Bab 56

Romance Completed 685128

Daun pintu wad ditolak. Gibran menoleh ke belakang.

"Sorry, baru hari ni saya datang melawat Haifa" ucap Aniq pada Gibran sambil tangan menghulur salam. Intan yang berada di sisi Aniq hanya angguk lalu melangkah ke arah katil Haifa dan dilabuhkan duduk di atas katil di sisi Haifa yang terbaring kaku. Perlahan Intan mengusap wajah sahabatnya itu. Gibran dan Aniq hanya memandang tanpa berkata sepatah kata.

"Should we" kata Gibran sambil melangkah mendahului Aniq ke arah sofa. Aniq mengambil tempat begitu juga Gibran. Telefon di tangan diletakkan di atas meja kopi. Diam seketika kedua mereka.

"How about Haifa?" soal Aniq sambil membuang pandang ke arah katil. Dilihat Intan sedang berkata sesuatu kepada Haifa tetapi tidak dapat didengari kerana hanya nampak bibir sahaja yang bergerak, suaranya amat perlahan sekali.

"Still the same" balas Gibran perlahan. Pandangan dibuang ke arah tingkap wad.

"How about you?" soal Aniq lagi. Gibran toleh pandang pada Aniq.

"Like what you see" balas Gibran. Tubuh dibawa bersandar pada sofa dengan mata terpejam.

"This all my fault, if I do not accept this task, all this will not happen" Gibran mengumam perlahan. Aniq yang mendengar pantas membalas.

"Gibran, jangan salahkan diri dengan apa yang berlaku. You are the chosen one to do that task and you do it for the sake of the country" balas Aniq. Terbuka luas mata Gibran, tegak tubuhnya dan pandangannya tepat ke wajah Aniq.

"What are you talking about?" soal Gibran dengan wajah cuak. Aniq hela nafas perlahan.

"I know who you are Gibran.. but don't worry, nobody know about you" kata Aniq bersama anggukan perlahan.

"Bila lagi Tuan Aniq tahu?" soal Gibran dengan wajah yang tertunduk ke lantai.

"Semasa Haifa diserang dengan M14" balas Aniq.

"Dah lama.. But why didn't you say anything to me?" soal Gibran. Wajah Aniq ditentang.

"Not necessary" balas Aniq.

"Can I ask you something?" soal Gibran. Wajah lelaki berparut asyik terbayang di wajahnya, mungkin Tuan Aniq tahu siapa lelaki itu.

"Tanya apa?" soal Aniq. Baru Gibran mahu membuka mulut bertanya, telefon bimbit Aniq berbunyi. Terkelip-kelip menyala di atas meja.

"Sorry" kata Aniq kemudian telefon bimbit di atas meja kopi dicapai dan icon hijau digesek.

"Ya Man, saya di hospital. Ada apa?" soal Aniq pada Koperal Azman.

"Tuan Saiful nak jumpa Tuan sekarang berkaitan taklimat Ops Scopian pada Dato' KJSJ esok" kata Koperal Azman.

"Oh, saya terlupa. Okay, saya balik sekarang" kata Aniq lalu talian dimatikan. Gibran yang melihat Aniq sudah bangun berdiri, dia juga turut sama mengikut.

"Sorry, Gibran. I need to go. Kita jumpa lagi lain kali" kata Aniq sambil telefon disimpan di dalam poket kemudian tangan dihulur pada Gibran.

"It's okay" balas Gibran sambil menyambut huluran salam.

"Er.. awak nak tanya apa tadi?" soal Aniq sebaik genggaman dilepaskan. Gibran geleng kepala.

"Next time I'll ask you" balas Gibran.

"Intan, kita balik pejabat" panggil Aniq pada Intan. Intan angguk lalu bangun dari birai katil.

"Haifa, aku tahu kau kuat. Cepat kembali pada kami semua ya" kata Intan lalu dahi sahabatnya itu dicium lembut dan kemudian perlahan kaki melangkah ke arah Gibran dan Aniq yang sudah berdiri menanti dirinya.

"Gibran, kalau Haifa dah sedar, bagitau saya ya" pinta Intan.

"I will" balas Gibran sambil angguk.

"Kalau macam tu, kami gerak dulu" kata Aniq pada Gibran. Lalu Aniq dan Intan melangkah ke arah pintu dan kedua-dua mereka hilang disebalik pintu wad. Gibran hela nafas panjang. Haifa yang masih diam terbaring di atas katil dipandang.

"Honey.. please come back to me" kata Gibran perlahan. Luluh sahaja bunyinya.

+++

"Assalamualaikum" Qais memberi salam sambil daun pintu wad ditolak. Sand yang sedang memegang telefon menoleh pandang pada pintu wad. Besar senyumnya apabila melihat Qais yang datang. Telefon diletakkan di meja sisi. Terus kaki dilipat duduk bersila di atas katil.

"Aku ingat kau dah lupa aku" kata Sand. Muncung bibirnya. Qais ketawa perlahan.

"Mana boleh aku lupakan kau" balas Qais sambil meletak plastik mengandungi puding caramel di meja sisi. Dilabuhkan duduk di kerusi bersebelahan katil Sand.

"Kau ni, dah jadi isteri orang pun kuat merajuk lagi" usik Qais.

"Mana ada, pandai la kau" balas Sand.

"Kau tak kerja ke?" soal Sand pada Qais. Dilihat pada pakaian yang dipakainya, dia mungkin dari rumah.

"Tak, aku standby. Esok aku on dua puluh empat jam" balas Qais sambil menghulur puding karamel bersama sudu pada Sand. Laju disambut huluran Qais.

"Beli mana?" soal Sand sambil perlahan menyuap ke mulut.

"Sedapnya.." kata Sand sambil terpejam mata.

"Qaseh buatkan untuk kau" kata Qais.

"Wah.. patutlah sedap. Nanti buat lagi" pinta Sand sambil menyuap lagi ke mulut. Qais hanya senyum memandang ulah Sand.

"Tuan Syam mana?" soal Qais apabila melihat hanya Sand seorang diri di dalam wad.

"Oh, Tuan Syam keluar sekejap" balas Sand. Bekas kosong dihulur kembali pada Qais.

"Oh.." Qais angguk.

"Erm.. Tuan Syam selalu teman kau kan? malam dia tidur sini tak?" soal Qais. Sand yang mendengar kerut kening.

"Eh, kau ni dah kenapa? lain macam soalan kau tanya ni?" pelik Sand dengan soalan Qais. Qais garu dahi yang tidak gatal.

"Q, kau ni kenapa?" soal Sand. Macam ada yang tak kena sahaja dengan sahabatnya ini. Qais hela nafas panjang.

"Tak.. petang semalam aku datang hospital nak melawat kau" kata Qais sambil membuang bekas puding ke dalam tong sampah di tepi katil.

"Semalam? bila?" soal Sand yang sudah tegak memandang Qais.

"Kau ni, biar aku cakap habis dulu boleh tak?" marah Qais. Sand ketawa perlahan.

"Okay.. okay.." Sand buat aksi zipkan bibir. Qais jeling.

"Mulanya memang nak masuk wad kau ni tapi aku rasa macam ada orang ikut" terang Qais.

"Orang ikut kau? siapa?" soal Sand.

"Aku tak pasti siapa sebab lelaki tu pakai topi dan wajah dia sentiasa menunduk" balas Qais lagi.

"Mana kau tau lelaki tu ikut kau? tah-tah, dia nak melawat sesiapa dalam wad ni tak" sangkal Sand.

"Sand, aku bukan baru jadi polis, dari segi tingkah laku seseorang pun aku dah boleh agak ada sesuatu. Tambahan pula lelaki yang macam tu, mencurigakan" kata Qais.

"Lelaki tu ikut kau dari mana?" soal Sand.

"Dari lobby sampai la ke wad kau ni. Tadi pun aku nampak dia di lobby. Aku rasa tak sedap hati" kata Qais. Lama Sand diam. Siapa pula kali ni?

"Sand, kau okay ke?" soal Qais apabila melihat Sand yang diam begitu.

"Ya, aku okay" balas Sand. Nampak tegang wajahnya.

"Nanti aku minta Danny siasat siapa orang tu tapi kau kena hati-hati. Aku takut orang tu buat sesuatu pada kau nanti" kata Qais bimbang.

"Kau jangan bimbang, tau la aku jaga diri. Anyway, thanks Q" kata Sand sambil pamerkan senyum pada Qais walaupun dalam hatinya ada rasa gusar. Bunyi pintu ditolak membuatkan kedua-dua mereka menoleh ke arah pintu.

"Tuan" sapa Qais lalu bangun dari kerusi dan salam dihulur.

"Q, dah lama sampai?" soal Syam sambil menyambut salam Qais.

"Lama la juga. Dah nak balik pun. Wife saya kirimkan puding untuk Sand" kata Qais. Syam angguk.

"Rasanya saya gerak dulu la, dah lama saya di sini" kata Qais.

"Sand, aku balik dulu. Jaga diri" pesan Qais.

"Ya, aku tau. Kau pun" balas Sand.

"Tuan, saya balik dulu. Assalamualaikum" kata Qais lalu terus melangkah ke arah pintu.

"Hm.. sembang apa dengan Q?" soal Syam sambil dilabuhkan cium pada pipi Sand.

"Tak ada apa pun" balas Sand tersenyum.

"Hm.. agak-agak bila sayang boleh keluar wad?" soal Sand pada Syam yang sedang melabuhkan duduk di sisinya di birai katil.

"Kenapa? boring duduk dalam wad?" soal Syam. Sand angguk lalu dirapatkan tubuhnya pada Syam dan disandarkan kepala di bahu lelaki itu.

"Tangan sayang belum pulih. Masih perlukan rawatan. Mungkin dua tiga hari lagi" balas Syam. Tangan kirinya naik mengusap pipi kanan Sand. Sand hanya diam.

"Maria macam mana sekarang?" soal Sand. Kepala ditegakkan dan wajah Syam dipandang. Syam kerut kening.

"Kenapa tiba-tiba tanya pasal Maria?" soal Syam pelik. Sand geleng perlahan.

"Tiba-tiba teringat" balas Sand. Kedua tangan Syam naik memegang pipi Sand.

"Maria ada di lokap IPK mungkin minggu depan dia akan di bawa ke lokap Bukit Aman untuk soal siasat lanjut" balas Syam.

"Sayang jangan fikir pasal tu semua, sayang masih belum pulih lagi. Okay?" kata Syam. Wajah Sand diusap lembut. Sand angguk perlahan lalu dilentukkan kepalanya ke dada Syam.

(31/10/2020 @ 1413hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience