Bab 95

Romance Completed 684982

"Kak Ina, dah siap ke?" soal Haifa sambil menjenguk ke dalam mangkuk di hadapan Kak Ina.

"Belum, sekejap je lagi. Kaki ayam ni ken rebus lama sikit. Nanti liat tak sedap pula" balas Kak Ina sambil menoleh ke sisi. Tangannya pula ligat memotong bahan-bahan untuk digaul bersama kaki ayam.

"Okay.. bukan apa, tu cuba tengok sana tu" kata Haifa sambil menunjukkan ke arah Gibran yang sedia menanti di meja makan. Kak Ina turut memandang ke arah ditunjukkan Haifa. Tersengih Kak Ina.

"Nak makan sangat la tu" kata Kak Ina sambil tergeleng kepalanya. Kak Ina kemudian mengambil senduk dan membawanya ke dapur lalu dikacau kakai ayam yang dilihat sudah empuk elok.

"Ha, dah empuk ni. Sekejap lagi dah boleh makan" kata Kak Ina.

"Ye ke, kalau macam tu saya ke sana dulu lah. Dah siap nanti Kak Ina bawakan ya" kata Haifa lalu berjalan meninggalkan Kak Ina yang sibuk di dapur dan menuju ke arah meja makan.

Tidak lama lebih kurang sepuluh minit Kak Ina datang ke meja makan membawa sebekas kerabu kaki ayam bersama piring.

"Sir, ni dah siap" kata Kak Ina lalu meletakkan bekas kerabu di atas meja dan juga piring.

"Nampak macam sedap ni" kata Haifa yang sudah bangun dan menyendukkan kerabu ke dalam piring dan meletakkannya di hadapan Gibran. Gibran pandang Haifa.

"Hubby. Dah kenapa? kata nak makan kerabu kaki ayam" soal Haifa apabila melihat Gibran hanya memandang piring kerabu di hadapannya.

"Er.. selamat ke untuk dimakan ni?" soal Gibran sambil dikuis-kuis kerabu dengan garfu. Bulat mata Kak Ina bila Gibran berkata begitu.

"Eh, kenapa pula tak selamat. Macam-macam la hubby ni. Makan la, sedap ni" kata Haifa sambil menyuap ke mulut.

"Em.. sedapnya Kak Ina.." kata Haifa lalu menunjukkan tumb up pada Kak Ina. Tersenyum senang hati Kak Ina tetapi orang yang mengidamnya ni belum juga lagi rasa, itu yang tak sedap hati ni.

"Hubby.. nah, rasa" kata Haifa sambil menyuakan sudu di hadapan mulut Gibran. Gibran pandang Haifa dan Haifa angguk. Perlahan kerabu masuk ke mulutnya dan dikunyah.

"Sedap" kata Gibran sepatah. Fuh! lega Kak Ina. Apa lagi lajulah disuapnya ke mulut. Bertambah-tambah suami isteri itu makan kerabu air tangan Kak Ina.

"Hah, puas hati dah dapat makan?" usik Puan Fazidah yang datang ke meja makan bersama Amin. Tersungging senyuman nipis di bibir Gibran. Segan ditegur begitu.

"Puas la Umii, bertambah-tambah ni ha. Tinggal sikit je lagi" kata Haifa.

"Kita makan nasi ya, Kak Ina sendukkan" kata Kak Ina.

"Umii makanlah dengan diaorang. Adik kenyang lagi ni. Banyak makan kerabu. Sedap, pandai Kak Ina masak" kata Haifa lalu diteguk jus epal di dalam gelas.

"Umii makan dulu. Saya pun dah kenyang" kata Gibran pula.

"Ye lah" balas Puan Fazidah lalu menyendukkan nasi ke pinggan Amin.

+++

'Tok tok tok'

"Masuk" suara Haifa berbunyi. Daun pintu ditolak dari luar. Terjengul wajah Intan dengan senyuman besar bersama di tangannya ditunjukkan mangga asam boi yang Haifa kirimkan padanya semalam.

"Nah" kata Intan lalu meletakkan botol mangga asam boi di atas meja Haifa. Haifa pandang dan senyum senget.

"Dah kenapa dipandang je mangga tu? Semalam beriya sangat call aku minta aku belikan. Ni dah dipandang saja pula dah" kata Intan sambil melabuhkan duduk.

"Bukan aku yang nak makan.." balas Haifa lalu mengambil dompet dan mengeluarkan wang kertas sepuluh ringgit dan diserahkan pada Intan.

"Eh, kau ni. Tak payahlah. Jangan nak mengada. Aku belanja" kata Intan lalu menolak wang kertas yang dihulurkan padanya.

"Betul ni?" soal Haifa.

"Iya.. betul. Aku belanja" balas Intan sambil mengangguk kepala.

"Thanks Intan" balas Haifa sambil menyimpan semula wang dalam dompetnya.

"Kau cakap bukan kau yang nak makan. Dah tu siapa? takkan Gib pula kot?" soal Intan pelik.

"Haah, dia la. Kelmarin Kak Ina belikan satu bekas tapi dia sempat rasa sikit je. Dia tak minta beli tapi aku tau dia nak makan lagi. Tu aku call kau tolong belikan. Sekarang ni, kalau dia boleh beli sendiri apa yang dia rasa nak makan, dia akan cari sendiri. Aku tau semalam dia cari tapi tak ada pula yang jual. Kesian pula rasa" terang Haifa.

"La, iya ke. Dah tu ni Gib tau ke tak kau ada belikan ni?" soal Intan. Haifa geleng. Muncung sahaja wajahnya.

"Lah, ni dah kenapa muncung pula ni.." soal Intan. Macam-macam la kawan aku seorang ni.

"Hm.. kau rasa kalau aku mohon cuti boleh tak?" soal Haifa. Tubuh disandar ke kerusi.

"Kau nak cuti bila?" soal Intan.

"Kalau aku nak cuti mulai hari ni sampai aku bersalin agak-agak boleh tak?" soal Haifa. Wajah Intan dipandang.

"Kau due date tak lama dah kan?" soal Intan.

"Haah, lima hari lagi" balas Haifa sambil jari bermain dengan pen.

"Boleh, kau isi la. Letakkan aku sebagai pengganti" kata Intan.

"Thanks Intan" balas Haifa.

"Lepas ni kau balik terus la kan?" soal Intan.

"Balik la Intan.. Gib ada kat bawah, dia tunggu aku dalam kereta.." balas Haifa malas.

"Kat bawah?" soal Intan terkejut.

"Ye, dia risau tengok aku perut besar macam ni datang kerja" kata Haifa.

"Kalau macam tu, dah. Kau balik. Biar aku isikan dalam sistem. Bagi sini password kau" kata Intan.

"Eh, tak susahkan kau ke?" soal Haifa sambil memandang Intan yang sudah bangun berdiri.

"Susah apa pula. Dah, kau balik, nanti send password pada aku. Ni, mangga asam boi jangan lupa bawa. Nanti aku maklum pada Tuan Aniq" kata Intan. Haifa angguk lalu terus bangun mengambil beg dan plastik mengandungi mangga asam boi.

"Nak aku hantarkan ke bawah ke?" soal Intan.

"Tak payahlah. Over la pula kau ni. Aku okay lagi" balas Haifa yang sudah berjalan ke arah pintu.

"Intan, thanks tau" ucap Haifa. Intan hanya angguk.

+++

"Kau laju sikit boleh tak?" marah Gibran yang sudah tidak senang duduk di tempat duduk belakang. Raffa menjeling tajam pada Gibran.

"Ish, turunlah biar aku drive!" marah Gibran lagi.

"Dah habis laju la ni, kau tak nampak kereta punya banyak!" marah Raffa pula. Tahu sahajalah waktu pagi-pagi begini. Ramai yang sibuk ke tempat kerja, sudah tentulah jalan raya sesak.

Sebelum pergi ke pejabat pagi tadi, tak ada pula Haifa mengadu sakit. Ni belum lagi masuk ke pejabat, Akim telah menghubunginya dan beritahu Haifa mahu bersalin. Apa lagi kalutlah dia. Mujurlah Akim dan Randy ada boleh mereka tolong bawakan Haifa terus ke hospital. Tidak lama sampai juga Gibran di hospital dan waktu itu kebetulan Haifa juga baru sampai di bahagian kecemasan dan sedang ditolak masuk ke dewan bersalin. Berlari Gibran dapatkan Haifa.

"Er, encik ni suami?" soal salah seorang jururawat yang sedang menolak Haifa.

"Ya, saya" balas Gibran pantas.

"Kalau macam tu, boleh ikut sekali" kata jururawat tadi. Laju Gibran mengekori Haifa dan jururawat ke dewan bedah. Tinggallah Puan Fazidah, Raffa, Akim dan Kak Ina di luar.

+++

"Macam tak percayakan, dah tiga bulan pun anak kau ni" kata Sand yang datang melawat Haifa sambil mengagah Aqil Najwan yang berada dalam dukungan Haifa.

"Itulah. Sekejap sahaja rasanya" balas Haifa sambil mengusap wajah anak kecil dalam dukungannya.

"Kau perasan tak, anak kau ni ada lesung pipit" soal Sand.

"Ha'ah, tapi tak nampak sangat. Kalau dia menangis baru boleh nampak" balas Haifa pula.

"Macam kau kan. Besar nanti mesti ramai peminat. Handsome macam papa, ada lesung pipit macam mama" kata Sand. Haifa hanya tersenyum mendengar kata-kata Sand.

"Eh, yang kau ni pula bila due datenya? macam dah sarat aku tengok" soal Haifa pada Sand yang duduk di sebelahnya.

"Kalau tak ada apa-apa, hujung bulan ni" kata Sand sambil tangan naik memegang perut yang agak besar. Dah macam kembar.

"Tak lama la dah.. tak sampai seminggu je lagi. Ada kawan la anak aku nanti. Boleh sekolah sama-sama" balas Haifa pula.

"Iyakan. Sama tahun" kata Sand pula. Haifa yang tadi elok tersenyum tiba-tiba sahaja mendung wajahnya.

"Ni dah kenapa tiba-tiba masam pula ni?" soal Sand apabila Haifa tiba-tiba berubah raut wajahnya.

"Minggu depan dah nak mula kerja.." balas Haifa. Sand sudah ketawa.

"Lah.. aku ingatkan apa la tadi. Tak nak tinggalkan Aqil la ni" usik Sand.

"Bukan lama pun kan.. Eh, kau ambil maid ke?" soal Sand lagi.

"Tak. Umii aku cakap, dia masih kuat dan boleh jagakan Aqil lagipun Kak Ina pun ada" balas Haifa. Sand angguk tanda faham.

"Mummy dengan daddy ada datang tak?" soal Sand lagi.

"Ada, jumaat lepas datang tidur sini. Isnin baru balik" balas Haifa.

"Eh, kau tak kerja ke ni?" soal Haifa pula. Sand geleng kepala.

"Tak, aku minta cuti sampai bersalin. Macam kau sebelum ni. Tak larat la aku nak naik tangga ke pejabat tingkat dua tu, kalau ada lift tak apa la juga" kata Sand yang sudah duduk bersandar.

"Iyalah, nak bawa perut naik turun tangga.. penat. Habis tu ni kau balik dengan siapa? tak pun tidur sini je" kata Haifa. Pagi tadi Syam datang hantarkan Sand dan kemudian dia terus ke tempat kerja.

"Abang cakap kalau nak balik boleh minta tolong Akim atau Randy hantarkan" kata Sand.

"Tapi kalau aku nak tunggu abang Syam pun tak ada masalah, dia dah habis kerja dah ni" kata Sand lagi.

"Kalau macam tu, tunggu je la Syam datang. Boleh minum petang sekali. Banyak Ina buatkan kuih tadi" sampuk Puan Fazidah yang datang ke ruang tamu.

"Eh, makcik" sapa Sand.

"Dah scan ke?" soal Puan Fazidah sambil melabuhkan duduk.

"Tak, abang Syam cakap biar surprise" balas Sand. Terangguk-angguk Puan Fazidah.

"Minumlah, Kak Ina buatkan kuih lapis pandan. Haifa pun boleh makan sekali" kata Kak Ina yang datang menatang dulang. Air kopi dan kuih diletakkan di atas meja kopi.

"Assalamualaikum" bergabung suara lelaki memberi salam. Laju mata mereka memandang ke arah pintu. Gibran dan Syam yang sampai, Raffa juga ada bersama. Gibran yang melihat Haifa bersama Aqil di sofa terus dilabuhkan duduk di sisi Haifa dan dilabuhkan cium pada ubun-ubun anaknya itu.

"Makcik" sapa Syam yang turut sama melabuhkan duduk di sisi Sand.

"Ina, bawakan cawan lagi la. Kita minum ramai-ramai" kata Puan Fazidah. Meriah petang itu. Semuanya ada bersama.

Semasa majlis aqiqah Aqil yang lepas, Gibran telah menjemput semua pekerjanya datang ke majlis tersebut. Selain untuk memeriahkan majlis, Gibran juga mengambil kesempatan memperkenalkan Haifa dan Aqil pada semua pekerjanya. Bagi yang tidak dapat hadir, dia akan adakan majlis makan malam kemudian nanti. Minggu depan majlis pernikahan Milia dan Huzaireen, tak sangka jodoh mereka berdua. Alhamdulillah..

+++

"Honey" sapa Gibran sambil kedua tangan naik memeluk pinggang Haifa. Haifa menoleh ke sisi sambil tersenyum.

"Buat apa seorang-seorang di sini?" soal Gibran. Tadi selepas siapkan kerja di bilik kerja di bawah, dia terus naik ke atas tetapi Haifa tiada di atas katil. Rupanya duduk bersidai di balkoni ni.

"Apa yang honey fikirkan ni..?" soal Gibran lalu mengeratkan lagi pelukan.

"Nothing, saja ambil angin" balas Haifa.

"Erm.. tak sejuk ke?" soal Gibran sambil melabuhkan cium di pipi Haifa. Sedar tak sedar sudah dua tahun umur Aqil.

"Kita masuk. Tak elok berembun malam-malam macam ni" kata Gibran lalu menarik pinggang Haifa masuk ke dalam dan pintu sliding di tutup.

"Aqil tidur dengan siapa?" soal Haifa apabila melihat Aqil tiada di atas katil. Gibran senyum senget.

"Aqil bagi chance pada papa dan mama. Dia boring tak ada adik" bisik Gibran pada telinga Haifa.

"Ee.. mengadakan. Bila pula Aqil cakap mac.." tidak sempat Haifa habiskan ayat, bibirnya telah disapa Gibran.

"I love you honey" kata Gibran sebaik pautan dilepaskan.

"Love you too hubby" balas Haifa lalu leher Gibran dipaut kedua lengannya.

Segala ranjau duri, pahit manis, susah payah telah diharungi bersama dan akan tetap diharungi bersama biarpun apa juga badai gelora yang datang kerana "You Are Mine" and always mine.

(25/01/2021 @ 1740hrs)
- Tamat -

Terima kasih pada semua yang sentiasa memberi sokongan sehingga ke akhirnya. Teruskan menyokong saya.

Love you all.

FiFi

Share this novel

Rahamah SpWsA
2021-12-29 22:07:12 

best..sangat.

RazIda Sue
2021-02-24 14:04:08 

cerita yg banyk pengajaran bila dah berumahtangga... saling bertolak angsur ...terbaik

sha angah
2021-02-15 22:36:52 

Appy ending... Best sgat2...


NovelPlus Premium

The best ads free experience