Selesai makan malam, Haifa menonton tv di ruang rehat manakala Gibran pula berada di bilik kerjanya. Plat tempoh hari ditilik lagi. Memang tak syak, BoE adalah singkatan bagi Bank Of England dan nombor di belakang plat itu mungkin nombor safebox. Dia perlu ke sana untuk mengesahkannya.
Tok tok tok
Daun pintu bilik kerjanya terbuka dan muncul Haifa sambil tersenyum.
"Hubby buat apa?" soal Haifa. Kaki melangkah menghampiri meja kerja Gibran.
"Apa ni?" soal Haifa apabila melihat satu plat kecil di tangan Gibran. Gibran dongak memandang Haifa.
"Plat ni dari loket Armine dan loket yang diserahkan oleh nenda pada hubby" kata Gibran sambil menarik Haifa untuk duduk di ribaannya.
"Dari loket?" soal Haifa pelik sambil melabuhkan duduk. Gibran angguk.
"Ya, dalam loket. Hubby pun tak tau yang plat ni wujud. We knew about this plate when I met Armine at the hotel that day." terang Gibran.
"May I?" soal Haifa. Gibran menyerahkan plat tersebut pada Haifa. Haifa meneliti plat di tangan. Kemudian dahinya berkerut.
"BoE? bukan Bank Of England ke?" soal Haifa. Gibran terkejut, sekali pandang Haifa sudah dapat mengagak.
"How do you know?" soal Gibran.
"I just guess. Why, is that true?" berubah wajah Haifa.
"I think so but I'm not sure" balas Gibran.
"Sand tau pasal ni?" soal Haifa yang selesa berada di ribaan Gibran.
"She's know tapi belum pasti apa sebenarnya makna nombor dan tulisan pada plat ni. Untuk kepastian hubby perlu ke sana" balas Gibran. Haifa serah semula plat pada Gibran lalu disimpan semula ke dalam bekas.
"Hubby nak ke London?" soal Haifa. Gibran senyum.
"You want to accompany me?" soal Gibran sambil menggeratkan pelukan pada pinggang Haifa.
"Erm.. entah. Orang tu nak ke kalau kita temankan dia..?" Haifa sengaja main teka teki. Gibran ketawa kecil lalu bibir merah Haifa disapa.
"Of course, I want" balas Gibran.
"Kita boleh honeymoon" tambah Gibran lagi.
"Honeymoon?" soal Haifa sambil mengusap belakang kepala Gibran. Nampak berubah riak wajah Haifa.
"What's wrong honey?" soal Gibran. Wajah Haifa ditentang.
"Hm.. nothing" balas Haifa perlahan sambil pamer senyum yang dibuat-buat. Tangan kiri Gibran naik mengusap pipi Haifa.
"Honey.. I know what you think. Selepas semua selesai, hubby adakan majlis untuk kenalkan honey as my wife. Okay?" kata Gibran. Nampak sedikit ceria pada wajah yang sedikit mendung itu tadi.
"Betul?" soal Haifa. Tangan yang disangkut pada leher Gibran diketatkan pautannya. Gibran angguk.
"I promise" ucap Gibran. Laju jari telunjuk Haifa naik tegak di bibir Gibran.
"Jangan ucap janji jika belum pasti dapat dituruti" kata Haifa. Jemari Haifa dicapai Gibran lalu dicium lama dengan mata yang terpejam.
"Honey.." panggil Gibran. Wajah mulus Haifa diteliti.
"Hubby akan lakukan apa saja demi kesayangan hubby yang satu ini. You are my world, my everything honey." kata Gibran bersungguh.
"Thanks hubby" kata Haifa bersama pautan rapat pada lelaki itu.
"Honey tidur dulu. I have something to do" kata Gibran selepas pelukan dilepaskan. Haifa mahu bangun dari ribaan Gibran tapi pantas tangannya menahan. Haifa kerut dahi.
"Where my good night kiss?" soal Gibran. Haifa labuhkan kembali duduknya lalu bibir Gibran dipaut. Lama. Sebaik pautan dilepaskan, Haifa turun dari ribaan Gibran.
"Jangan lambat sangat" pesan Haifa lalu bersedia untuk melangkah keluar dari bilik kerja Gibran sambil dengan perlahan melepaskan jemari suaminya itu. Gibran hanya angguk dan senyum.
Jam dipergelangan tangan dipandang. Hampir dua belas malam, Gibran melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Waktu itu Haifa sedang enak diulit lena. Gibran terus menuju ke bilik air dan tidak lama dia keluar. Kaki diatur langkah ke sofa dan t-shirt di tubuh ditanggalkan lalu disangkut pada arm rest sofa. Sambil melangkah ke arah katil, tangan naik menutup mulut yang menguap. Berair hujung mata kerana kantuk sudah menyapa. Perlahan dia menyusup ke bawah selimut lalu tubuh Haifa yang membelakanginya ditarik ke dalam pelukan. Dilabuhkan cium sekilas pada rambut wanita itu. Menyedari kehadiran Gibran, Haifa terus mengalihkan tubuh mengadap lelaki itu. Dada tidak berbaju dicium lembut dengan mata yang terpejam.
+++
Gibran terjaga kerana mahu ke bilik air dan perlahan dia turun dari katil lalu terus ke bilik air. Keluar dari bilik air, dia lihat ada kelibat di balkoni dan kali ini dia yakin, ada seseorang di balkoni bilik tidurnya itu. Mata melingas pandang pada skrin telefonnya yang menyala. Terus kaku kakinya sambil mata tajam memerhati ke arah bayang-bayang pada langsir. T-shirt pada sofa pantas dicapai dan disarung ke tubuh dan terus dia ke bilik wardrobe menukar seluar dan mengambil pakaian Haifa. Kemudian dengan perlahan kaki melangkah ke arah katil untuk mengejutkan Haifa.
"Honey.. honey.." Gibran kejut Haifa. Perlahan sahaja suaranya berbisik.
Haifa buka mata sempat ditoleh pada jam di dinding. Tiga pagi?
"Sshhh..." Gibran naik jari ke bibir tanda minta Haifa diam. Haifa yang terkejut bulat matanya memandang Gibran.
"Pakai baju" kata Gibran perlahan sambil memberi isyarat mata ke arah balkoni bilik. Haifa dengan pantas melompat turun dan terus mengambil pakaian yang diserahkan Gibran. Gibran kemudian terus ke laci meja sisi katil dan menarik laci paling bawah lalu dua pucuk pistol automatik jenis Glock 22 warna hitam bersama dua magazin dikeluarkan. Salah satu senjata bersama magazin diserahkan pada Haifa yang baru tiba ke sisinya. Haifa pandang Gibran.
"Take it. Don't ask" kata Gibran sambil magazin disimpan ke dalam poket bahagian belakang. Begitu juga Haifa.
Kedua mereka perlahan melangkah ke arah pintu sliding. Gibran di kanan manakala Haifa di kiri pintu sliding. Gibran menyelak sedikit langsir tetapi tidak dapat nampak sesiapa. Tiba-tiba ada seseorang cuba memecah kunci pada pintu sliding. Gibran dan Haifa saling memandang lalu bersedia dengan senjata masing-masing.
Tidak lama pintu sliding ditolak perlahan dan langsir diselak. Seseorang berpakaian gelap melangkah masuk, dari susuk tubuh seperti lelaki tetapi wajah tidak dapat dilihat kerana memakai ski mask. Tidak menunggu lama, kepala lelaki itu Gibran hentak dengan senjatapinya. Tersungkur lelaki tadi tapi hanya seketika dan kemudian lelaki yang berpakaian serba hitam tadi bangun semula. Tidak lama masuk lagi seorang dengan berpakaian yang sama. Belum sempat lelaki itu mahu mencapai senjatapi yang tersisip di pahanya, Haifa telah dahulu bertindak menghentak dagu lelaki itu hingga terdongak.
Gibran pula terus menyisipkan senjatanya ke pinggang dan dia bersedia untuk tempur tanpa senjata. Lelaki pertama tadi mengatur serangan terhadap Gibran begitu juga dengan lelaki kedua tadi mula menyerang Haifa. Tumbukan dan tendangan saling berbalas, habis berselerak keadaan di dalam bilik. Gibran waktu itu sedang bergasak dengan lelaki pertama yang berjaya ditumbangkan dan sudah terlentang menerima hentakan lutut pada dada dan tumbukan pada leher.
Haifa pula masih berbalas serangan dengan lelaki kedua tadi dan apabila menyedari ada peluang, Haifa bertindak melepaskan tendangan sisi pada dada lelaki kedua dan terus terlentang di atas lantai lalu Haifa habisi dengan hentakan tumit pada leher lelaki itu.
Belum Haifa dan Gibran menarik nafas tiba-tiba pintu bilik tidur diketuk. Saling memandang keduanya. Gibran perlahan bangun menuju ke arah pintu bilik, pemegang pintu dipegang, Haifa pula yang berada di belakang pintu sudah bersedia dengan Glock di tangan. Perlahan daun pintu dibuka Gibran dan laju Haifa acukan senjata.
"Sir!" panggil Abang Kudin yang basah tubuhnya bermandi peluh. Sebelum dia naik ke atas tadi, dua orang lelaki telah berjaya dia tumpaskan manakala Lan pula masih berada di luar rumah.
"Abang Kudin" kata Gibran. Haifa terus turunkan senjata apabila menyedari yang datang adalah abang Kudin. Daun pintu dibuka luas. Terkejut Abang Kudin apabila melihat dua lelaki tersungkur di dalam bilik.
"Saya dah agak Sir. Dari.." tak sempat habis ayat Abang Kudin, mereka diserang dari balkoni.
'Thud thud thud'
Bunyi peluru melalui silencer. Kalut Gibran menarik Haifa ke tepi. Abang Kudin pantas berselindung di balik katil lalu berbalas tembakan dengan senjatapi jenis yang sama dengan Gibran dan Haifa di tangannya.
"Cover saya" kata Abang Kudin pada Gibran. Abang Kudin bergerak ke arah pintu sliding dan tempatnya di sisi katil diambil alih Gibran manakala Haifa bersedia mengacu senjata ke arah pintu bilik. Gibran berbalas tembakan dan dibantu Haifa, Abang Kudin pula sudah sampai di pintu sliding. Apabila sasaran dikenalpasti terus tembakan dilepaskan dan tepat mengenai kepala. Senyap. Gibran beri isyarat pada Abang Kudin lalu Abang Kudin perlahan menyelak langsir, senjatanya diacukan ke hadapan dan dengan berhati-hati langkah diatur ke luar balkoni. Dilihat Lan baru selesai bergasak dengan seorang lelaki yang berpakaian sama dengan lelaki-lelaki yang ada di dalam bilik.
Gibran kemudian menarik ski mask dari salah seorang lelaki tadi dan ternyata lelaki itu adalah dari kumpulan kongsi gelap berdasarkan tatu yang ada pada lehernya. Bergerak-gerak rahang Gibran. Haifa turut memandang pada tatu tersebut.
"Snake?! ni bukan.." suara Haifa berbunyi.
"Gib!" seru Raffa yang muncul di muka pintu bilik. Ketiga-tiga pasang mata memandang ke arah pintu.
"Aku rasa kau patut gerak sekarang" kata Raffa yang kelihatan tercungap berada di muka pintu.
"What do you mean?" soal Gibran sambil melangkah ke arah pintu.
"Tak ada masa aku nak jelaskan. Kau dengan Haifa kena ikut aku sekarang" kata Raffa. Gibran pandang Abang Kudin.
"Tak apa, Sir ikut Raf. Biar Abang Kudin dan Lan yang uruskan hal di sini" kata Abang Kudin yakin. Gibran hela nafas panjang sambil wajah Haifa dipandang.
"Are you okay?" soal Gibran pada Haifa yang ada di sisinya.
"I'm okay" balas Haifa sambil angguk.
"Let's go" kata Gibran. Raffa mulakan langkah diikuti Haifa dan kemudian Gibran. Ketiga mereka terus ke tingkat bawah menuju ke lif.
(08/10/2020 @ 2000hrs)
Share this novel