Bab 89

Romance Completed 685160

"Haifa.." panggil Faizan.

"Ada apa angah?" soal Haifa sebaik kaki berhenti melangkah di hadapan Faizan.

"Saya minta maaf sebab dah menyusahkan Haifa" kata Faizan. Wajah Haifa direnung. Masih cantik macam dahulu, lesung pipit yang manis. Macam manalah hatinya tidak terpaut. Lama disimpan rasa yang satu itu.

"Manis" terluah kata dari bibir Faizan. Haifa kerut kening.

"Manis? apa yang manis?" soal Haifa pelik. Faizan ketap bibir. Aduh! terlepas pulak.

"Aa.. air, air teh yang manis" balas Faizan gugup. Haifa tayang wajah tidak mengerti.

"Macam-macamlah angah ni" balas Haifa. Faizan garu kepala tidak gatal. Aduh.. hilang terus kosa katanya apabila berhadapan dengan Haifa. Gugup untuk membalas hujan di mahkamah pun tidak seperti ini. Kuat sungguh penangan Haifa. Tidak boleh dia lupa pada seraut wajah berlesung pipit ini semasa majlis perkahwinan adik perempuannya dahulu. Sentiasa ceria tersenyum.

"Angah, dengar tak apa yang saya cakap tadi ni?" soal Haifa geram. Aku bercakap dia boleh dok berangan pula. Ish!

"Hah! Haifa cakap apa? Sorry, saya tak dengar" kata Faizan. Itulah kau, telinga tu ke mana? sudah-sudahlah Faizan..

"Ish, dah susah sangat nak bagi business card, bak sini telefon" pinta Haifa marah sambil tangan ditadah.

"Apa?" soal Faizan tidak faham.

"Telefon tu.. bak sini!" Haifa sudah sedikit tinggi suaranya sambil tangan masih lagi ditadah. Bagaikan dipukau, Faizan keluarkan telefon bimbitnya dari poket lalu diserahkan pada Haifa.

"Kot ya pun, unlock la skrin ni dulu" kata Haifa lalu diserahkan kembali telefon tersebut pada Faizan. Faizan tidak menyambutnya sebaliknya dia berkata sesuatu.

"Your birthday" kata Faizan. Tepat matanya memanah wajah Haifa. Haifa dongak memandang Faizan.

"Birthday? Oh, dah lepas" balas Haifa selamba sambil memandang kembali telefon bimbit di tangannya dengan jari bersedia mahu menyentuh skrin.

"I know.. but the password. Your birthday" balas Faizan bersama pandangan yang penuh makna tersirat. Terkaku seketika jari Haifa untuk menyentuh skrin telefon. Kepala didongak sekali lagi memandang wajah Faizan. Terkelip-kelip mata Haifa, wajah Faizan memerah. Tiba-tiba telefon milik Faizan bergetar dan skrin bercahaya. Haifa pandang skrin yang bercahaya dan buntang matanya apabila melihat wajahnya yang menjadi penghias skrin telefon. Ini gambar dia semasa di majlis kenduri kahwin arwah abangnya dahulu.

'Pap'

Terlepas telefon ke atas rumput. Laju tangan mengutipnya semula. Tarikh harijadinya dimasukkan dan skrin unlock.

"Apa semua ni Ngah?" soal Haifa sambil telefon dihulur semula pada Faizan. Wajah Faizan dipandang. Tidak jadi untuk dia dapatkan nombor Faizan. Telefon dari tangan Haifa diambil semula. Nafas dihela perlahan.

"Explain" kata Haifa lagi. Kepala ditoleh seketika ke arah kereta. Dapat dilihat wajah Gibran yang tegang melalui cermin tingkap penumpang belakang yang diturunkan. Haifa toleh kembali pada Faizan.

"Sorry Haifa.. I still have feelings for you.." kata Faizan perlahan. Terperanjat Haifa dengan apa yang baru dia dengar.

"Perasaan? perasaan apa ni? Angah jangan macam-macam" marah Haifa tidak faham. Faizan tarik nafas dalam.

"You stole my heart a long time ago, Haifa" kata Faizan perlahan. Kelu lidah Haifa untuk membalas.

"Angah cakap apa ni?" soal Haifa yang masih lagi terkejut dengan apa yang baru Faizan katakan tadi. Faizan senyum senget.

"Saya sukakan awak Haifa, cuma saya tak berpeluang nak luahkan" Faizan membalas.

"Tapi angah tahukan saya dah bersuami?" soal Haifa.

"Ya, dan saya pernah berharap agar suami Haifa tidak pulang" balas Faizan terus. Bulat mata Haifa kerana tidak sangka Faizan akan berkata begitu.

"Tapi sekarang saya tahu, suami Haifa sudah kembali dan Haifa bahagia tetapi.. cuma hati saya masih belum boleh lepaskan Haifa pergi" kata Faizan lagi.

"But don't worry.. I'll try to move on" kata Faizan lagi bersama senyum manis. Haifa hilang kata-kata untuk membalas.

"Saya doakan yang terbaik buat angah and I'm sorry because my heart is full of the name of my beloved husband, Gibran" balas Haifa sambil menoleh sekilas ke belakang.

"Saya balik dulu" kata Haifa lalu terus dia berjalan ke arah kereta tanpa menoleh lagi. Dapat dia lihat pandangan Gibran ke arahnya tanpa kalih. Tajam sekali. Daun pintu ditarik dan tubuh dilolos masuk ke dalam kereta. Hanya ada Gibran dan Raffa sahaja. Amin bersama Hann di dalam kereta sebuah lagi. Raffa menekan hon sekali sebelum kereta meluncur pergi.

Haifa membuang pandang ke luar kereta. Kedua tangannya berpaut antara satu sama lain. Tidak berani untuk dia memandang Gibran di sebelah yang diam kaku. Haifa tahu Gibran sedang memandangnya dengan ekor mata. Tapi dia tak buat salah apa pun. Ah.. kata tak buat salah tapi yang kau dah macam orang bersalah ni kenapa? Haifa.. jangan buat pasal. Puas pula nak pujuk nanti. Haifa garu kening sebelum ditoleh ke sisi. Lengan Gibran dipaut lalu kepala dilentukkan pada bahu lelaki itu. Perlahan jemari besar Gibran disulam bersama jemarinya. Gibran yang tadi berwajah ketat, beransur sedikit reda walaupun tegangnya masih ada. Raffa jeling pandang melalui cermin pandang belakang.

"Hm.. barulah rasa sejuk sikit dalam kereta ni, kalau tidak. Panas! aircond dah pasang maximum tapi panasnya lain maciam.." usik Raffa. Menjeling Gibran. Haifa ketawa suka.

"Hubby.. honey tak ada apa-apa la dengan angah tu. Tak ada yang setanding hubby di mata honey" bisik Haifa. Tersungging sedikit senyuman pada hujung bibir Gibran. Haifa tarik nafas lega.

Dari luar, sepasang mata memandang pergi kereta dipandu Raffa.

"Dah la ngah, jangan dipandang lama-lama. Isteri orang tu.." kata Faizal yang datang dari belakang Faizan.

"Move on, bukan tak ada yang berkenan. Kau ni, handsome, kaya, baik hati. Cuma kau yang menolak" kata Faizal sambil menoleh pandang pada Faizan yang masih lagi memandang ke arah pintu pagar.

"Kau nak aku tolong carikan jodoh ke? umur macam kau ni patutnya dah lama kahwin ngah, tahun ni masuk 37 tahun kan?" bebel Faizal.

"Cakap pada diri sendiri sebelum cakap pada aku. Kau tu pun bukan muda sangat pun. Tahun ni dah masuk 33 tahun pun" balas Faizan yang sedari tadi hanya diam. Faizal toleh pandang pada Faizan yang masih lagi memandangnya. Sudahnya tercetus ketawa dari kedua mereka.

"Dah la, jom masuk. Kau tidur sini ke malam ni?" soal Faizan sambil mengatur langkah ke arah pintu masuk.

"Boleh ke? aku tak bawa baju ni" balas Faizal.

"Mengada kau kan, bukan tak biasa baju aku kan banyak. Pakai je la. Baju kau yang tinggal sebelum ni pun ada dua tiga pasang." balas Faizan sambil menutup pintu rumah dan menguncinya. Faizal hanya tersengih mendengar kata-kata Faizan. Ikutkan hatinya pun memang dia malas nak memandu pulang ke rumahnya lagipun mak dan ayah ada di rumah angah. Ada juga kawan berbual dari pulang ke rumahnya, siapa pun tiada. Nak kahwin girlfriend pun tiada. Nasib.. nasib..

+++

"Honey. Sekejap lagi hubby nak ke panthouse. I want to take something. Temankan boleh?" soal Gibran pada Haifa yang sedang memeriksa buku catitannya di sofa di dalam bilik kerja Gibran. Haifa dongak memandang Gibran yang sedang menulis sesuatu pada fail di hadapannya.

"Boleh juga, macam dah lama pula tak balik ke sana" kata Haifa. Gibran kalih pandang pada Haifa sambil tersenyum.

"Kita bawa Amin sekali nak" kata Haifa.

"Honey tanyalah Amin. Kalau dia nak ikut, boleh saja" balas Gibran.

"Thanks hubby. Kita nak pergi pukul berapa?" soal Haifa yang sudah berdiri dan melangkah ke arah pintu bilik.

"After lunch, arround 3 pm" balas Gibran.

"Okay hubby" balas Haifa tersenyum lalu dia melangkah keluar dari bilik kerja Gibran. Tidak lama daun pintu bilik ditarik dan terjengul wajah Haifa.

"Hubby.. Amin tak nak ikut. Dia nak ikut Umii dengan Kak Ina pergi shopping barang dapur petang ni" balas Haifa di muka pintu.

"It's okay, next time pun boleh pergi lagi" balas Gibran.

+++

"Kita berdua je?" soal Haifa sebaik melolos masuk ke dalam kereta. Gibran yang sedang memakai seatbelt menoleh pandang pada Haifa.

"Yup, only us. Why, you don't like it?" soal Gibran. Haifa tersenyum sambil kepala digeleng perlahan.

"No, of course I like. When ever and where ever you take me, I will follow you without hesitation" balas Haifa yakin.

"Sweet talker" kata Gibran lalu hujung hidung Haifa dicuit.

Password pada pintu ditekan dan 'beep' berbunyi. Gibran tarik daun pintu lalu Haifa melangkah masuk.

"Ah.. rasa macam lama sangat tak balik sini. Kan hubby" kata Haifa sebaik pintu sliding berhadapan kolam renang ditarik. Angin menderu masuk.

"Eh, tapikan nampak bersih rumah ni. Ada yang datang bersihkan ke?" soal Haifa lalu melangkah mendapatkan Gibran yang berada di ruang tamu. Dilabuhkan duduk di sisi Gibran. Lengan sasa Gibran dipeluk.

"Dua hari sekali ada yang datang bersihkan" kata Gibran. Haifa dongak memandang Gibran sambil angguk.

"Hm.. hubby balik sini ada nak buat apa-apa ke? anything can I help you?" soal Haifa. Iyalah, katanya nak ambil sesuatu tapi dilihat Gibran hanya bermalasan di ruang tamu ini sahaja. Mungkin mahu hilangkan lelah bekerja.

"Nothing, hubby cuma nak ambil beberapa dokumen sahaja. You rest here or you want to swim? depend on you. Okay honey" kata Gibran lalu dilabuhkan cium pada pipi Haifa. Kemudian dia terus berdiri dan melangkah ke arah bilik kerjanya. Haifa toleh pada air kolam yang biru jernih itu.

"Nampak macam best je.." kata Haifa sendiri lalu terus dia melangkah ke arah bilik untuk menukar pakaian. Hampir setengah jam dia berenang. Lapar pula rasanya sejuk-sejuk begini. Tuala pada kerusi dicapai lalu dibalut tubuh yang basah sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Senyap sahaja, pasti Gibran masih sibuk dengan kerjanya. Setelah siap membersihkan diri dan berpakaian Haifa ke dapur. Peti sejuk dibuka. Hm.. buat sandwic pun sedap. Macam tau-tau sahaja ada roti.

"Honey" Gibran menegur bersama pelukan dari belakang di tubuh Haifa. Haifa toleh ke sisi.

"Honey nak buat sandwic. Rasa lapar pula" kata Haifa.

"Hubby duduk sekejap. Honey siapkan. Okay" kata Haifa lalu menarik Gibran ke kerusi dan mendudukkan Gibran di situ sementara dia menyiapkan sandwic dan air panas. Tidak lama, lebih kurang dua puluh minit. Siap dua set sandwic dan koko panas.

"Hm.. honey. I have dinner with client and he brought with his wife, can you accompany me?" soal Gibran sambil menggigit sandwic di tangan.

"Dinner? boleh tapi honey tak bawa baju.." kata Haifa.

"It's okay. I asked Raff to bring it" kata Gibran. Haifa kerut kening.

"You ask Raffa? but what if i don't want to?" soal Haifa sengaja. Gibran senyum senget.

"I know you will not refuse. Am i right?" soal Gibran. Haifa ketawa. Mana mungkin dia akan menolak.

"Okay.. so, when Raffa will send it?" soal Haifa. Macam tau-tau saja, loceng pintu berbunyi.

"I think his here" kata Gibran lalu menghabiskan sandwic di tangan lalu mengesat tangan pada tisu dan dia terus ke hadapan. Tidak lama, Gibran datang semula bersama seorang wanita yang di tangannya ada baju, kasut dan juga peralatan make up. Laju Haifa bangun berdiri mendapatkan Gibran.

"Ini Melly, dia akan siapkan honey" kata Gibran.

"Oh, okay.." balas Haifa. Aish, dinner dengan client pun sampai kena make up macam ni. Biar betul dia ni.

"Lapan malam kita gerak" kata Gibran.

"Er.. Melly. Okay ke ni? tak macam over sangat ke?" soal Haifa yang sudah siap disolek dan berdiri di hadapan cermin besar. Ditelek tubuhnya dengan dress yang tersarung. Aduh.. dah lama dia tidak berpakaian begini, segan pula rasa. Melly ditoleh minta jawapan.

"Tak.. Puan Haifa cantik sangat" kata Melly. Segan pula Haifa. Sudahlah client Gibran tu pun dia tidak kenal siapa.

'Tok tok tok'

"Siap?" soal Gibran yang sudah berdiri di muka pintu bilik yang terbuka. Haifa menoleh pada Gibran. Terkaku Gibran memandang figura di hadapannya.

"Beautiful.. so beautiful" kata Gibran dengan mata tidak berkelip. Haifa sudah memerah wajahnya.

"Thanks" balas Haifa sambil melangkah ke arah Gibran. Gibran hulur tangan pada Haifa dan laju huluran disambut.

"You too. Always handsome" kata Haifa pula. Sedondon mereka berdua warna biru laut menjadi pilihan. Gibran yang berkemeja dan seluar slack dark grey tersenyum.

"Shall we" kata Gibran. Haifa angguk.

"Kita nak ke mana?" soal Haifa sebaik Gibran memulakan pemanduannya. Gibran senyum senget tanpa membalas. Setelah agak lama Gibran memandu Haifa rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Hubby, kita tak jadi dinner ke?" soal Haifa pada Gibran apabila dia melihat jalan yang dituju adalah jalan pulang ke rumah agamnya. Gibran di sisi ditoleh. Gibran senyum tanpa suara. Tidak lama Haifa lihat perkarangan rumah bercahaya dan ada ramai yang hadir seperti ada majlis keramaian. Penuh kereta di kiri kanan kawasan rumah. Sebaik kereta berhenti, Gibran terus meloloskan diri dan membukakan pintu kereta buat Haifa. Haifa melangkah keluar dan terkaku dia apabila melihat banner bertulis 'Selamat Hari Lahir Haifa'.

"Happy birthday honey" bisik Gibran di telinga bersama ciuman lembut di pipi. Hampir menitis air matanya.

"Ibu" jerit Amin yang sudah berlari mendapatkan Haifa.

"Hubby.. thank you" ucap Haifa pada Gibran. Ramai yang hadir, mummy dan daddy Gibran juga turut ada. Tan Sri Eusof dan Puan Sri Sara sudah semakin sembuh cuma Tan Sri Eusof memerlukan tongkat untuk membantunya berjalan. Encik Hashim, Puan Fatimah, Faizal dan Faizan juga turut hadir. Meriah dengan kehadiran rakan dan keluarga rapat termasuk juga Syam dan Sand juga Intan dan Caden sekeluarga bersama Aniq dan Yus. Meriah dengan gelak ketawa kanak-kanak.

"Cantik kau" kata Intan pada Haifa yang sedang memerhatikan Amin bermain bersama anak-anak Intan dan Aniq. Haifa toleh pada Intan dan Sand yang sedang melangkah ke arahnya. Haifa tersenyum malu.

"Kau mesti dah taukan pasal ni" kata Haifa sebaik Intan melabuhkan duduk di sisinya. Intan ketawa Sand juga begitu.

"Kau pun sama kan Sand. Tak bagitau aku pun" kata Haifa.

"Gila kau nak bagitau. Abang siap pesan awal-awal lagi jangan sampai kau tahu" kata Sand.

"Aku tak sangka aku boleh rasa gembira dan bahagia macam sekarang ni" luah Haifa, tegak matanya memandang ke hadapan atau lebih tepat lagi memandang Gibran yang sedang berbual bersama Caden, Aniq dan Syam. Intan dan Sand yang berada di kiri kanan menoleh pada Haifa.

"You also deserve to be happy, Haifa" kata Intan sambil tangan Haifa ditepuk perlahan.

(16/01/2021 @ 2255hrs)

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-01-17 02:32:47 

morning dear. tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience