Bab 50

Romance Completed 685128

"I ask one more time! where's Haifa?!" tengking Gibran. Raffa bangun menghampiri Gibran yang dah macam singa lapar. Hann pula sudah telan liur. Tidak tahu apa yang bakal dia hadapi.

"Gib, Haifa turun bawah pergi kedai. Hann nak temankan tapi Haifa tak benarkan.." tidak sempat Raffa terangkan tangan kanan Gibran sudah naik tegak tanda dia tidak mahu dengar alasan. Tidak tunggu lama, Gibran masuk kembali ke dalam bilik mahu mengambil senjatanya. Raffa ekori dari belakang.

"Naz, dah turun ikut Haifa" kata Raffa tetapi kata-kata Raffa seperti angin lalu sahaja.

"Trace her phone" arah Gibran lalu melangkah keluar dari bilik sambil Glock disisip pada hoster sling. Kaki menghampiri meja makan lalu beberapa kelopak megazine dicapai lalu disimpan ke dalam hoster.

"Sir, telefon Madam off tapi last location berhampiran mini market di bawah ni" terang Hann.

"Raff!" suara Naz yang muncul dari pintu utama. Laju kaki melangkah masuk. Tetapi sebaik melihat Gibran, terus kaku kaki mahu melangkah. Gibran pandang Naz. Tegang sahaja wajahnya.

"Er.. Gib" tegur Naz sambil menyerahkan helmet dan kunci motorsikal pada Gibran. Pantas dia menyambut Huluran.

"Armine?" soal Gibran pada Naz.

"Mana Haifa? kenapa Armine?" soal Gibran tidak mengerti.

"Aku dan semak CCTV kedai.. Haifa dan Sand.." ayat Naz tergantung.

"Haifa and Sand what??!!" kuat suara Gibran bertanya. Walaupun di hatinya dapat dia agak apa yang berlaku.

"Haifa dan Sand kena culik. Apa yang aku dapat tengok dari CCTV, orang yang lakukannya bukan orang tempatan dan ni butiran kenderaan" kata Naz sambil hulurkan sekeping kertas pada Gibran. Kasar kertas dirampas.

"Tak guna! kau memang cari nahas Maria!!" keras suara Gibran.

"Hubungi orang kita di lokasi, sekarang!" arah Gibran. Kalut Raffa mencapai telefon.

+++

Haifa buka mata, terkelip-kelip matanya. Ah, berpinar rasa mata. Tangan terasa sakit diikat ke belakang. Tak guna! Setelah pandangannya pulih, Haifa pandang ke sekeliling. Terkejut Haifa kerana Sand juga turut ditangkap bersama. Ini semua salahnya, kalau dia benarkan Hann ikut bersama pasti perkara ini tidak berlaku. Pasti Gibran akan salahkan dirinya.

"Sand" panggil Haifa perlahan. Sand yang diikat atas kerusi kayu di sebelahnya dipandang. Kakinya cuba mencapai kaki Sand tetapi tidak cukup dekat untuk dia kejutkan Sand.

"Sand" panggil Haifa lagi, agak kuat dari tadi. Tetapi Sand masih belum bangun. Haifa perhatikan wajah Sand dan dapati ada kesan darah pada dahinya dan meleleh ke pipi kiri. Apa sudah jadi padi Sand?

"Sand" panggil Haifa lagi sambil hujung jari kaki dihalakan pada Sand, puas mencuba dapat juga kakinya menguis kaki Sand. Jika tidak kenangkan kerusinya melekat pada lantai, ingin sahaja dia bangun bersama kerusi ke arah Sand.

Sand angkat kepala, perlahan kepala ditegakkan. Kakinya yang berikat di kerusi digoyang-goyangkan.

"Sand" panggil Haifa lagi.

"Isk.." Sand mengaduh bila luka di dahinya berdenyut.

"Haifa, kau okay?" soal Sand apabila menyedari Haifa sedari tadi memandang ke arahnya.

"Aku okay. Kenapa dengan dahi tu?" soal Haifa perlahan.

"Oh, ni? tak ada apa. Sikit je" balas Sand. Haifa bimbang.

"Sand.. sorry. Aku dah libatkan kau dalam perkara ni" kata Haifa bersalah.

"No, bukan salah kau. Dah, jangan nak salahkan diri. Sekarang ni kita fikir macam mana nak keluar dari sini" kata Sand. Haifa lepas nafas dan kemudian angguk.

"Pouchbag aku" kata Haifa pada Sand apabila dia nampak pouchbagnya yang berada di atas meja di hujung bilik. Sand pandang pada tempat yang dikatakan Haifa. Sand angguk. Ikatan pada tangannya cuba ditanggalkan tetapi tidak berjaya kerana terlalu ketat. Haifa juga mencuba tetapi masih sama. Tiba-tiba daun pintu bilik dibuka. Muncul seorang lelaki bertutup muka dan diikuti seorang wanita.

"Maria!!" kuat suara Haifa menegur. Dia sudah dapat mengagak ini semua kerja perempuan tak guna ini.

Maria labuh duduk di kerusi di hadapan Haifa dan Sand. Kaki putihnya disilangkan. Rokok ditangan disedut lalu asap dihembus ke atas. Melekat lipstik merahnya pada hujung rokok.

"I was lucky today. Not one but two" kata Maria sambil senyum sinis.

"What do you want ha!?" tinggi suara Haifa. Sand yang tidak kenal wanita ini hanya memerhati sahaja tindakan dan perbuatannya. Sambil mata cuba mencari andai ada apa-apa yang dapat membantu dia dan Haifa untuk keluar dari sini.

"Ask your hubby.." balas Maria sambil bangun menghampiri Haifa. Asap rokok disedut lalu dihembus ke wajah Haifa. Terpaling ke sisi wajah Haifa.

"Hey, look at me!" marah Maria lalu tangan kirinya naik mencengkam pipi Haifa. Keras Haifa mengelak.

'Pang!'

Merah pipi Haifa menerima tamparan Maria.

"Hey!" jerit Sand.

"Don't you dare to touch her!!" tambah Sand. Merah-merah matanya menahan marah.

"Oh.. my.. a kind sister-in-law. Not enough with this?" soal Maria sambil melangkah je arah Sand lalu menekan luka pada dahi wanita itu. Terteleng kepala Sand mengelak.

"You want more? Don't worry.. I'm a kind person. I give you more" kata Maria lalu hujung rokok yang berbara dilekatkan pada luka di dahi Sand. Terketap-ketap gigi Sand menahan sakit.

"Stop!" jerit Haifa. Tidak sanggup dia melihat Sand dilakukan begitu.

"What? you want too?" soal Maria. Lalu dia berjalan ke arah meja di dalam bilik itu lalu mengambil lilin yang ada di atas meja bersama pemetik api.

"Okay, I'll give you extra" kata Maria sambil berjalan ke arah Haifa. Lilin dinyalakan hingga cair dan dititiskan pada pipi Haifa. Menjerit sakit Haifa. Maria pula ketawa suka. Diulang lagi beberapa kali. Mengerang sakit Haifa. Semakin kuat Haifa menjerit, semakin kuat Maria ketawa. Sand pula tidak senang duduk. Menjerit-jerit dia minta Maria berhenti.

"I think enough for today" kata Maria sambil mencampak lilin dan pemetik api ke lantai.

"See you'all tomorrow" kata Maria sambil memberi flying kiss pada Haifa dan Sand lalu terus dia melangkah keluar. Kedua-dua wanita itu menghembus nafas lega.

"Tak guna" marah Sand.

"Haifa, kau okay ke?" soal Sand bimbang.

"Aku okay" balas Haifa. Lilin yang sudah membeku di pipi Haifa jatuh ke bawah bila Haifa menggerak-gerakkan pipinya. Merah melecur pipi Haifa.

"Siapa perempuan tak guna tu?" soal Sand marah. Haifa diam.

"Sebelum aku jawab soalan kau. Kau jawab dulu soalan aku" kata Haifa. Sand angguk.

"Kau tahu siapa abang kau sebenarnya?" soal Haifa. Mata Sand ditatap dalam. Sand kerut dahi.

"Apa maksud kau?" soal Sand.

"Aku tak sepatutnya beritahu maklumat ni pada kau Sand." kata Haifa.

"Aku akui yang aku tak pernah dengar apa juga yang kau katakan selepas ini" Sand akur janji. Haifa angguk.

"He's a mercenary" kata Haifa. Bulat mata Sand tidak percaya.

"What?" soal Sand. Terkelip-kelip mata dia.

"Yup, he work with an organization who responsible for maintaining national security" kata Haifa senafas. Terdiam Sand kerana terkejut. Lama.

"Perempuan tadi Maria Fonseka. Isteri kepada salah seorang task Gib. So, sekarang dia nak balas dendam di atas kematian suaminya, Fonseka" terang Haifa.

"Eh, itu bukan salah abanglah" marah Sand.

"Yup, I know. Tapi perempuan tu tak peduli, yang dia peduli siapa yang bunuh bukan siapa yang mengarahkannya" tambah Haifa lagi.

"Tak guna! memang nak mampos perempuan ni!!" marah Sand.

Tiba-tiba daun pintu dibuka. Masuk seorang lelaki dengan wajah ditutup topeng.

"Take this" kata lelaki tadi lalu melempar botol air mineral di paha Sand dan Haifa. Kemudian dua bungkus nasi diletakkan di atas lantai. Kemudian lelaki tadi terus melangkah mahu keluar.

"Hoi!!" panggil Sand. Lelaki tadi berhenti melangkah dan tegak memandang Sand.

"Are you dumb? How do we want to drink and eat when our hands are tied?" soal Sand, tinggi suaranya bertanya.

"Eat and drink by your mouth, not by hand" balas lelaki tadi lalu terus dia keluar tanpa menoleh lagi.

"Sial! tak guna!. Memang la makan guna mulut tapi kalau dah tangan kena ikat, nak suap ke mulut macam mana?!!" marah Sand. Berbakul-bakul lelaki tadi dimakinya.

"Nasib baik tangan aku ikat, kalau tak.. memang lunyai aku bubuh" Sand membebel. Haifa pula tidak pedulikan bebelan Sand sebaliknya dia cuba membuka penutup botol air dengan giginya dengan botol air yang dikepit dengan paha. Sand terdiam apabila melihat perbuatan Haifa.

"Oit! kau dahaga sangat ke apa ni?" soal Sand dengan tersengih. Tergeleng kepalanya. Adui.. macam mana la boleh jadi isteri abang ni.. dah! tak payah nak mengata orang, kau pun lebih kurang je.

Haifa hanya tersengih pada Sand dan apabila penutup botol berjaya dibuka, laju muncung botol digigit dan ditonggengkan. Meleleh air keluar ke dagu. Tidak tunggu lama, Sand juga mengikut tindakan Haifa. Akhirnya air mineral selamat melalui tekak.

+++

Telefon bimbit Qais berdering. Waktu itu dia baru selesai makan tengah hari bersama Qaseh dan berehat di ruang tamu. Sebaik melihat nama pemanggil di skrin, laju remote dicapai dan butang mute ditekan. Icon hijau pada skrin telefon digesek.

"Assalamualaikum Tuan" Qais memberi salam.

"Q, sorry ganggu waktu-waktu macam ni" kata Syam di hujung talian.

"Eh, tak ada apa lah Tuan. Saya di rumah ni, baru lepas makan. Tak buat apa-apa pun" balas Qais. Qaseh yang berada di sisi hanya diam mendengar perbualan Qais.

"Awak tau tak Sand ke mana?" soal Syam direct.

"Semalam Sand ada bagitau dia ada lead untuk satu kes dan pagi ni dia nak cari saksi yang dapat bantu kes tu" terang Qais.

"Kes yang mana satu?" soal Syam.

"Kes rogol pelajar sekolah minggu lepas" balas Qais.

"Kenapa Tuan, ada masalah ke?" soal Qais. Dia rasa tidak sedap hati.

"Sand tak balik lagi, saya dah hubungi telefon bimbit tapi telefon off" kata Syam.

"Bila lagi Sand keluar?" soal Qais yang sudah bangun berdiri.

"Pagi tadi, awal lagi dia dah keluar rumah selepas sarapan. Katanya nak keluar awal, boleh settle awal" balas Syam yang juga sudah tidak sedap hati.

"Tuan dah trace phone Sand?" soal Qais.

"Belum" laju Syam membalas. Buntu punya pasal hingga lupa tindakan awal yang patut dia buat.

"Okay, macam ni. Saya jumpa Tuan di pejabat lima belas minit lagi" kata Qais lalu talian dimatikan.

"Kenapa?" soal Qaseh.

"Sweetheart, sorry. I have to go. Sand hilang" kata Qais.

"Hilang?" soal Qaseh terkejut.

(14/10/2020 @ 1211hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience