Bab 77

Romance Completed 685114

"Hey, can you zoom in that lady face" pinta Gibran. Hatinya rasa tidak sedap. Sebaik wajah wanita itu dibesarkan. Bulat mata Gibran.

"What she doing here? oh, shit!" marah Gibran. Fattah dan Raffa juga terkejut dengan kehadiran wanita itu.

"Milia" kata salah seorang pekerja Danny.

"You know her?" soal Gibran.

"Cik Milia sejak akhir-akhir ni selalu ke sini tetapi biasanya dia datang dengan seorang lagi perempuan tetapi semalam dia tak datang. Tak sangka pula hari Cik Milia datang pula" terang salah seorang lelaki tadi.

"Perempuan?" soal Fattah pula yang sedari tadi hanya diam.

"Ya, tak silap saya Cik Zetty anak Tan Sri Malik" kata lelaki seorang lagi.

"Tapi Cik Milia tak pernah minum, yang selalu minum sampai mabuk, Cik Zetty" tambah seorang lagi.

"Waktu-waktu macam ni la si Milia ni nak muncul. Kacau betul. Macam dah tak ada tempat lain dia nak pergi!" Raffa membebel.

"Danny, you know anything about this?" soal Gibran. Laju Danny menggeleng.

"Macam mana pula Milia boleh datang dengan Mike. Aduhh.." Raffa dah garu kepala. Masalah betul la perempuan ni.

"Does Mike know Milia?" soal Fattah pada Gibran.

"I don't think so" balas Gibran. Susahlah kalau Milia ada bersama. Bimbang nanti nyawa dia pula yang dalam bahaya. Ah, kacau.

"So how? want to proceed or shut down here?" soal Danny pula. Dia tidak mahu memandai-mandai. Jika mahu teruskan, dia akan bantu apa yang perlu.

"We can't stop" laju Gibran membalas. Wajah Danny dipandang tepat. Tangan laju naik mencekak pinggang.

"Dah tu Milia macam mana?" soal Raffa. Rambut diraup kasar.

"Aku rasa, aku boleh tolong" Danny mencelah. Ketiga-tiga pasang mata memandang Danny tepat. Naik segan pula dia bila dipandang begitu.

"Are you serious? aku tak nak nanti plan kita hancur" Gibran membalas.

"Trust me. You guys boleh tengok melalui CCTV" kata Danny yakin.

"Okay, we trust you" balas Fattah angguk. Gibran dan Raffa juga sama.

Telefon bimbit dalam poket dikeluarkan dan nombor seseorang didail. Entah apa yang dibualkan pun tidak dengar kerana Danny berada agak jauh dari mereka bertiga.

Tidak lama kemudian, Danny melangkah keluar dari bilik CCTV. Selepas itu muncul Danny dan tiga orang wanita cantik bersamanya berjalan ke arah Micheal di bilik VVIP melalui CCTV. Waktu itu Micheal sedang melayan Milia dan cuba mahu buatkan Milia minum minuman keras yang dituangnya di dalam gelas. Nampak seperti Milia terpaksa sahaja. Sikit sahaja lagi gelas mahu sampai ke bibir Milia. Tangan Milia sudah naik menolak lengan Micheal. Gibran yang melihat sudah bergerak-gerak rahangnya. Walaupun dia tidak cintakan Milia tetapi jasa Milia yang membantunya dahulu tetap diingat dan Milia juga telah dianggap seperti adiknya sendiri tambahan pula Uncle Megat rakan daddynya. Tidak mungkin perkara sebegini akan dibiarkan berlaku di hadapan mata.

Tidak lama daun pintu bilik VVIP dibuka Danny. Entah apa yang dikatakan Danny pun tidak pasti kerana kamera tersebut tiada audio. Nampak lega di wajah Milia apabila tiga orang perempuan yang datang bersama Danny mengambil tempat di sisinya dan Danny pantas menarik lengan Milia ke belakang tubuhnya. Selepas beberapa ketika berbual dengan Micheal, Danny membawa Milia keluar dari bilik tersebut. Di luar bilik tanpa tunggu lama Milia terus berlari keluar menuju ke pintu keluar kelab. Gibran hela nafas lega, begitu juga Fattah dan Raffa. Selesai satu masalah.

"Hebat juga Danny" Raffa bersuara sambil memandang Gibran dan Fattah. Kedua mereka angguk mengiyakan. Entah apa yang dikatakan Danny pada Mike pun tidak pasti.

"Boleh tahan kawan si Q ni" Raffa menambah lagi. Tidak lama pintu bilik CCTV ditolak dari luar. Tertoleh ketiga-tiga mereka ke arah pintu.

"Settle" sepatah kata dari Danny sambil menunjukkan 'tumb up'.

"Apa yang kau cakap pada Mike?" soal Raffa. Danny hanya senyum senget sebaik Danny menghampiri mereka bertiga.

"Kita tunggu signal dari orang aku" kata Danny. Gibran angguk lalu kedua tangan naik memeluk tubuh.

"Duduklah dulu, minum" kata Danny yang sudah berjalan ke arah sofa dan melabuhkan duduk di situ. Gibran dan Raffa melangkah ke arah sofa lalu melabuhkan duduk tetapi tidak pada Fattah, dia terus memerhatikan CCTV. Hatinya tidak tenang selagi Micheal belum 'diuruskan'.

"Kau dah lama kenal Q?" sol Raffa. Ditoleh pandang pada Danny.

"Lama juga. Dia kawan baik aku" balas Danny. Terpapar wajah seakan tidak percaya di wajah Raffa. Gibran hanya mendengar tetapi tidak menyampuk, matanya pula tajam memandang ke arah CCTV.

"Kenapa, tak percaya?" soal Danny sambil ketawa perlahan. Air coke dalam tin dicapai lalu dibuka dan diteguk perlahan.

"Aku tak cakap macam tu cuma.." ayat Raffa tergantung. Danny hanya senyum. Tidak lama telefon bimbitnya yang berada di atas meja kopi bergetar dan skrin berkelip-kelip menyala lampu menandakan ada mesej masuk.

"Let's go" kata Danny lalu dia bangun dan terus melangkah ke arah pintu diikuti oleh Gibran dan Raffa. Manakala Fattah pula menanti di bilik CCTV bagi memantau kawasan untuk dia maklumkan pada orang-orang Gibran andai keadaan di luar kawalan.

+++

"This way sir" kata salah seorang pelayan wanita di dalam kelab lalu mendahului langkah Micheal yang di kiri dan kanannya diapit dua orang wanita yang datang bersama Danny tadi, manakala seorang lagi ada bersama Viktor yang mengekorinya dari belakang.

"Sir, you can use this room and you sir, this room" kata pelayan wanita pada Micheal dan Victor. Dua bilik berasingan ditunjukkan pada mereka. Micheal anggukkan kepala pada Victor. Victor pula angkat tangan lalu melangkah ke arah bilik yang ditunjukkan tadi manakala Micheal pula ke bilik di sebelahnya. Wanita yang berada di kiri Micheal membukakan pintu bilik dan tanpa lengah laju Micheal melangkah masuk.

Sebaik masuk, senjatapi dan telefon bimbitnya diletakkan di atas meja kecil di tepi pintu dan kemudian pakaiannya laju ditanggalkan satu-satu. Setelah itu tubuh kedua-dua wanita tadi dipeluk lalu menggomol salah seorang wanita yang mengikutnya tadi. Ditarik tangan kedua wanita itu ke katil dan ditolak tubuh kedua-dua mereka sambil ketawa suka, begitu juga wanita-wanita itu tadi. Dalam lampu yang suram tindakan Micheal semakin meliar apabila kedua wanita itu membalas tindakannya.

Pap pap pap

Kuat bunyi orang menepuk tangan. Terhenti seketika tindakan Micheal tetapi dia tidak menoleh ke belakang. Diam, tiada apa yang berbunyi hanya bunyi muzik sayup-sayup sahaja yang didengarnya. Lalu diteruskan semula tindakannya yang terhenti tadi, disangkanya telinga tersalah dengar.

"Wow! I can't believe we will meet in this way, Mike" Gibran bersuara. Terkaku Micheal. Berubah wajahnya apabila dia kenal sangat dengan pemilik suara itu. Perlahan tubuh dipusingkan ke belakang dan tidak salah lagi, Gibran. Tak guna!

"Get out" jerit Gibran pada kedua wanita tadi. Kalut keduanya mengutip semula pakaian yang sudah bersepah di lantai dan memakainya di tubuh. Laju tombol pintu dipulas. Raffa yang berada di luar bilik pantas menarik kedua wanita itu supaya beredar lalu pintu ditarik rapat. Tegak dia berdiri di luar dan bersedia andai Victor atau orang-orangnya menyedari apa yang berlaku pada Micheal.

"Surprise!" kata Gibran. Micheal sudah tidak tentu arah. Dipandang pada tubuh yang hanya tinggal seluar dalam dan stoking sahaja. Dijeling pula pada pakaian dan senjatanya yang ada di atas meja di tepi pintu. Gibran toleh pandang pada meja kecil yang menjadi perhatian Micheal.

"You want that?" soal Gibran sambil senyum mengejek.

"Kau main kotor!" kata Micheal kasar walaupun hatinya sudah dapat rasakan dirinya dalam bahaya. Perlahan dia turun dari katil dan berdiri tegak di situ. Gibran senyum sinis.

"You know Mike, You like a rabbit waiting to be eaten by a fox. You like this feeling?" soal Gibran sambil perlahan melangkah ke arah Micheal yang sudah tegak berdiri di sisi katil.

"Like your ass!" marah Micheal. Tanpa lengah tumbukan dilayangkan ke arah wajah Micheal. Terlentang dia di atas katil. Pantas Micheal bangun semula ke sisi katil dan liur yang mengandungi darah di ludah ke lantai. Bibir dikesat dengan belakang tangan.

"You nothing without your man, Mike" kata Gibran mengejek. Dia kemudian mengambil kemeja Michel di atas lantai lalu mencampaknya pada Micheal dan kemeja jatuh di kaki lelaki itu.

"Wear it! berbulu mata aku tengok badan kau" kasar Gibran bersuara. Baju yang tercampak di kaki dipandang lalu Micheal tunduk mengambilnya dan perlahan disarung pada tubuh dan dalam masa yang sama tangannya mencapai lampu di meja sisi tepi katil lalu dibaling ke arah Gibran tetapi sempat dielak dan terkena ke dinding. Bulat mata Gibran memandang Micheal.

'Prang'

Bunyi kaca berderai menghempas dinding. Tertoleh Gibran ke arah dinding. Micheal ambil peluang menyerbu Gibran. Tumbukan dilayang pada wajah Gibran tetapi pantas Gibran mengelak dan tangannya pula naik menghayun ke arah perut Micheal. Tertunduk Micheal dengan penangan Gibran. Tubuh dibawa tegak dan diserbu lagi Gibran kali ini tendangan sisi pula diberi. Tetapi dapat dipatahkan dengan lutut yang diangkat tinggi menahan serangan kaki Micheal. Serang balas berlaku dengan sengit dan tiba-tiba terdengar bunyi beberapa tembakan di luar. Kedua mereka serentak menoleh ke arah pintu. Micheal senyum senget. Gibran tidak peduli. Diasak Micheal hingga terperosok ke dinding dan dalam kalut dia menghentam Micheal, pintu bilik terbuka.

"Gib" muncul Fattah bersama senjatapi di tangan. Micheal yang sudah lembik dikerjakan Gibran hanya diam ditindih lutut Gibran. Fattah pandang Micheal yang parah dikerjakan Gibran di tepi dinding berhampiran pintu.

"Let's go" ajak Fattah. Gibran pandang Micheal. Dagu Micheal dipegang dengan tangan kanan lalu didongakkan ke atas.

"Kau silap pilih musuh, Mike!" keras suara Gibran berbunyi. Kasar ditolak dagu Micheal. Micheal hanya diam tidak berbunyi. Gibran pantas bangun dan tiba-tiba

'Bang'

Tertoleh ke belakang Gibran apabila mendengar bunyi tembakan yang dekat dengannya. Dilihat Micheal sudah terkulai bersama pistol di tangan. Dipandang pada Fattah yang senjatanya masih diacukan pada Micheal yang sudah tidak bernyawa. Bagai nak luruh jantung Gibran. Kalau Fattah tidak bertindak pantas, sudah pasti nyawanya melayang di tangan Micheal.

"Tak guna!" kata Gibran kasar.

"Let's go! hurry!" Raffa pula yang datang di celah pintu. Gibran dan Fattah pantas keluar dari bilik tersebut. Waktu itu keadaan sudah menjadi kelam kabut. Bunyi tembakan di sana sini bersama jeritan suara pengunjung kelab. Danny yang berada di hujung lorong bersama pistol di tangan pantas memanggil mereka supaya mengekorinya.

"Guys!" jerit Danny. Laju ketiga-tiga mereka berlari membuntuti Danny. Entah laluan mana dibawanya pun tidak pasti. Tau-tau sahaja sudah sampai di lorong belakang.

"Go! go!" jerit Danny pada mereka bertiga. Raffa pantas berlari ke arah kereta lalu melolos masuk.

"Danny, thanks" ucap Gibran dan Fattah serentak. Senjatapi di tangan Gibran diselit di pinggang, begitu juga Fattah lalu bahu Danny ditepuk perlahan.

"Nanti aku hantar resit repair kelab ni" gurau Danny sambil tersenyum.

"Sure! I pay it" pantas Gibran membalas. Danny hanya ketawa.

"Dah! dah! korang tak boleh ada di sini" kata Danny lalu diangkat tangan pada mereka. Tidak lama kereta dipandu Raffa sampai dan laju kereta memecut pergi. Danny pula sudah hilang disebalik pintu. Dari jauh dapat didengari bunyi siren kereta polis. Tertoleh ke belakang Gibran dan Fattah, Raffa pula hanya pandang melalui cermin pandang belakang.

Setelah agak jauh dan yakin mereka tidak diekori, Raffa perlahankan kelajuan kereta.

"Kita nak ke mana?" soal Raffa. Pandangannya masih tegak di tengah jalan. Tetapi tiada balasan dari kedua-dua lelaki itu.

"Balik rumah akulah" putusnya sendiri. Tidak lama kereta dipandu Raffa masuk ke perkarangan rumahnya. Ketiga-tiga mereka melangkah masuk ke rumah mengekori Raffa dari belakang.

"Raff" panggil Gibran. Raffa yang sudah berada di anak tangga paling bawah terhenti langkah kaki dan memusing tubuh ke belakang.

"What?" soalnya. Pakaian pada tubuh yang ada kesan darah dipandang. Aduh.. buang lagi baju, kepala digeleng perlahan.

"Macam mana boleh jadi kecoh?" soal Gibran yang sudah menghampiri Raffa. Wajah Raffa dipandang tepat. Fattah yang ada di sisi turut memandang Raffa.

"Victor" balas Raffa sepatah.

"Kenapa dengan dia?" soal Gibran.

"Aku tak pasti apa yang sebenarnya yang berlaku tapi apa yang aku nampak dalam CCTV, sebaik perempuan yang ikut dia masuk bilik tu nampak Victor tanpa pakaian, dia terus lari keluar dan dikejar Victor" sampuk Fattah.

"Lepas tu apa lagi, dia nampak la aku dok tegak berdiri depan bilik tu.." tambah Raffa pula. Gibran hanya angguk tetapi wajahnya penuh curiga.

"Apa yang perempuan tu nampak?" soal Gibran dan Raffa serentak pada Fattah.

"Mana aku tahu" balas Fattah sambil angkat bahu.

"Pelik" kata Raffa.

"Eh, dah la. Aku nak mandi. Kejap lagi hantar aku balik" kata Gibran lalu laju berjalan mendaki tangga ke tingkat atas.

"Raff! Jangan lupa, baju aku" jeritnya dari atas. Raffa hanya geleng kepala.

"Gill, kau naik la mandi" kata Raffa.

"Taknak mandikan aku ke?" soal Fattah yang sudah senyum senget.

"Cis! ingat aku dua alam" marah Raffa sambil mengikut Fattah dari belakang.

"Kata tak nak tapi ni nak ke mana mengekor aku?" soal Fattah.

"Mandi la.. kau ingat bilik ada dua je ke kat atas tu? Ish!" menjeling Raffa. Ketawa suka Fattah. Ah.. tak lama lagi dia akan pulang semula ke Spain. Pasti akan dirindu saat-saat begini.

"Raff" panggil Fattah. Raffa yang sudah berada di hadapan pintu bilik menoleh pada Fattah. Diangguk kepala tanda bertanya.

"Thanks" ucap Fattah sepatah. Raffa hanya tersenyum sebelum hilang disebalik pintu bilik.

(21/12/2020 @ 0057hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience