Bab 65

Romance Completed 685141

"Raff" panggil Sand pada Raffa yang sedang memandu di sisinya.

"Ya" balas Raffa sambil menoleh sekilas.

"Kita singgah pasaraya sekejap boleh, saya nak beli barang sikit" pinta Sand. Raffa angguk dan pedal minyak ditekan menuju ke destinasi. Tidak sampai lima belas minit sampai di sebuah pasaraya. Dekat empat lima kali berpusing tetapi masih tiada tempat parking yang kosong.

"Raff, awak turunkan je la saya di pintu masuk. Nanti dah siap beli barang, saya call. Tak ada parking ni" cadang Sand. Raffa berhentikan kereta di hujung pasaraya. Wajah Haifa dipandang.

"Awak nak beli apa? biar saya belikan. Awak beri senarai je pada saya" balas Raffa. Sand kerut dahi.

"Eh, tak apa. Biar saya beli sendiri lagipun saya nak beli ladies item." kata Sand. Dapat dilihat riak tidak puas hati pada wajah Raffa. Raffa hela nafas.

"Raff, awak nak risau apa?" soal Sand.

"Tapi.." Raffa berbunyi.

"Ish, awak ni kan. Saya bukan budak-budak. Awak pun tau siapa saya. Tak ada apa-apalah.. Dah, sekarang ni awak turunkan saya di pintu masuk" marah Sand. Raffa serba salah. Dia masih diam tidak bertindak.

"Eh, awak nak gerak ke tak nak ni? kalau tak nak, tak apa. Saya turun sini je. Bukan jauh nak berjalan pun!" Sand bersuara sambil tangan naik memegang daun pintu. Kalut Raffa masukkan gear. Hai la.. adik dengan abang sama je.. dua-dua keras kepala.

"Ye..okay-okay. Ada apa-apa, call saya cepat" balas Raffa. Tidak lama Raffa hentikan kereta di hadapan pintu pasuk pasaraya. Sand di sisi ditoleh. Ini kalau Gibran tau, jenuh aku!

"Dah.. tak payah nak buat muka sangat. Saya pergi sekejap saja" balas Sand sambil menolak daun pintu. Sebaik keluar terus dia melangkah masuk ke dalam pasaraya mencari barang yang mahu dibelinya.

Bakul yang berada di tangannya yang hampir penuh dipandang. Hm.. ni la masalah orang perempuan. Asalnya nak beli beberapa barang sahaja, sampai di kedai.. ha! penuh satu bakul. Nasib baik ambil bakul. Kalau troli, penuh satu troli tu. Tersenyum sendiri Sand. Kaki berhenti di rak coklat. Beberapa coklat bar diambil untuk memilih. Tiba-tiba tekak terasa mahu makan coklat.

"Hai, Sand" tiba-tiba satu suara berbunyi di belakang Sand. Tetapi suara tersebut seperti pernah dia dengar.

"Awak! lelaki berparutkan?" soal Sand teruja dan mahu menoleh ke belakang.

"Don't turn!" suara lelaki itu menengah.

"Awak lelaki berparutkan?" soal Sand lagi sambil memandang coklat bar di tangan.

"Edan, my name Edan" garau suara itu berbunyi lagi.

"I know, you looking for me" balas lelaki tu. Sand lepas nafas panjang.

"Yup.. I want to say thank to you sebab dah selamatkan saya dan kawan saya" laju Sand membalas. Nak saja dipusing ke belakang untuk bersemuka dengan Edan.

"No need. Kita satu pasukan. Thats our duty, same like you right. Sanggup terima apa sahaja just for your friend's sake" balas Edan. Sand angguk mengiyakan

"Tapi.. saya tetap nak ucapkan terima kasih" ucap Sand dengan gembira. Terloret senyuman di bibir.

"Your welcome" balas Edan.

"Hm.. saya belanja awak makan, boleh? sebagai tanda terima kasih" soal Sand. Tapi tiada balasan. Lama Edan diam. Akhirnya Sand toleh ke belakang. Kosong!

"Hilang dah? sabar je la.. apa pun, thanks awak" ucap Sand sambil tersenyum lalu melangkah ke arah kaunter pembayaran bersama coklat bar di tangan dan bakul yang penuh dengan barang. Suka hatinya.

Tanpa Sand sedari, Edan memerhatikan tingkahnya di sebalik rak berhampiran. Tersungging senyuman hingga nampak gigi taringnya. Topi baseball di kepala ditarik turun melindungi wajah dan Edan terus melangkah pergi. Seakan tidak percaya yang dia kini berada di tanah air tumpah darahnya. Macam mana keadaan orang di sini agaknya.

Selepas selesai membuat bayaran, Sand terus melangkah keluar dari pasaraya mencari Raffa.

"Sand" sapa Raffa apabila melihat Sand berjalan keluar dari pintu pasaraya dengan plastik penuh di kanan dan kiri tangan. Kalut Raffa hampiri Sand lalu plastik diambil.

"Banyaknya beli" tegur Raffa. Sand hanya tersenyum sambil menyimpan plastik barang di tempat duduk belakang. Kemudian satu bar coklat diambil dan dibawa ke tempat duduk penumpang hadapan. Daun pintu ditarik dam tubuh dilolos masuk, begitu juga Raffa.

"Nak" Sand menghulur bar coklat pada Raffa. Walaupun dahi berkerut, bar coklat yang dihulur tetap disambut.

"Untuk saya ke?" soal Raffa. Rasa macam pelik pula bila dapat coklat dari seorang perempuan, dah la perempuan tersebut isteri shabat sendiri. Memerah wajahnya tiba-tiba. Sand yang melihat perubahan Raffa ketawa perlahan.

"Hey, awak dah kenapa. Tiba-tiba merah muka tu?" soal Sand.

"Mana ada" laju Raffa menyangkal. Sand ketawa lagi.

"Mesti tak pernah dapat coklat dari perempuankan?" sakat Sand lagi. Raffa buat tidak peduli. Coklat pemberian Sand diletakkan di poket seat di belakang. Laju pedal minyak ditekan. Malas mahu melayan Sand merapu, nanti dia juga yang tidak ketahuan.

"Dah, tak payah nak banyak cakap. Yang awak ni nampak macam gembira, senang hati sangat ni kenapa? jangan cakap jumpa boyfriend baru pula!" usik Raffa. Sand senyum sambil menoleh pada Raffa.

"Ha'ah, jumpa boyfriend baru tadi" sengaja Sand berkata begitu. Edan. Asal mana agaknya ya. Nama pun lain macam.

"Sand!" sergah Raffa.

"Ish, apa awak ni! sergah-sergah saya macam tu!" marah Sand.

"Tak, nak bagitahu. Dah sampai. Tak nak turun? dari tadi tersenyum-senyum. Ingat siapa?" bebel Raffa sambil menanggalkan seat belt dan daun pintu kereta ditolak. Tergeleng kepala melihat ulah Sand.

"Boyfriend" usik Sand sambil turun dari kereta dan mengambil plastik barang dari tempat duduk belakang. Tergeleng kepala Raffa.

"Sand" panggil Raffa pada Sand yang mahu melangkah masuk

"Er.. your daddy and mummy is here" kata Raffa. Terkaku kaki Sand di depan pintu.

"Abang dah tau?" soal Sand. Serius wajahnya. Raffa angguk

"Okay. Thanks Raff temankan saya. Saya masuk masuk dulu" kata Sand lalu terus melangkah tanpa menoleh lagi.

+++

"Cepatlah cerita" kata Haifa pada Gibran yang dari tadi hanya memandang wajahnya tanpa bersuara.

"Sorry.. you so beautiful honey" ucap Gibran. Haifa julingkan mata.

"Okay.. okay.." Gibran mengalah.

"Hubby dan Dylan sampai tiga hari lebih awal sebelum fail task diserah. Malam tu, Dylan ajak hubby keluar minum. And that night he was drunk." Gibran mulakan cerita.

"Mabuk? Dylan non muslim?" soal Haifa. Gibran angguk.

"Hubby minum juga ke?" soal Haifa. Mencerlung matanya memandang Gibran. Pantas Gibran menggeleng.

"Nope, just soda" balas Gibran.

"Then" kata Haifa pula.

"At that time there was a woman on the sofa drinking alone. Somehow, Dylan bumped into the woman and spilled water on her clothes. Dylan told the woman he would ask me to accompany her for a drink as an apology." terang Gibran.

"What?" tinggi suara Haifa bertanya. Dylan ni dah kenapa, kau yang buat salah, nak suruh orang lain pula tanggung!

"Dan perempuan tu Maria?" tambah Haifa lagi. Gibran angguk.

"Takkan hubby tak kenal perempuan tu Maria?" Haifa bertanya.

"No, that time we haven't received task file" kata Gibran bersungguh. Kalau dia tahu itu Maria, awal-awal lagi dia dan Dylan angkat kaki.

"Jadi, mahu tak mahu terpaksa hubby temankan Maria minum but just drink. Esoknya bagaikan berjanji, hubby dan Dylan terserempak lagi dengan Maria. Waktu itu Maria mengajak hubby dan Dylan lunch. Semasa Dylan ke tandas, Maria told me she interested in me but I says, I have someone special" panjang Gibran bercerita.

"Betul ke ni?" soal Haifa.

"Ya.. it's true. You are the only one" balas Gibran.

"Sewaktu task file diterima, hubby dan Dylan memang terkejut kerana perempuan itu adalah Maria" Gibran akhiri ceritanya.

"Itu kali terakhir hubby bertemu Maria hinggalah waktu kejadian tembak menembak dulu" tambah Gibran lagi. Lama Haifa diam menghadam kata-kata Gibran.

"Okay.. I believe in you. Tapi.. kalau hubby ada perempuan lain.. siap!" tegak jari telunjuk Haifa di depan wajah Gibran. Gibran senyum senget lalu jari telunjuk Haifa dijilatnya. Bulat mata Haifa. Memerah terus wajah itu. Laju ditarik semula jarinya tetapi pantas Gibran memegang jemari itu. Wajahnya menghampiri wajah Haifa lalu bibirnya menindih bibir Haifa. Perlahan bibir Haifa diurut, terpejam mata kerana menikmatinya hinggalah Gibran melepaskan pautan. Tersenyum malu Haifa lalu tubuhnya dipeluk Gibran.

"We continue after you get well.. so, hurry. I can't wait for it" bisik Gibran.

(16/11/2020 @ 1817hrs)

Share this novel

eida chezam
2020-12-01 16:42:53 

dah lama fifi x update.

esther marcus
2020-11-19 17:40:34 

update pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience