Bab 60

Romance Completed 685141

Gibran bersandar pada sofa. Pelipis kepala dipicit perlahan bersama mata yang terpejam. Sayup-sayup terdengar bunyi muzik di telinga Gibran. Perlahan kelopak mata dibuka. Wajah diraup. Telefon bimbitnya yang berada di atas meja kopi sofa diambil. Bukan telefonnya yang berbunyi. Kemudian kepala menoleh ke laci meja kecil di tepi katil Haifa. Dengan malas Gibran bangun menuju ke meja sisi katil. Bunyi muzik tadi telah berhenti dan kemudian berbunyi lagi. Gibran menarik laci lalu telefon bimbit milik Haifa diambil dan skrin yang berkelip dipandang.

"Umii!?" Ah, sudah. Deringan mati lagi dan terpapar wallpaper wajahnya dan Haifa yang tersenyum manis sambil Haifa melabuhkan cium di pipinya. Rindinya waktu itu.. Tidak lama kemudian telefon bimbit Haifa yang berada di tangannya berbunyi lagi. Teragak-agak mahu dia menjawab panggilan dari Puan Fazidah. Nafas ditarik panjang dan icon hijau digesek.

"Hello, adik. Assalamualaikum." suara Puan Fazidah berbunyi di sebelah.

"Er.. waalaikumussalam Umii" jawab Gibran. Tegak dia berdiri di sisi katil Haifa. Tangan kirinya naik mengusap wajah Haifa.

"Eh, Gibran. Mana Haifa?" soal Puan Fazidah pelik. Dah kenapa pula telefon Haifa ada pada Gibran.

"Haifa keluar, dia tertinggal telefon" Gibran memberi alasan. Rapat matanya terpejam kerana bersalah.

"Lah.. Haifa keluar ke mana pulak?" soal Puan Fazidah lagi.

"Hm.. Haifa buat apa, sibuk sangat ke, sampai dah lama tak telefon Umii, tak video call Amin" bebel Puan Fazidah. Jika tidak, setiap hari pasti Haifa akan hubungi dia dan Amin. Ini sudah hampir seminggu dia tidak dihubungi. Tiada khabar berita dari anaknya itu.

"Haifa sibuk kerja Umii, dia ada tugasan baru. Tak sempat nak hubungi Umii dan Amin" Gibran berdalih.

"Kerja? bukan isnin depan baru Haifa masuk kerja ke?" soal Puan Fazidah. Rasanya hari tu Haifa cuti dua minggu, takkan dah masuk kerja. Gibran ketap bibir.

"Haifa dipanggil awal kerana ada tugas penting Umii" balas Gibran. Wajah Haifa yang berada di hadapannya dipandang sayu.

"Adik ni itu la dia, kalau dah kerja, Umii pun dia lupa" marah Puan Fazidah.

"Yang kamu pun, kalau dah Haifa tu sibuk. Telefon-telefon la Umii dengan Amin ni. Ini tak, nak tunggu Umii cari, baru nak muncul!" sembur Puan Fazidah lagi.

"Maaf Umii" laju Gibran tuturkan kata.

"Hm.. Ye lah, sampaikan salam Umii dan Amin pada Haifa. Pesan dengan Haifa, kerja tu kerja juga. Umii dengan Amin jangan lupa. Jaga kesihatan tu. Kamu juga Gibran. Duit banyak tak ke mana kalau dah sakit badan tu nanti" pesan Puan Fazidah panjang lebar.

"Baik Umii. Nanti saya sampaikan pesan" balas Gibran.

"Hm.. Umii letak dulu. Assalamualaikum" ucap Puan Fazidah akhiri perbualan.

"Waalaikumussalam Umii" balas Gibran. Telefon bimbit Haifa disimpan kembali di dalam laci.

"Maafkan Gibran Umii.." ucap Gibran perlahan. Tubuh kaku Haifa dipandang lalu dilabuhkan duduk di kerusi di sisi katil.

"Honey.. please wake up! please honey.. I beg you... I'm not strong enough" lirih suara Gibran merintih sambil jemari sejuk Haifa digenggam. Tertunduk dia di situ.

Tidak lama telefon bimbitnya pula berdering. Pantas kepala ditoleh ke meja kopi di sofa. Tubuh dengan malas dibawa bangun. Kenal sangat dia dengan bunyi deringan itu. Telefon bimbit dicapai dan icon hijau digesek.

"Hm.." suara Gibran berbunyi.

"Gib, daddy kau call aku tadi" kata Raffa tanpa salam.

"What he want?" soal Gibran sambil dilabuhkan duduk di sofa.

"Dia tanya pasal Haifa" laju Raffa membalas.

"Haifa?" soal Gibran. Terus tertegak duduknya.

"Yup. Dia tanya. Betul ke apa yang didengar pasal Haifa dan daddy kau marah kenapa tak beritahu pada dia" balas Raffa. Gibran serabut. Rambut diraup kasar. Panjang nafas dilepas.

"So, what are you saying to him?" soal Gibran.

"Aku minta dia tanya kau sendiri" balas Raffa.

"Erm.. lagi dua tiga hari daddy dengan mummy kau pulang ke Malaysia. Diaorang nak jumpa Haifa" tambah Raffa lagi. Lama Gibran diam.

"Okay Raff, thanks" ucap Gibran. Telefon di letakkan di atas meja kopi. Lepas satu, satu hal. Nampaknya dia tidak boleh sembunyi lagi perkara ini dari Puan Fazidah. Kalau dah mummynya tahu, tak mustahil Umii juga sama.

'Tok tok tok'

Gibran toleh ke arah pintu dan dalam waktu yang sama muncul wajah Naz bersama beberapa fail di tangannya.

"Sir" sapa Naz.

"Naz, come in" panggil Gibran.

"Sorry Sir, ini ada beberapa fail yang Sir minta dan juga fail yang perlu Sir semak sebelum kelulusan" kata Naz sambil meletakkan beberapa fail di atas meja kopi lalu melabuhkan duduk di sofa bertentangan dengan Gibran. Gibran angguk lalu diambil fail paling atas dan disemak.

"Any urgent file you want?" soal Gibran tetapi mata masih melekat pada fail yang diteliti.

"Ada satu" kata Naz. Satu fail berkulit biru diambil dari timbunan fail dan diserah pada Gibran.

"When you want this file?" soal Gibran sambil mata memandang sekilas pada Naz yang berada di hadapannya.

"Tomorrow morning" balas Naz.

"Hm.. okay. You can take it at eleven" balas Gibran.

"Naz" panggil Gibran. Fail di tangan diletakkan di atas meja.

"What about the mansion?" soal Gibran.

"Semua dah diuruskan Sir" balas Naz.

"Sir nak balik rumah agam ke?" soal Naz lagi.

"No, i just ask" balas Gibran sambil memandang Haifa yang masih kaku di atas katil.

"Er.. Sir. Boleh saya cakap sesuatu" soal Naz serba salah. Gibran kalih pandang pada Naz sambil angguk.

"Semalam Cik Milia datang pejabat Sir" kata Naz. Gibran kerut dahi.

"Came to my office? what she want?" soal Gibran. Rasa sempit corong telinga apabila mendengar nama Milia.

"Milia minta fail projek usaha sama syarikat Tuan Megat dengan syarikat kita" terang Naz.

"Dia nak buat apa fail tu? dah finalkan lagipun Uncle Megat yang uruskan sendiri projek tu" kata Gibran. Tubuh dibawa bersandar ke sofa. Apa yang kau nak buat ni Milia..

"Er.. saya tak pasti tapi saya tak serahkan dan Cik Milia mengamuk semalam sampai saya terpaksa call Tuan Megat" kata Naz serba salah. Gibran lepas nafas bersama gelengan kepala.

"Thanks Naz and after this don't give what ever file she want. If anything happen, call me" pesan Gibran.

"Okay Sir" balas Naz dengan anggukan kepala.

"Anything else Sir" soal Naz.

"No, you can go" balas Gibran.

"Okay. Saya balik dulu" balas Naz sambil bangun berdiri dan kemudian melangkah ke arah pintu wad. Gibran angguk perlahan. Mata tegak memandang ke luar tingkap. Telefon di atas meja kopi dicapai. Nombor seseorang didail.

"Hello, Lucc. You have a moment?" soal Gibran sebaik panggilan disambut.

+++

Gibran melangkah masuk ke bilik air bersama telefon di tangan, laju jemari berlari di atas skrin menaip sesuatu sambil kaki melangkah. Hampir jam dua pagi dia menyemak fail-fail yang dibawa Naz. Naik berpinar matanya. Setelah hampir dua puluh minit di dalam bilik air dan siap berpakaian Gibran melangkah keluar. Rasa segar tubuhnya setelah disiram air. Rambut yang masih basah disentuh dengan tangan. Kaki dihayun ke arah katil lalu dilabuhkan cium pada dahi kesayangannya itu. Wajah pucat diusap lembut. Tiba-tiba telefon di tangan berdering. Skrin dipandang, Lucc. Tanpa lengah icon hijau digesek.

"Hello Lucc" sapa Gibran. Sambil berbual di telefon, Gibran mengatur langkah ke arah tingkap wad. Sedang asyik berbual, terdengar bunyi pintu wad ditolak. Gibran kalih pandang ke belakang. Milia! masalah dah datang.

"Gib.." suara lunak Milia berbunyi. Lebar senyuman diberikan pada Gibran tetapi jelingan yang dibalas Gibran. Tidak mahu perbualannya diganggu, Gibran melangkah keluar dari wad. Milia yang masih tersenyum terus melangkah ke arah sofa lalu dilabuhkan duduk. Beg tangan diletakkan di atas meja. Mata tunak memandang Haifa di atas katil. Tiba-tiba Milia bangun berdiri. Matanya memandang ke arah pintu. Tiada ura-ura Gibran mahu masuk. Panjang langkah kaki diatur ke katil Haifa. Wajah Haifa dipandang menyampah sebaik dia merapati katil.

"Huh! liat pula nyawa kau kan perempuan. Bila nak mati ni?!" soal Milia siap dengan riak muka menyampah.

"Tapi okay juga kalau kau tak bangun terus. Biar aku je ambil alih tugas kau jadi isteri. Kesian Gibran tak dapat belaian seorang perempuan. Seksa tau!" suara Milia semakin mengada-ngada bunyinya. Jemari berkuku panjang yang berwarna meroon itu dimain-mainkan di wajah Haifa. Alat pernafasan ditolak-tolak dengan telunjuk runcingnya. Milia toleh pandang pada pintu, Gibran masih lagi tidak menampakkan diri. Senyum senget terbit di bibir Milia.

"Susah sangat nak matikan, biar aku yang cepatkan!" bisik Milia ke telingan Haifa.

(11/11/2020 @ 1435hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience