Bab 36

Romance Completed 696735

Tekun Gibran menyiapkan kerjanya yang tertangguh, Haifa yang tadi elok duduk tegak di sofa, sudah terlena di situ.

"Honey.. honey.." kejut Gibran pada Haifa. Haifa bangun sambil menggosok perlahan matanya yang kelabu. Gibran mengambil tempat di sisi Haifa.

"Hubby dah siap kerja?" soal Haifa. Gibran angguk.

"Dah pukul berapa ni?" soal Haifa.

"Almost two pm" balas Gibran.

"Lamanya tertidur" kata Haifa sambil menutup mulut. Berair hujung matanya kerana menguap.

"Honey cuci muka, lepas tu kita keluar makan" kata Gibran. Haifa angguk lalu bangun menuju ke bilik air yang terdapat dalam pejabat Gibran.

Leher yang lenguh diurut perlahan bersama mata yang terpejam. Tubuh yang penat disandarkan ke sofa. Lega rasanya dapat tegakkan belakang tubuh begitu.

Haifa yang sudah segar, keluar dari bilik air. Haifa lihat Gibran sudah terpejam mata sambil tersandar ke sofa. Nampak wajahnya yang penat. Perlahan Haifa melangkah menghampiri Gibran lalu dilabuhkan duduk di sisi lelaki itu.

"Hubby.. hubby.." panggil Haifa bersama tepukan pada lengan Gibran.

"Hubby.. hubby.." ulang Haifa. Gibran yang baru terlena, terus buka mata.

"Sorry-sorry. Honey dah siap?" soal Gibran. Tubuh dibawa bangun sambil lengan kemeja dilipat hingga siku manakala tali leher dilonggarkan dan ditanggalkan dari kolar.

"Dah" balas Haifa. Diperhatikan Gibran yang penat.

"Lepas makan, hubby masuk office semula ke?" soal Haifa. Belas rasanya melihat Gibran yang gigih menyiapkan kerjanya yang tertangguh.

"Yup, lepas makan, kita balik. Why? honey nak singgah ke mana-mana ke?" soal Gibran. Haifa geleng.

"Kalau hubby penat, kita balik rumah terus. Biar honey masak" kata Haifa. Gibran pandang Haifa dengan kening berkerut.

"What? ingat honey tak pandai masak ke?" soal Haifa.

"No!" laju Gibran membalas.

"Tak menyusahkan honey ke?" tambah Gibran lagi.

"Tak. Sambil honey masak, hubby boleh mandi dan rehatkan diri. Siap masak, boleh makan" kata Haifa.

"Okay, it's up to you" balas Gibran lalu dia melangkah ke meja kerja mengambil coat dan briefcase.

"Let's go" ajak Gibran. Kedua-dua mereka melangkah keluar dari pejabat dan sebaik melintas di meja Nelly, Gibran hentikan langkah.

"Sir" sapa Nelly.

"Saya tak masuk pejabat. Ada apa-apa boleh berurusan dengan Naz" kata Gibran.

"Okay Sir" balas Nelly. Gibran dan Haifa melangkah menuju ke lift peribadi Gibran. Tiba di tempat parking, Raffa telah bersedia di sisi kereta. Gibran melolos masuk ke bahagian penumpang belakang bersama Haifa dan Raffa terus ke bahagian pemandu.

"Where are we going Sir?" soal Raffa.

"Home" balas Gibran pendek. Raffa angguk lalu kereta meluncur laju menuju ke rumah.

Sebaik sampai di rumah, Haifa terus ke dapur mahu siapkan makan tengah hari manakala Gibran pula ke bilik untuk mandi. Haifa masak yang simple saja. Nasi putih, ayam lada hitam, sayur campur dan telur dadar. Lebih kurang satu jam berperang di dapur. Siap juga. Setelah makanan dihidang, Haifa melangkah menuju ke bilik. Dia mahu bersihkan diri sebelum makan. Daun pintu ditolak perlahan dan sebaik melangkah masuk Haifa dapati Gibran terbaring di atas katil dengan hanya bertuala, mungkin penat sangat. Tidak mahu mengganggu lena Gibran, Haifa terus ke bilik air. Lebih kurang dua puluh minit, Haifa keluar semula dan setelah siap berpakaian, Haifa melangkah ke arah katil bersama pakaian Gibran. Gibran dihampiri, wajah lelaki itu diusap perlahan.

"Hubby.. hubby.." panggil Haifa. Lengan Gibran digoyang perlahan.

"Hubby.. bangun. Makanan dah siap" Haifa bersuara. Gibran bingkas bangun. Tangan naik meraup wajah.

"Ni, baju. Honey tunggu di bawah ya" kata Haifa lalu melangkah keluar meninggalkan Gibran untuk berpakaian. Gibran angguk. Pakaian yang diberi Haifa disarung pada tubuh dan sewaktu kaki melangkah ke meja solek. Telefon bimbit yang terletak di mejaa sisi katil berbunyi. Kaki diatur langkah ke ke arah telefon lalu dicapai. Pada skrin tertera 'daddy'. Icon hijau digesek.

"Hello daddy" Gibran memula kata sambil melangkah ke arah pintu bilik dan daun pintu ditarik.

"Gib, what have you done to uncle Morgan?" soal Tan Sri Eusof pada Gibran. Terhenti kaki Gibran yang melangkah menuruni tangga.

"What have I done?" soal Gibran tidak mengerti.

"Jangan buat tak faham Gib. Uncle bagitau daddy, disebabkan Gib tak nak bantu, dia alami kerugian yang banyak dalam business!" marah Tan Sri Eusof. Gibran mendengus marah sambil melangkah turun ke bawah. Ini lain tak bukan pasti sebab dia tidak lakukan apa yang diminta tempoh hari. Pasti Rick sudah lakukan sesuatu padanya.

"Daddy, I have nothing to do with Uncle's business. Dia yang cari masalah sendiri. So, terima la akibatnya!" balas Gibran tidak puas hati.

"I want you to settle this with your Uncle, I don't want any problem after this" balas Tan Sri Eusof lalu talian dimatikan.

"Daddy, daddy tau tak apa yang uncle nak Gib buat?" soal Gibran geram.

"What?" soal Tan Sri Eusof yang sudah tinggi suara.

"He want me to kill Rick's brother, Lucc!" balas Gibran. Bergerak-gerak rahan kerana marah.

"What?!" kali ini lebih tingggi suara Tan Sri Eusof berbunyi.

"Gib tak mahu cari masalah dengan mereka. Daddy sendiri pun tahu siapa mereka dan selama ini pun daddy tak pernah ada masalah berurusan dengan Lucc. So, why must I do that?!" tambah Gibran lagi.

Terdiam Tan Sri Eusof apabila mendengar kata-kata Gibran.

"I don't know what to say" kata Tan Sri Eusof perlahan.

"It's okay daddy. You don't worry. Gib tau apa yang patut Gib buat" balas Gibran.

"Be careful son" pesan Tan Sri Eusof. Talian dimatikan. Gibran meneruskan langkah ke ruang makan. Waktu itu Haifa telah pun menantinya di sana.

"Sorry. Daddy call" kata Gibran lalu melabuhkan duduk.

Haifa menyendukkan nasi pada Gibran. Jus anggur yang sudah dituang ke dalam gelas diletakkan di tepi. Gibran mengambil lauk yang ada di depannya dan diletakkan ke dalam pinggan. Begitu juga Haifa. Lapar punya pasal, satu suara pun berbunyi.

"Er.. esok honey kena ikut hubby ke office lagi ke?" soal Haifa. Gibran pandang Haifa.

"Why? tak nak?" soal Gibran. Bertambah dia makan malam ni.

"Tak.. kalau honey ikut pun bukan boleh buat apa-apa" kata Haifa. Gibran diam tidak membalas.

"I'm worry about you" akhirnya Gibran bersuara. Wajah Haifa dipandang lama.

"I'm okay. Hubby tak perlu bimbang. Lan ada, abang Kudin ada. Kalau ada-apa, honey call hubby" kata Haifa lagi. Bukan apa, dia tidak mahu ganggu Gibran dengan kerjanya. Gibran hela nafas.

"Okay.. but, if anything happen. You must call me A.S.A.P. Okay honey?" soal Gibran. Haifa angguk sambil tersenyum. Nak tak nak Gibran ikutkan juga, mungkin ada betulnya. Haifa pasti bosan mengikutnya ke pejabat tanpa berbuat apa-apa.

"Remember, kalau nak keluar ke mana-mana, call hubby dulu and use my car, which one you like" tambah Gibran lagi. Ada sesuatu yang seakan mengganggunya. Tidak tenang rasa hati.

"Okay.. ada apa-apa lagi nak pesan..?" usik Haifa. Gibran tarik muka. Dia sungguh-sungguh, Haifa boleh main-main.

Haifa ketawa dengan ulah Gibran.

+++

Sebelum keluar kerja tadi, macam-macam pesanan diberikan pada Haifa. Pada abang kudin dan Lan pula diingatkan jangan tinggalkan Haifa sendirian. Itu belum masuk ada dua orang lagi yang diminta untuk berkawal di rumah itu.

Gibran yang baru masuk ke pejabat melabuhkan duduk di kerusi meja kerjanya manakala Raffa pula berada di kerusi hadapannya. Gibran menarik laci mejanya untuk mengambil buku, waktu itu dia ternampak sekeping gambar pemberian arwah nendanya dulu yang disimpan di dalam dompet. Gambar lusuh itu diambil dan ditenung. Raffa yang ada di depan hanya memerhatikannya. Kemudian Gibran bangun dari kerusi dan menuju ke rak buku di belakang mejanya. Di sebalik buku-buku itu terdapat safebox dan Gibran mengambil sesuatu yang disimpan lama di dalam sana. Setelah mengambilnya, kaki melangkah semula ke arah meja. Perlahan dilabuhkan duduk.

Rantai dan loket yang ada dalam tangannya dimain-mainkan. Raffa yang melihat rantai dan loket tersebut terus tegak pandangannya.

"Kau kenapa?" soal Gibran.

"Tak, aku rasa macam pernah nampak loket ni" kata Raffa. Bulat mata Gibran.

"Memanglah pernah nampak, aku pernah tunjukkan sebelum ni kan" balas Gibran.

"No, ni aku nampak orang lain pakai" kata Raffa.

"Where?!" soal Gibran tidak sabar. Raffa sudah memicit dahi.

"Aku tak ingatlah.. tapi yang pakai tu perempuan" kata Raffa. Merah wajah Gibran.

"Kau jangan main-main!" marah Gibran.

"Eh, bukan. Maksud aku, aku macam nampak-nampak je perempuan yang pakai loket ni tapi tak ingat" balas Raffa bersungguh. Gibran yang tadi wajah penuh pengharapan terus suram wajahnya. Tubuh disandarkan pada kerusi.

"Tapi kenapa tiba-tiba kau keluarkan balik rantai ni?" soal Raffa yang masih cuba mengingat.

"Aku tiba-tiba teringat pesan nenda. Rasa macam aku tak sempurnakan permintaan dia pula" balas Gibran.

"Tapi iyalah, mana nak cari adik kau ni. Dah lama kot. Muka pun dah tentu lain" kata Raffa. Gibran angguk iyakan.

"Adik kau ada apa-apa tanda lahir tak?" soal Raffa.

"Bukan apa, kalau tanda tu kau ingat. Bila terjumpa nanti boleh tengokkan tanda tu untuk kepastian" sambung Raffa lagi.

"Kalau jumpa pun, kita tak boleh tengok tanda tu" kata Gibran. Raffa kerut dahi.

"Tak boleh tengok? kenapa?" soal Raffa tidak mengerti.

"Parut tu di tempat yang bukan untuk ditonton" balas Gibran. Raffa hanya angkat kening.

"Parut tu yang hanya aku dan Armine saja yang tahu because other people have never seen it" kata Gibran lagi.

"Mana kau nak cari?" soal Raffa lagi.

"I don't know but I feel like she is around me" luah Gibran.

"Kau tak nak iklankan pasal loket ni?" soal Raffa.

"No, nenda pesan orang yang larikan Armine ada motif tersendiri jadi dia nasihatkan aku jangan dedahkan pasal loket ni" kata Gibran. Raffa garu kepala.

"Habis tu, apa cara lagi?" soal Raffa. Gibran hanya memandang loket di tangan. Sungguh dia rasa adiknya itu dekat sahaja..

(16/09/2020 @ 1808hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience