Bab 81

Romance Completed 684540

"Daddy" Gibran menyapa Tan Sri Eusof sebaik daun pintu ditolak.

"Gib. Come here" panggil Tan Sri Eusof sambil tangan naik memanggil.

"Haifa pun ada" tambah Tan Sri Eusof lagi lalu bangun duduk bersandar di kepala katil. Gibran melabuhkan duduk di single sofa di sisi kanan katil manakala Haifa pula melabuhkan duduk di arm rest sofa di kiri Gibran.

"Daddy, how are you today?" soal Gibran. Tan Sri Eusof senyum.

"I'm getting better" balas Tan Sri Eusof.

"Daddy" sapa Haifa pula.

"Haifa sihat?" soal Tan Sri Eusof pula. Haifa angguk sambil tersenyum.

"Alhamdulillah semakin sihat" balas Haifa.

"Minggu depan dah mula kerja" tambah Haifa lagi.

"Hm.. after she persuaded the doctor to issue a report that she was healthy and could work again" tambah Gibran. Menjeling Haifa pada Gibran. Tan Sri Eusof angguk sambil tersenyum. Mata tuanya naik memandang sisi kepala Gibran lalu kepala Gibran yang bertampal itu disentuh perlahan. Tersentak seketika Gibran apabila disentuh begitu.

"How about you?" soal Tan Sri Eusof. Gibran toleh pandang ke sisi. Sakit hatinya yang sudah reda kembali terasa.

"Uncle Megat say sorry. Dia tak sangka Milia akan bertindak sejauh ini" kata Tan Sri Eusof. Gibran hanya diam tidak membalas.

"She's not feeling well" tambah Tan Sri Eusof lagi.

"That is not a reason for her to do this to me!" balas Gibran geram. Tan Sri Eusof menepuk perlahan belakang tangan Gibran yang berada di birai katil.

"Daddy dah boleh discharge pagi esok" Tan Sri Eusof ubah topik. Tidak mahu suasana tegang.

"Really?" soal Gibran. Tan Sri Eusof angguk.

"But.. your mummy still not.." ayat Tan Sri Eusof tergantung. Berubah suram wajahnya bersama helaan nafas berat.

"Sir!" Radin menolak daun pintu wad.

"Tan Sri, Puan Haifa" sapanya pada Tan Sri Eusof dan Haifa sambil sedikit menunduk. Laju Gibran menoleh ke arah pintu wad begitu juga Tan Sri Eusof dan Haifa. Gibran bingkas bangun dan berjalan ke arah Radin di muka pintu bersama Haifa yang mengekori di belakang.

"Er.. Puan Sri dah sedar" kata Radin. Wajah Gibran dan Tan Sri Eusof dipandang bergilir.

"What? when?" soal Tan Sri Eusof dan Gibran serentak. Haifa yang turut berdiri di sisi Gibran juga terkejut.

"Baru tadi" balas Radin.

"Gib, bring me there" kata Tan Sri Eusof pada Gibran. Tan Sri Eusof sudah turunkan kaki ke atas lantai. Kalut Haifa ke sisi untuk membantu Tan Sri Eusof berdiri. Radin pula terus menolak wheelchair ke arah katil. Setelah Tan Sri Eusof melabuhkan duduk di wheelchair, Haifa terus menolaknya ke arah pintu. Daun pintu dibukakan Radin, Gibran mendahului langkah diikuti Haifa yang menolak wheelchair dan Radin di belakang. Sebaik tiba di wad yang menempatkan Puan Sri Sara, dilihat beberapa orang jururawat dan seorang doktor sedang membuat pemeriksaan pada Puan Sri Sara.

"Sara" panggil Tan Sri Eusof sebaik wheelchair ditolak masuk ke dalam. Puan Sri Sara yang sedang bersandar pada kepala katil perlahan menoleh ke arah Tan Sri Eusof. Bibir keringnya pamerkan senyum walaupun payah.

"Daddy, Gib dan Haifa tunggu di luar" kata Gibran pada Tan Sri Eusof. Tan Sri Eusof angguk tanpa mengalihkan matanya dari memandang Puan Sri Sara.

"Radin, you too" kata Gibran pada Radin. Ketiga-tiga mereka melangkah keluar dari wad dan tidak lama doktor dan jururawat juga meninggalkan wad. Hanya Tan Sri Eusof dan Puan Sri Sara yang berada di dalam sana.

"Doktor" panggil Gibran pada doktor lelaki yang baru keluar dari wad Puan Sri Sara.

"How's my mom?" soal Gibran. Doktor lelaki yang memakai tanda nama Ikhsan tersenyum lalu menghentikan langkah berhampiran Gibran.

"Puan Sri Sara dah stabil cuma dia masih lemah. Sehari dua lagi kalau keputusan pemeriksaan baik, Puan Sri boleh discharge" terang Doktor Ikhsan.

"Thanks Doktor" ucap Gibran sambil hulurkan salam.

"Mummy" sapa Gibran sambil melangkah menghampiri katil.

"Gib, Haifa" sapa Puan Sri Sara sangkut-sangkut.

+++

"Mummy kau macam mana?" soal Raffa sebaik Gibran dan Haifa melolos masuk ke dalam kereta.

"She's stable, will discharge in a day or two" balas Gibran. Raffa hanya angguk lalu meneruskan pemanduan.

"Er.. hubby, where are we going? ini bukan jalan untuk balik ke penthouse" soal Haifa sambil menoleh pada Gibran yang berada di sisi. Gibran senyum senget.

"You will see" balas Gibran sambil mencapai jemari Haifa lalu dibawa ke bibir dan dicium sekilas. Haifa kerut kening.

"Raff, kita nak ke mana?" soal Haifa pada Raffa pula. Raffa pandang sekilas pada Haifa melalui cermin pandang belakang tanpa menjawab pertanyaannya.

"Ish, suka sangat nak rahsia-rahsia macam ni" memuncung bibir Haifa kerana tidak puas hati. Gibran ketawa suka, Raffa pula hanya tersenyum.

Tidak lama Haifa baru sedar yang mereka semakin hampir dengan rumah agam milik keluarga Gibran. Haifa toleh ke sisi memandang Gibran.

"Come" kata Gibran pada Haifa sebaik sebelah kakinya sudah melangkah keluar dari kereta. Haifa angguk lalu turut keluar dari kereta. Di luarnya masih sama cuma sudah semakin cantik dengan taman yang penuh dengan bunga, air terjun dan gazebo juga masih ada cuma telah diubahsuai menjadi semakin menarik dan selesa.

Gibran melangkah masuk ke pintu utama rumah. Haifa mengekori dari belakang dan sebaik kakinya melangkah masuk, terhenti terus kakinya di tengah pintu. Terkelip-kelip mata bagai tidak percaya.

"Wow.. totally different" ucap Haifa. Sudah berubah sepenuhnya. Cantik.

"You like it?" soal Gibran yang berada di sisi. Haifa toleh.

"Of course I like" besar senyum Haifa. Tanpa sedar laju pipi Gibran diciumnya dan tubuh itu dipeluk erat. Tertawa Gibran.

"Ibu!" satu suara menegur. Haifa pandang ke arah datangnya suara yang cukup dikenali dan dirindui.

"Amin!" jerit Haifa lalu melepaskan pelukan pada tubuh Gibran kemudian dia tunduk dan memeluk tubuh Amin. Dicium sepuasnya wajah anak saudaranya itu. Ketawa kegelian Amin jadinya.

"Ibu.. Amin rindu ibu" kata Amin yang masih dalam pelukan Haifa. Lama dipeluk tubuh kecil itu.

"Ibu pun rindukan Amin" balas Haifa. Kedua tangannya naik memegang pipi Amin yang gebu. Nampak sedikit berisi tubuh anak saudaranya itu cuma kulit sedikit gelap.

"Ayah!" sapa Amin lalu dia beralih pelukan ke pinggang Gibran.

"Ayah?" soal Haifa sebaik berdiri tegak. Dilihat Amin memeluk erat pinggang Gibran.

"Kalau ada ibu, mesti ada ayah" balas Gibran selamba.

"Betul tak Amin?" soal Gibran pada Amin yang sudah melepaskan pelukan pada pinggangnya. Laju Amin angguk setuju. Haifa pandang Gibran dengan mata yang kecil.

"What?" soal Gibran. Sepanjang Amin dan Puan Fazidah berada di sana, dia kerap menghubungi mereka dan hubungannya dengan Amin semakin akrab. Amin meminta izinnya untuk memanggil ayah. Baginya tiada salahnya pun.

"Ehem" bunyi orang berdeham. Haifa pandang depan. Tersenyum Puan Fazidah pada Haifa.

"Umii!" pantas tubuh tua itu dipeluknya.

"Bila Umii sampai?" soal Haifa setelah pelukan dilepaskan.

"Baru lagi, pukul tiga petang tadi" balas Puan Fazidah.

"Gib tak cakap pun Umii dengan Amin nak balik" kata Haifa sambil menjeling tajam pada Gibran yang berada di sisinya. Umii hanya senyum.

"Umii sihat?" soal Haifa sambil bersaing langkah menuju ke ruang tamu.

"Umii sihat, kamu tu. Sihat ke?" soal Puan Fazidah pula sambil dilabuhkan duduk di sofa. Haifa pandang Gibran yang sudah melabuhkan duduk di single sofa.

"Sihat." balas Haifa.

"Haifa" sapa Kak Ina yang datang menatang minum petang di dalam dulang.

"Kak Ina" sapa Haifa pula.

"Ibu tidur sini malam ni?" soal Amin sambil mengambil seketul karipap lalu digigit. Perlahan dikunyah. Haifa pandang Gibran. Gibran senyum.

"Dah tentulah Ibu tidur sini" balas Haifa.

"Yeay... Amin nak tidur dengan Ibu boleh?" soal Amin. Haifa senyum senget.

"Boleh.." laju dijawabnya. Hujung mata memandang wajah Gibran yang sudah kelat. Nak rahsia sangatkan, tidur sorang-sorang malam ni!

+++

"Arghh!" terjerit Haifa apabila dia dipeluk dari belakang sebaik melangkah masuk ke bilik tidurnya. Dia tahu Gibran masih belum tidur tetapi tidak sangka dia akan dikejutkan begitu. Laju Gibran menutup bibir yang menjerit dengan bibirnya.

"Ingatkan tak nak tidur dalam bilik ni" kata Gibran sebaik pautan bibir dilepaskan. Tangannya naik melilit pinggang Haifa.

"Siapa cakap honey nak tidur sini? honey nak ambil baju" balas Haifa bersama jelingan tajam. Gibran senyum senget.

"I'm sorry" ucap Gibran.

"I just want to surprise you" tambah Gibran lagi.

"Okay.." balas Haifa lambat. Dia tahu, apa yang dilakukan Gibran semua untuk diri dan keluarganya lagipun bukan masalah besar cuma sengaja nak mengada-ngada..

"Hm.. I want to go to London" kata Gibran. Pelukan dilepaskan. Jemari Haifa ditarik ke arah katil lalu dilabuhkan duduk di birai katil.

"When?" soal Haifa.

"Selepas mummy discharge. Lagi dua tiga hari" balas Gibran. Tubuh Haifa ditarik ke ribaannya.

"BOE?" soal Haifa pendek sambil kedua tangan naik memeluk leher Gibran.

"Yup, with Armine and Along" balas Gibran. Wajah Haifa dipandang.

"Along?" soal Haifa pelik.

"Yup, tapi Along terus dari Spain" balas Gibran. Haifa angguk.

"I know.. sepatutnya hanya hubby dan Armine but Along my brother and he should also be there too" tambah Gibran.

"Honey sokong apa juga keputusan hubby" kata Haifa lalu dilabuhkan cium pada dahi lelaki itu.

"Thanks honey. That's why I love you so much" kata Gibran bersama pelukan yang semakin erat.

"Love you too hubby" balas Haifa sambil tersenyum.

"Nanti mummy dengan daddy nak tinggal di mana?" soal Haifa. Iyalah, kalau tak ada apa-apa, sehari dua lagi Puan Sri Sara akan discharge.

"Oh, rumah arwah nenda" balas Gibran.

"Don't worry, they've cleaned the house" tambah Gibran lagi. Haifa angguk.

"So.. now.." ayat Gibran tergantung. Wajah Haifa ditatap rapat.

"Now? now what?" soal Haifa pura-pura tidak mengerti.

"Honey.." meleret sahaja bunyinya. Haifa ketawa suka.

"Malam ni tak boleh.. aunt came to visit" bisik Haifa di telinga Gibran.

"What? are you for real?" soal Gibran. Laju Haifa angguk.

"You owe me until I came back from London" kata Gibran dengan riak tidak puas hati.

"Okay.." bisik Haifa di telinga Gibran sambil dicium dan digigit perlahan telinga lelaki itu dan dibawa ke leher. Terpejam mata Gibran menahan rasa.

"Honey..don't test me like this.." perlahan sahaja suara Gibran berbunyi. Tiba-tiba.

"Argh!" Gibran menjerit apabila bahunya digigit Haifa. Laju Haifa turun dari ribaan Gibran dan lari ke bilik air.

"Honey...!" jerit Gibran.

(05/01/2021 @ 0025hrs)

Share this novel

Ellane Julinus
2021-01-07 12:54:34 

please update more sis nex chapter....i like this story,..

Yazni Ernie
2021-01-05 06:40:25 

morning dear. tqvm. lama i'm waiting tay


NovelPlus Premium

The best ads free experience