Bab 54

Romance Completed 685141

"Raf, mereka jumpa Haifa dan Sand" kata Gibran. Megazin yang kosong dikeluarkan dan diganti dengan megazin baru yang penuh pelurunya.

"Bawah" kata Raffar.

Kedua mereka dengan berhati-hati turun ke bawah. Laju anak tangga dilangkah. Belum sempat sampai ke bawah, peluru laju menerjah ke arah Gibran dan Raffa.

'Thud thud thud'

+++

"So pity.. do you think you'll can escape?" soal Maria sambil wajah mengejek. Tiba-tiba pintu belakang terbuka dan Hann masuk bersama seorang lelaki sambil mengacukan senjata kepadanya. Dapat dilihat lengannya basah dengan darah dan wajah yang bengkak dan berdarah.

"Sorry Naz" ucap Hann apabila Naz memandangnya. Naz tidak membalas sebaliknya hanya diam dengan wajah yang tegang.

Maria beri isyarat pada lelaki di belakangnya lalu dua orang lelaki tadi terus berjalan ke arah Haifa dan Sand lalu kedua-dua wanita itu ditarik. Lelaki berparut tadi hanya diam di belakang Maria tidak berganjak. Sand pandang lelaki itu tidak berkelip.

"Bring them in" kata Maria pada lelaki yang baru keluar dari bilik berhampiran.

+++

Raffa yang Gibran pantas melompat dari tangga ke tingkat bawah dan berselindung di sebalik meja pasu besar. Kedua mereka berbalas tembakan dan dua lelaki tadi berjaya ditembak mati. Gibran bangun dan perlahan diikuti Raffa. Lorong menuju ke bilik belakang menjadi sasaran. Sebaik Gibran dan Raffa sampai di bahagian belakang, dapat dilihat Maria bersama orangnya. Turut ada sama Haifa dan Sand juga Naz dan Hann. Kuat gigi diketap apabila Gibran lihat keadaan Haifa yang parah. Tanpa lengah, Gibran mahu menyerbu ke arah Maria tapi ditengah Raffa. Raffa geleng.

"Stupid woman! how dare you do like that!" perlahan suara Gibran berbunyi.

Headset ditekan.

"Naz, do something. Aku ada depan dengan Gib" kata Raffa. Naz yang mendengar arahan Raffa pantas tegak memandang ke depan, dapat dilihat Gibran di sebalik dinding bersama Raffa. Kepala diangguk perlahan. Hann di sisi dipandang, Hann kelip mata tanda faham. Sebaik Haifa dan Sand ditarik dua pengikut Maria. Naz terus tunduk mencapai Glock di kakinya lalu melepaskan tembakan pada lelaki yang memegang Sand dan Haifa tetapi malangnya lelaki yang memegang Haifa sempat mengelak dengan menarik Sand bagi melindungi dirinya dan Sand pula yang terkena tembakan di lengan. Manakala Haifa sudah terjelepuk ke dalam bilik. Lelaki tadi pantas bangun dan menarik Haifa bersamanya ke dalam bilik bersama seorang lagi lelaki. Hann pula mencapai pisau yang disisip di betisnya lalu membenamkan ke rusuk lelaki di sisinya beberapa kali. Terjelepuk jatuh lelaki tadi tanpa sempat membalas.

Maria yang melihat keadaan itu terus masuk ke dalam bilik yang bertentangan untuk selamatkan diri. Gibran dan Raffa pantas berlari ke depan. Raffa terus ke bilik yang menempatkan Haifa. Ditendang pintu hingga terbuka, berlaku tembak menembak dan waktu yang sama Syam dan Aniq baru sampai di pintu belakang. Buntang mata Syam melihat keadaan Sand.

"Sayang!" jerit Syam lalu terus mendapatkan Sand yang luka di lengan, wajah yang bengkak dan pakaian yang tidak terurus. Sand terus dicempung dibawa keluar melalui pintu belakang dan waktu itu ada beberapa anggota polis turut ada di luar. Beberapa orang Maria yang baru turun dari tingkat atas turut melepaskan tembakan ke arah mereka mujurlah pasukan polis turut menyerbu masuk dari pintu hadapan dan turut membantu menumpaskan penjenayah.

Aniq pula membantu Raffa. Bersimpang siur peluru berterbangan dan akhirnya dua lelaki bersama Haifa berjaya ditumpaskan. Gibran sudah hilang di dalam bilik bersama Maria dan tiga orang pengikutnya. Asalnya Maria mahu larikan diri tetapi apabila dapati rumah tersebut telah dikepong, terpaksa dia hadapi Gibran yang seperti singa lapar.

Dua pengikutnya sudah terperosok di tepi dinding dibelasah Gibran. Berbekas merah di buku lima tangannya mengerjakan pengikut Maria.

"Hey! what are you waiting for?" marah Maria pada lelaki berparut yang berada di sisinya. Lelaki itu hanya diam dari tadi dan tidak melakukan apa-apa tindakan, hanya menjadi pemerhati sahaja.

"I'm done here" balas lelaki tadi lalu terus berjalan keluar dari bilik meninggalkan Gibran dan Maria lalu keluar dari bilik itu. Maria pandang lelaki itu tidak berkelip. Di luar pula keadaan masih lagi belum reda.

Gibran senyum memandang Maria.

"Fine!" jerit Maria lalu tangannya menanggalkan kasut tumit pada kedua-dua kakinya lalu dibaling ke arah Gibran dan waktu yang sama Gibran diserang dengan tumbukan dan tendangan. Gibran turut membalas. Keduanya saling bergasak. Nampak sahaja begitu tetapi Maria handal dalam seni mempertahankan diri.

"That's why I like you Gib" kata Maria sambil mengambil nafas. Kuat dadanya berombak kerana tenaga yang dikeluarkan untuk bergasak dengan Gibran.

Tiba-tiba Maria mencapai pisau kecil dari celah kakinya dan menyerang Gibran semula. Tangannya pantas bermain senjata, hingga koyak pakaian Gibran kerana tusukan pisau kecil itu. Gibran tidak tahan sabar lagi lalu tendangan sisi diberi pada leher Maria hingga terperosok wanita itu di dinding. Gibran terus melompat ke arah wanita itu dan penumbuk dihayunkan ke wajah yang sudah lebam dan berdarah itu. Maria senyum mengejek.

"Is this all you can do?" soal Maria sambil ketawa hingga terbatuk-batuk. Tersembur keluar cecair merah dari bibirnya.

"Arrgghh!!" jerit Gibran bersama hanyunan penumbuk ke wajah Maria. Terpejam mata wanita itu menunggu impak.

"Gibran!" jerit Aniq di muka pintu. Gibran toleh pada Aniq dengan wajah bengis lalu dikalih semula pandangan pada Maria. Tumbukan dilepaskan tetapi dihentikan sedikit lagi lagi mahu mencecah wajah wanita itu. Baju Maria ditarik dan Maria diheret lalu dicampak wanita itu di kaki Aniq.

"You take this garbage!" kata Gibran lalu meludah wajah Maria. Maria ketawa suka. Aniq hanya mampu melihat Gibran melangkah keluar. Mayat pengikut Maria bergelimpangan di lorong dan di sekitar kawasan. Siren bising berbunyi di luar. Mata Gibran melilau mencari Haifa hingga ke luar.

"Honey!!" jerit Gibran apabila melihat tubuh itu ditolak dengan stretcher menuju ke Ambulan. Waktu itu Raffa ada bersama Haifa.

"Honey!!" luluh rasa hati Gibran apabila melihat keadaan Haifa, kaki kanannya berbalut, tangan kanan dipasang anduh dan wajah pula bengkak-bengkak dan bibir yang pecah.

Waktu itu dari hujung mata dia dapat melihat Intan sedang mengiringi Maria berjalan ke arah kereta polis. Senjatapi pada hoster Raffa yang berada di sisinya dicapai lalu laju dia berjalan ke arah Maria dan senjata diacukan ke dahi wanita itu. Terperanjat Intan dengan tindakan Gibran.

"Gib! kau buat apa ni?! turunkan senjata tu!" kuat suara Intan berbunyi. Aniq yang sedang berbincang dengan beberapa orang anggota lain terus menoleh ke arah mereka. Laju yang lain-lain mengacukan senjata pada Gibran.

"Gibran! sabar, saya tahu awak marah tapi ini bukan caranya" pujuk Aniq sambil perlahan berjalan ke arah Gibran. Intan pula sudah kaku di situ.

"Why stop?" Maria bersuara mengejek.

"Hey! shut your mouth" marah Intan tanpa sengaja laju lutut dinaikkan ke perut Maria. Tertunduk Maria dengan hentakan itu. Cecair di mulut diludah ke tanah. Dari tadi dia simpan rasa marah. Kalau ikutkan, dia tidak terlibat sama dalam operasi ini tetapi apabila mengetahui keadaan Haifa yang teruk begini, dia rela hati ikut bersama. Sungguh sebak melihat keadaan Haifa yang diperlakukan begitu.

"Gib! dengar cakap aku. Apa akan jadi pada Haifa kau kau bunuh dia?" pujuk Intan. Gibran masih tidak berganjak dengan senjata yang diacu pada Maria. Maria pula sengaja merapatkan lagi muncung senjata di kepalanya, memprovok Gibran.

"Argghhh!!" kuat Gibran menjerit lalu perlahan senjata diturunkan. Intan hela nafas lega dan mahu membawa Maria ke arah kereta tetapi entah bagaimana, Maria melonjak lalu menanduk Intan dengan dahinya pada hidung Intan hingga terlepas pegangan Intan padanya, berdarah hidung wanita itu jadinya. Aniq yang sudah hampir dengan Maria pantas menyauk Maria di leher dan menghempasnya ke tanah dan mengunci pergerakan Maria dengan lututnya di leher wanita itu.

"Dah teruk macam ni pun ada hati nak melawan lagi!" marah Aniq. Maria masih lagi ketawa.

"Man, bawa gari berantai!" jerit Aniq. Mereka lain yang terkaku tadi terus bertindak memegang Maria yang sudah seperti orang hilang akal.

"Gib!" panggil Raffa. Gibran pandang Raffa yang berada di tepi ambulan. Laju langkah Gibran menghampiri Raffa, senjata api diserah semula pada Raffa lalu dia melolos masuk bersama Haifa di dalam Ambulan tersebut.

Pintu Ambulan ditutup rapat. Jemari Haifa dipegang dan dicium lembut.

"Honey.. please stay with me" sayu suara Gibran berbunyi. Tanpa sedar menitis air mata di pipinya.

Dari jauh mata berparut itu melihat keadaan yang sudah reda. Tugasnya sudah selesai.

(23/10/2020 @ 1728hrs)

Share this novel

liyana
2021-02-01 15:26:09 

syedihnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience