang dalam pouch bagnya. Kaki diatur langkah menuju ke arah keretanya tadi lalu melolos masuk.

"Terima kasih sekali lagi" kata Haifa. Huzaireen senyum.

"Hati-hati memandu" pesan Huzaireen sambil angkat tangan dan memandang kereta Haifa keluar dari perkarangan Balai Bomba. Tersenyum Huzaireen.

"Tuan, awek ke?" soal Bak. Huzaireen tidak membalas hanya senyuman sahaja yang dipamerkan.

Haifa memakirkan keretanya di tempat parking dalam kawasan hotel. Haifa rehatkan diri seketika.

"Ingatkan boleh settle cepat.. dah keluar memancing pulak.. dah tu aku nak buat apa sehari dua ni?" Haifa berkata-kata sendiri sambil mata memerhatikan keadaan sekitar kawasan hotel.

Hm.. apa aku nak buat hari ni ya. Kalau ada kawan boleh juga berbual. Memang ada Intan tapi takkan nak kacau dia selalu. Nanti-nantilah fikir. Haifa matikan enjin kereta lalu keluar dari kerera dan melangkah keluar dari kawasan hotel. Mata memerhatikan kedai-kedai di seberang jalan untuk memilih kedai makan. Akhirnya Restoran Selera Utara dipilih. Selesai membungkus makanan, Haifa melangkah menuju ke hotel semula.

Perut dah kenyang, mata mula mengecil. Layan tidur dulu, petang nanti kita jogging di Taman Tasik Titiwangsa.

Petang itu Haifa bersiap dengan pakaian sukannya dan dengan bantuan pakcik google map, Haifa berjaya sampai ke Taman Tasik Titiwangsa. Ramai yang berkunjung ke tempat itu petang-petang begini. Setelah kereta diparking, Haifa berjalan menghampiri kawasan rumput di tepi tasik dan mulakan regangan sebelum mulakan larian. Lebih kurang sepuluh minit, Haifa mulakan dengan larian perlahan dan semakin lama semakin laju dan kelajuannya sekata. Sedang asyik berlari sambil menikmati permandangan dan gelagat pengunjung, entah macam mana kakinya tersadung hujung kasut sendiri. Tanpa persediaan Haifa sudah pejam mata untuk merasai impak permukaan yang keras tapi tiada. Apa yang dia rasa ada sepasang tangan elok melilit pinggangnya. Laju mata dibuka.

"Awak!" Haifa terkejut.

"It's me!" balas Gibran yang juga dalam pakaian sukan. Basah t-shirt slim fit yang dipakai hingga menampakkan tubuhnya yang sasa. Auw.. seksi la pulak! Haifa.. ramai orang ni..

"Eh.. lepas lah" Haifa cuba melepaskan diri. Beberapa pasang mata sibuk menjadi CCTV memerhatikan mereka berdua. Gibran yang juga tidak mahu menjadi tumpuan, terus melepaskan pelukan di pinggang Haifa. Merah padam wajah Haifa. Tanpa menoleh Haifa meneruskan lariannya, Gibran tak mengalah lalu pantas mengejar Haifa. Haifa toleh ke belakang dan dapati Gibran masih mengekorinya. Langkah kaki dihentikan.

"Why did you follow me?" soalnya pada Gibran.

"I'm not" balas Gibran yang turut sama berhenti di sisi Haifa sambil membuat beberapa regangan.

"I'm not" Haifa mengulanginya siap dengan memek muka.

"This is a public place, right" balas Gibran selamba.

Haifa mendengus sambil menjeling pada Gibran lalu meneruskan lariannya. Kali ini dia tidak peduli samada Gibran mengikutnya atau pun tidak. Berpeluh-peluh Haifa, dua pusingan Taman Tasik Titiwangsa itu ditawafnya dan akhirnya dia berhenti di tepi tasik berhampiran pondok rehat. Kepala menoleh kanan dan kiri. Aik, tak ada? Lega..

"Looking for me?" soal Gibran rapat di telingan Haifa. Terangkat bahu Haifa kerana terkejut.

"Ish dia ni. Perasan, siapa cari dia tah" Haifa jeling.

"Orang cari an'ne jual aiskrim" tambah Haifa lagi.

Haifa.. Haifa.. kalau ya awak cari saya, tak salah pun..

"What are you doing here?" soalnya pada Haifa yang memandang tegak ke tengah tasik.

"None of your business" balas Haifa malas.

"Cari suami ke?" bisik Gibran. Laju Haifa toleh ke sisi. Menyesal pulak bagitau hari tu.

"Sibuklah" marah Haifa lalu toleh seketika pada Gibran yang berdiri di sisinya sambil mengesat peluh di wajahnya dengan tuala kecil. Tanpa dipelawa, Gibran merampas tuala dari tangan Haifa lalu mengesat peluh pada wajah, leher dan lengannya pula. Bulat mata Haifa. Dia ni dah kenapa? Tanpa rasa bersalah, tuala tadi disangkut ke lehernya.

"Awak ni tak malu ek" kata Haifa sambil memerhati Gibran yang selamba berdiri di sisinya.

"For what?" soal Gibran.

"Ish, dah la.. saya nak balik. Malas nak layan" kata Haifa lalu membuka langkah.

"Your towel" jerit Gibran.

"Simpan je la buat pekasam" Haifa jerit semula. Gibran senyum suka.

Kasar sahaja Haifa masuk ke dalam kereta. Pintu kereta dihempas kuat. Macam tak ada orang lain dalam dunia ni, apasal boleh jumpa dia pulak. Mengomel-ngomel Haifa dalam kereta sambil hidupkan enjin. Tiba-tiba daun pintu kereta sebelah penumpang hadapan di buka dan masuk seseorang yang sangat dia kenali.

"Eh.. eh.. eh.. awak buat apa ni?" soal Haifa.

"Going home" selamba Gibran membalas. Haifa dah naik tangan ke dahi. Kepala tak pening dah mula naik pening.

"Awak ingat kereta saya ni Grab?" marah Haifa. Gibran buat tak tahu sambil menekan power on pada radio.

'Pap'

Tangan Gibran ditampar Haifa. Bulat matanya memandang Gibran. Kecik besar kecik besar je dia ni aku tengok. Hilang sabar nanti ada juga yang tenggelam tengah tasik tu nanti.

"Sampai hati nak tenggelamkan saya tengah tasik" kata Gibran sambil memandang tepat anak mata Haifa. Tangan Haifa naik menutup mulut. Aku cakap kuat ke tadi?

"Awak nak apa sebenarnya ni.. saya nak balik la.." Haifa sudah lembut suaranya. Gibran tidak membalas. Telefon Gibran berbunyi, di skrin terpapar nama Raffa. Laju icon hijau digesek.

"Okay, i'm coming" balas Gibran. Haifa hanya diam di sisi tidak berbunyi. Selesai bercakap di telefon, Gibran membuka pintu kereta lalu melolos keluar dan sebelum daun pintu ditutup, Gibran menunduk memandang Haifa.

"Take care and be careful" pesan Gibran lalu dia melangkah pergi. Haifa termangu. Pelik la dia ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience