Bab 62

Romance Completed 684982

"Gib, aku ada hal nak cakap sikit" kata Raffa pada Gibran. Dari air wajah yang serius, Gibran pasti ada sesuatu yang penting hingga Raffa datang mencarinya.

"Honey tunggu sekejap, I have some matters with Raffa" kata Gibran lalu dilabuhkan cium pada pelipis Haifa. Hanya angguk bersama senyuman. Gibran kemudian turun dari birai katil lalu berjalan bersama Raffa keluar dari wad.

"Talk" kata Gibran sebaik kedua mereka berdiri di hadapan pintu wad.

"Pejabat dan rumah persinggahan Morgan kena geledah. Beberapa orang dia cedera ditembak. Kau tau apa-apa mengenai perkara ni?" soal Raffa serius. Wajah Gibran dipandang tepat. Gibran sengih senget bersama pandangan tajam.

"Itu baru sikit!" balas Gibran. Raffa lepas nafas.

"Kau tengok ni" Raffa tunjuk gambar di telefonnya. Berubah wajah Gibran.

"Mana kau dapat gambar ni?" soal Gibran bimbang.

"Dari satu nombor pakai buang. Dia send ke telefon aku. Aku tak pasti mana diaorang dapat nombor telefon aku" kata Raffa lalu disambut huluran telefon dari Gibran.

"Apa kau nak buat sekarang?" soal Raffa.

"Kalau diaorang dah dapat kesan Umii Haifa dan Amin, tak mustahil mereka boleh lakukan sesuatu selepas ini" Raffa luah rasa bimbang. Haifa baru sedarkan diri, takkan nak disampaikan perkara ini pula. Gibran raup wajah dengan kasar.

"Give me some time." kata Gibran. Telefon dalam poket dikeluarkan dan nombor seseorang didail. Gibran melangkah ke arah hujung lorong untuk berbual dengan Caden tidak lama Gibran kembali pada Raffa.

"Kau call siapa?" soal Raffa rasa tidak sedap hati. Wajah Gibran dipandang tepat.

"Don't worry, I handle it" balas Gibran. Sejak dari semalam Gibran seakan sembunyikan sesuatu darinya.

"Ada apa-apa lagi? kalau tak ada, aku nak masuk" soal Gibran pada Raffa. Raffa diam tidak membalas. Lalu Gibran mahu mengatur langkah tetapi belum sempat jauh, lengannya disauk Raffa. Gibran pandang Raffa. Nafas panjang dihela.

"Okay.. okay.." Gibran mengalah.

"Kita masuk dalam. Aku rasa Haifa perlu tahu apa yang berlaku sekarang. I want she know everything" balas Gibran sambil tangannya menolak daun pintu. Tanpa lengah Raffa terus mengekori langkah Gibran ke dalam wad.

"Hubby" sapa Haifa. Gibran senyum sambil melangkah menghampiri katil. Dilabuhkan duduk di birai katil.

"Honey.. There are some things I want to tell you" kata Gibran.

"Apa?" soal Haifa. Pandangan dipusatkan pada Gibran. Gibran berbalas pandang dengan Raffa yang berdiri di tepi katil.

"Raff, show that photo" arah Gibran. Haifa kerut kening.

"Gambar apa?" soal Haifa sambil tangan menyambut huluran telefon bimbit dari Raffa. Skrin telefon dilihat.

"Eh, Umii dengan Amin. Kenapa dengan diaorang?" soal Haifa tidak senang hati.

"Orang Morgan dapat kesan Umii dan Amin" jawab Gibran. Telefon di tangan diserah kembali pada Raffa.

"Morgan? your uncle?" soal Haifa. Wajah Gibran dipandang serius.

"Yup, my uncle" Gibran angguk.

"I know what he want but I never give it to him" tegas suara Gibran berbunyi. Pada mulanya terpapar riak keliru tapi akhirnya Haifa angguk.

"I understand" balas Haifa.

"Tapi hubby dah minta orang Lucc untuk settlekan pemerhati Umii dan Amin. So you just don't worry" terang Gibran.

"Lucc?" sampuk Raffa.

"Orang yang Morgan minta kau bunuh tu?" soal Raffa tidak percaya. Tangan naik memicit kepala.

"He owe me" balas Gibran selamba.

"That's mean, pejabat dan rumah persinggahan Morgan pun kerja kau dengan Lucc?!" soal Raffa. Tergeleng kepalanya.

"Kau tahukan siapa Lucc?" keras suara Raffa berbunyi.

"Dia tu mafia! bukan sembarangan orang Gib. Jangan sampai kau pula yang berhutang dengan dia" tegur Raffa.

"Don't worry, they owe me more" balas Gibran. Terdiam Raffa.

"Aku harap kau tidak salah dalam membuat sebarang tindakan melibatkan mereka. Aku bimbang bila dah terjebak, kau dah tak boleh nak undur, Gib" Raffa meluahkan apa rasa hatinya. Gibran hanya senyum senget.

"Habis tu Umii dengan Amin macam mana?" soal Haifa mencelah.

"Honey jangan bimbang. Umii dan Amin tak apa-apa. Yang penting sekarang honey kena sembuh cepat. Because I don't know what's next" wajah Haifa diusap lembut.

"Ehem.. kalau tak ada apa-apa, aku balik dulu. Aku dah mintak Raden dan Max tunggu di luar wad. Apa-apa, kau boleh panggil diaorang" terang Raffa.

"Haifa, I'm glad you came back to us" kata Raffa bersama senyuman di bibir.

"Dah, tak payah nak senyum sangat. Pergi balik. Apa-apa aku call" tegur Gibran dengan jelingan pada Raffa. Terkekeh ketawa Raffa, Haifa hanya geleng kepala dengan ulah suaminya.

"Tengok tu Haifa, sombong. Kalau tidak tu, saya la yang dia cari" usik Raffa. Ketawa suka Haifa. Memerah wajah Gibran.

"Ye lah.. aku balik, tak payah nak halau. Okaylah, saya balik dulu ya Haifa" kata Raffa sambil melangkah ke arah pintu wad.

"Thanks Raff, hati-hati" pesan Haifa. Raffa angkat tangan kanan pada Haifa dan dia terus hilang di sebalik daun pintu bilik.

"Honey nak makan?" soal Gibran pada Haifa.

"Tadi kan baru lepas makan. Kenyang lagi" balas Haifa.

"Erm.. honey. Semalam Umii ada call. Umii tanyakan honey" Gibran mulakan kata. Haifa pandang Gibran.

"Iyalah.. honey dah lama tak call Umii. Mesti Umii risau" kata Haifa.

"Boleh ambilkan phone honey tak?" pinta Haifa. Gibran angguk lalu mengambil telefon bimbit Haifa di dalam laci meja sisi katil.

"Semalam hubby bagitau honey tertinggal phone dan honey dah start kerja" kata Gibran sambil menghulur telefon bimbit pada Haifa.

"Hubby tak beritahu Umii apa yang berlaku pada honeykan?" soal Haifa. Dia tidak mahu Umii bimbang. Sejak dahulu lagi, dia tidak pernah beritahu jika dirinya tercedera semasa bertugas. Dia hanya akan beritahu apabila kesihatannya telah kembali sihat.

"No. I don't want her to worry about you" balas Gibran perlahan. Wajah Haifa ditentang.

"It's okay. Me too. Honey tak nak Umii risau" balas Haifa sambil tersenyum. Haifa kemudian mendail nombor telefon Puan Fazidah. Lama Haifa berbual dengan Umiinya hampir setengah jam. Gibran tinggalkan Haifa dan dia ke sofa merehatkan tubuh.

+++

"Hubby" seru Sand pada Syam. Syam yang sedang mencuci pinggan di sinki membuang pandang pada Sand di sisinya.

"Apa sayang?" soal Syam sambil tangan meneruskan kerjanya. Selesai mencuci kain lap di table top dicapai.

"Pagi esok boleh temankan sayang ke IPK tak? Tuan Aniq nak ambil statement pasal kes Maria" kata Sand. Syam menyangkut semula kain lap lalu pinggang Sand dipaut.

"Boleh.. sayang nak pergi pukul berapa?" soal Syam.

"Jam sembilan macam tu" kata Sand bersama kedua tangannya sudah naik bergayut ke leher Syam.

"Okay" balas Syam lalu pipi Sand disapa sekilas.

"Er.. hubby. Masa kejadian tempoh hari, hubby perasan tak ada seorang lelaki ni mata dia berparut di mata?" soal Sand. Lilitan pada leher Syam dilepaskan dan tangan Syam di pinggangnya dipegang dan ditarik ke ruang tamu.

"Parut di mata?" soal Syam. Sepanjang berada di sana waktu itu, tidak pula dia nampak sesiapa berparut di mata.

"Siapa lelaki tu?" soal Syam kembali sebaik melabuhkan duduk di sofa ruang tamu.

"Eh hubby ni, kita tanya dia, dia tanya kita balik. Mana la sayang tau. Kalau tau siapa dia, tak la sayang tanya hubby. Ish!" marah Sand lalu bangun dari sofa. Merajuk.

"Lah.. jangan la marah. Sini" pujuk Syam lalu menarik tangan Sand hingga terduduk di ribaannya.

"Tak la, hubby tu.." muncung-muncung bibirnya.

"Okay.. okay.. sorry" pujuk Syam lalu pinggang ramping Sand dipeluknya.

"Lelaki tu kalau ikutkan dia orang Maria sebab masa sayang dan Haifa diculik tu, dia ada bersama tapi sayang tak dapat nak tengok wajah penuh, dia pakai topeng. Cuma nampak mata dan mata dia berparut. Dia juga yang bantu sayang untuk lepaskan diri" terang Sand.

"Bantu sayang?" soal Syam. Berkerut dahinya.

"Ya, dia yang beri pisau kecil untuk potong tali. Masa dia serah pada sayang, dia ada cakap 'I know you can, you're tough woman, Sand'." Sand ulang semula ayat yang dituturkan padanya.

"Lelaki tu kenal sayang?" soal Syam sambil tubuh Sand ditarik mengadapnya.

"Mungkin. Kalau tidak kenapa dia bantu sayang dan Haifa?" balas Sand yang juga keliru. Sudahnya kedua-dua mereka diam tidak berbunyi.

+++

'Tok tok tok'

Pintu pejabat Aniq diketuk. Aniq yang sedang menulis sesuatu di atas kertas mendongak.

"Eh Syam, Sand. Masuklah" kata Aniq lalu salam dihulur pada Syam.

"Duduklah" pelawa Aniq sambil dia juga turut melabuhkan duduk.

"Terima kasih Tuan" ucap Sand lalu dilabuhkan duduk di kerusi di sisi Syam.

"Kau nak ambil statement pasal kes Maria kata Sand" Syam mulakan kata.

"Ya dan selepas ni statement Haifa pula. Dato' KJSJ nak kita selesaikan kes ni secepat mungkin sebelum Maria diserah ke negara lain" terang Aniq.

"Negara lain?" sampuk Sand.

"Ada lima buah negara lain antaranya US dan Italy. Sebelum ini Maria menggunakan nama lain hinggalah dia ditangkap di Malaysia dan hasil kerja keras CID team, kita berjaya pecahkan siapa dia sebenarnya hingga terbongkar bahawa lima negara ini mengkehendakinya atas jenayah antarabangsa yang dilakukannya" terang Aniq panjang lebar. Syam dan Sand saling berpandangan kerana terkejut.

Hampir tiga jam statement Sand diambil. Akhirnya selesai juga.

"Kita makan dulu nak?" soal Sand pada Syam sewaktu melangkah keluar dari lift.

"Boleh juga, lagipun dah tengah hari" balas Syam sambil tangan meraba poket mencari kunci kereta. Tiba-tiba langkah kaki Syam terhenti.

"Kenapa?" soal Sand. Ditoleh pandang Syam di sisi.

"Sayang tunggu sekejap. Hubby tertinggal kunci atas meja Aniq" kata Syam lalu dia berlari semula ke lift. Sand hanya angguk bersama langkah diteruskan ke tempat parking IPK. Waktu dia sampai di parking ada seorang lelaki di atas motorsikal berkuasa tinggi di sebelah kereta Syam memandang ke arahnya sebelum menyarung helmet fullface dan terus berlalu pergi.

"Lelaki berparut?!" suara Sand berbunyi. Tertegak dia ke arah pintu pagar IPK melihat motorsikal lelaki berparut berlalu pergi.

"Apa dia buat di sini?" Sand bersoal jawab sendiri.

(13/11/2020 @ 1116hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience