Bab 67

Romance Completed 684982

"Raff, prepare as we have discussed before" kata Gibran. Raffa angguk faham lalu terus bangun meninggalkan Gibran dan Haifa di ruang tamu.

"Apa yang hubby nak buat?" soal Haifa ingin tahu. Wajah Gibran dipandang.

"Honey tak perlu fikir. Now, you must eat. Mesti laparkan?" soal Gibran yang sudah berdiri. Tangannya dihulurkan pada Haifa. Haifa dongak memandang Gibran. Nafas dihela perlahan, lalu dibawa tubuhnya berdiri. Gibran memulakan langkah dan diekori Haifa dari belakang. Erat pegangan Gibran di jemarinya.

"Hubby.. tell me, what's your plan?" pinta Haifa. Gibran tidak membalas, sebaliknya mendudukkan Haifa di bar stools. Soalan Haifa dibiarkan tanpa jawapan. Tangannya pula lincah menyendukkan spaghetti ke dalam pinggang lalu disorongkan ke hadapan Haifa.

"Honey makan, okay" kata Gibran bersama senyuman di bibir. Haifa tidak membalas sebaliknya wajah Gibran dipandang tidak berkelip. Makanan di hadapannya tidak disentuh. Nafas kasar dilepas Gibran lalu dilabuhkan duduk di sisi Haifa.

"I don't want you to worry. This is between me and Morgan" Gibran bersuara. Jemari kanan Haifa dicapai lalu dibawa ke bibir dan dikucup lembut.

"I know.. at least, tell me what you planning about this" pinta Haifa lalu tangan kirinya naik mengusap pipi Gibran.

"Morgan pasti akan lakukan sesuatu selepas ini dan apa yang pasti, hubby tak akan beri peluang lagi pada Morgan. I do not hesitate to eliminate him for the safety of my loved ones!" keras suara Gibran berbunyi, terbias rasa marah pada matanya.

"Honey jangan bimbang, I have my man and support from the person I believe. Apa yang penting, kesihatan honey." kata Gibran.

"Now.. honey makan okay" pujuk Gibran sambil melabuhkan cium pada dahi Haifa dan mahu bangun tetapi lengannya ditarik Haifa. Wajah tidak dimengerti dipamer.

"Teman honey makan" pinta Haifa. Gibran tersenyum. Alahai..

"Okay. Sini hubby suapkan" kata Gibran lalu dilabuhkan kembali duduknya. Garfu dicapai. Haifa pula laju anggukkan kepala dan menanti suapan dari Gibran. Sudahnya habis sepinggan dikongsi bersama.

+++

"Hubby" sapa Haifa apabila melihat Gibran yang sudah lengkap berkemeja dan tali leher untuk ke pejabat. Haifa yang berada di birai katil terus melangkah ke arah Gibran bersama senyuman manis.

"Honey" balas Gibran lalu bibir Haifa disapa sekilas.

"Honey okey tinggal seorang di rumah?" soal Gibran bimbang. Pinggang ramping Haifa dipeluknya. Kedua tangan Haifa pula terletak elok di dada bidang lelaki itu.

"Okay.. no worries" balas Haifa sambil kepala diangguk. Berat rasa hati Gibran mahu meninggalkan Haifa di rumah.

"Hubby jangan la risau sangat, anything happened, I call you. Okay?" kata Haifa. Dagu Gibran dicium lembut. Terpejam mata lelaki itu.

"Erm.. tak nak pergi kerjalah macam ni.." ucap Gibran. Pelukan di pinggang Haifa makin erat.

"Hey, jangan nak mengada. Nak buat apa duduk di rumah?" Haifa marah manja. Gibran senyum senget.

"Buat apa?" soal Gibran. Wajahnya sudah dirapatkan ke wajah Haifa. Laju tangan Haifa naik menutup wajah Gibran.

"Dah.. dah.. jangan nak macam-macam" laju Haifa berkata. Bukan boleh dilayan Gibran ni. Tiba-tiba Gibran ketawa lepas.

"I will wait until you're well, baby" bisik Gibran. Memerah wajah Haifa. Pelukan di pinggang Haifa dilepaskan. Briefcase di atas meja diambil lalu langkah diatur ke arah pintu. Sebelum pemegang pintu ditarik, Haifa ditoleh bersama senyum senget.

"Honey" panggil Gibran.

"Hah? ya.. ya.." laju Haifa menyahut. Tergeleng Gibran dengan tingkah Haifa.

"Please bring my coat" pinta Gibran. Haifa yang masih berada di tempat tadi terus menonong laju melangkah ke arah Gibran dan terus mengekori ke luar bersama coat yang disangkut di lengannya dan diserahkan pada Gibran. Raffa yang berada di luar buat-buat tidak nampak sahaja tingkah pasangan itu.

"Take care honey. Call me okay" pesan Gibran di muka pintu. Haifa angguk. Bibir Haifa disapa. Bulat mata Haifa sambil menjeling pada Raffa yang berdiri mengadap ke luar. Memerah wajahnya. Gibran hanya senyum senget.

+++

"Morning Sir" sapa Nelly.

"Morning. Anything for me today?" soal Gibran yang tegak berdiri di hadapan meja Nelly. Nelly yang memegang Ipad di tangan laju memeriksa.

"Just one Sir, at three pm, metting with Tuan Megat Afiq" balas Nelly. Gibran tayang wajah pelik.

"Uncle Megat?" soal Gibran.

"Projek dah finalkan? ada masalah ke?" soal Gibran.

"Bukan sebab projek, but personal" balas Nelly.

"Hm.. okay. Thanks Nelly" balas Gibran lalu melangkah ke arah pejabatnya. Daun pintu dibuka dan briefcase di letakkan di kabinet belakang. Dilabuhkan duduk di atas kerusi. Fail yang bersusun dipandang. Satu-satu fail dicapai dan disemak.

'Tok tok tok'

Kepala yang asyik menunduk memandang fail didongak. Berpinar rasa mata.

"Come in" suara Gibran berbunyi. Daun pintu terbuka, terjengul wajah Naz di celah pintu.

"Sir, lunch time" kata Naz.

"Lunch?" soal Gibran. Mata dilirik pada jam di pergelangan tangan. Sudah jam satu petang. Tidak sedar masa berlalu dengan pantas.

"Okay, give me five minute" kata Gibran. Naz anggukkan kepala lalu daun pintu dirapatkan semula. Gibran memicit lehernya yang lenguh dan kepala ditolehkan ke kiri dan ke kanan. Tersandar dia ke belakang dengan mata yang terpejam. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Pantas tangan mencapainya dan skrin dipandang.

"Daddy?" icon hijau digesek.

"Daddy" Gibran menyapa.

"What are you hiding from Daddy and Mummy Gib?" soal Tan Sri Eusof. Berkerut dahi Gibran.

"Hiding? what are you talking about, Daddy?" soal Gibran.

"Your sister, Sandra Armine" balas Tan Sri Eusof. Mendengar sahaja sebaris nama tersebut membuatkan jantung Gibran berdegup kencang.

"Huh! Morgan is it?" soal Gibran. Terus berdiri tegak Gibran dari duduknya. Shit! Morgan!

"Don't blame someone else. Come here now and bring her with you. And your wife too! I'll send you location!" keras suara Tan Sri Eusof memberi arahan. Tanpa salam, talian terus diputuskan.

"Argghhh!!" kuat suara Gibran bergema di dalam biliknya. Naz yang masih berada di luar tanpa ketukan terus menyerbu masuk. Tegang dilihat wajah Gibran. Memerah telinganya menahan marah.

"Sir" sapa Naz.

"Cancel our lunch, we going to meet my parents" kata Gibran. Nombor Raffa terus didail.

"Raf, bring Haifa to my office now!" Gibran bersuara sebaik Raffa menyambut panggilan. Setelah talian dimatikan, nombor Sand pula didail.

"Hello, adik" Gibran memula kata.

"Daddy and Mummy want to see you now. I'll send you location" kata Gibran terus.

"Daddy and Mummy?" soal Sand di sebelah sana. Dia belum bersedia untuk bertemu kedua orang tua mereka.

"Why so sudden?" soal Sand tidak mengerti.

"Morgan!" balas Gibran sepatah. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah.

"Okay, adik faham" balas Sand.

"I'll be there" balas Sand.

"Get ready Armine" Gibran memberi amaran.

"I know" balas Sand.

"Thanks" kata Gibran lalu talian dimatikan.

Tidak sampai setengah jam, terjengul Raffa dan Haifa di pejabat Gibran.

"Hubby, what's wrong?" soal Haifa sebaik mendapatkan Gibran yang sedang duduk di sofa di dalam pejabatnya.

"Honey, let's go. I tell you later" kata Gibran. Jemari Haifa digenggam dan kemudian terus berdiri. Haifa yang tidak tahu apa-apa terus mengekori Gibran berjalan keluar dari pejabat hingga ke lift. Dalam perjalanan tadi sudah dia tanyakan pada Raffa tetapi Raffa juga tidak tahu apa yang terjadi.

"Naz, Raff. Do it like what I told you before" kata Gibran. Kedua lelaki itu angguk serentak.

"Aku dapat rasa, dia ada agenda sendiri" kata Gibran. Haifa yang berada di sisi Gibran hanya memandang tingkah ketiga-tiga lelaki tersebut tanpa memahami apa yang berlaku. Ingin ditanya lagi pada Gibran tetapi melihatkan pada wajah Gibran yang tegang begitu, tidak jadi dia mahu teruskan niatnya. Pasti sesuatu yang besar telah berlaku tapi apa? Ah.. dia pula serabut.

'Ting'

Pintu lift terbuka, keempat-empat mereka laju melangkah masuk. Tidak lama sampai di basement. Raffa berlari-lari anak mendapatkan kereta manakala Naz tegak berdiri di sisi Gibran. Tidak lama sebuah kereta hitam berhenti di hadapan mereka. Naz bukakan pintu buat Gibran, Gibran dahulukan Haifa. Pantas Haifa melompat masuk. Di bahagian pemandu, Raffa sudah bersedia untuk teruskan pemanduan. Naz pula terus melolos masuk ke bahagian penumpang hadapan. Di belakang mereka ada dua buah lagi kereta hitam. Pasti orang-orang Gibran.

"Sir" Naz menghulurkan pistol walter yang sudah tersarung di dalam holster bersama dua magazine. Bulat mata Haifa memandang. Tidak lama Naz menyerahkan sepucuk pistol jenis Baretta bersama magazine pula padanya.

"Take this. I don't know what will happen but I'm sure we need this" kata Gibran pada Haifa. Tangan menyambut juga huluran Naz walaupun dalam kepala macam-macam soalan dan pertanyaan yang muncul tetapi tiada jawapan. Gibran menghela nafas kasar.

"Honey, I'm sorry. I drag you again in this situation" ucap Gibran. Haifa yang sedang memakai semula jaketnya setelah menyarung chest holster bersama senjata tadi memandang wajah Gibran yang nyata serba salah.

"It's okay. But can you tell me what's going on?" soal Haifa ingin tahu.

"Honey tahukan Daddy and Mummy it's here" Gibran mulakan kata. Haifa angguk dan memberi tumpuan penuh pada Gibran di sisinya.

"Morgan told them about Armine and I don't think he told them about her without nothing in he mind. They want to see Armine and you now" terang Gibran. Haifa angguk.

"Tapi, untuk apa senjata semua ni? kita nak jumpa Daddy, Mummy dan Sand kan?" soal Haifa tidak mengerti.

"Ya, but my instinct feel is that something will happen later" kata Gibran. Jemari Haifa digenggam erat.

"Sorry again honey" tambah Gibran lagi. Haifa geleng perlahan.

"It's okay" balas Haifa. Genggaman tangan Gibran dibalas.

(08/12/2020 @ 1628hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience