Bab 17

Romance Completed 696657

#flashback#

"Gib, nenda" kata Tan Sri Eusof sebaik mendapat panggilan dari isterinya.

"Walid, abang Hairil. Saya minta maaf, saya kena pergi dulu." kata Gibran pada Encik Zali dan juga Hairil.

"Zali, saya minta diri dulu. Terima kasih Zali" kata Tan Sri Eusof sambil memeluk perlahan tubuh Encik Zali. Dia hanya angguk. Hairil juga begitu setelah salam dihulur.

"Raf, kita ke airport" kata Tan Sri Eusof. Tanpa lengah Raffa terus memandu laju menuju ke lapangan terbang untuk ke London.

+++

"Nenda" panggil Gibran sebaik melihat Tengku Badariah membuka mata.

"Gib" panggil Tengku Badariah sebaik melihat Gibran berada di sisi kanan katilnya. Kepala dijenguk ke belakang Gibran.

"Mana cucu menantu nenda?" soal Tengku Badariah sangkut-sangkut.

"Bonda.. doktor pesan jangan banyak cakap. Bonda belum sihat sepenuhnya lagi" kata Puan Sri Sara yang ada di sisi kiri katil.

"Bonda tak apa-apa" balas Tengku Badariah perlahan.

"Gib temankan nenda malam ni ya" pintu Tengku Badariah.

"Baik nenda" balas Gibran. Selama dua minggu Gibran yang menemani Tengku Badariah di wad. Banyak yang dikongsi bersama Gibran. Malam tu lewat Tengku Badariah lelapkan mata.

"Gib.." panggil Tengku Badariah perlahan.

"Ya nenda" balas Gibran lalu ditarik kerusi rapat ke sisi katil.

"Gib tolong carikan dia" kata Tengku Badariah sambil menyerahkan sekeping gambar pada Gibran. Gibran perhatikan gambar yang diserahkan itu. Ada gambar nenda dan juga dua kanak-kanak iaitu dirinya dan adik perempuannya yang telah lama hilang. Pencarian telah lama dihentikan kerana disyaki adiknya itu telah meninggaldunia.

"Tolong Gib carikan Armine, adik kamu. Nenda yakin dia masih hidup" kata nenda lalu diserahkan seutas rantai leher bersama loket.

"Apa ni?" soal Gibran sambil rantai dan loket dibelek. Takkan nak suruh aku pakai pulak. Biar betul nenda ni.

"Loket ni ada pasangannya, cari Armine. Dia ada simpan pasangan bagi loket ni" pinta Tengku Badariah.

"Nenda.. mana Gib nak cari Sand. Tak ada lead untuk Gib buat carian" kata Gibran.

"Nenda ada minta orang untuk carikan Armine.. dia.. dia.." Tengku Badariah semput-semput cakapnya. Gibran kalut, ditekan butang merah. Tidak lama masuk doktor dan jururawat ke dalam wad. Dalam doktor dan jururawat sibuk memberi bantuan, Tengku Badariah memanggil Gibran untuk hampirinya. Laju Gibran datang ke sisi.

"Arrmine.. ampa...." kata-kata terakhir dari Tengku Badariah.

'Tit......'

"Nenda!" Gibran menjerit. Nenda..

"I'm sorry Sir.." kata doktor yang merawat nenda.

#flashbackend#

"Where can I find you Sand.." kata Gibran sambil memandang kepekatan malam. Mata terasa berat lalu kaki melangkah ke arah katil lalu tubuhnya menyusup masuk ke bawah selimut. Bersama cuaca yang hujan di luar, makin sejuk pula rasanya. Ditarik Haifa ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Haifa dicium lama. Haifa pula seakan selesa dan laju tangannya memeluk pinggang Gibran. Rapat wajahnya pada dada bidang itu. Pantas sahaja kantuk menyapa, Gibran memejam mata bersama senyuman di bibir.

+++

Haifa buka mata. Nyenyak betul lenanya malam tadi walaupun cuaca hujan. Mata dicelik. Kiri kanan anak mata bergerak. Merah padam wajahnya apabila sedari yang tangannya rapat memeluk pinggang Gibran. Perlahan tangan ditarik. Bahagian bawah baju yang terselak menampakkan bahagian tepi tubuh Gibran. Ada kesan luka macam kena tembak! jari Haifa menarik tshirt supaya bahagian tubuh itu lebih terdedah. Iyalah.. siapa tembak dia. Tapi kenapa sebelum ni tak perasan luka ni? Mana nak perasan kalau kau asyik tengok six pack dia je. Dahi ditepuk. Dah-dah.. pergi mandi Haifa. Perlahan Haifa turun dari katil. Aduh.. Macam mana aku boleh naik tidur atas katil pulak.. janganlah Gibran perasan.

Terloret senyuman di hujung bibir Gibran dengan tingkah Haifa. Awal lagi dia sudah sedar tapi disebabkan eratnya pelukan Haifa, sayang pula dia nak bangun. Bukan selalu dapat peluang begitu. Dia lihat Haifa sudah berlalu ke bilik air bersama tuala dan pakaian. Sebaik Haifa masuk ke bilik air, Gibran capai telefonnya dan menghubungi Raffa.

Haifa yang sudah selesai mandi dan berpakaian keluar dari bilik mandi dan waktu itu dia lihat Gibran sudah pun bangun. Ingatkan kembali cerita pagi tadi membuatkan wajah Haifa panas.

"Awak tak nak mandi ke?" soal Haifa.

Gibran hanya angguk lalu bangun dari katil dan terus ke bilik air. Lebih kurang dua puluh minit mandi, Gibran keluar bersama wajah yang segar. Waktu itu Haifa sudah siap dengan beg yang sudah dikemas. Gibran pandang sekilas lalu mencapai pakaiannya dan disarung. Haifa yang memandang, buat-buat sibuk dengan telefon di tangan. Padahal hujung mata tu sibuk intai Gibran. Haifa.. Haifa.. semakin miang kau kan. Amboi.. wanginya.. kembang kempis hidung Haifa sedut bau minyak wangi Gibran.

"Okay, let's go. Raffa dah ada di luar." kata Gibran lalu berjalan mendahului Haifa. Haifa laju memegang lengan Gibran.

"Eh.. wait wait. Nak let's go ke mana? saya nak balik la" kata Haifa. Gibran hela nafas keras.

"Honey, like I told you before. My house" kata Gibran.

"No. Saya nak balik rumah saya. Dah kenapa pula saya kena ikut awak" Haifa sudah naik seoktaf suaranya.

"Honey.. please. Listen to me" pinta Gibran lalu memegang kedua bahu Haifa.

"Honey.. honey.. No! you listen to me. Saya nak balik rumah saya. Full stop!" putus Haifa lalu menarik beg pakaiannya ke pintu. Daun pintu ditarik dan waktu itu Raffa telah sedia menanti di luar.

"Madam" sapa Raffa. Kesian Raffa, sapaan yang diberi, jelingan Haifa yang dia dapat.

"Okay fine! tapi biar saya hantar" kata Gibran. Terhenti langkah kaki Haifa.

"Tak perlu, saya bawa kereta sendiri" kata Haifa sombong.

"Kereta awak tayar pancit" balas Gibran laju. Bulat mata Haifa.

"What?" soal Haifa tidak percaya. Laju kaki melangkah ke arah lift bersama beg yang diheret bersama. Butang lift ditekan berkali-kali. Gibran dan Raffa hanya memerhatikan tingkah Haifa. Haifa jeling tajam.

'Ting'

Sebaik pinti lift dibuka, laju Haifa melangkah masuk begitu juga Gibran dan Raffa. Kecik je Haifa pandang Gibran yang berdiri di sebelahnya ini walaupun perlu dongak untuk memandangnya. Rasa nak picit-picit je. Tunggu la. Kalau betul tayar pancit, siap la!

'Ting'

Pintu lift terbuka saja, laju Haifa melangkah bersama beg yang ditarik. Sampai sahaja di tempat keretanya diparking. Terlepas pemengang beg di tangan. Laju kepala ditoleh pada Gibran di belakang.

"Ni kerja awakkan?" marah Haifa bersama jari telunjuk naik di hadapan wajah Gibran. Hanya cebikan yang Gibran beri.

"Ishhh! dia ni!" geram Haifa. Rasa nak dilayangkan saja penumbuk sebiji.

"Raf" panggil Gibran. Raffa kemudian mengambil beg Haifa dan begnya dibawa ke keretanya.

"Nanti Raf uruskan" kata Gibran. Gibran menarik perlahan lengan Haifa.

"Saya hantar awak balik okay" pujuk Gibran. Tajam Haifa jeling, macam nak keluar matanya. Tanpa pedulikan Gibran, Haifa mengikut langkah Raffa dari belakang. Sampai sahaja di kereta laju tubuh dilolos masuk ke bahagian penumpang hadapan. Raffa dah serba salah.

"Madam.. madam patut duduk belakang" kata Raffa sebaik masuk ke tempat pemandu.

"Saya tak tahan duduk belakang. Nanti pening" balas Haifa geram. Raffa pandang cermin pandang belakang. Keras sahaja wajah Gibran. Raffa angkat bahu. Mahu tak mahu, Gibran ikut juga. Haifa senyum dalam hati.

+++

"Assalamualaikum" Haifa beri salam.

"Waalaikumsalam. Sampai dah" balas Puan Fazidah dari dalam. Haifa terus peluk tubuh Puan Fazidah. Manakala Gibran pula hulur tangan pada Puan Fazidah.

"Umii" sapa Gibran. Haifa pandang pelik.

"Kita masuk dulu. Umii masak awal hari ni. Mari masuk, kita makan" kata Puan Fazidah apabila melihat raut tegang pada wajah Haifa. Beg yang dibawa Raffa diletakkan di pintu. Tanpa disuruh Gibran membawa kedua-dua beg tersebut naik ke tingkat atas.

"Eh, beg awak tu nak bawa pergi mana?" soal Haifa pada Gibran yang sudah hilang ke tingkat atas. Tindak lama Gibran turun semula. Lengan Gibran ditarik.

"Eh, jangan cakap awak nak tidur sini ye" marah Haifa. Gibran buat tidak peduli lalu kaki melangkah ke sinki untuk mencuci tangan, Raffa pula sudah sedia di meja makan.

"Adik, sini. Buat apa lagi tu" tegur Puan Fazidah pada Haifa.

"Lepas ni balik. Jangan sibuk nak tidur sini" kata Haifa lalu melabuhkan duduk di kerusi. Gibran dipandang geram.

"Adik. Apa cakap macam tu. Dah makan. Nanti kita bincang" kata Puan Fazidah. Nasib baik perut lapar dan rindu masakan Puan Fazidah, kalau tidak memang bercakar lagi dia dengan Gibran.

Selesai makan Umii buatkan air kopi dan gorengkan keropok buat Gibran dan Raffa. Tidak lama datang sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Haifa. Keluar seorang lelaki membawa briefcase dan juga beberapa barang lain. Dia ni nak duduk sini terus ke apa? Haifa sudah bercakap sendiri. Gibran datang menghampiri Haifa kemudian tangan ditadah.

"Nak apa?" kasar saja intonasinya.

"Car keys" kata Gibran.

"Nak buat apa?" soal Haifa.

"Tayar pancit. Kena towing ke workshop, bukan boleh tiup macam belon" kata Gibran sambil wajah Haifa dipandang tidak berkelip. Jangan nak garang sangat.. dapat ubat nanti, hilang garang tu!

Haifa berjalan ke arah almari perhiasan lalu diambil poch bag yang diletakkan di situ. Kunci kereta diambil lalu diserahkan pada Gibran. Elok Gibran nak menggenggam, ditarik balik kuncinya. Diulang beberapa kali. Merah padam wajah Gibran dimain-mainkan Haifa begitu. Akhirnya, lengan Haifa dipegang dan kunci dalam pegangan diambil kasar bersama jelingan tajam. Aik, tahu marah.. hihihi.. Haifa senyum.

Bersama wajah tidak puas hati, Gibran melangkah pergi ke arah Raffa.

"Take this. Selepas repair hantar ke rumah aku" kata Gibran pada Raffa. Raffa pandang Haifa yang berada tidak jauh dari mereka.

"Kau pasti?" soal Raffa.

"Just do it" kata Gibran. Raffa angguk dan tidak lama Raffa pulang bersama lelaki tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience