Bab 6

Romance Completed 685128

"Berhenti depan tu" kata Haifa sambil menunjukkan arah. Gibran hentikan kereta lalu Haifa, Puan Fazidah dan Amin keluar dari perut kereta menuju ke pintu masuk Tanah Perkuburan. Gibran hanya menanti di dalam kereta sambil memerhatikan kawasan sekeliling. Haifa menoleh sekilas pada Gibran. Bimbang juga dia, mana tau Gibran bawa lari keretanya nanti. Hati manusia mana kita tahu, dah kenal pun baru seminggu.

Setelah selesai urusan di tanah perkuburan, Haifa, Puan Fazidah dan Amin kembali ke kereta. Lega Haifa apabila keluar dari pintu Tanah Perkuburan dapati Gibran masih ada bersama keretanya.

"Hantar Umii balik dulu, lepas tu adik temankan Gibran ke pekan" laju kepala Haifa toleh ke belakang.

"Eh Umii ni, nak buat apa pulak adik ke pekan dengan Gibran?" soal Haifa tanpa rasa bersalah sambil menjeling lelaki itu dengan ekor matanya.

"Adik tak kesiankan Gibran ke, pakai baju arwah walid dari hari tu lagi. Mana sesuai dengan dia" kata Puan Fazidah sambil memandang Gibran yang sudahpun menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang.

"Ish, tak nak lah. Petang ni kan adik ada kelas" Haifa menolak sambil memusing tubuhnya ke depan. Kepala ditoleh pada Gibran dengan riak tidak puas hati.

"Awal lagi ni kan.. baru pukul berapa. Lagi pun esok adik kan ada Majlis Lawatan Ketua Polis tu, nanti penat pulak kalau mengajar juga" Puan Fazidah cuba kompromi dengan Haifa. Bukan apa, kasihan pulak dia pada Gibran. Nasib baiklah kaki seluar arwah suaminya masih boleh dialter jadi labuh, kalau tidak tergantung kaki seluarnya. Tak apalah, duit simpanannya hasil kebun ada, tak luak pun kalau setakat untuk belikan pakaian untuk Gibran.

"Dah, tak payah banyak soal. Ikut je cakap Umii, jangan bantah. Lagipun bukan guna duit adik, guna duit Umii untuk beli pakaian semua tu" tambah Puan Fazidah. Haifa toleh belakang.

"Umii bagi duit?" soal Haifa tidak percaya. Puan Fazidah jegilkan mata.

"Ish, apa cakap macam tu. Dah, Amin. Ikut nenek turun, ibu nak bawa uncle pergi beli barang" ajak Puan Fazidah lalu menarik lengan Amin supaya mengikutnya keluar dari kereta. Tanpa menoleh, laju menonong saja Puan Fazidah berjalan masuk ke halaman rumah.

"Ee.. dia ni kan" marah Haifa sambil memberi jelingan maut pada Gibran. Tanpa riak, Gibran terus memandu. Hm.. Ni mesti Umii dah bagitau la ni, kat mana pekannya. Wajah Gibran yang sedang memandu dipandang tak berkelip. Ee.. kecik besar kecik besar je dia ni kan.

"What?" soal Gibran lalu menoleh sekilas pada Haifa di sisi.

"What.. what..! cakap melayu tak boleh?" marah Haifa. Gibran senyum tapi hanya sekilas dan wajahnya kembali tak beriak. Eh, pandai senyum rupanya.. tapi kenapa kejap sangat, tak puas. Hik hik hik

"Saya tanya sekali lagi, awak siapa sebenarnya ni?" soal Haifa yang sudah mengalihkan tubuh mengadap Gibran. Lelaki itu hanya diam tidak membalas sebaliknya hanya tekun memandu.

"Ha, tengok. Bila kita tanya tak nak jawab. Diam. Tak pun jawapan yang dibagi tah apa-apa. Awak jangan main dengan saya, saya bawa awak ke balai nanti!" Haifa dah bising tapi Gibran masih begitu.

"Ish, awak dengar tak ni?" marah Haifa lalu tangan diangkat dan mahu memukul lengan Gibran tapi belum sempat Haifa berbuat demikian, tangan Haifa ditangkap Gibran dan dibawa ke bibirnya. Terkebil-kebil Haifa, laju tangannya ditarik semula. Laju tangan dibawa ke dada memeluk tubuh.

"Boleh pun diam" balas Gibran.

"Eh.. pandai pun cakap melayu" tegur Haifa.

"I'm Malaysian" balas Gibran pendek. Haifa cebikkan bibir.

Tidak lama, destinasinya sampai juga. Gibran dijeling tak puas hati, tak pasal-pasal jadi kerja kena temankan dia pula. Tanpa pedulikan Haifa yang masih marah, Gibran parking kereta di tepi jalan, matikan enjin dan terus keluar. Nak tak nak, Haifa turutkan juga. Janganlah terserempak dengan sesiapa yang mengenalinya, sudah. Puas pula nak bersoal jawab. Di toleh kiri dan kanan. Aik, mana dia ni. Cepatnya hilang.

"Ah, suka hati kau la pakcik" kata Haifa lalu dia juga turut melihat-lihat barang yang dijual. Dia pun sudah lama tidak keluar membeli belah begini. Tapi nak beli apa pun, semua dah ada kecuali la kalau nak menyambut Hari Raya, baru la kalut membeli barang. Haifa tilik jam di pergelangan tangan. Mana la dia ni, aku dah la rimas pakai baju kurung macam ni. Kalau seluar tak apa lagi. Cuaca pulak semakin panas, matahari semakin meninggi. Mujurlah di tepi deretan kedai-kedai ni ada disediakan bangku, boleh juga dia berehat.

"Dahaga la pulak" Haifa bebel seorang diri. Di toleh ke kanan. Hm.. ada seven eleven. Laju kaki melangkah masuk dan apple twister dibeli dan juga dairy chocolate untuk Amin. Perlahan botol dibuka dan diteguk. Ah, peduli lah orang nak cakap pakai baju kurung tapi tak sopan minum berdiri. Haifa kembali ke tempat tadi. Bukan dia tak nak pergi jauh, bimbang nanti tak jumpa dengan si Gibran tu aja. Nak call, telefon pun dia tak ada. Dah tu macam mana, nak tak nak terpaksa la tunggu berhampiran dengan kereta. Satu jam juga menunggu Gibran.

"Sorry. Orang ramai di kedai gunting" sapa Gibran. Haifa yang masih duduk di bangku terus bangun berdiri memandang wajah Gibran. Uih.. siapa dia ni, sempurna sungguh. Dengan pakaian sudah bertukar dan rambut dipotong pendek, memang sudah lain rupanya. Dari atas sampai bawah dipandang. Bila rambut pendek, baru dapat lihat dengan jelas, kelabu anak matanya. Ada dua tahi lalat halus pada bawah mata kiri, seksi walaupun dahi masih bertampal.

Tap tap tap

Bunyi orang petik jari.

"Dah puas tenung? you're going to burn a hole in my face if you don't stop look to me like that" kata Gibran pada Haifa yang tidak berkelip mata memandangnya.

"Perasan" Haifa cover malu. Tu la..

"Dah la jom balik. Shopping sorang-sorang. Baik saya tak payah ikut" bebel Haifa lalu membolos masuk ke bahagian penumpang hadapan manakala Gibran pula ke bahagian pemandu. Beg plastik diletakkan di kerusi belakang. Haifa yang panas dan dahaga meneguk air apple twister yang dibeli tadi. Tanpa amaran, Gibran mengambil botol air dari tangan Haifa dan terus meneguk dengan rasa tak bersalah. Haifa tak terkata apa. Semberono betul. Selesai minum diserah semula botol air yang masih berbaki. Laju Haifa geleng. Ada nak bagi aku balik, memang tak la aku nak minum. Setelah tekak yang kering lega dengan air tadi, perlahan Gibran mulakan pemanduan. Tenang sahaja. Haifa di sisi curi-curi pandang. Handsome tapi siapa dia ni dan tak nak balik rumah ke? Tiba-tiba Gibran toleh memandang Haifa. Kantoi!

"Eh, tengok depan la" marah Haifa sambil menolak pipi Gibran dengan tangan kanannya. Tak berani Haifa nak curi pandang lagi. Pandang ke depan atau ke luar kereta sahaja.

"Can I ask something?" soal Haifa sambil memandang Gibran sekilas. Kepala diangguk.

"How do you know I'm married?" soal Haifa.

"Ring" balas Gibran tanpa menoleh.

"Ring?" Haifa menyoal kembali.

"Yup, perempuan dah berkahwin biasanyakan pakai cincin" balas Gibran. Haifa buang pandang keluar tingkap sambil memusing-musingkan cincin di jari.

"Awak tau tak, saya kena tinggal dengan suami pada hari saya dinikahkan sampailah sekarang, bersalam buat kali pertama pun tak sempat" sayu saja ayatnya berbunyi.

"Saya tak layak bergelar isteri ke?" soal Haifa sambil memandang Gibran di sisi kemudian tunduk memandang cincin di jari.

Gibran tahan rasa, kuat stereng digenggam. I'm sorry Haifa.. ayat itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja.

"Why don't you ask to him by yourself?" soal Gibran.

"How can I ask? dia pun saya tak tau ada di mana. Macam mana rupa pun saya tak tau." balas Haifa yang masih menunduk.

"Saya akan cuba cari dia tak lama lagi untuk putuskan apa yang tergantung selama ini. Bukan sekejap, bertahun saya tunggu dia" kata Haifa lalu mengesat tubir mata dengan hujung jarinya. Gibran di sisi memandang dengan hujung mata.

"Sorry" kata Haifa sepatah.

"For what?" soal Gibran sambil menoleh sekilas. Haifa tarik nafas panjang.

"Hear my stupid story" kata Haifa disusuli dengan ketawa kecil. Gibran pandang Haifa lagi. Ikutkan hati nak saja dia beritahu siapa dia sebenarnya tapi demi keselamatan Haifa, terpaksa ditahan.

"Dah sampai" kata Haifa sebaik kereta masuk ke kawasan halaman rumah. Haifa keluar dari bahagian penumpang manakala Gibran pula mengambil beg plastik dari kerusi belakang dan baru keluar dari perut kereta.

"Assalamualaikum" salam diberi.

"Waalaikumsalam" balas Puan Fazidah.

"Yeay.. ibu dah balik.." laju tubuh Haifa dipeluk Amin.

"Nah, ibu belikan favorite Amin" kata Haifa lalu menyerahkan chocolate bar pada Amin. Suka dia.

"Thanks ibu" balas Amin.

"Dah, simpan dulu coklat tu. Kita makan nasi. Tengah hari dah pun" kata Puan Fazidah. Sebaik melihat Gibran melangkah masuk kedua-dua nenek dan cucu tegak memandang Gibran.

"Wow! handsomenya uncle" puji Amin. Gibran hanya senyum nipis, itu pun sepantas kilat. Kedekut senyum betul.

"Umii ingatkan siapa la tadi.. dah, cuci tangan. Kita makan nasi" kata Puan Fazidah.

+++

"Umii.. adik pergi dulu" kata Haifa. Hari ni Lawatan Ketua Polis Selangor ke IPD tempat dia bertugas dan dia pula sebagai pegawai baris bagi kawalan kehormatan. Kena sampai awal untuk persiapan. Jadi pagi ini, terpaksalah Puan Fazidah menghantar Amin ke sekolah.

"Amin, ibu pergi dulu. Amin pergi sekolah dengan nenek tau" pesan Haifa sambil mengusap kepala Amin.

"Hati-hati tunggang motor tu, jangan nak laju-laju" pesan Puan Fazidah. Haifa hanya tunjuk jari tanda OK.

"Amin, makan. Nanti nenek hantarkan" kata Puan Fazidah.

"Er.. saya boleh tolong hantarkan" kata Gibran yang baru turun dari tingkat atas.

"Yeay.. uncle hantar pergi sekolah" kata Amin.

"Tak menyusahkan ke? dah sihat?" soal Puan Fazidah sambil menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan untuk Gibran.

"Saya dah sihat. Tak apa, lagi pun saya tak buat apa pun" balas Gibran sambil menikmati nasi goreng. Hm.. sebelum ni, waktu sarapan paginya tidaklah seawal begini, jam enam empat puluh lima. Tapi berbeza dengan hidup di kampung begini.

"Uncle, Amin dah siap" panggil Amin yang sudah berdiri di sisi Gibran.

"Eh, uncle belum siap makan lagi" tegur Puan Fazidah.

"It's okay. Nanti balik sambung semula" balas Gibran. Kopi diteguk, bibir dikesat lalu terus bangun.

"Ni, kunci keretanya" kata Puan Fazidah sambil menyerahkannya pada Gibran.

"Nenek, Amin pergi dulu" kata Amin sambil menyalami Puan Fazidah.

"Ye lah. Hati-hati memandu" kata Puan Fazidah.

Lebih kurang lima belas minit kereta Haifa sampai di pintu pagar sekolah Amin. Dari jauh Cikgu Asnol sudah laju melangkah menghampiri kereta Haifa. Disangkanya Haifa yang datang menghantar tapi lain pula orangnya.

"Assalamualaikum Cikgu" sapa Amin.

"Waalaikumsalam" jawab Cikgu Asnol yang sudah hampiri kereta. Gibran keluar dari perut kereta lalu menghulur salam pada Cikgu Asnol. Teragak-agak salam Gibran disambut. Amin dari jauh melambai pada Gibran.

"Saya balik dulu" kata Gibran pada Cikgu Asnol lalu membolos masuk ke dalam perut kereta. Cikgu Asnol terpinga-pinga.

Sebaik Gibran keluar dari kereta Haifa di bawah garaj rumah, dua buah kereta warna hitam berhenti betul-betul di hadapan rumah. Gibran pantas menoleh pandang. Empat orang lelaki berpakaian lengkap bersuit keluar dari kereta berjalan menghampiri Gibran. Puan Fazidah yang waktu itu sedang menyidai kain di tepi rumah sudah terkaku di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience