Bab 79

Romance Completed 684982

"Uncle" panggil Gibran. Tiada sahutan. Gibran panggil lagi tetapi masih sama. Sudahnya mesyuarat yang sepatutnya untuk bincangkan projek baru terhenti di situ tanpa keputusan.

"Naz, kau keluar dulu" kata Gibran pada Naz. Naz bangun lalu terus keluar dari pejabat Gibran. Wajah Megat Afiq di hadapannya diperhatikan, ada sesuatu pada raut tua itu. Ada kaitan dengan kejadian di kelab tempoh hari ke? Ingin juga dia bertanya samada Megat Afiq mengenali Micheal tetapi bimbang disalah erti pula nanti. Tengok pada keadaan Milia seperti dia terpaksa mengikut Micheal cuma tidak pasti apa yang menyebabkan keterpaksaan Milia berbuat demikian. Milia walaupun agak liar dan selalu mengunjungi kelab tetapi apa yang dia tahu Milia tidak pernah mengambil minuman keras ataupun terlibat dengan dadah. Mujur juga Danny pantas bertindak, jika tidak entah apa yang bakal berlaku pada Milia tempoh hari.

"Gib" panggil Megat Afiq bersama tepukan pada tangan lelaki itu.

"Ya, Uncle" balas Gibran. Eloklah, tadi Megat Afiq yang dah terbang tinggi ni kau pulak hilang ke tempat lain.

"Banyak kali Uncle panggil tapi Gib tak dengar. Dah sampai mana?" soal Megat Afiq dengan senyuman besar di bibir.

"Ingat isteri ke?" soal Megat Afiq. Tersengih Gibran bila ditanya begitu. Dagu tak gatal digaru perlahan. Isteri? berubah wajah Gibran.

"Tak payah lah buat muka macam tu. Uncle dah tahu, semalam Uncle ke hospital melawat daddy" terang Megat Afiq. Oh, daddy yang beritahu..

"Sorry Uncle, bukan Gib tak nak terus terang" kata Gibran serba salah. Megat Afiq geleng perlahan kepalanya.

"Tak ada apalah. Uncle tahu, Gib dari dahulu lagi tak ada hati pada Milia. Tak usah fikir, yang penting Gib gembira." kata Megat Afiq.

"Thanks Uncle, cuma.." ayat Gibran tergantung.

"Cuma apa?" soal Megat Afiq. Wajah Gibran dipandang inginkan jawapan.

"Uncle, is there any problem?" soal Gibran.

"Why do you ask?" soal Megat Afiq kembali.

"Metting tadi, you did not focus during the discussion earlier. Ada apa-apa yang berlaku ke?" soal Gibran ingin tahu.

"Anything can I help?" soal Gibran lagi. Megat Afiq hela nafas panjang. Wajah tuanya diraup perlahan.

"Uncle pun tak tahulah Gib. Milia sejak semalam, sudah jarang nak keluar bilik. Asyik berkurung saja. Bila uncle atau auntie tanya, cuma digeleng kepala. Makan pun tak. Hari ni datang office tapi sekejap sahaja, lepas tu dah nak balik rumah" balas Megat Afiq. Terpapar riak bimbang. Gibran tarik nafas panjang.

"Uncle nak Gib jumpa dengan Milia?" soal Gibran. Megat Afiq yang tertunduk tadi mendongak pandang pada Gibran.

"Boleh ke?" soal Megat Afiq pula. Gibran senyum senget.

"Thaks Gib" ucap Megat Afiq.

"Er.. Do you know Micheal?" terkeluar juga soalan itu dari bibir Gibran. Megat Afiq yang sedang bangun berdiri terus tegak tubuhnya mengadap Gibran.

"Micheal yang mati kena tembak di kelab tu? That Micheal?" soal Megat Afiq. Gibran angguk.

"Uncle tak kenal, why do you ask?" soal Megat Afiq sambil membetulkan suit di tubuh.

"Nothing" balas Gibran sepatah.

"Kalau tak ada apa-apa, petang nanti Gib singgah rumah Uncle" kata Gibran. Tangan dihulur bersalam. Megat Afiq dihantar hingga ke pintu pejabatnya.

+++

"Raff, tomorrow we stop by Uncle Megat's house. I want to meet Milia." kata Gibran sebaik melolos masuk ke bahagian penumpang belakang. Raffa yang sedang memakai seat belt toleh pandang ke belakang dengan dahi berkerut.

"Kau nak jumpa Milia buat apa?" soal Raffa kemudian ditoleh semula ke hadapan sambil enjin kereta dihidupkan.

"Milia's not well" balas Gibran sepatah.

"Tak sihat macam mana? itu hari elok je datang ke kelab" Raffa membalas sambil memandu keluar dari kawasan pejabat.

"Uncle bagitau, Milia asyik berkurung dalam bilik. Makan pun tak, datang pejabat pun sekejap lepas tu balik" terang Gibran sambil membuang pandang ke luar tingkap kereta.

"Dah tu, apa kena mengena dengan kau pulak?" soal Raffa tidak puas hati. Dijeling Gibran melalui cermin pandang belakang. Gibran hela nafas panjang.

"It has nothing to do with me but I feel sorry for Uncle Megat" balas Gibran. Raffa geleng kepala.

"Kau ni.. nanti Milia tu ingat kau masih sayangkan dia lagi. Jangan cari bala la Gib.." nasihat Raffa. Bukan tidak tahu bagaimana perangai Milia tu. Buat datang perangai gila dia nanti, entah apa pula yang dibuatnya. Gibran hanya diam tidak membalas. Bukan Gibran tidak fikirkan apa yang Raffa katakan itu tetapi melihat pada wajah Uncle Megat tadi, timbul rasa belas pada orang tua itu.

"Okay.. aku hantar dan aku ikut sekali kau jumpa Milia" kata Raffa. Keras suaranya berbunyi. Gibran pula hanya diam tidak membalas.

+++

"Hubby.. kenapa ni?" soal Haifa lalu tangannya naik melilit pinggang Gibran yang tegak berdiri di tepi kolam renang. Selepas selesai mengemas makan malam tadi, Haifa lihat Gibran sudah hilang. Tiada di ruang makan, ruang tamu dan bilik. Rupa-rupanya di sini, di tepi kolam.

Gibran yang menyedari kehadiran Haifa terus menarik wanita itu ke dalam pelukannya dan ubun-ubun Haifa di cium lembut.

"Nothing" balas Gibran sepatah. Haifa dongak sedikit memandang wajah Gibran. Tau sangat kalau raut wajah begini, pasti ada sesuatu yang mengganggu.

"What?" soal Gibran apabila Haifa asyik memandangnya tidak berkelip. Haifa tidak membalas, mata kelabu Gibran dipandang tepat. Gibran mengalah. Tangan kiri naik meraup rambut bersama helaan nafas perlahan. Diceritakan perihal apa yang berlaku pada Milia kepada Haifa.

"So.. I think I want to see her" tambah Gibran. Haifa hanya diam dalam pelukan Gibran, kepalanya esok disandarkan pada leher lelaki itu. Lama Haifa diam tidak membalas. Kedua tangannya yang berada di belakang tubuh Gibran digenggam kuat. Kalau ikutkan rasa hatinya sudah ditolak Gibran ke dalam kolam.

"Honey.." panggil Gibran. Wajahnya ditundukkan sedikit mencari wajah Haifa.

"Okay.. If you don't like it, it's okay, I won't go but do not be silent like this" pinta Gibran. Serba salah pula jadinya apabila Haifa diam membisu.

"Ah.. honey.. I'm sorry" kata Gibran lalu direnggangkan tubuhnya dengan Haifa.

"I want to go inside, I'm sleepy" balas Haifa lalu ditinggalkan Gibran sendirian di kolam. Perlahan diatur langkah menuju ke pintu sliding dan terus menuju ke bilik tidur. Sakit rasa dadanya apabila Gibran masih ambil berat pada Milia selepas apa yang Milia cuba lakukan padanya di hospital sebelum ini. Mungkin dia tidak patut bangun..

"Arghh!! shit!" marah Gibran sendiri. Tidak menunggu lama, Gibran pantas mengekori langkah Haifa masuk ke dalam bilik tidur. Masuk sahaja dalam bilik tidur, dapati Haifa sudah berbungkus di dalam selimut. Gibran menutup rapat daun pintu dan melangkah ke arah bilik air dan tidak lama dia keluar semula sambil mengeringkan wajah. Tuala kecil digantungkan di penyangkut. Perlahan dipanjat naik ke atas katil dan menyusup masuk di bawah selimut. Haifa yang baring dalam keadaan mengiring membelakanginya ditarik rapat ke dalam pelukan. Tiada reaksi dari Haifa, kaku sahaja. Senak dada dihimpit rasa.

"Honey.. I'm sorry.. I'm sorry.. I wont go" bisik Gibran di telinga Haifa. Haifa diam tidak membalas.

+++

Pagi itu Haifa bangun seperti biasa menyiapkan sarapan Gibran tetapi suasana suram sahaja, tidak ceria seperti selalu. Haifa tetap menemani Gibran bersarapan walaupun bibir rapat terkunci. Gibran serba salah.

"Honey.." jemari Haifa di atas meja dicapai. Haifa tayang wajah tidak beriak.

"Honey.. Don't be like this" Gibran bersuara. Haifa toleh pandang pada Gibran.

"Like what?" soal Haifa. Mendatar sahaja suaranya, tanpa rasa. Lagilah Gibran rasa bersalah.

"You'll be late if you don't go now." kata Haifa. Jemarinya ditarik dari pegangan Gibran lalu dia bangun menuju ke ruang tamu dan berdiri di laluan ke pintu keluar. Briefcase yang ada di meja kopi dicapai.

"Saya nak keluar jogging" kata Haifa sebaik Gibran menghampirinya. Briefcase dihulur dan disambut Gibran. Dagu Haifa ditarik dan dilabuhkan cium pada dahi Haifa.

"Okay honey. Hann will.." Gibran bersuara tetapi hanya separuh apabila dipintas Haifa.

"No need" ayat Gibran dipotong.

"Okay" balas Gibran lalu perlahan dia melangkah ke arah pintu. Daun pintu ditarik perlahan dan tubuhnya hilang di sebalik pintu.

Raffa yang bersandar di pintu kereta terus melolos masuk sebaik melihat Gibran sedang melangkah ke arahnya. Tanpa sapaan, Gibran terus melolos masuk ke bahagian penumpang belakang. Raffa pandang Gibran melalui cermin pandang belakang. Apa lagi yang tak kena ni..

"Gib" panggil Raffa. Gibran yang sedari tadi hanya diam di belakang.

"Kau dah kenapa?" soal Raffa. Gibran hanya diam.

"Gaduh dengan Haifa ke?" soal Raffa lagi. Gibran masih diam lagi.

"Hurm.. ni mesti pasal Milia la ni. Aku dah cakap kan.. tak payah la nak ambil tahu lagi pasal dia. Takkan kau tak ingat apa yang dia buat pada Haifa di hopsital tu!" tinggi suara Raffa.

"Milia dah cukup dewasa, dia ada keluarga sendiri. Kau tak payah nak sibuk ambil tahu." marah Raffa lagi. Sudahnya sampai ke pejabat Gibran hanya membisu.

"Morning Sir" sapa Nelly apabila Gibran berhenti di hadapan mejanya.

"Er.. Sir" Nelly teragak-agak mahu bersuara.

"Yes Nelly" tegak Gibran memandang Nelly. Raffa yang berada di sisi Gibran juga sudah memandang Nelly.

"Cik Milia ada dalam pejabat Sir" keluar juga ayat dari bibir Nelly.

"What?" soal Gibran tidak percaya. Raffa juga sudah bulat matanya. Baru tadi bercakap mengenai Milia, sudah sampai orangnya di pejabat.

"Macam mana boleh ada dalam pejabat?" soal Raffa. Tinggi suaranya.

"Tadi masa cleaner nak tutup pintu pejabat, Cik Milia terus masuk. Tak sempat nak buat apa-apa?" terang Nelly.

"Dia nak apa?" soal Raffa. Gibran pula sudah melangkah ke arah pejabatnya. Serabut semalam tak habis lagi, tambah lagi pagi ni. Kau sengaja cari nahas Milia, jangan ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat. Raffa yang melihat Gibran sudah meninggalkannya laju mengekori Gibran tanpa sempat Nelly membalas.

"Gib" lengan Gibran dipegang. Gibran terhenti langkah dan menoleh ke arah Raffa di belakang. Tegang sahaja wajahnya.

"Kau nak buat apa?" soal Raffa.

"Gib.." suara Milia berbunyi.

"Daddy bagitau you nak datang tapi sampai malam I tunggu you tak datang, jadi pagi ni I datang la sini" Milia bersuara manja sambil memaut lengan Gibran. Raffa sudah bulat matanya memandang Milia.

"Let go of my arm" kata Gibran sambil menarik lengannya.

"Gib.." Milia sudah merengek.

"Eh, kau nak apa datang sini? ha!" soal Raffa.

"I bukan datang nak jumpa you la. sibuk!" balas Milia. Memerah wajah Raffa. Kalau tidak mengenangkan Milia ni perempuan, dah lama dilayangkan penumpuk ke wajah plastik tu.

Gibran memegang lengan Milia lalu menarik wanita itu ke dalam pejabatnya.

"Raff, apahal?" soal Naz yang baru sampai

"Milia" kata Raffa sepatah.

'Bang' bunyi benda keras menghempas lantai. Kelam kabut Raffa dan Naz berlari masuk ke pejabat Gibran. Pantas daun pintu dibuka.

"Gib!" Raffa dan Naz bersuara serentak.

(27/12/2020 @ 1808hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience