"Gib" panggil Raffa sambil menghulurkan botol air mineral pada Gibran. Gibran dongak memandang Raffa lalu huluran air disambut.
"Haifa macam mana?" soal Raffa. Wajah Gibran yang kusut dipandang. Luka pada lengan dan tangannya akibat bergelut dengan Maria telah dirawat. Gibran membuka penutup botol lalu air diteguk perlahan.
"Haifa masih di dalam" balas Gibran setelah air masuk ke tekak. Botol ditutup kembali dan diletakkan di kerusi di sebelahnya. Kedua-dua tangan ditongkatkan di atas paha. Menunduk kepalanya memandang lantai. Raffa mengusap belakang sahabatnya itu. Gibran toleh.
"Armine?" soal Gibran.
"Sand dah stabil, dah ada di wad. Syam temankan" kata Raffa. Gibran angguk lemah. Tidak lama daun pintu OT ditolak dan keluar seorang lelaki dan dia berhenti melangkah lalu berdiri di hadapan Gibran. Pantas Gibran dan Raffa bangun berdiri.
"Cik suami Puan Haifa?" soal lelaki itu.
"Ya, saya suami Haifa, Gibran" Gibran perkenalkan diri.
"Saya Doktor Aizat" kata lelaki itu pula.
"Isteri Encik dah stabil tetapi walaubagaimanapun dia masih belum sedarkan diri kerana banyak kehilangan darah" kata Doktor Aizat.
"Maksud doktor?" soal Gibran bimbang.
"Isteri Encik banyak kehilangan darah, walaupun darah telah diganti tetapi Puan Haifa masih belum beri apa-apa reaksi atau tindakbalas" terang Doktor Aizat.
"Jadi buat masa ini, Puan Haifa perlukan pemantauan berterusan bagi memastikan keadaan dia terus stabil" tambah Doktor Aizat.
"Encik boleh lawat isteri, sekejap lagi Puan Haifa akan ditolak ke wad. Ada apa-apa masalah, boleh cari saya. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu" kata Doktor Aizat. Gibran hanya mampu angguk.
"Terima kasih doktor" kata Raffa pula. Gibran sudah terduduk di kerusi. Tangan naik meraup rambut dengan kasar.
"Ni semua salah aku, kalau aku tak kembali pada Haifa semua ini takkan terjadi. Haifa takkan jadi begini. Apa yang aku nak cakap pada Ibu? Pada Amin?" Gibran merintih hiba. Tertunduk kepalanya ke bawah. Raffa hela nafas panjang.
"Gib, ini semua sudah ketentuan. Kita tak boleh nak elak" pujuk Raffa perlahan.
“Siapa kita nak tentukan semua ni? Kau kena kuat Gib, kalau kau pun lemah macam ni. Macam mana kau nak bantu Haifa?” tambah Raffa lagi. Gibran hanya diam tidak membalas. Tidak lama daun pintu terbuka dan Haifa ditolak keluar di atas katil bersama beberapa orang jururawat. Gibran terus bangun begitu juga Raffa. Mereka mengekori hingga ke wad.
“Raf, kau baliklah dulu. Kau pun penat. Aku nak tunggu Haifa” kata Gibran pada Raffa yang sudah melabuhkan duduk di kerusi di sisi katil. Jemari Haifa yang sejuk digenggam erat.
“Kau okay ke ni?” soal Raffa bimbang. Gibran hanya angguk.
“Kalau macam tu aku balik dulu” kata Raffa sambil menepuk perlahan bahu Gibran. Raffa dengan langkah berat meninggalkan Gibran yang nampak kusut dan lesu di sisi katil Haifa. Perlahan daun pintu ditutup rapat.
“Honey.. I’m sorry..” rintih Gibran sambil jemari Haifa dikucup lama. Sayu hatinya melihat tubuh Haifa yang cedera sedemikian rupa. Tanpa sedar air mata meleleh perlahan dari tubir matanya. Sungguh tidak dia sangka perkara begini akan terjadi. Kepala ditundukkan di atas katil sambil jemari Haifa di genggam erat. Lama Gibran berkeadaan begitu hingga dia turut terlena.
Lenguh rasa tengkuk kerana tertidur dalam keadaan begitu. Perlahan tubuh ditegakkan.
“Dah bangun?” sapa Raffa. Gibran toleh ke belakang.
“Bila sampai?” soal Gibran sambil membetulkan leher yang lenguh.
“Lama juga” balas Raffa. Gibran pandang jam di pergelangan tangan. Hampir jam lima pagi.
“Aku ada bawakan pakaian dan peralatan mandi. Makanan kejap lagi Naz bawakan” kata Raffa sambil bangun dari sofa lalu mengambil beg yang dibawanya dan diserahkan pada Gibran. Mujurlah Haifa di tempatkan di single room, agak mudah untuk mereka menemaninya.
“Thanks Raf” ucap Gibran sambil menyambut huluran beg. Lebih kurang dua puluh minit Gibran keluar dari bilik air di dalam bilik dengan pakaian yang sudah ditukar. Nampak segar wajah itu walaupun suram dan kusutnya masih ada. Kebetulan waktu itu Naz baru sampai bersama bungkusan makanan di tangannya.
“Sir” sapa Naz. Plastik makanan di letakkan di atas meja di sisi katil.
“Thanks Naz” ucap Gibran.
“Makanlah dulu sementara masih panas lagi. Lambat-lambat nanti perut masuk angin pula” kata Raffa. Gibran geleng sambil mengambil tempat di kerusi di sisi katil.
“It’s okay. Aku tak lapar” balas Gibran. Raffa mengeluh perlahan sambil membuang pandang pada Naz.
“Gib.. aku tahu kau susah hati tapi kau kena makan. Kena jaga kesihatan, jangan nanti kau pula yang sakit” kata Raffa lalu bangun dan melangkah menuju ke meja di sisi katil. Pau yang masih panas diambil lalu diserahkan pada Gibran tetapi Gibran masih seperti tadi. Hanya memandang Haifa yang terbaring kaku di atas katil.
“Gib! Ambil aku cakap!” suara Raffa sudah sedikit tinggi. Gibran jeling Raffa.
“Kau nak makan sendiri ke, kau nak aku suap!?” tegang suara Raffa berbunyi. Naz hanya diam di sofa, tidak mahu campur. Hanya Raffa yang boleh tinggi suara dengan Gibran, orang lain jangan cari pasal! Nak tak nak, Gibran ambil juga pau di tangan Raffa. Puas nak dihabiskan sebiji, lekat rasa di tekak.
***
“Sayang” panggil Syam. Sand masih lagi tegak memandang ke depan. Siapa lelaki berparut tu ye? Macam mana dia tahu nama aku? Dah la tak nampak muka. Aduh.. macam mana la nak aku kenal ni, muka bertutup macam tu. Sand hela nafas panjang. Tapi dia yakin, dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu sebelum ini. Berkerut-kerut dahi Sand berfikir.
“Sayang..” panggil Syam sambil tangan digoyang-goyangkan di hadapan wajah Sand.
“Sorry” Sand bersuara sambil senyum nipis.
“Sayang fikirkan apa?” soal Syam sambil menyuap buah anggur ke mulut Sand. Sand geleng kepala. Bukan dia tidak mahu ceritakan pada Syam tapi dia mahu siasat siapa lelaki itu dan kenapa dia membantunya tempoh hari dan selepas itu terus hilangkan diri.
“Kita melawat Haifa boleh?” soal Sand sambil memandang wajah Syam yang berada di sisi katilnya.
“Boleh sayang” balas Syam sambil melabuhkan cium pada pipi Sand. Buah di dalam bekas diletakkan di meja sisi lalu Syam bangun menuju ke arah wheelchair yang berada di tepi dinding wad. Ditolak wheelchair menghampiri Sand yang sudah berdiri di tepi katil. Sand tayang wajah pelik.
“Ala.. kena naik wheelchair ke?” soal Sand pada Syam. Laju Syam angguk sambil tersenyum.
“Kalau tak payah boleh tak? Kaki tak sakit, boleh jalan sendiri..” tolak Sand. Macam orang sakit teruk pula nak kena naik wheelchair. Boleh jalan sendiri kot, lagi pun bukan jauh mana dengan wad Haifa, naik lif kan.
“Tak nak naik wheelchair, tak payah pergi” ugut Syam.
“Isshh..” dengan wajah tidak puas hati, dilabuhkan juga duduk di atas wheelchair. Syam senyum senang hati sambil menolak wheelchair keluar dari wad. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata memerhatikan mereka di sebalik dinding.
Daun pintu wad Haifa ditolak dan wheelchair Sand disorong.
"Abang" panggil Sand pada Gibran yang berada di kerusi di sisi Haifa. Laju Gibran toleh kepala.
"Armine" seru Gibran lalu bangun mendapatkan Sand. Sand bangun berdiri dari wheelchair lalu tubuh Gibran dipeluk.
"Sorry.. abang tak sempat nak melawat adik" kata Gibran sambil mengusap lembut kepala Sand yang berada di dadanya.
"It's okay. Adik faham" balas Sand sambil melepaskan pelukan. Syam hulur salam pada Gibran. Gibran angguk.
"Adik okay?" soal Gibran sambil memimpin Sand ke katil Haifa. Sand melabuhkan duduk di kerusi di situ. Wajah Haifa dipandang sayu.
"Adik okay.." balas Sand perlahan.
"Adik minta maaf, tak jaga Haifa dengan baik" ucap Sand dengan wajah yang sudah tertunduk.
"No! not your fault Armine" laju Gibran membalas. Sand geleng.
"Kalau adik tak ajak Haifa minum pagi tu, pasti perkara ni tak berlaku" ucap Sand. Jemari Haifa dicapai dan tertunduk kepalanya di situ. Tangan Gibran naik mengusap rambut Sand.
"Armine.. I should thank to you. I don't know what will happen to Haifa if you are not with her" kata Gibran. Bahu Sand dipaut dan diusap perlahan. Dia tidak mahu Sand salahkan diri sedangkan melindungi Haifa adalah tanggungjawabnya. Syam hanya diam memerhatikan dua beradik itu. Kedua-dua mereka tidak salah dalam perkara ini, semua sudah ditentukan olehNya. Siapa pun tidak dapat mengelak.
***
Hari ini sudah masuk hari ketiga tetapi keadaan Haifa masih sama. Gibran masih setia menanti. Buat masa ini, Gibran masih tidak mahu maklumkan pada Puan Fazidah mengenai apa yang berlaku pada Haifa. Tetapi andai Haifa masih tidak sedarkan diri dalam tempoh seminggu ini, dia terpaksa juga memaklumkan perkara itu walaupun dengan hati yang berat.
Raffa dan Naz pula boleh dikatakan hampir dua puluh empat jam berada di hospital bersama Gibran. Walaupun Maria sudah ditangkap, Raffa tetap rasa tidak sedap hati. Bimbang jika ada yang akan mengambil kesempatan di atas keadaan Haifa. Semalam sewaktu dia balik dari membeli barang di kedai di seberang hospital, dia sedari ada seseorang mengekorinya hingga ke wad di mana Haifa berada. Pagi tadi dia sudah dapatkan rakaman CCTV tetapi wajah lelaki tersebut tidak jelas kerana dia memakai topi dan kepalanya sentiasa menunduk. Perkara ini hanya dia dan Naz saja yang tahu, tidak diberitahu pada Gibran. Tidak mahu Gibran tambah terbeban dengan apa yang sedia ada.
“Raf” panggil Gibran pada Raffa yang dilihat termenung panjang.
“Raf” suara Gibran sedikit kuat menyentak Raffa yang berada di sofa.
“Yup. Sorry aku tak dengar” balas Raffa.
“Is there any problem?” soal Gibran pada Raffa yang dilihat dari semalam seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Nothing” laju raffa membalas.
“Raf” panggil Gibran sambil dia melangkah ke arah Raffa yang berada di sofa. Raf angguk.
“What?” soal Raffa.
“Kau perasan tak ada satu lelaki mata berparut masa kejadian hari tu?” soal Gibran sambil melabuhkan duduk.
“Lelaki mata berparut?" soal Raffa.
"Yup, mata berparut" ulang Gibrab.
"Kenapa dengan dia?” soal Raffa dengan dahi berkerut.
“He was with Maria but he did not help her dan left without hesitated” terang Gibran. Waktu itu dia sangkakan lelaki berparut itu akan menyerangnya bagi membantu Maria tetapi sebaliknya pula. Maria ditinggalkan tanpa dibantu. Puas dia fikirkan perkara itu.
“Biar betul?” soal Raffa pelik.
(27/10/2020 @ 2313hrs)
Share this novel
fifi xde update lg ke huhu x sabar nk tahu ni.