"Aih adik. Dahaga sangat ke? banyak minum air" tegur Puan Fazidah. Haifa yang sedang minum air kosong menoleh pada Puan Fazidah di sisi.
"Hah? haah. Panas pula rasa malam ni" balas Haifa bersama gelas air kosong di tangan. Puan Fazidah kerut kening.
"Panas? hujan punya lebat di luar pun panas lagi?" soal Puan Fazidah pelik. Haifa sudah tersengih-sengih.
"Hurm, dah la. Umii nak ke bilik. Nak tengokkkan Amin" kata Puan Fazidah lalu berpusing ke belakang untuk melangkah tetapi baru dua tapak melangkah, dia menoleh memandang Haifa yang sedang mencuci gelas dan piring di sinki.
"Adik" panggil Puan Fazdidah.
"Ya, ada apa Umii" sahut Haifa sambil menoleh.
"Adik nampak macam.. dan berisi sikit. Seluar tu dah nampak ketat di punggung" tegur Puan Fazidah sambil menunjukkan ke arah belakang Haifa dan dia terus melangkah meninggalkan ruang dapur. Mendengar sahaja kata-kata Puan Fazidah, laju tangan kanan Haifa yang basah naik memegang punggungnya.
"Ketat! seluar aku ketat ke?" kata Haifa sendiri. Gibran yang sejak tadi duduk di stoolbar dan sibuk dengan telefon terus memandang Haifa, lebih tepat lagi pada punggung isterinya itu. Perlahan kaki diatur menghampiri Haifa.
"Umii ni.. aku dah gemuk ke?" kata Haifa lagi. Tangan kanan yang berada di punggungnya dialihkan dan dia meneruskan cucian di sinki. Tiba-tiba tertegak tubuh Haifa apabila ada tangan lain pula yang berada di punggungnya. Haifa intai ke belakang.
"Hubby!" tegur Haifa geram bersama gigi diketap.
"Ish, hubby buat apa ni?" soal Haifa sambil laju menepis tangan Gibran yang sudah melekap di situ. Mujurlah tiada sesiapa di dapur ni, kalau tidak..
"Buat apa?" soal Gibran seperti tiada apa-apa. Tajam matanya memandang ke arah tempat tangannya memegang. Haifa pula laju memusingkan tubuh berhadapan dengan Gibran. Kalau dibiar nanti lain pula jadinya.
"I just want to make sure what Umii says is true" balas Gibran selamba.
"Eh..! tak payah nak pastikan sangat lah ya!" marah Haifa. Laju tangannya mencapai tuala dan tangan dikeringkan kemudian diletak semula kain tuala di atas table top. Bukan boleh dipercaya sangat Gibran ni. Setelah dikesat, laju Haifa membuka langkah untuk meninggalkan dapur.
"Wait" panggil Gibran bersama pegangan pada jemari Haifa.
"Apa?" soal Haifa sambil mata memandang jemarinya yang dipaut Gibran.
"Where are you going?" soal Gibran.
"Atas" balas Haifa sepatah.
"For what?" soal Gibran lagi.
"Ish.. honey nak tengok cermin" balas Haifa malas dan jemarinya ditarik dari pegangan Gibran.
"Tengok cermin?" soal Gibran sendiri tapi diikut juga Haifa yang sudah laju berjalan ke tingkat atas, macam lipas kudung. Gibran yang baru sampai di hadapan pintu bilik terus ditarik daun pintu dan dilihat bilik closer bercahaya. Gibran melangkah masuk dan dapati Haifa sibuk menilik tubuhnya di cermin besar. Gibran geleng kepala sambil melabuhkan duduk di sofa di dalam bilik closet. Haifa yang menyedari kehadiran Gibran menjeling tajam.
"Jangan nak ketawa!" marah Haifa.
"No, I'm not" balas Gibran bersama senyum senget.
"Dah la, honey nak tukar baju" kata Haifa lalu melangkah ke arah closet untuk mengambil baju tidur. Gibran pula masih di situ tidak berganjak.
"Hubby.. honey nak tukar baju ni.." kata Haifa pada Gibran yang masih lagi diam di situ.
"Ish! suka hatilah!" kata Haifa. Malas dia mahu melayan. Tanpa memandang Gibran, pakaian pada tubuh ditanggalkan satu-satu hingga tiada yang tinggal dan pakaian tidur pula disarung. Sesudah itu Haifa terus melangkah ke arah bilik air dan dengan pantas Gibran bangun mengikut.
"Eh, nak ke mana?" soal Haifa pada Gibran yang sudah sama melangkah masuk ke dalam bilik air.
"Following you" balas Gibran.
"Nak buat apa? honey nak cuci muka dan gosok gigi la" marah Haifa.
"Oh, I think you want to pee" balas Gibran. Bulat mata Haifa.
"Kalau ya pun, kenapa perlu ikut?" suara Haif sudah sedikit tinggi. Terhenti kaki Gibran yang melangkah. Terkelip-kelip matanya memandang Haifa dan berura-ura mahu memusingkan tubuh kembali melangkah keluar.
"Argh..! merajuk pula.." Haifa terus menarik tangan Gibran hingga kembali mengadapnya. Kedua-dua tangan Haifa naik memegang kedua pipi Gibran. Mata Gibran direnung dalam. Ish, nak marah pun tak jadi..
"Er.. pregnant test?" kata Gibran tak bersalah sambil tangan naik menunjukkan test kit pada Haifa. Laju tangan naik menepuk bahu Gibran. Ish, boleh sakit kepala macam ni! Sudahnya Haifa terus ke sinki menggosok gigi dan mencuci muka, dibiarkan sahaja Gibran di situ. Gibran juga turut ke sinki mencuci muka dan menggosok gigi. Selepas selesai, Haifa mencapai tuala kecil pada penyangkut dan wajah yang basah dikeringkan. Gibran juga melakukan perkara yang sama cuma Haifa terus ke katil manakala Gibran ke bilik closet untuk menukar seluar.
Sementara menunggu mata dilamar mengantuk, Haifa duduk bersandar di kepala katil sambil membaca mesej yang dihantar Intan.
Intan : Dah test ke?
Haifa : Dah
Intan : And?
Haifa : Hurm..
Intan : Kenapa?
Haifa : Test kit masuk baldi air sabun
Intan : (Icon ketawa banyak-banyak)
Haifa : (Icon penumbuk besar)
Intan : Aduh.. macam mana boleh jadi macam tu? Buat je la lagi.
Haifa : Tunggulah, air kencing dah habis
Intan : (Icon ketawa lagi)
Intan : Aku belikan tiga kan. Nanti test lagi ek.
Haifa : Tengoklah.
Intan : Dah dapat result jangan lupa roger-roger
Haifa : Ya. Oklah. Jumpa esok.
Malas Haifa mahu fikirkannya. Telefon diletakkan di meja sisi dan dia terus berbaring dengan selesa. Gibran pula waktu itu sedang memanjat naik ke katil dan kemudian dia duduk bersandar ke kepala katil.
"Dah mengantuk?" soal Gibran. Haifa hanya anggukkan kepala.
"Good night honey" kata Gibran lalu dilabuhkan cium pada pipi Haifa.
"Good night hubby" balas Haifa pula lalu lampu tidur di sebelahnya ditutup. Gibran masih lagi dengan ipad di tangan. Ada beberapa perkara perlu disemak pada slide metting esok. Dia tidak mahu ada masalah. Naik berpinar matanya kerana asyik memandang skrin ipad. Mata digosok beberapa kali. Haifa yang nyenyak tidur di sisi dipandang. Ipad diletakkan di meja sisi. Rambut Haifa yang menutup wajah diselak berhati-hati dan diusap wajah yang pulas tidurnya. Tangan mencapai suis lampu lalu ditekan. Haifa ditarik ke dalam pelukannya.
+++
Haifa terjaga dari tidur apabila terasa sepeti mahu ke tandas. Tangan kanan Gibran yang terletak elok di pinggangnya dipandang. Perlahan diangkat dan tubuh dibawa duduk. Tangan Gibran diletakkan di atas katil. Haifa turun dengan perlahan dari katil, tidak mahu Gibran terjaga. Kemudian dia terus melangkah ke bilik air, suis lampu bilik ditekan, terus terang jadinya. Sewaktu melintasi sinki, mata ternampak pregnant test yang terletak elok di atas rak. Terus kaki melangkah ke arah rak dan tangan laju mencapainya lalu dibawa ke bowl tandas. Selesai mencuci tangan Haifa melihat test kit yang diletakkan di tepi sinki. Terkelip-kelip matanya menanti keputusan yang keluar.
"Honey" panggil Gibran pada Haifa yang dilihat kusyuk memandang sesuatu di atas sinki. Haifa toleh ke arah pintu.
"Eh, hubby. Kenapa bangun?" soal Haifa. Gibran yang sudah mendekat turut mengintai apa yang dipandang Haifa tetapi pantas Haifa mencapainya.
"Hubby" panggil Haifa lalu mendongak memandang Gibran di belakangnya.
"Yes honey. Anything wrong?" soal Gibran bimbang apabila melihat wajah Haifa yang seakan mahu menangis.
"Hey, kenapa ni?" soal Gibran lalu kedua tangannya naik memegang kedua bahu Haifa.
"Ni.." kata Haifa lalu test kit diberikan pada Gibran.
"Hah?" Gibran berbunyi tetapi test kit yang dihulur Haifa disambut juga. Terkelip-kelip mata Gibran apabila melihat dua garisan yang naik. Wajah Haifa dipandang. Haifa anguk laju-laju. Terus tubuh Haifa dipeluk erat.
"Is this true?" soal Gibran.
"Yup, two line" kata Haifa. Gibran memeluk kembali tubuh Haifa dan wajah Haifa dihujani dengan ciuman dari Gibran. Naik lemas Haifa diperlakukan begitu. Tertawa suka Haifa. Tubuh Haifa dicempung dan dibawa ke katil. Terjerit kecil dia kerana terkejut.
"I don't know what to say" kata Gibran sambil melabuhkan duduk di birai katil. Haifa pula didudukkan di atas ribaannya. Test kit yang masih di tangan diperhatikan.
"Kenapa?" soal Haifa sambil menoleh ke sisi memandang wajah Gibran dari tepi.
"Macam tak percaya" balas Gibran lalu dilabuhkan cium pada bahu Haifa.
"Are you happy?" soal Haifa.
"Of course I'm happy" balas Gibran. Kemudian seperti teringatkan sesuatu laju tangannya mencapai telefon bimbit di meja sisi, skrin yang bercahaya dipandang. Pukul tiga setengah pagi? Ah, dia tidak peduli, nombor seseorang di dail. Tidak lama panggilan dijawab.
"Naz, you need to replaced me for a meeting with Mirwan Holding this morning. Bring Nelly with you" kata Gibran tanpa sempat Naz menyapa.
"What?" soal Naz yang terkejut di sebelah sana. Terus terbangun duduk jadinya. Segar matanya yang mengantuk tadi.
"I said, you need to replaced me for a meeting with Mirwan Holding and bring Nelly with you" ulang Gibran senafas.
"Tapi Sir nak ke mana?" soal Naz yang sudah kalut di sebelah sana.
"I have something more important thing to do" balas Gibran sambil mata memandang wajah Haifa yang menoleh ke arahnya.
"Hah?" Naz sudah hilang kata.
"Thanks Naz" kata Gibran lalu talian dimatikan tanpa menunggu balasan dari Naz. Telefon kemudian diletakkan semula di atas meja sisi.
"You don't have to go to work this morning. We need to see Doctor Ben" kata Gibran.
"Er.. lepas balik kerja tak boleh ke?" soal Haifa lalu turun dari ribaan Gibran dan bergerak ke atas katil. Gibran tidak membalas sebaliknya dibetulkan selimut pada tubuh Haifa dan kemudian dia juga turut berbaring.
"Hubby.. kalau lepas kerja tak boleh ke?" soal Haifa lagi. Gibran tidak membalas sebaliknya lampu meja sisi ditutup dan tubuh Haifa ditarik rapat ke arahnya. Hm.. tak boleh la tu.
+++
"Let's go to breakfast. You must eat more starting today" kata Gibran pada Haifa yang sedang memakai selendang. Gibran pula awal-awal lagi sudah bangun dan bersiap. Raffa juga sudah dihubungi supaya datang awal untuk membawanya ke hospital bertemu Dr. Ben.
"Okay. Sikit lagi. Nak pin ni" kata Haifa.
"Ouch!" Haifa terjerit apabila jarinya tercucuk jarum. Laju Gibran berlari mendapatkan Haifa.
"What's wrong honey?" soal Gibran bimbang. Dilihat Haifa sedang memicit jari yang tercucuk jarum.
"Nothing. Jari tercucuk jarum" balas Haifa.
"Lepas ni, kita shopping selendang yang tak perlu dipakai pin" kata Gibran lalu mencium sekilas pada jari yang tercucuk jarum tadi. Haifa sudah terkebil-kebil.
"Eh, tak payahlah. Selendang saya dah banyak ni" kata Haifa. Gibran jeling tajam. Jemari Haifa dipaut bersama jemarinya.
"Okay.." balas Haifa malas. Ikut suka la..
"Eh, adik dengan Gib tak kerja ke pagi ni?" soal Puan Fazidah yang sudah berada di meja makan apabila melihat Haifa dan Gibran berjalan beriringan ke meja makan. Amin pula sedang bersarapan.
"Tak Umii, ada hal sikit pagi ni" balas Gibran lalu dilabuhkan duduk di kerusi. Bukan tidak mahu diberitahu mengenai kehamilan Haifa tetapi dia mahu pastikan dahulu. Haifa juga begitu.
"Ibu, ayah. Amin pergi sekolah dulu" kata Amin setelah bibir dikesat dengan tisu. Tangan Haifa dan Gibran disalamnya dan kemudian pada Puan Fazidah pula. Setelah itu laju dia berlari ke arah pintu untuk memakai kasut sekolah.
+++
"Tahniah. Bila due date" kata Raffa sebaik Gibran dan Haifa melolos masuk ke dalam kereta setelah berjumpa dengan Dr.Ben. Haifa pandang Raffa melalui cermin pandang belakang.
"Macam mana tahu?" soal Haifa. Raffa toleh ke belakang sambil mata menjeling pada Gibran.
"Hurm.. thanks Raff" balas Haifa bersama senyum manis.
"Raff, let's go" kata Gibran. Raffa angguk lalu memulakan pemanduan ke sebuah pasaraya seperti mana yang dikatakan tadi. Dia mahu belikan selendang pada Haifa. Di sana banyak butik tudung yang cantik-cantik.
(20/01/2021 @ 1439hrs)
Share this novel
noon. dear. tqvm