Bab 24

Romance Completed 684558

Alarm telefon berbunyi lalu Haifa mencapai telefon bimbit yang berada di meja sisi. Tangan Gibran yang melilit pinggang dipandang. Semalam kemain marah sampai tak menyempat nak letak telefon, ni boleh pulak elok peluk aku. Kata Haifa dalam hati.

"Tak baik kutuk suami" kata Gibran dengan mata yang masih terpejam. Laju tangan Haifa naik menutup mulut. Eh, aku cakap kuat ke? bukan cakap dalam hati? Haifa sudah berfikir sendiri. Sebenarnya Gibran hanya meneka sahaja berdasarkan riak wajah yang dia lihat dari ekor mata. Haifa tolak lengan Gibran tapi tak jadi apa pun, masih melekat pada pinggangnya.

"Ish, tepilah saya nak bangun" marah Haifa.

"Nope" kata Gibran.

"Dah la, saya nak bangun. Nak mandi" kata Haifa. Tapi Gibran buat tidak peduli, makin dieratkan pelukan lagi ada.

"Awak ni dah kenapa? perangai macam budak-budak" marah Haifa lagi.

"Kiss me first" kata Gibran sambil memuncungkan bibirnya pada Haifa. Haifa tayang muka tidak rela sambil tangannya naik menutup wajah Gibran.

"Kiss apanya pagi-pagi macam ni dengan muka tak basuh nak suruh kita kiss dia" marah Haifa sambil cuba meleraikan pelukan pada pinggangnya.

"Honey tak nak kiss, biar hubby yang kiss" serentak dengan itu Gibran bangun lalu terus menindih tubuh Haifa. Bibir merah itu terus dipaut. Buntang mata Haifa. Tapi hanya seketika. Bibir Haifa dilepaskan dan dia turun dari katil lalu menghulurkan tangan pada Haifa. Haifa pandang Gibran pelik.

"Cakap tadi nak mandi. So, let's shower together" pelawa Gibran tanpa rasa bersalah. Memang tak la Haifa nak mandi dengan Gibran.

"Eh, tak apa.. tak apa.. awak mandi dulu. Saya tumpang mandi bilik Umii je" balas Haifa lalu terus terjun dari katil dan melangkah laju ke arah pintu bilik.

Gibran ketawa suka. Haifa.. Haifa.. seperti biasa rutin paginya selepas bangun tidur, Gibran membuat beberapa senaman ringkas bagi mengekalkan stamina dan juga bentuk badannya. Sambil melakukan tekan tubi, Gibran terfikir mengenai perkara yang dibincangkan bersama Morgan malam tadi.

"How did he know what have I done before?" soal Gibran perlahan. Hanya ada beberapa orang sahaja tahu apa tugasnya enam tahun kebelakang. Tak mungkin orang-orangnya mengkhianati dirinya. Puas Gibran berfikir. Berjurai-jurai peluh menitis pada wajahnya.

"Argh!!" jerit Gibran perlahan lalu duduk melunjur.

#flashback#

"What do you want me to do?" soal Gibran. Tidak diusik makanan di hadapannya, hanya kopi panas sahaja yang dihirup.

"Simple and easy" balas Morgan sambil menyuap steak ke mulutnya. Napkin diambil mengesat bibir. Gibran pandang Morgan tepat ke matanya.

"Say it. Don't waste my time!" balas Gibran.

"I want you to terminate this man, he is a dangerous competitor to our business" kata Morgan sambil menyerahkan satu sampul pada Gibran.

"Not our! But your business!" marah Gibran.

"I have nothing to do with your business" sambung Gibran lagi.

"Sorry, my tongue slipped" balas Morgan sambil ketawa. Sampul yang diserahkan Morgan dikeluarkan isinya. Dahi Gibran berkerut.

"Him? Lucca Marcello." soal Gibran.

"Yup. Lucc" balas Morgan yang masih dengan steak di pinggan.

"He made me suffer a lot" ketat wajah Morgan bila terpandang wajah lelaki di dalam gambar tersebut.

"Why don't you hire a person from your place? it's more easier" soal Gibran tidak mengerti. Mengapa perlu dia.

"I don't trust them" kata Morgan.

"But you trust me?" soal Gibran tidak percaya.

"Not trust but more to confident" balas Morgan sambil menyisip jus oren.

"Do you not worry if I betray you?" soal Gibran sambil memasukkan kembali isi kandungan ke dalam sampul.

"No" laju Morgan membalas. Gibran pandang Morgan.

"Because I have your wife!" balas Morgan lalu meletakkan gelas yang kosong di atas meja. Pantas Gibran bangun dari kerusi.

"This the last time I say it! Don't you dare to touch her even one finger" balas Gibran. Morgan senyum sinis.

"I know you have strong support from allies. For example this place" kata Morgan sambil memandang ke sekitarnya.

"This is Caden's hotel. The save place for person like you" kata Morgan. Gibran tegak memandang Morgan tidak berkelip.

"And I know you have your own mans. Who does not know gibran? Not only here but abroad, especially Italy and London. Right?. A Man who have a own business but still do dirty work for superiors" Morgan ketawa mengejek.

"Shut your mouth! You know nothing!" marah Gibran.

"Do I?" soal Morgan. Sabar Gibran sudah sampai ke puncaknya, kalau dia tidak beredar sekarang, dia bimbang ada yang berkecai kepala ditembus peluru. Sampul di atas meja diambil kasar lalu Gibran bersama Raffa terus melangkah keluar. Morgan ketawa menang. For now but not in the future!

#flashbackend#

Penat kepala memikirkannya lalu kepala didongakkan ke atas sambil mata terpejam. Hatinya berbelah bahagi samada mahu lakukan apa yang diminta oleh Morgan atau pun dia khianti Morgan. Dia kenal dengan lelaki yang gambarnya ada di dalam sampul itu.

Lucca Marcello adik kepada mafia Italy, Enrico Marcello. Lucc pernah menjadi sasarannya tetapi namanya ditarik balik dan misinya waktu itu terhenti. Termasuklah Caden. Mujurlah dia dan rakannya Dylan tidak bertindak melulu, disiasat terlebih dahulu sebab Caden menjadi sasaran dan akhirnya setelah semua terbongkar, nama Caden dibersihkan semula. Cuma dia tidak pasti bagaimana Caden dan Lucc boleh tersenarai dalam task yang diberi. Pasti ada dalang disebalik perkara ini.

Cara mudah untuk singkirkan pesaing, beri maklumat yang membolehkan nyawa pesaing ditamatkan. Dia perlu hubungi Dylan, itu pun kalau dapat. Dylan masih lagi dengan tugas lamanya cuma partnernya sahaja bertukar memandangkan dia tidak lagi terlibat dengan tugas risikan. Itu pun disebabkan perkara itu, jika tidak. Dia masih sama seperti dulu, masih memburu.

Gibran tarik nafas panjang. Andai dia ikut permintaan Morgan, tidak mustahil Rick akan datang mencarinya sedangkan sebelum ini dia juga yang membantu Lucc dari menjadi sasaran. Ah serabutnya.. lalu mata dibuka.

"Argh!!" kuat Gibran menjerit lalu terus kepala ditegakkan hingga menyebabkan dahinya terhantuk dengan dagu Haifa. Terduduk Haifa kerana sakit pada dagunya.

"Awak ni dah kenapa?" soal Haifa yang sudah terduduk. Waktu itu hanya ada tuala sahaja di tubuhnya. Disangkanya Gibran sedang mandi, jadi dengan rasa yakin dia melangkah masuk ke bilik untuk mengambil pakaian. Tidak sangka pula Gibran sedang berehat setelah selesai melakukan senaman.

"Sorry honey" kata Gibran pantas. Laju di melabuhkan duduk di sisi Haifa di atas lantai.

"Yang awak hantuk kepala dengan dagu saya kenapa?" marah Haifa. Mujur tak tersepit lidah dengan gigi, kalau tidak, tak pasal-pasal berdarah.

"Sorry.. kenapa honey kejutkan hubby macam tu?" soal Gibran. Rasa bersalah bila melihat dagu Haifa yang merah.

"Saya ingat awak dah pengsan sambil duduk. Puas saya panggil tak buka-buka mata. Saya tunduk la nak tengok dekat. Mana tau awak nak buka mata masa tu. Aduh.." Haifa mengaduh.

Gibran yang waktu itu baru menyedari Haifa yang hanya bertuala dan paha putihnya yang terdedah, tidak berkelip mata memandang. Indah permandangan di hadapannya. Liur ditelan berkali-kali. Rasa yang satu itu tiba-tiba menggebu di dada. Perlahan tubuh Haifa diangkat lalu diletakkan perlahan di atas katil. Haifa terkaku dengan tindakan Gibran itu. Lain pandangan mata Gibran padanya waktu itu. Tiba-tiba bulat mata Haifa apabila teringat yang dirinya hanya bertuala. Kedua tangan naik bersilang di depan dada.

"Awak nak buat apa ni?" soal Haifa dengan suara yang sudah sedikit bergetar. Gibran tidak membalas sebaliknya tangan kanannya sudah naik merayap pada paha putih Haifa. Kalut Haifa menolak tangan Gibran yang semakin meliar dan dalam masa yang sama menarik tuala supaya menutup bahagian tersebut.

"Gib.. awak.." panggil Haifa. Gibran dilihat sudah semakin tidak terkawal. Kalau dibiar, lain jadinya nanti.

"Hubby!" panggil Haifa. Terhenti tangan Gibran yang sikit sahaja lagi mahu sampai ke celah yang satu itu. Gibran dongak memandang Haifa.

"Say again" pinta Gibran. Haifa telan liur.

"Hubby" sebut Haifa perlahan.

"I'm not hear you" kata Gibran yang sudah naik menindih tubuh Haifa.

"Hubby.. please stop" pinta Haifa.

"Why..?" soal Gibran yang sudah hayal dengan wangian yang terbit dari tubuh Haifa. Bau shower gel mungkin. Tangannya naik mengusap wajah Haifa.

"Hubby.. peluh" kata Haifa sangkut-sangkut.

"Hm.. that's means, kalau hubby dah mandi, tak peluh.. it's okay?" bisik Gibran di telinga Haifa. Angguk je la Haifa oi.. kalau tak angguk nanti, jadi lauk kau!

"Ya.. it's okay.." laju Haifa membalas sambil mengangguk. Gibran simpan senyum.

"Hm.. boleh pun panggil hubby" kata Gibran sambil bibir Haifa disapa sekilas. Bulat mata Haifa.

"Ee.. main-main dia ni. Tak suka la..!" Haifa sudah seakan mahu menagis.

"Sorry.." balas Gibran lalu dia bangun dari menindih tubuh Haifa dan ditarik tubuh itu ke dalam pelukannya.

"Tak mandi peluk orang" kata Haifa. Gibran ketawa.

"Honey jangan bimbang, hubby tak ambil tanpa kerelaan" ubun-ubun Haifa dicium sekilas. Terdiam Haifa dengan kata-kata Gibran. Tidak lama Gibran turun dari katil.

"Er.. hubby nak ke mana?" soal Haifa sambil memandang Gibran yang sudah berdiri di sisi katil. Gibran pandang Haifa.

"Nak mandi. Why? you wanna join?" soal Gibran lalu dikenyitkan mata pada Haifa. Merah padam wajah itu. Gibran ketawa suka sambil melangkah ke arah wardrobe untuk mengambil tuala dan ke bilik air untuk bersihkan tubuhnya yang berpeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience