Bab 63

Romance Completed 684982

"Sayang" panggil Syam pada Sand yang dilihat tegak memandang ke arah pintu pagar IPK. Syam turut memandang ke arah pandangan Sand tapi tiada sesiapa pun. Haish, apa pula yang dipandang isteri aku ni.

"Hey, sayang" kali ini suara Syam sedikit tinggi bersama goyangan tangannya di hadapan wajah Sand.

"Eh, hubby. Sorry tak dengar" balas Sand bersama senyuman di bibir.

"Jom, kita makan. Perut dah menyanyi-nyanyi dah ni" gurau Syam lalu melolos masuk ke bahagian pemandu manakala Sand pula ke bahagian penumpang hadapan.

"Hubby tau sayang jumpa siapa tadi?" soal Sand pada Syam yang sudah bersedia untuk memulakan pemanduan. Syam toleh pandang pada Sand.

"Siapa?" soal Syam sambil pedal minyak ditekan dan kereta bergerak perlahan keluar dari perkarangan IPK Selangor. Sebaik kereta Syam melintas Pondok Pengawal pintu IPK, Sand angkat tangan pada anggota bertugas Pondok Pengawal yang memberi tabik hormat padanya sambil kepala dianggukkan sedikit.

"Lelaki berparut" balas Sand. Laju Syam toleh pandang pada Sand.

"Lelaki berparut? biar betul! apa dia buat di IPK ni?" soal Syam.

"Ya, lelaki berparut. Itu yang sayang pelik dan apa yang dia buat di sini. Tapi apa yang paling penting, siapa dia?" soal Sand lalu menoleh pada Syam yang sedang tekun memandu.

"Sayang pasti itu lelaki berparut tu?" soal Syam lagi.

"Ya, pasti.. yang menyebabkan lagi pasti. Lelaki tu pandang sayang sebelum dia sarung helmet fullface" bersungguh Sand bercerita. Syam diam tidak membalas. Tegak sahaja pandangannya ke hadapan. Sand toleh pada Syam.

"Hubby dah kenapa tiba-tiba diam?" soal Sand pada Syam. Pelik. Dah kenapa pula suami aku ni.

"Hm.. sayang ada secret admirer ke?" soal Syam tanpa memandang Sand.

"Secret admirer apa benda pula ni. Hubby jangan nak mengarut boleh..? orang tengah serius dia boleh main-main pula" marah Sand. Syam hanya diam tidak membalas. Tekun sahaja dia memandu, sedikit pun tidak berkutik. Aduh.. takkan jelous pula. Aku kenal pun tak siparut tu. Ish, dia ni la.. Sand pusing tubuh menghadap Syam yang sedang memandu.

"Hubby.. jangan fikir yang bukan-bukan boleh?" soal Sand sambil lengan Syam diusap lembut. Syam hela nafas panjang. Perlahan ditoleh pada Sand di sebelah. Tiba-tiba bulat matanya memandang pada sebuah kereta hitam yang laju memandu ke arah kereta yang dipandunya. Tanpa sempat mengelak.

'Bum!'

Kuat kereta hitam dari simpang kiri jalan menghentam kereta Syam di bahagian tepi bonet hadapan. Berpusing kereta dipandu Syam sebelum berhenti kerana melanggar tiang lampu isyarat. Mujurlah kedua mereka memakai tali keledar, jika tidak dah tentu cedera parah keduanya.

"Sayang okay?" soal Syam sebaik kereta berhenti berpusing. Sand angguk. Pening sekejap kepala. Mata dipejam celik beberapa kali untuk membetulkan pandangan yang sedikit kabur.

Kuat tangan Sand memegang pemegang bahagian atas kereta. Laju Sand angguk. Belum sempat terkejut dilanggar hilang. Mereka dikejutkan pula dengan bunyi tembakan.

'Bang bang bang'

"Tunduk sayang!" jerit Syam sambil tangannya naik menarik kepala Sand supaya menunduk. Pistol di pinggang terus dicapai dan Syam berbalas tembakan dengan entah siapa pun mereka tidak pasti. Sand kemudian membuka dash board kereta lalu mengambil pistol kedua Syam. Bertempiaran beberapa orang awam lari menyelamatkan diri. Niat mereka mahu membantu Sand dan Syam yang kemalangan tetapi begini pula jadinya.

"Hubby cover, sayang keluar" kata Sand pada Syam. Sudah tidak sedar lengannya yang cedera baru nak sembuh. Hilang sekejap sakit di lengannya disebabkan situasi yang dihadapinya sekarang.

Sand menolak daun pintu penumpang hadapan dan perlahan menyusup ke sebelah kanan kereta. Syam pula sibuk berbalas tembakan sambil menjerit minta orang awam lari menyelamatkan diri. Bersimpang siur peluru terbang tak bermata.

"Tepi! tepi!" kuat suara Syam menjerit.

Sand berjaya sampai di sisi Syam yang sudah keluar dari kereta. Kedua-dua mereka saling berpandangan dan kepala diangguk. Syam di tepi bonet hadapan manakala Sand ambil tempat di bahagian bumbung kereta. Setelah sasaran dilihat dengan tepat, Sand menarik picu dan peluru laju pergi ke sasaran.

'Bang bang'

Senyap!

Tidak lama siren polis berbunyi dan beberapa buah kereta peronda sampai. Mungkin ada di kalangan orang awam yang melihat kejadian itu menghubungi polis. Dari jauh, dapat dilihat Aniq yang berbaju kalis peluru turut ada. Apabila keadaan telah selamat, kedua mereka berjalan keluar dari sebalik kereta Syam yang remuk dan berlubang dengan kesan peluru di merata-rata.

"Syam, Sand" berlari Aniq mendapatkan mereka selepas dia memeriksa kedua penjenayah yang mati ditembak. Betul-betul sharpshooter. Berlubang dahi kedua-dua penjenayah tersebut.

"Syam, lengan kau!" tegur Aniq apabila dia menghampiri Syam. Pantas Sand menoleh pada Syam.

"Hubby!" terjerit Sand melihat lengan Syam yang cedera.

"Man, call ambulans" jerit Aniq pada Koperal Azman.

"Baik Tuan" kata Koperal Azman yang turut datang bersama.

"Sikit je ni" balas Syam sambil melihat lengannya yang sudah lencun dengan cecair merah pekat.

"Hubby, sini sayang tolong, hubby duduk sana" Sand menyelit senjata ke pinggangnya manakala senjata Syam pula diambil Aniq dan diselit di bahagian pinggang belakangnya. Aniq dan Sand memapah Syam untuk ke tepi jalan. Orang ramai sudah mula datang berkumpul untuk melihat apa yang berlaku tetapi hanya terhad di sebalik tali kuning yang dipasang anggota kereta peronda tadi. Sand kemudian berlari semula ke arah kereta Syam untuk mengambil medic kit selepas Syam melabuhkan duduk pada barrier jalan.

"Apa yang berlaku? terkejut aku bila MERS 999 hantar SOS pada Bilik Gerakan IPK maklum nombor kereta kau terlibat dengan tembak menembak" kata Aniq sambil turut membantu Syam untuk duduk di barrier jalan dengan lebih selesa. Bermandi peluh wajah Syam menahan sakit.

"Aku pun tak pasti. Tiba-tiba kereta aku dihentam. Tak sempat nak buat apa. Berpusing kereta tadi sebelum melanggar tiang tu" terang Syam sambil muncung bibir menunjukkan ke arah tiang lampu isyarat yang dilanggar.

"Mujur juga kereta suspek hentam tepi bonet depan kereta, kalau dia hentam bahagian penumpang hadapan.." tak sanggup Syam nak habiskan kata-katanya. Tergeleng perlahan kepala Syam.

Sand yang tiba bersama medic kit terus memberi rawatan awal pada Syam. Lengan yang luka ditampal kain kasa dan dibalut untuk menahan dari darah terus mengalir. Mungkin terkena pada bahagian kenderaan semasa pelanggaran tadi.

"Sand, awak tenggokkan Syam. Saya nak ke sana" kata Aniq. Sand angguk. Aniq pula besar langkahnya diatur ke arah dua penjenayah yang mati ditembak tadi.

"Intan, butiran suspek?" soal Aniq pada Intan.

"Dua lelaki bangsa tidak pasti, umur lingkungan awal tiga puluhan tapi yang nyata kedua-dua mereka adalah warga asing dan ni" kata Intan lalu duduk sambil menunjukkan tatu yang ada pada salah seorang penjenayah yang mati di tepi pintu kereta penumpang hadapan. Aniq turut duduk untuk melihat dengan lebih jelas.

"Ini bukan tatu kumpulan Maria?" soal Aniq. Wajah Intan dipandang inginkan kepastian.

"Ya Tuan. Itu yang saya pelik. Maria dah ditangkap tetapi mengapa masih ada pengikutnya yang ambil tindakan begini" balas Intan pula. Aniq hela nafas kasar.

"It's okay. Kita siasat seperti biasa tapi kes ni Tuan Yunos yang ambil alih" kata Aniq.

"Baik Tuan" balas Intan.

+++

"Kau betul ke nak balik rumah ni? Lengan tu cedera kan, doktor baru je jahitkan tempat luka tu" tegur Aniq pada Syam yang sedang tersandar di kerusi di bahagian kecemasan hospital.

"Aku okay. Doktor dah jahitkan luka ni lagi pun luka sikit saja. Tergores" balas Syam. Waktu itu Sand ke tandas membersihkan tangan dan pakaiannya yang terkena darah Syam.

"Cuba la kali ni kau dengar cakap aku sikit!" suara Aniq sudah meninggi. Syam hanya ketawa suka.

"Apa?" soal Aniq yang sudah bercekak pinggang mengadap Syam.

"Aku serius, kau boleh ketawa pula!" marah Aniq. Besar matanya menentang pandangan Syam.

"Tak.. kau kan, semenjak jadi bapa ni, memang terserlah aura kebapaan kau tu" usik Syam sambil dipandang Aniq dari atas ke bawah.

"Kau nak aku picit luka tu ke?" Aniq sudah mengacah. Kalut Syam menutup lengan kanannya dengan tangan kiri.

"Eh eh eh.. Kau ni.. gurau sikit pun tak boleh" tegur Syam. Masam wajah Aniq bersama jelingan tajam. Kuat Syam ketawa hingga beberapa pesakit menoleh pada mereka.

"Kau ni dah kenapa! lengan yang luka, wayar di otak tu pula yang putus?" marah Aniq. Lagi kuat Syam ketawa. Berair hujung matanya.

"Hai la.. lama aku tak tengok abang kunyit marah-marah macam ni" usik Syam. Memerah wajah Aniq.

"Seronoknya ketawa" tegur Sand yang baru tiba dari tandas.

"Ni, suami kesayangan awak ni! tak nak masuk wad, nak balik rumah!" kata Aniq pada Sand. Bulat mata Sand mendengarnya.

"Hubby!" kuat suara Sand berbunyi. Syam geleng kepala.

"Sikit je ni. Sayang kan ada boleh jaga hubby. Sayang masih cuti sakitkan" Syam memujuk Sand. Entah apa ayat yang dibisikkan di telingan Sand.

"Ish! ikut suka lah" muncung bibir Sand. Mengalah juga dia.

"Dah, jom aku hantar kau balik, kalau betul tak nak masuk wad. Kereta kau pun tak boleh nak guna. Balistik nak proses" Aniq bersuara.

"Tak menyusahkan Tuan ke?" soal Sand. Segan pula dia apabila Aniq tawarkan diri untuk menghantar mereka pulang.

"Perkara kecil Sand. Dah, kita gerak. Ubat dah ambilkan?" soal Aniq. Sand hanya angguk.

+++

Sand memandang Syam yang sudah terlena di sisinya. Mungkin kesan ubat agaknya. Aniq yang tenang memandu dipandang.

"Er.. Tuan Aniq. Kalau saya nak tanya sikit boleh?" soal Sand. Aniq yang tadi tegak memandu memandang sekilas pada Sand melalui cermin pandang belakang.

"Tanya apa?" soal Aniq.

"Siapa sebenarnya lelaki mata berparut tu?" soal Sand terus. Laju Aniq menentang pandang pada Sand pada cermin pandang belakang.

"Lelaki mata berparut?" soal Aniq.

"Saya dapat rasa Tuan kenal lelaki tu. Siapa dia?" Sand ulangi soalan. Berubah wajah Aniq.

"Kenapa?" soalan Sand dibalas soalan juga. Sand hela nafas panjang.

"Tak.. saya cuma curios" balas Sand. Aniq senyum senget.

"Dia bukan siapa-siapa" balas Aniq pendek.

"Yang penting dia bukan musuh" sambung Aniq lagi.

"Maksud Tuan?" soal Sand tidak mengerti. Macam teka-teki.

"Sang Saka Biru" balas Aniq tanpa membalas pandangan Sand.

"Dah sampai ke? sorry terlelap pula" Syam yang tadi lena tertidur bersuara. Terbantut perbualan Sand dan Aniq.

"Lima minit lagi" balas Aniq. Sand dijeling pandang sekilas melalui cermin pandang belakang. Dengan raut wajah tidak puas hati, Sand menyandar tubuh ke kerusi penumpang belakang. Sang Saka Biru? maknanya..

(14/11/2020 @ 1200hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience