Bab 4

Romance Completed 696735

"Umii.. Umi.." panggil Haifa.

"Ya, Umii kat belakang ni" sahut Puan Fazidah. Petang-petang macam ni, ke kebun di belakanglah kerjanya. Dapat juga hasil untuk makan anak-beranak.

"Umi.. dah masuk dua hari, hari ni. Orang tu tak bangun-bangun ke?" soal Haifa yang masih memakai pakaian kawad cuma kasut sahaja ditukar pada kasut sukan, takkan nak pakai kasut kawad balik rumah pula.

"Ish, apanya. Pagi tadi dah bangun, Umii bagi dia makan. Lepas tu bangun mandi. Agaknya tidur balik la tu. Dia masih belum sihat sepenuhnya tu. Apa la yang jadi pada dia agaknya" kata Puan Fazidah sambil mencabut rumput pada batas pokok bendi dan cili yang sudah mengeluarkan putik.

"Dah bangun? dia boleh cakap tak?" soal Haifa. Puan Fazidah geleng.

"Dia tak cakap apa pun tapi apa yang Umii cakap dia macam faham" balas Puan Fazidah lagi.

"Umii cakap apa pada dia?" soal Haifa.

"Umii cakap sambil tunjuk gaya. Umii tanya nak makan tak? sambil tunjuk gaya suap nasi ke mulut. Lepas tu dia angguk perlahan. Umii masakkan bubur je la" balas Puan Fazidah lalu bangun mengambil penyiram pokok. Dijirus pokok-pokok yang telah digemburkan tanah.

"Kalau dia dah sedar, adik nak bawa dia ke Balai Polis buat laporan" kata Haifa lalu melangkah meninggalkan Puan Fazidah di belakang rumah.

Haifa perlahan berjalan menghampiri biliknya, dilihat lelaki itu masih tidur, tegak sahaja badannya mengadap ke siling manakala kedua-dua tangan di atas perut. Haifa perlahan melangkah menghampiri katil. Wajah lelaki yang sedang terbaring itu diperhatikan tapi tidak dapat dilihat dengan jelas kerana rambut panjangnya menutup wajah, dah la dahi berbalut. Perlahan tangan Haifa naik mahu menolak rambut supaya wajah dapat dilihat dengan jelas.

'Pap'

Tangan Haifa ditangkap, bulat mata lelaki tadi memandang mata Haifa. Terkaku seketika Haifa dengan panahan mata yang tajam. Bagaikan baru tersedar, Haifa tarik semula tangannya tapi tidak berjaya sebaliknya dengan sekali gerakan keadaan berubah, Haifa sudah terbaring di atas katil manakala lelaki tadi pula sudah berada di atas tubuh Haifa. Haifa dah cuak tapi untuk seketika. Senyum sinis Haifa beri.

Tidak guna dia memegang tali pinggang hitam kalau keadaan begini tidak boleh dia tangani. Tangan Haifa naik menekan dada yang luka dan sekali pusing bersama saukkan Haifa kembali berada di atas dan kali ni memang betul-betul di atas. Tiba-tiba wajah lelaki tadi yang garang telah bertukar merah pipinya, tangannya yang memegang pinggang Haifa terus melurut ke tepi. Haifa kerut kening. Dapat dilihat mata lelaki itu memandang ke arah pinggangnya. Haifa turut memandang dan terus terloncat bangun bila sedar yang kedudukannya sangat tidak sopan kerana dia duduk betul-betul pada pinggul lelaki tadi.

"Who are you?" soal lelaki tadi dengan suara serak. Haifa tayang muka pelik. Aku yang masuk rumah dia ke, dia yang ceroboh masuk rumah aku ni.

"Who are you?" soal Haifa tanpa menjawab soalan lelaki tadi. Tegak dipandang wajah lelaki itu. Bagaikan baru tersedar, lelaki tadi perlahan bangun sambil memegang kepalanya yang berdenyut. Mungkin disebabkan tindakan mengejut tadi.

"Gibran" balasnya sepatah. Masih dalam keadaan tertunduk dia memegang dadanya yang senak. Apabila ditoleh, warna merah makin banyak meresap pada baju. Haifa turut memandang pada baju tersebut. Alamak, berdarah balik ke luka dia.

Gibran menyelak baju dan dapati balutan di dada sudah makin merah dengan darah. Haifa di pandang sekilas sebelum tubuhnya melurut jatuh ke lantai. Tak sempat Haifa nak sambut. Terjelepuk Gibran jatuh. Aduh.. Haifa tepuk dahi. Buru-buru Haifa berlari mendapatkan Puan Fazidah.

"Umi.. Umi.." panggil Haifa kalut.

"Apa lagi adik" jawab Puan Fazidah sambil menoleh pandang pada Haifa.

"Ya Allah budak ni, tak mandi lagi. Punya lama kat atas tu buat apa?" marah Puan Fazidah.

"Umi.. kejap lagi Umii sambung bebel ya, sekarang ni tolong adik" Haifa dah tarik lengan Puan Fazidah.

"Eh.. eh.. nak tarik Umii ke mana? baju Umii kotor dengan tanah ni" kata Puan Fazidah. Haifa dah geleng laju-laju bersama wajahnya bimbang.

"Cepat lah, Gibran jatuh katil" kata Haifa. Puan Fazidah berhenti melangkah.

"Gibran? Gibran mana pula adik ni?" soal Puan Fazidah.

"Ish.. lelaki yang Umii ketuk kepala tu la, nama dia Gibran. Ala.. cepat la Umi.. mati dia nanti. Luka kat dada tu berdarah balik.." kata Haifa bimbang.

"Berdarah? adik buat apa dengan dia?" soal Puan Fazidah sambil memandang wajah Haifa dengan riak tidak percaya.

"Buat apa?" soal Haifa kembali.

"Ish! apa Umii ni? adik tak gila lagi la. Dah.. cepat naik atas.." Haifa tolak belakang Puan Fazidah supaya berjalan. Puan Fazidah geleng kepala. Sebaik sampai di bilik. Terkejut Puan Fadizah melihat keadaan Gibran. Laju dia cuba untuk mengangkat Gibran ke atas katil.

"Adik, sini la. Dok tercegat apa lagi. Mati orang ni nanti baru tau" marah Puan Fazidah.

"Umii.. mulut! kalau mati, Umii dengan adik sekali kena tangkap tau" marah Haifa. Tau pun kau takut, tadi yang kau tekan tempat luka dia tu tak fikir pulak.

Berpeluh juga Haifa dan Puan Fazidah mengangkat tubuh sasa dan tinggi Gibran ke atas katil.

"Tunggu sini, Umii nak ambil ubat dengan baju" kata Puan Fazidah. Haifa angguk. Perlahan jari telunjuk di letakkan di bawah hidung. Masih bernafas, belum mati. Huh, nasib baik. Haifa lihat pada luka di dadanya, agaknya kulit muda tergesel dengan kain balut, itu yang berdarah semula agaknya. Tidak lama Puan Fazidah datang bersama kain pembalut, baju kemeja serta tuala, semangkuk air suam serta bekas ubatan.

"Adik, cepat. Tolong bukakan baju apa nama tadi. Geran? Giran?" soal Puan Fazidah.

"Gibran la Umii" balas Haifa sambil membantu Puan Fazidah menanggalkan baju yang sudah meresap darah. Huh! badan dia.. cantik! Tanpa sedar Haifa mengusap otot perut yang cantik terbentuk itu. Puan Fazidah terkebil-kebil memandang Haifa.

"Adik! adik buat apa?" soal Puan Fazidah. Haifa termalu apabila perbuatannya disedari Puan Fazidah. Hish! apa kau ni Haifa! Suka hati je pegang, haram! kau ni..

Setelah baju ditanggalkan, kain pembalut pula dibuka. Memang sah, kulit muda yang baru nak sembuh bergesel dengan pembalut menyebabkan berdarah semula. Puan Fazidah berhati-hati mencuci luka dengan air suam, yellow lotion disapu menggunakan kapas dan kemudian minyak gamat pula disapu pada luka. Biasanya kalau luka, tiada ubat lain yang digunakan. Minyak gamat sahaja. Memang mujarab.

"Siap" kata Puan Fazidah.

"Baju ni?" soal Haifa.

"Tutupkan bahagian atas badan je" kata Puan Fazidah lalu melangkah keluar bersama bekas ubatan dan kain kotor. Haifa masih lagi berdiri di sisi katil. Cepatlah sedar, tak tenang rasanya selagi Gibran masih ada dalam rumah ni.

Sebaik Haifa melangkah keluar, Gibran buka mata bersama senyuman di bibir. Tidak lama mata dipejam kembali, kepala yang berdenyut memaksanya untuk tidur.

+++

"Ibu, nenek. Amin dah siap makan, nak naik atas buat homework" pinta Amin.

"Okay sayang, jangan lupa maghrib" pesan Haifa yang masih lagi dengan nasi di pinggan, begitu juga dengan Puan Fazidah. Sedang asyik makan, rasa seperti ada mata yang memandang. Sama-sama mereka menoleh. Gibran! Disebabkan rasa bersalah, terpaksalah Haifa memaniskan kata.

"Are you okay?" soal Haifa sambil matanya memandang tubuh Gibran yang sasa tanpa baju Agaknya baju tadi tidak dipakai, hanya tutup dada sahaja. Aip! mata tu.. mata, tengok mana Haifa.. jangan nak gatal sangat! Gibran yang masih berada di anak tangga, angguk lalu terus ke bilik air tapi kaki berhenti bila tiba di hadapan pintu bilik air. Wajah ditoleh pada Haifa.

"Towel" katanya. Haifa terkebil-kebil memandang Gibran yang masih lagi tegak memandangnya.

"Towel" Gibran ulang lagi.

"Oh, tuala?" bagaikan baru tersedar, laju Haifa ke sinki mencuci tangan dan berlari ke bilik mengambil tuala dan serah pada Gibran. Tanpa kata, tuala diambil lalu Gibran melangkah masuk ke bilik air.

"Aik, macam tu je?" soal Haifa sambil memandang Puan Fazidah.

"Dah.. dah.. duduk sini makan, jangan macam orang kemaruk sangat. Itu la, Umii suruh cari Pakcik Selamat tak nak, dia je tahu di mana suami adik. Ingat, adik tu isteri orang. Jangan nak buat pasal" marah Puan Fazidah.

"Apa Umii ni.. tak baik tau cakap adik macam tu" kata Haifa. Tidak lama Gibran keluar dari bilik air siap berseluar dan tuala disangkut pada bahu menutup sebahagian dadanya.

Ish, tutup pulak.. tak boleh nak cuci mata. Haifa menjeling Gibran yang perlahan melangkah menuju ke tangga.

"Adik, dah siap makan belum?" soal Puan Fazidah.

"Dah.." malas sahaja jawapannya.

"Sendukkan nasi, lepas tu panggilkan Gibran turun" kata Puan Fazidah.

"Ha! jangan lupa maghrib. Umii nak naik atas" kata Puan Fazidah lalu berlalu ke bilik air dan terus naik ke atas. Haifa pula bangun dari kerusi lalu melangkah ke arah sinki untuk mencuci pinggan. Selesai mencuci, kaki melangkah ke atas untuk memanggil Gibran. Pintu bilik diketuk walaupun daun pintu terbuka. Waktu itu Gibran sedang membutangkan bajunya. Macam mana dia mandi tadi, kain balut tak basah ke? soal Haifa dalam hati.

"I change it" kata Gibran sambil menunding ke tong sampah di dalam bilik.

"Hah?" Haifa tidak faham tapi dipandang juga apa yang ditunjukkan Gibran.

"Bandage, I change it" kata Gibran lalu melangkah ke arah pintu atau lebih tepat lagi ke arah Haifa. Oh.. dah tukar.

"Okay. Come, dinner" kata Haifa lalu mendahului langkah turun ke dapur.

"You must eat a lot to regain energy" pesan Haifa. Gibran toleh pandang pada Haifa dan Haifa balas dengan senyuman. Terkaku Gibran dengan senyuman manis Haifa.

Pinggan nasi diletakkan di hadapan Gibran bersama air suam kemudian Haifa meninggalkan Gibran dan dia terus bilik air dan kemudian naik ke atas, ke bilik Amin untuk solat. Tak boleh lengah-lengah, maghribnya singkat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience