Bab 38

Romance Completed 684975

"Armine!" panggil Gibran. Sand yang sedang melangkah terus kaku kakinya. Perlahan ditoleh ke belakang.

Gibran terdiam di situ apabila melihat Sand yang sedang melangkah tadi, menoleh ke belakang. Terkelu lidahnya untuk berkata. Percaya dan tidak sama banyak. Sudahnya dibiarkan Sand berlalu pergi bersama Syam apabila tiada reaksi darinya.

Haifa yang berada di sisi Gibran memandang Gibran pelik. Raffa pula rasa lega kerana Gibran sedar akan kehadiran loket pada leher Sand cuma kenapa Gibran tidak terus pergi kepada Sand. Aduh.. dah depan mata tu, kenapa dibiarkan pergi?

"Hubby panggil siapa?" soal Haifa pada Gibran yang masih lagi tegak berdiri seperti tadi. Gibran bisu. Terkelu lidahnya. Haifa pandang ke depan. Gibran panggil siapa?

Sand yang menoleh tadi memandang semula ke depan dan meneruskan perjalanannya. Dia dengar macam ada orang memanggil namanya tapi bila ditoleh tiada yang datang. Rasa tadi seperti Gibran tapi kenapa dia hanya kaku di situ? ke dia salah dengar. Nak ditanya pada Gibran nanti takut silap orang pula. Loket di dada disentuh lagi. Kuat debar di dadanya.

"Kenapa sayang?" soal Syam apabila melihat Sand yang menoleh ke belakang dan kemudian teruskan berjalan perlahan. Seperti ada yang tidak kena.

"Mungkin salah dengar agaknya" kata Sand.

"Salah dengar?" soal Syam tidak mengerti. Sand angguk.

"Sayang macam dengar orang panggil nama sayang tadi." kata Sand.

"Panggil sayang?" soal Syam.

"Haah, Panggil Armine" balas Sand.

"Sekali dengar macam suara Gibran" sambung Sand lagi. Syam yang mendengar jawapan Sand terus toleh belakang dan waktu itu mereka bertiga sudah bergerak meninggalkan kawasan tadi.

"Armine?" soal Syam lurus.

"Ya, Armine! tu juga nama sayang" kata Sand. Tegak sahaja pandangannya ke hadapan.

"Oh, ye la. Tak ada yang panggil dengan nama tu, jadi hubby tak perasan. Tapi siapa yang panggil?" soal Syam sambil menoleh lagi ke belakang. Waktu itu Gibran, Haifa dan Raffa sudah tiada di tempat tadi.

"Nama tu ahli keluarga saja yang panggil. Abang sayang yang mula panggil dengan nama tu" kata Sand.

"Abang?" soal Syam. Sand tidak pernah mahu bercerita mengenai keluarganya jadi Syam tidak mahu menambahkan sedih jadi dibiarkan sahaja perkara itu. Jika Sand bercerita, dia akan dengar tapi untuk bertanya, tidak sama sekali. Dia tidak sanggup untuk bertanya sesuatu yang Sand sendiri tidak tahu jawapannya. Iyalah, macam mana seorang kanak-kanak yang umur lima tahun dapat mengingati perkara yang lalu. Jika ditanya sudah tentu tiada jawapan yang diperolehi.

"Ingat lagi nama abang?" soal Syam. Sand angguk.

"Abang Aad" kata Sand.

"Aad? Nama penuh?" soal Syam sambil beriringan keluar dari pintu mall.

"Fahad" kata Sand. Syam angguk. Takkan Gibran, tak sama langsung namanya. Jauh lari bunyinya tu tapi sekali pandang wajah mereka macam nak iras-iras. Syam picit pelipis, dia pula yang pening.

"Hm.. sayang nak hubby buat apa-apa ke?" soal Syam sambil menyimpan barang di tempat duduk belakang. Sand geleng.

"It's okay. Tak perlu. Kalau ikatan darah kuat, abang akan datang sendiri pada sayang" balas Sand lalu melolos masuk ke dalam kereta.

"Okay sayang, apa-apa saja untuk sayang" balas Syam yang juga turut masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kereta perlahan bergerak keluar dari kawasan parking pasaraya.

"Abang tau tak, menurut Ibu Hawa, orang yang membesarkan Sayang di rumah anak yatim tu. Sayang dijumpai sedang menangis di hadapan pintu pagar rumah anak yatim tu. Pada sayang hanya ada loket ni saja. Mujurlah waktu itu sayang sudah pandai menulis nama sendiri. Abang yang ajar sayang" tidak pernah Sand bercerita mengenai kisahnya ini. Sebelum ini hanya Q yang tahu mengenai kisahnya dan sekarang Syam, suaminya pula.

Syam hanya diam mendengar Sand bercerita. Kadang-kadang tangannya naik mengusap loket sambil memandang keluar tingkap.

"Kalau sayang tak nak cerita, tak apa. Hubby faham. Jangan paksa diri" kata Syam sambil mengusap lengan Sand. Jemari Sand disulam lalu dibawa ke bibirnya lalu dikucup perlahan.

"Hubby tak kisah siapa keluarga sayang. Apa yang penting kasih, sayang dan cinta hubby hanya untuk sayang" kata Syam.

"Thanks hubby" balas Sand lalu pipi Syam disapa lama.

"Hm.. jangan goda hubby tengah memandu ni.." usik Syam.

'Buk'

Dapat penumbuk sebiji pada bahu kiri dari Sand. Ketawa suka Syam. Nasib kau la Syam, dapat isteri ala-ala ganas cam ni.

+++

"Hubby panggil siapa tadi?" soal Haifa pada Gibran. Raffa yang sedang memandu menjeling pandang ada Gibran melalui cermin pandang belakang. Tiada riak pada wajah Gibran. Haifa yang melihat tingkah Gibran mula rasa bimbang dan curiga. Perempuan mana pula yang dia panggil? Takkan ex kot. Gibran pula tidak membalas pertanyaan Haifa tadi, lagilah syak wasangkanya tinggi. Gibran hanya diam. Haifa pula sudah tidak senang duduk. Gibran di sisi dijeling lagi. Jangan nak cari pasal ye hubby, kalau ada perempuan lain.. tau la dia apa nak buat!

Gibran yang berada di sisinya hanya diam sambil memandang keluar. Ingatannya masih pada loket yang ada di leher Sand. Walaupun loket itu dipandang sekali imbas, tapi dia yakin itu adalah pasangan bagi loket yang ada padanya. Teringat pula pada kata-kata Haifa yang wajahnya ada iras dengan Sand. Haifa yang berada di sisi ditoleh.

"What?" soal Haifa.

"Nothing" balas Gibran lalu jemari Haifa dicapai lalu dikucup lembut. Haifa jeling pada Raffa yang sedang memandu di depan, segan pula jika Raffa melihatnya.

Sebaik sampai di rumah, Haifa keluar dari kereta. Begitu juga Gibran dan Raffa. Gibran pandang Raffa lalu Raffa angguk kepala. Haifa yang melihat dah pelik. Bercakap guna bahasa isyarat? Hm.. macam-macam.

Barang yang dibeli tadi di bawa Haifa ke dapur, Gibran pula terus melangkah ke tingkat atas. Barang-barang yang dibeli dikemaskan dan disimpan di tempat masing-masing. Esok senang nak masak, semua dah ada. Barang basah yang perlu disiang, diletak di dalam sinki. Sekejap lagi dia akan turun semula untuk siapkan makan malam.

Haifa melangkah ke tingkat atas. Daun pintu yang renggang ingin ditolak tetapi tidak jadi apabila mendengar suara Gibran sedang berbual di telefon.

"You got what I text before?" kata Gibran.

"Yes Sir" kata Naz.

"So, kau dapat apa yang aku minta. Armine?" kata Gibran.

"Saya dah dapat butirannya. I'll send to you" kata Naz.

"Okay, thanks" ucap Gibran.

"Can I ask?" soal Naz.

"What?" soal Gibran.

"Is she your sister Armine?" soal Naz.

"Yes, it's her" balas Gibran lalu talian dimatikan. Tidak sabar dia mahu bertanya mengenai perkara ini pada Armine. Butiran yang dihantar oleh Naz diteliti. Nombor telefon yang tertera didail.

"Hello" Gibran bersuara.

"Ya, hello" Sand membalas.

"It's me, Gibran. Can I see you" soal Gibran terus.

"Jumpa?" soal Sand.

"Ya, I have something to ask" balas Gibran.

"About what?" soal Sand lagi.

"I can't tell you on phone" balas Gibran.

"Okay. Send me time and location" balas Sand.

"Okay, I'll send now" balas Gibran lalu talian dimatikan. Mesej ditaip dan dihantar pada Sand.

Haifa yang mendengar tidak sedap hati, lalu perlahan daun pintu ditolaknya, waktu itu dilihat Gibran sedang bersiap seakan mahu keluar tetapi pakaian masih stail yang sama, seluar slack dan kemeja cuma bezanya kemeja dilipat hingga ke siku.

"Hubby nak ke pejabat semula ke?" soal Haifa.

"Tak, hubby ada hal sikit" balas Gibran sambil membetulkan rambutnya.

"Hubby balik pukul berapa?" soal Haifa lagi. Takkan nak jumpa perempuan nama Armine tadi. Haifa tidak sedap hati.

"Not sure. Honey tak perlu tunggu but anything, call me. Okay honey" balas Gibran yang sudah berada di hadapan Haifa. Tubuh Haifa ditarik rapat lalu dipeluk erat. Ubun-ubun Haifa dicium berkali.

"Hubby.. are you okay?" soal Haifa bimbang. Gibran renggangkan pelukan.

"I'm okay" balas Gibran sambil tersenyum. Bibir merah Haifa disapa. Kedua tangan Haifa naik memeluk leher Gibran, tidak mahu dia lepaskan Gibran. Kalau boleh dia tidak mahu Gibran keluar kerana rasa hatinya kuat mengatakan Gibran mahu keluar bertemu Armine.

"Honey.. are you seducing me?" soal Gibran selepas pautan bibir dilepaskan. Wajah Haifa ditilik.

"If yes, why? Can't I?" soal Haifa dengan lenggok menggoda. Gibran sudah berbelah bahagi. Dia sudah bersiap mahu keluar dan berjumpa Armine tetapi godaan Haifa pula tidak dapat ditolaknya. Ah.. Tubuh Haifa dicempung lalu dibawa ke katil. Haifa senyum dalam diam.

Gibran menanggalkan kemeja dan seluar yang dipakainya dan juga pakaian pada tubuh Haifa. Bergelora rasa yang satu itu apabila melihat lentuk liuk Haifa yang menggoda. Tidak menunggu lama terus tubuh itu digomolnya. Wait for me sister..

(17/09/2020 @ 2133hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience