Bab 19

Romance Completed 685128

"Berapa lama awak nak tinggal di sini?" soal Haifa tanpa mukaddimah.

"Sampai macam tu sekali awak bencikan saya?" soal Gibran. Matanya memanah tepat mata Haifa. Haifa kalih pandang ke sisi.

"Answer me honey" pinta Gibran. Haifa ketap bibir.

"Berapa kali nak saya cakap. Jangan panggil saya macam tu" balas Haifa.

"It is true right, you are my honey" kata Gibran pula. Haifa hela nafas panjang.

"Saya tak bencikan awak Gib, saya pun ada salahnya juga dalam perkara ni" kata Haifa lalu memutar pandang pada Gibran di hadapannya. Tidak lama pesanan dihantar. Terhenti seketika perbincangan mereka.

"Waktu tu saya memang tak pernah anggap yang saya dah berkahwin." kata Haifa jujur. Berubah wajah Gibran.

"Macam mana saya nak rasa macam tu, jumpa awak pun tak pernah. Masa akad nikah saya hanya nampak belakang awak saja Gib, wajah awak pun saya tak tahu macam mana" luah Haifa sambil cincin di jari dipusing-pusingkan.

"Jadi, saya malas nak fikir itu semua dan saya hanya tumpukan pada tugas dan bila saya ditawarkan untuk berkhidmat di luar negara, tanpa fikir panjang saya terus terima" jelas Haifa lagi. Gibran yang mendengar khusyuk sekali.

"Umii dan walid benarkan?" soal Gibran. Haifa angguk dengan wajah yang menunduk.

"Mereka tau apa yang saya nak" kata Haifa.

"Kenapa awak tinggalkan saya pada hari akad nikah dan terus hilang macam tu je?" soal Haifa sebaik wajah didongak memandang Gibran di hadapan. Gibran telan liur.

"Honey.." kata Gibran. Haifa tajam memandang Gibran. Dia tidak suka bila Gibran memanggilnya begitu, timbul satu rasa yang tidak dapat untuk diterjemahkan dengan kata-kata.

"Honey, waktu tu nenek tenat dan saya terpaksa ke London segera" terang Gibran ringkas. Tidak dipeduli Haifa yang marah dengan panggilan tu.

"Tapi tak boleh ke awak datang jumpa saya dulu sebelum pergi. Why must you go before told me?" soal Haifa.

"I admit it's my fault. I was just thinking about nenda that time. Sorry honey" kata Gibran lalu tangannya mencapai jemari Haifa di atas meja tapi laju Haifa menariknya semula.

"Honey, please. Bagi peluang pada saya. I promise, I will never leave you again" sungguh-sungguh Gibran berkata. Lama baru Haifa anggukkan kepalanya.

"So.. can we start again?" pinta Gibran lagi. Dia sudah tidak sanggup berpisah dengan Haifa lagi. Enam tahun bukan satu tempoh yang singkat.

Haifa memandang wajah Gibran. Dapat dilihat kesungguhan yang dipamerkan pada wajahnya.

"I do love you honey.." kata Gibran. Memerah wajah Haifa. Sudu pada tangan diletakkan semula dalam mangkuk.

"Gib, saya.." Haifa sendiri tidak pasti apa yang ada dalam hatinya.

"Please Haifa. I will make you fall in love with me" bersungguh Gibran dengan kata-katanya.

"Bagi saya masa.." kata Haifa.

"Tapi awak jangan taruhkan harapan yang tinggi sebab saya pun tak pasti dengan hati saya sendiri" kata Haifa lagi. Nampak lega pada wajah Gibran walaupun tidak sepenuhnya.

"Thanks honey" kata Gibran. Haifa hanya angguk. Ais kacang dalam mangkuk di sudu perlahan. Jam di pergelangan tangan dijeling.

"Rasanya kita dah kena gerak ni, takut lambat. Amin nak keluar sekolah" kata Haifa pada Gibran. Gibran angguk lalu bergerak ke tempat pembayaran.

Suka Amin petang itu bila Haifa bersama Gibran datang mengambilnya di sekolah. Menyanyi-nyanyi dia di dalam kereta.

"Ibu, esok dah start cuti sekolah. Nanti boleh kita bawa uncle jalan-jalan" kata Amin yang berada di kerusi penumpang belakang.

"Cuti sekolah berapa lama?" soal Gibran.

"Dua minggu" laju Amin membalas.

"Amin nak datang rumah uncle tak?" soal Gibran. Haifa sudah toleh pandang pada Gibran di sebelah.

"Nak!!" Amin bersorak gembira.

"Tapi, kalau ibu dengan nenek tak ikut.. Amin tak naklah" kata Amin yang sudah muncung.

"Amin tanya la ibu" Gibran masuk jarum, Haifa sudah menjeling pada Gibran. Pandai-pandai je dia ni kan.

"Ibu.." panggil Amin. Haifa sudah serba salah. Ditoleh pada Amin yang berada di belakang.

"Boleh tak kita pergi rumah uncle" pinta Amin.

"Nanti kita bincang, okay" putus Haifa. Amin sudah diam lalu bersandar ke tempat duduk di belakang. Haifa jeling pada Gibran di sebelahnya.

"Kenapa pandai-pandai buat keputusan. Jangan ingat saya bagi peluang, awak suka-suka hati nak buat keputusan sendiri" marah Haifa.

Gibran diam. Sudahnya sampai ke rumah dalam kereta hanya sunyi sepi. Haifa rasa bersalah la pula. Sebaik sampai, laju Amin melangkah masuk ke dalam rumah dan terus ke biliknya. Haifa hanya memandang Amin yang sudah hilang ke tingkat atas. Haifa masuk ke rumah menuju ke bilik tidurnya untuk mandi dan menukar pakaian. Banyak sangat perkara yang difikirkan hingga tidak perasan Gibran mengikut langkahnya ke bilik. Haifa memusing ke belakang mahu menutup pintu bilik tapi waktu itu Gibran elok tercegat di tengah pintu. Terperanjat Haifa, urut dada dia sekejap.

"Awak nak apa?" soal Haifa pada Gibran.

"Saya nak masuk bilik la nak mandi, salin pakaian" balas Gibran selamba sambil menolak daun pintu dan terus melangkah ke dalam bilik. Tertoleh kepala Haifa memandang tubuh Gibran yang selamba masuk ke biliknya.

"Eh.. kenapa pula masuk bilik saya?" soal Haifa. Dah nama pun suamk, bilik kau la dia masuk. Takkan nak masuk bilik Umii pula..

Gibran yang siap dengan tuala di tangan terus tanggalkan baju pada tubuhnya dan apabila Haifa nampak tangan Gibran memegang tali pinggang dan mahu menanggalkannya lalu Haifa berpusing mengadap dinding. Gibran senyum senget.

"Tak payah la pusing, daripada honey mengadap dinding baik pandang hubby, ada juga baiknya" sengaja Gibran mengusik Haifa. Haifa buat muka. Ee.. hubby? tak habis-habis perasannya..

"Dah, saya nak mandi. Nak ikut tak?" soal Gibran selamba.

"Nak mandi tu mandi je la, tak payah nak ajak. Tau la saya mandi sendiri" marah Haifa tapi yang sebetulnya menahan rasa debar di dada. Gibran ketawa perlahan. Haifa yang masih lagi mengadap dinding diam keras di situ. Gibran berjalan menghampiri Haifa. Perlahan kedua tangannya naik memeluk rapat pinggang Haifa. Terangkat kedua bahu Haifa kerana terkejut.

"Awak buat apa ni?" marah Haifa sambil cuba lepaskan pelukan di pinggang. Semakin Haifa meronta, semakin rapat pelukan diberi hingga terasa di belakang Haifa dada bidang Gibran. Haifa telan liur.

"Awak jangan macam-macam, hilang sabar saya nanti berdarah hidung tu lagi!" ugut Haifa tapi Gibran masih sama.

"I just want to hug you" kata Gibran lalu pelukan dileraikan dan tubuh Haifa dibawa pusing mengadapnya.

"Gib.. please" kata Haifa sambil menunduk pandang ke bawah dan waktu itu dia teringat dengan kesan seperti luka tembakan. Laju tangan naik ke bahagian itu. Diusap lembut parut itu. Terkaku Gibran. Dia yang tadi mahu mengusik Haifa kini dia pula yang sudah diusik rasa yang satu itu. Terpejam mata menikmati sentuhan Haifa.

"Ini.. kesan ni.." soal Haifa sambil mendongak memandang wajah Gibran yang sudah terpejam matanya.

"Gib.." panggil Haifa. Gibran buka mata lalu tangan naik memegang kedua pipi Haifa, perlahan wajahnya tunduk hampiri wajah Haifa dan bibir lembut itu disapa. Besar mata Haifa kerana terkejut tetapi selepas itu perlahan matanya dipejam rapat kerana menikmati urutan lembut dari Gibran di bibirnya. Tanpa sedar kedua tangan Haifa naik memeluk pinggang Gibran.

Tok tok tok

"Ibu.. ibu.." Amin memanggil dari luar.

Seakan tersedar, tangan Haifa naik menolak perlahan dada Gibran. Memerah wajahnya apabila bertentang dengan mata dengan Gibran. Kuat rasa degupan jantung lelaki itu.

"Ibu.." panggil Amin lagi.

"Ya.. ya.. sekejap ibu keluar" kata Haifa lalu buru-buru dia keluar dari bilik itu. Sesak nafas rasanya. Jari naik memegang bibirnya yang disapa tadi.

Gibran tidak sangka tindakannya yang hanya mahu mengusik Haifa mengundang tindakan luar kawalnya. Tangan naik meraup rambut bersama senyuman di bibir. Kaki melangkah keluar dari bilik menuju ke bilik air bersama rasa berbunga di hati. Apabila dia melintas ruang tamu, dapat dilihat tingkah Haifa yang serba tidak kena.

Selepas Gibran keluar dari bilik, Haifa laju masuk ke bilik mengambil pakaiannya dan tuala untuk dia mandi sebentar lagi. Bukan boleh harap dia ni.

Malam itu selepas makan malam, Haifa dan Amin berada di ruang tamu menonton tv manakala Puan Fazidah berada di dapur dan Gibran pula ada di beranda rumah sedang bercakap di telefon.

"Kau pasti ke Raf?" soal Gibran.

"Yup!" balas Raffa sepatah. Gibran menarik nafas panjang. Macam mana la aku nak pujuk Haifa ni..

"Kau tak boleh duduk lama di rumah Haifa tu. Bahaya. Bukan hanya pada kau tapi pada Haifa dan keluarga dia juga" kata Raffa.

"Okay. Tomorrow morning, come here" putus Gibran. Kepala ditoleh pada Haifa dan Amin. Tidak lama Puan Fazidah datang bersama dulang berisi teko dan cawan.

"Gibran. Sini, minum. Umii ada buat air panas ni" kata Puan Fazidah. Gibran angguk lalu melangkah ke dalam rumah dan melabuhkan duduk di sofa.

"Umii. Amin dah mula cuti sekolah, kalau saya bawa Amin tinggal dengan saya boleh?" soal Gibran. Wajah Puan Fazidah dipandang. Amin yang sedang menonton tv sudah memandang Gibran.

"Amin nak ikut uncle?" soal Puan Fazidah pada Amin.

"Nak.. nak.." laju Amin menjawab bersama anggukan.

"Nenek dengan ibu ikut tak?" soal Amin yang sudah datang melabuhkan duduk di sisi Puan Fazidah. Puan Fazidah pandang Haifa dengan wajah mengharap.

"Ibu okay je kalau Amin suka" akhirnya Haifa mengalah. Gibran lega.

"Yeay.. bila kita nak pergi?" soal Amin pada Gibran.

"Esok" balas Gibran sepatah bersama tangannya naik mengusap rambut Amin.

"Esok?" serentak Haifa dan Puan Fazidah bertanya.

"Ya, esok. Nanti Raffa datang ambil" kata Gibran. Amin sudah senyum lebar. Tidak sabar dia mahu ke rumah Gibran.

"Awak" panggil Haifa pada Gibran yang sibuk dengan ipad di tangan. Puan Fazidah pula membantu Amin untuk mengemas pakaian ke dalam beg.

"Yes" balas Gibran tanpa menoleh pada Haifa.

"Awak.." panggil Haifa lagi. Gibran hanya angguk tapi masih fokus pada ipad. Haifa geram lalu dirampas ipad lalu disorokkan di belakang badannya. Kecil sahaja mata Gibran memandang Haifa. Ish, main sorok-sorok pulak..

"Dengar la saya nak tanya ni" marah Haifa. Gibran kalih duduk lalu mengadap Haifa yang berada di sisinya.

"Ya honey.. hubby dengar" kata Gibran mengusik. Menjeling Haifa.

"Saya sungguh-sungguh ni. Jangan la main-main" kata Haifa.

"Ya, sungguh la ni. Bila pula saya main" balas Gibran pula.

"Kenapa awak beriya sangat nak bawa Amin?" soal Haifa ingin tahu.

"Bukan Amin yang hubby nak bawa tapi honey" kata Gibran. Haifa buat muka. Ish, tak faham bahasa sungguh la dia ni..

"Bawa saya nak buat apa?" Haifa layankan juga. Letih dah tegur tapi sama saja..

"You in danger" kata Gibran dengan wajah serius.

"Bahaya?" soal Haifa tidak faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience