"Erm.. hubby.." suara Haifa merengek.
Dengan rasa yang semakin membara, Gibran lantas mengangkat tubuh Haifa lalu diletakkan di atas katil. Tindakan yang terhenti tadi diteruskan semula. Lidahnya dilekapkan di celahan yang semakin basah itu. Kedua tangan Haifa naik menggenggam rambut Gibran sambil mengerang kesedapan hingga terangkat pinggulnya.
"I'm here honey" balas Gibran dengan nada yang sudah tidak sekata.
"I want.." rengek Haifa sambil membelai rambut Gibran.
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Gibran pantas bertindak menyatukan rasa kedua mereka. Asyik kedua mereka menikmati hubungan kasih sayang antara suami isteri hingga akhirnya terlena keletihan.
Haifa buka mata, jam di dinding dipandang. Sudah pukul tujuh setengah pagi. Tadi, selepas subuh. Kedua-dua mereka menyambung tidur semula dan Haifa yang sudah terjaga perlahan mengalihkan tangan Gibran yang melingkar di pinggangnya. Leher yang lenguh diurut perlahan kemudian dia terus melangkah ke bilik air. Tidak lama Haifa keluar dan dia terus ke bilik wardrobe. Pakaian dan tudung disarungkan ke tubuh. Dengan perlahan Haifa melangkah ke arah tepi katil untuk mengambil porchbagnya. Wajah Gibran dipandang seketika dan perlahan dilabuhkan cium pada bibir seksi suaminya itu.
Daun pintu bilik ditarik perlahan dan ditutup semula. Kaki melangkah ke arah ruang tamu, dilihat Raffa tidur sambil terduduk di sofa. Mata melingas ke sekiling tetapi kelibat Naz dan Hann tidak dilihat. Haifa terus ke dapur untuk mengambil air suam bagi membasah tekak.
"Eh, Madam. Morning" sapa Hann yang baru keluar dari dapur bersama mug yang berasap di tangan.
"Oh, saya buat kopi. Madam nak? saya boleh buatkan" ramah Hann menegur Haifa. Haifa hanya senyum.
"No need, thank you" kata Haifa lalu melangkah ke arah dapur.
"Erm.. Madam nak ke mana?" soal Hann sambil mengekori Haifa dari belakang.
Haifa teguk air kosong dan kemudian memandang Hann.
"Saya nak keluar sekejap. Masa datang awal pagi tadi saya nampak ada mini market dua puluh empat jam. Saya nak beli barang sikit" kata Haifa sambil tangan mencuci mug di sinki.
"Biar saya belikan" kata Hann lalu meletakkan mug kopinya di meja.
"Eh, tak apa. Saya keluar sekejap saja" pantas Haifa memotong kata.
"Madam, bahaya! Jadi apa-apa nanti macam mana?" soal Hann bimbang. Tergambar riak risau di wajahnya.
"Tak apa, saya keluar sekejap saja. Tak perlu bimbang. Saya boleh jaga diri" balas Haifa lalu melangkah keluar dari dapur setelah tangan dikeringkan. Hann laju mengekor dari belakang dan memotong langkah Haifa.
"Kalau macam tu biar saya temankan Madam" cadang Hann. Dia masih sayangkan nyawanya, tidak mahu nyawanya melayang andai sesuatu terjadi kepada Haifa. Siapa tidak kenal Gibran!
Haifa terus hentikan langkah kaki lalu menoleh ke arah Hann. Tajam pandangan diberikan. Terdiam Hann. Aduh, boleh tahan juga garangnya..!
"Okay.. okay.. kalau macam tu, Madam bawa ni" kata Hann lalu menyerahkan Glock miliknya yang tersisip pada hoster sling di dada. Haifa tidak menyambutnya tetapi dia terus mencapai tactical knife yang tersisip di pinggang Hann. Terkejut Hann dengan tindakan Haifa.
"Ni dah cukup. Dah, saya keluar sekejap saja. Nak beli barang sikit" kata Haifa lalu menyarung kasut sport miliknya dan terus melangkah keluar dari pintu utama. Hann mengeluh nafas panjang. Rasa tidak senang hati.
"Aduh.. mati la..!" Han sudah membebel sendiri sambil memandang ke arah pintu. Kelibat Haifa sudah hilang disebalik pintu.
"Kau dah kenapa?" soal Naz yang sedang mengeringkan rambutnya. Nampak segar setelah tubuh disirami air. Laju Hann toleh pada Naz. Nampak riak berubah pada wajah itu.
"Er.. Madam" jawab Hann sepatah. Takut-takut nak menjawab.
"Madam? Haifa?" soal Naz. Terhenti pergerakan tangannya apabila Hann angguk.
"Madam keluar beli barang" kata Hann yang sudah tertunduk.
"What?!!" kuat suara Naz berbunyi hingga mengejutkan Raffa yang terlena di sofa. Sambil menggosok mata Raffa datang hampiri Naz dan Hann.
"Ada apa ni?" soal Raffa sambil memicit batang hidung. Sudah lah sejak akhir-akhir ini tidurnya asyik terganggu. Dapat lelap sekejap pun ada gangguan.
"Haifa, dia keluar ke kedai" mendatar sahaja ayat Naz berbunyi. Bulat mata Raffa memandang Naz.
"What?!" soal Raffa. Dia juga terkejut. Kejung terus tubuhnya di situ.
"Haifa keluar ke kedai bawah ni. Nak beli barang" jawab Naz sambil mengenakan t-shirt pada tubuhnya.
"Kenapa tak kau yang beli?" tinggi suara Raffa pada Naz.
"Kau tanya la Hann" balas Naz. Raffa putar pandang pada Hann.
"Aku dah cakap tadi biar aku yang beli tapi dia nak keluar juga. Aku suruh bawa ni tapi dia tak nak cuma bawa tactical knife aku je" terang Hann sambil menunjukkan Glock miliknya.
"Arrgghh..!" keras suara Raffa. Tanpa lengah dia mahu melangkah ke arah pintu tapi lengannnya disauk Naz.
"Biar aku turun" kata Naz yang sudah siap dengan jaket di tubuh. Glock di atas meja dicapai lalu disisip pada hoster sling. Tidak menunggu lama terus kaki melangkah keluar setelah kasut disarung.
+++
Butang lif ditekan. Sambil itu mata memerhatikan sekeliling. Walaupun tempat ini dikategorikan sebagai selamat, Haifa masih berhati-hati. Pintu lif terbuka laju kaki melangkah masuk. Butang G ditekan. Laju lif meluncur turun. Mungkin masih awal dan tiada orang yang menggunakan lif, cepat sahaja Haifa sampai. Sebaik pintu lif terbuka, Haifa melangkah keluar. Pemerhatian dibuat di sekeliling lalu terus dia melanglah keluar dari pintu kaca bangunan itu.
"Selamat pagi" ucap seorang pengawal keselamatan yang berada di luar pintu kaca. Seorang lelaki melayu lingkungan umur mungkin awal tiga puluhan. Haifa hanya senyum dan angguk sahaja.
Awal pagi tadi sewaktu datang ke sini, Haifa sempat melihat ada deretan kedai berhampiran kawasan perumahan ini. Kalau berjalan kaki mungkin ambil masa dalam lima hingga sepuluh minit sahaja. Laju kaki Haifa melangkah, awal-awal begini tidak banyak kenderaan yang lalu lalang tambahan pula hari sabtu begini.
Vrroomm..!
Haifa toleh pandang ke belakang apabila sebuah motorsikal yang lalu di hadapannya tadi membuat pusingan U. Haifa bersedia andai ada sesuatu yang terjadi. Penunggang motorsikal tadi berhenti betul-betul di tepi Haifa. Visor helmet diangkat.
"Sand?" suara Haifa berbunyi.
"Haifa" tegur Sand.
"Nak ke mana?" soal Sand. Helmet ditanggalkan lalu diletakkan di atas tank. Rambut yang sedikit kusut dibetulkan dengan tangan.
"Oh, nak ke kedai" balas Haifa. Tidak sangka pula dia akan berjumpa dengan Sand dalam waktu-waktu begini.
"Seorang saja ke?" soal Sand sambil memandang sekeliling. Tiada pula bayang abangnya.
"Ha'ah, seorang je. Gib tidur lagi. Ingat nak beli barang sikit" terang Haifa.
"Kalau macam tu, marilah saya tumpangkan" kata Sand lalu menyerahkan helmet pada Haifa. Patutlah sebelum keluar tadi dia rasa mahu membawa helmet ini, rupa-rupanya dia akan bertemu Haifa.
Haifa angguk lalu mengambil helmet yang diserahkan Sand padanya lalu disarung ke kepala begitu juga dengan Sand. Motorsikal dipanjat naik dan Sand terus memulakan pemanduan. Tidak sampai lima minit, Sand berhentikan motorsikal di hadapan deretan kedai.
"Nak beli apa? kalau nak beli makanan dan siap terus pun boleh. Ada kedai makan tu" kata Sand lalu turun dari motorsikal. Masing-masing memegang helmet di tangan.
"Ingat nak pergi mini market tu" balas Haifa sambil menunding jari ke arah kedai yang dikatakannya. Sand angguk.
"Jomlah saya temankan" kata Sand lalu memulakan langkah.
"Er.. Sand buat apa di sini?" soal Haifa. Sand toleh pada Haifa.
"Ada urusan kerja dan kebetulan lalu kawasan sini. Haifa pula buat apa di sini?" soal Sand.
"Oh, dari rumah Gib" balas Haifa. Sand diam.
"Sorry.." kata Sand. Haifa berhenti melangkah. Lengan Sand dicapai. Sand pandang lengannya yang ada dalam pegangan Haifa. Walaupun Sand tidak meneruskan kata-katanya. Haifa dapat mengagak apa yang ada dalam fikiran Sand. Namun begitu dia tetap juga bertanya. Tidak mahu tersalah sangka.
"Sorry for what?" soal Haifa. Sand kalih tubuh mengadap Haifa. Jemari Haifa dicapai.
"Sorry. Bukan saya tak nak bagitau hal sebenar tapi abang tak benarkan" terang Sand. Haifa diam.
"Sorry juga dah buat Haifa dan abang bergaduh" kata Sand dengan wajah muram. Haifa senyum. Jemari Sand digenggam erat.
"Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Apa yang Gib lakukan pasti ada sebab. Tak perlu nak ingat lagi, okay" kata Haifa. Sand lepas senyum dan angguk.
Tiba-tiba kedua-dua mulut mereka ditekup dengan kain. Mata yang tadi terbuka luas semakin lama semakin kecil pandangannya dan terus gelap. Helmet dalam pegangan terus jatuh ke lantai. Terasa tubuh diangkat dan dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan tetapi tidak pasti kenderaan apa. Tidak lama, kedua mereka terus tidak sedarkan diri.
+++
"Honey.. honey.." seru Gibran apabila menyedari Haifa tiada di sisinya. Diam tiada sahutan. Gibran perlahan bangun duduk. Tubuh dipusing-pusingkan dan kemudian dia melakukan senaman ringkas. Rasa ketat segala otot, maklumkan sejak akhir-akhir ini agak sibuk, tidak sempat mahu work-out di gym. Setelah itu dia terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Keluar sahaja dari bilik air, terus ke bilik wardrobe. Setelah lengkap berpakaian, kaki melangkah ke arah katil dan dia perasan pouchbag Haifa tiada di meja. Laju kaki melangkah keluar dari bilik.
"Honey!" jerit Gibran.
Terkejut Raffa dan Hann. Terus bingkas bangun kedua mereka yang berada di ruang tamu.
"Where's Haifa?!" keras soalan Gibran. Berubah riak wajah Raffa dan Hann.
"I ask, where's Haifa?!!" bergema suara Gibran.
(14/10/2020 @ 1012hrs)
Share this novel