Bab 29

Romance Completed 685141

"Dah nak sampai ni. Berhenti kedai seven eleven depan tu boleh tak? nak beli air" pinta Haifa. Gibran angguk lalu signal diberikan ke kiri. Tidak lama kereta dipandu Gibran berhenti di tepi jalan.

"Hubby nak apa-apa?" soal Haifa sebelum keluar dari kereta.

"I want you" balas Gibran bersama senyum miang. Menjeling Haifa

"Betul-betul la, jangan main-main.." kata Haifa.

"Just mineral water" kata Gibran. Haifa angguk lalu melangkah keluar dari kereta menuju ke kedai seven eleven di seberang jalan. Gibran keluar dari kereta untuk meregangkan badan. Telefon yang diletakkan di dalam kereta berbunyi. Icon hijau digesek, handsfree yang dipasang tadi telah dibuka dan disimpan. Sambil berbual di telefon, matanya tegak memandang ke arah kedai di seberang jalan memerhatikan Haifa. Bimbang pada keselamatan buah hatinya itu.

"Terima kasih" kata Haifa pada juruwang di kaunter. Sejak tadi, Haifa rasa tidak sedap hati. Rasa macam ada perkara tidak enak sahaja yang akan berlaku. Diusap dada berkali-kali bersama kaki yang melangkah keluar dari kedai. Haifa lihat Gibran asyik memandangnya sedari tadi hinggalah sekarang, risau sangat. Haifa memandang Gibran sambil tersenyum dan terus melintas jalan.

'Piiinnnn...'

Kuat bunyi hon motor.

"Auch..!" Haifa terjerit kerana dilanggar sebuah motorsikal. Salah dia juga, lintas tidak pandang kiri kanan. Gibran yang sedang berbual di telefon terus menyimpan telefon ke dalam poket dan berlari ke arah Haifa.

"Haifa awak okay" soal Tuan Helmi yang tidak tahu muncul dari mana. Dia mahu memegang lengan Haifa untuk membantu wanita itu bangun. Belum sempat tangannya menyentuh lengan itu, satu suara garau menegah.

"Don't touch her. She's mine" kata Gibran lalu memegang lengan Haifa untuk bangun. Tuan Helmi yang melihatnya terpinga-pinga dan dia juga turut bangun berdiri. Manakala penunggang motorsikal tadi diuruskan oleh Raffa.

"Siapa ni Haifa?" soal Tuan Helmi sambil memandang wajah Haifa. Haifa serba salah.

"I'm her husband" Gibran menjawab bagi pihak Haifa. Tetapi Tuan Helmi masih lagi memandang Haifa dengan riak tidak percaya. Dia mahukan jawapan dari Haifa.

"Ni suami saya" akhirnya Haifa bersuara. Tuan Helmi melepas nafas, bersama itu tangannya naik meraup rambut.

"Jadi betullah khabar angin selama ni" kata Tuan Helmi.

"Khabar angin apa?" soal Haifa tidak faham. Gibran juga pasang telinga sambil tubuh Haifa di teliti samada terdapat luka atau tidak.

"Yang awak dah kahwin tapi ditinggalkan suami" kata Tuan Helmi lalu memandang tajam pada Gibran.

Rayban yang terletak pada hidung mancungnya ditanggalkan lalu disangkut pada kolar baju.

"You don't know anything" balas Gibran yang tegak memandang Tuan Helmi. Tuan Helmi geleng kepala perlahan.

"Say to yourself" balas Tuan Helmi kemudian berlalu meninggalkan Haifa. Haifa serba salah.

"Honey, are you okay?" soal Gibran. Haifa angguk dan kemudian melangkah ke arah penunggang motorsikal yang telah dibantu Raffa untuk ke tepi.

"Cik, maaf. Saya lintas jalan tak pandang kanan kiri" Haifa mohon maaf.

"Tak apa lah, sikit je. Benda dah nak jadi" kata lelaki yang umur lingkungan empat puluhan. Gibran kemudian menyerahkan beberapa keping wang lima puluh ringgit pada lelaki tadi.

"Eh, tak payahlah. Sikit saja ni" lelaki tadi menolak.

"Cik tolong terima. Saya rasa bersalah pula" kata Haifa. Akhirnya lelaki itu terima tetapi dia hanya ambil seratus sahaja dan bakinya diserah semula pada Gibran kemudian terus beredar dari tempat tersebut.

"Are you okay?" soal Gibran sekali lagi.

"Yup, I'm okay" balas Haifa.

"Kalau macam tu kita gerak sekarang" kata Gibran.

Semasa berada di dalam kereta Haifa rasa lututnya pedih. Seluar panjang yang dipakai, diselak hingga ke lutut. Ada luka kecil, sudah berdarah. Waktu itu Gibran baru melolos masuk. Terkejut dia apabila melihat lutut Haifa berdarah.

"Honey, you bleeding" tegur Gibran bimbang. Tangannya laju mencapai ke dash board dan mengambil first yang ada. Luka pada lutut dicuci dan disapu ubat sebelum ditampal pembalut luka.

"Kita ke klinik" kata Gibran.

"Tak payah lah. Tak teruk pun" luka tidak teruk pun, sikit saja. Sehari dua boleh hilang. Gibran tidak bergerak, masih memandang Haifa.

"Okay.. okay.. tapi kita ke IPD dulu ambil barang-barang honey. Lepas tu kita ke klinik" mengalah juga Haifa. Luka sikit saja pun..

"Okay" balas Gibran.

Kenderaan dipandu Gibran meluncur laju menuju ke tempat kerja Haifa. Lebih kurang lima belas minit, kereta dipandu Gibran masuk ke perkarangan IPD manakala Raffa hanya menunggu di luar sahaja. Setelah kereta di letakkan di tempat parking, Haifa terus keluar dan berjalan menuju ke tangga di sebelah kanan bangunan menuju ke tingkat satu. Sebaik sahaja Haifa melangkah masuk, Syafik dan Azwan hampiri Haifa.

"Puan" sapa mereka berdua. Haifa senyum.

"Puan nak ambil barang-barang dalam pejabat ke?" soal Syafik.

"Haah, nak kemas barang. Saya kena lapor lepas habis cuti ni" kata Haifa sambil beriringan melangkah ke arah pejabatnya.

"Nak kitaorang tolong apa-apa ke?" soal Azwan.

"Boleh juga" kata Haifa.

"Eh, saya lupa nak bawa kotak.." Haifa berhenti lalu memusing mengadap pada anggota berdua tersebut.

"Kotak.. jap, saya rasa macam ada tapi satu je la" kata Azwan.

"Kotak apa?" soal Syafik

"Kotak kertas A4. Cukup tak Puan?" soal Azwan. Haifa angguk.

"Jap saya ambilkan" kata Azwan.

"Marilah saya bantu Puan" kata Syafik pula.

Setelah selesai berkemas, Syafik membantu Haifa membawa kotak ke tempat parking.

"Mana kereta Puan?" soal Syafik.

"Sini" kata Haifa lalu berjalan menghala ke arah sebuah kereta Range Rover hitam dan kemudian keluar seorang lelaki. Syafik dah pandang Haifa. Haifa senyum saja.

"Awak letak di bahagian belakang la" kata Haifa.

"Terima kasih Syafik. Sampaikan salam saya pada yang lain" kata Haifa selepas Syafik meletakkan kotak ke tempat duduk belakang.

"Puan tak kenalkan abang handsome ni ke?" bisik Syafik. Haifa senyum, bangga bila orang puji suaminya handsome.

"Oh, ni suami saya" kata Haifa. Nampak terkejut di wajah Syafik dan dia seperti mahu berkata sesuatu.

"Ya.. macam apa yang khabar angin tu" kata Haifa. Syafik kemudian hulurkan tangan pada Gibran dan salam disambut.

"Selamat bertugas di tempat baru, Puan" ucap Syafik.

"Terima kasih ya, atas bantuan selama saya tugas di sini" kata Haifa lalu melolos masuk ke dalam kereta. Haifa angkat tangan melambai pada Syafik.

"So.. kita nak ke mana sekarang?" soal Gibran.

"Erm.. kita balik rumah mak sekejap boleh. Saya nak ambil barang" pinta Haifa. Gibran angguk lalu kerera meluncur keluar dari perkarangan IPD ke rumah. Sebaik sampai di hadapan rumah. Haifa dan Gibran keluar dari kereta menuju ke pintu rumah. Tapi belum sempat tombol pintu dipegang dapati pintu dalam keadaan renggang. Gibran minta Haifa berdiri di belakangnya dan meletakkan jari telunjuk pada bibir, supaya diam.

'Kelentang!'

Haifa dan Gibrab membalas pandang. Begitu juga Raffa dan Naz.

"Bunyi macam datang dari belakang" bisik Haifa. Gibran angguk.

"You stay here, I'll go" arah Gibran. Kemudian dia memberi isyarat pada Raffa dan Naz untuk membuat pemeriksaan di sebelah kiri manakala dia ke sebalah kanan. Raffa dan Naz bergerak ke kiri manakala Gibran ke kanan dengan berhati-hati berjalan di tepi dinding rumah untuk ke belakang.

Haifa pula takkan dia nak tercongok menunggu tanpa berbuat apa-apa. Memang tak lah, lalu dia menolak pintu rumah perlahan hingga rapat ke dinding, bukan apa, kalau ada yang bersembunyi di belakang pintu, dah tentu pintu tak boleh rapat ke dinding. Setelah pasti keadaan selamat untuk masuk, Haifa tanggalkan kasut lalu perlahan melangkah masuk. Kiri kanan di pandang dan langkah diatur dengan hati-hati. Terdengar bunyi sesuatu di bahagian belakang dapur kayu di luar rumah. Terus tertegak kepala memandang ke arah pintu ke dapur kayu di belakangm Haifa perlahan melangkah ke arah pintu belakang, melilau mata memandang sekeliling tetapi tiada apa. Belum sempat tangan memegang selak pintu, tiba-tiba ada sesuatu melompat kearahnya.

"Argh!!"

Kuat Haifa menjerit kerana terkejut. Gibran yang berada di belakang rumah terus menendang pintu kayu hingga terbuka. Kalut Gibran menerjah masuk dan apabila masuk dia dapati Haifa sedang berdiri tegak sambil kedua tangan menekup muka.

"Honey! honey" panggil Gibran sambil memandang ke sekeliling, tiada apa-apa yang dia nampak.

Sebaik Haifa mendengar suara Gibran terus tubuh itu dipeluknya bersama mata yang terpejam. Waktu itu seekor musang berlari keluar melalui pintu dapur yang terbuka kerana ditendang itu. Gibran geleng kepala.

"Kenapa?" soal Raffa dan Naz yang baru sampai.

"Musang..." kata Haifa dengan suara perlahan.

"Musang takut? penjenayah tak pula" usik Gibran.

"Saya terkejut la, bukan takut!" marah Haifa lalu menolak dada Gibran. Ketawa suka dia.

"Dah, musang dah lari pun, terkejut dengar suara honey menjerit kuat sangat" kata Gibran sambil ketawa. Tapi tiba-tiba ketawa terhenti.

"Kenapa?" soal Haifa.

"what's wrong" soal Raffa pula apabila melihat raut wajah Gibran tiba-tiba berubah.

"How can a fox break a door?" kata Gibran.

Haifa pandang Gibran. Betul juga. Bagaikan baru tersedar, Haifa kemudian terus naik ke atas. Sampai sahaja di ruang tamu, termati terus langkah kakinya. Keadaan di ruang tamu habis berselerak, tunggang langgang kusyen. Gibran juga terkejut dengan apa yang dilihat, begitu juga Raffa dan Naz.

Haifa pandang pintu bilik tidur yang terbuka. Pasti sama juga keadaannya. Langkah kaki diatur dan apabila melangkah masuk sahaja, rasa sesak dada. Keadaannya lebih teruk dari keadaan di luar, habis semua pakaian dikeluarkan, cadar habis ditarik, seperti ada sesuatu yang dicari. Gibran yang berada di belakang juga terkejut dengan apa yang berlaku.

"Apa yang diaorang cari?" soal Haifa sambil membetulkan tilam dan memasang semula cadar, bantal dan selimut disusun semula di atas katil. Pakaian pula memang tidak sempat untuk kemas elok-elok, hanya dimasukkan semula ke dalam alamri sahaja. Manakala pakaian yang ingin di bawa dimasukkan ke dalam beg. Raffa dan Naz pula membantu mengemas di ruang tamu. Haifa kemudian ke bilik tidur Umiinya pula. Itu belum lagi bilik Amin.. Kalau Umii tahu, dah tentu dia ingin pulang segera.

Gibran yang tadi keluar ke beranda menjawab telefon melangkah masuk semula ke dalam dan menemui Haifa dengan perubahan pada raut wajahnya.

"Kenapa? ada masalah ke? siapa call?" soal Haifa bertalu apabila melihat perubahan pada wajah Gibran.

"Amin" sebut Gibran sepatah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience