Bab 64

Romance Completed 684982

"Thanks Niq, hantarkan aku dengan Sand sampai rumah" ucap Syam pada Aniq sebaik pintu kereta ditutup.

"Macam tak biasa pula" balas Aniq.

"Tuan Aniq, terima kasih" kata Sand pula. Aniq hanya anggukkan kepala sahaja.

"Kalau tak ada apa-apa, aku balik dulu" kata Aniq.

"Tuan, tak nak masuk dulu ke?" soal Sand pada Aniq. Bukan apa, kalau Aniq singgah sebentar. Bolehlah dia bertanya lanjut mengenai siparut tu.

"Ye juga, singgah la dulu. Sand buatkan air" sampuk Syam. Aniq pandang Sand. Tajam pandangannya. Aniq kemudian membuka daun pintu kereta dan melangkah turun tanpa mematikan enjin.

"Saya tau apa tujuan awak mahu saya singgah, Sand" kata Aniq sambil bersandar pada pintu kereta pemandu. Syam dengan wajah keliru memutar pandang pada Sand di sisinya. Berkerut dahinya.

"Eh Niq, jangan cakap yang kau syok kat Sand pula. Lebam mata tu nanti!" tiba-tiba Syam bersuara. Aniq dan Sand berbalas pandang. Kemudian terburai ketawa dari bibir Sand. Aniq pula hanya gelengkan kepala.

"Kalau Yus dengar, tak pasal-pasal aku kena kurung luar rumah" laju Aniq menyampuk.

"Dah tu, kau dengan Sand macam ada sesuatu je.." luah Syam sambil dagu digaru dengan telunjuk.

"Kau tanya la sendiri, apa yang dia nak" balas Aniq. Sand di sisi Syam dipandang. Sand hela nafas panjang sambil senyum senget pada Syam.

"Dia nak tahu siapa lelaki berparut" Aniq tolong jawabkan bagi pihak Sand.

"Iyalah.. siapa lelaki berparut tu? Aku pun curios juga" Syam pula ajukan soalan yang sama. Hm.. nak tau juga rupanya..

"Dia sama macam kita. Sang Saka Biru" balas Aniq.

"Kau kenal dia?" soal Syam tertarik.

"Tak tapi dia dah lama ditugaskan untuk menyelinap masuk ke dalam kumpulan Maria. Apa yang aku tahu, dia dari Bukit Aman. Itu saja info yang aku ada" terang Aniq.

"Dah, puas hati?" soal Aniq pada Sand. Tersengih Sand dengan soalan Aniq sambil mengangguk.

"Saya tau, awak akan tanya dan cari selagi awak tak dapat jawapan" sambung Aniq lagi.

"Aku balik dulu, dah lewat" kata Aniq lalu daun pintu kereta ditarik dan dia melolos masuk.

"Thanks again Niq" kata Syam.

"Terima kasih Tuan" kata Sand pula.

+++

"Sand" laju Haifa bersuara apabila melihat kelibat Sand menjengah masuk ke wad.

"Aku okay. Kau tak payah risau" tidak sempat Haifa bertanya, Sand sudah menjawab.

"Kau ni.. Tuan Syam macam mana? teruk ke?" soal Haifa. Bagai nak luruh jantungnya apabila Gibran memberitahunya mengenai kejadian yang menimpa Sand dan Syam semalam.

"Syam cedera di lengan tapi dia okay" balas Sand sebaik melabuhkan duduk di birai katil.

"Macam mana boleh jadi?" soal Haifa ingin tahu.

"Kenal siapa suspek?" tambah Haifa lagi. Bukan apa, ada dia tanyakan pada Gibran tapi jawapan yang diberi. 'Ask yourself'. Sabar je la..

"Kalau aku cakap mesti kau tak percaya" balas Sand.

"Apa?" laju Haifa menyoal.

"Suspek tu disyaki saki baki dari orang-orang Maria berdasarkan tatu pada tubuh mereka" terang Sand. Bulat mata Haifa. Takkan orang-orang Morgan pula.

"Kau pun rasa macam aku rasa kan?" soal Sand.

"Ish, tak guna betul la!" marah Haifa. Ingatkan bila Maria ditangkap, semuanya sudah selesai. Tetapi rupa-rupanya Morgan masih mengatur langkah.

"Haifa" panggil Sand sambil lengan Haifa digoyang.

"Ya ya.. aku dengar" balas Haifa.

"Kau hati-hati. Aku bimbang, dia datang cari kau pula. Kau kena cepat sembuh dan kuat macam sebelum ni" pesan Sand. Dia dapat rasakan ada lagi tindakan susulan Morgan selepas ini cuma tidak pasti apa, bagaimana, siapa target seterusnya atau bila akan berlaku.

"Kau pun sama. Hati-hati" Haifa turut bimbang keselamatan Sand.

"Apa-apa, call aku" tambah Haifa lagi.

"Kau dah nak balik ke?" soal Haifa.

"Haah, aku singgah sekejap je. Nak ke kedai beli barang sikit" balas Haifa sambil turun dari birai katil.

"Kau seorang?" soal Haifa bimbang.

"Tak.. Raff ada temankan aku. Kau tau la abang aku tu.. sejak kes semalam, mana aku nak pergi tak boleh seorang diri. Mesti berteman. Syam tak sihat lagi. Malas la aku nak ajak dia sekali. Ini pun dia bagi aku keluar dua jam saja. Tak boleh lebih. Macam aku ni budak-budak." bebel Sand sambil membetulkan pakaiannya. Haifa hanya tertawa dengan bebelan Sand.

"Sebab dia sayangkan kau. Kau satu-satunya adik yang dia ada" kata Haifa pula.

"Ye lah.. dia suami kau kan, siapa lagi nak back-up kalau bukan isteri sendiri" usik Sand.

"Dah la, aku balik dulu. Kau pun nak dischargekan hari ini" kata Sand.

"Haah" Haifa mengiyakan. Sedang rancak berbual, pintu wad ditolak.

"Armine. Dah nak balik?" sapa Gibran pada Sand.

"Ya, nak singgah kedai sekejap. Beli barang sikit" balas Sand sambil menoleh pandang pada Gibran.

"Okaylah Haifa, aku gerak dulu" kata Sand lalu tubuh Haifa dipeluk seketika.

"Abang, adik balik dulu" kata Sand pada Gibran.

"Okay, be careful" pesan Gibran lalu diusap lembut kepala adiknya itu. Sand angguk sambil mempamirkan senyum.

"Buat apa ditenung pintu tu, tenung hubby ni. Ada juga faedahnya" usik Gibran sambil dilabuhkan duduk di birai katil. Pantas Haifa kalih pandang. Tajam pandangannya pada Gibran.

"What?" soal Gibran.

"Jangan buat-buat tak faham. I know, you know hubby. Morgan!" kata Haifa serius. Gibran hela nafas panjang. Jemari Haifa dicapai.

"Look honey. I don't want to make you worry" terang Gibran. Jemari Haifa diusap perlahan dengan ibu jarinya.

"Why? because I'm weak?!" soal Haifa yang sudah sedikit tinggi suaranya.

"No!" laju Gibran membalas.

"Dah tu?" soal Haifa. Tidak berkelip matanya menentang pandangan Gibran.

"Bukan macam tu maksud hubby.." perlahan tutur Gibran.

"Hubby tak mahu honey susah hati dan stress. Lagipun honey jangan bimbang. Hubby uruskan semuanya" kata Gibran yakin.

"Don't lie to me!" keras suara Haifa berbunyi.

"No, honey no" pantas Gibran menyangkal.

"Come here" kata Gibran lalu tubuh Haifa ditarik ke dalam pelukannya.

"I can't bear to see you hurt again, once is enough that I almost lost you. No more after this." bisik Gibran sayu di telinga Haifa. Terkaku seketika Haifa mendengar suara Gibran yang nyata penuh kebimbangan.

"I'm sorry.. I'm sorry hubby" balas Haifa bersama kedua tangannya naik memeluk tubuh lelaki itu. Gibran kemudian menyapa sekilas pelipis Haifa. Lama mereka berkeadaan begitu.

"Er.. hubby. Can I ask you something?" soal Haifa sebaik pelukan dileraikan.

"Anything honey" balas Gibran. Wajah Haifa dipandang. Sudah nampak seri dan kemerahan wajah itu berbanding hari pertama Haifa sedarkan diri.

"Hubby kenal dengan Maria sebelum ni kan? I mean before you know who she is. Right?" terus berubah wajah Gibran apabila soalan itu yang diaju Haifa. Rasa sempit tekak.

"Er.. actually. All this only misunderstanding. No more than that.." balas Gibran teragak-agak.

"Misunderstanding? what do you mean by misunderstanding?" soal Haifa tidak puas hati. Gibran sudah terdiam di birai katil. Nafas ditarik panjang.

"Before.."

Perbualan Haifa dan Gibran terganggu dengan deringan telefon milik Gibran. Gibran seluk tangan mengambil telefon dari dalam poket. Pada skrin tertera nama Raffa. Terus ditayangkan skrin pada Haifa.

"Don't think you can run, hubby!" kata Haifa pada Gibran. Kecil matanya memandang lelaki itu.

Icon hijau digesek Gibran.

"Ya Raff" Gibran mulakan kata.

"Gib, your daddy and mummy is here" kata Raffa.

"What? bukan esok ke?" terus bangun berdiri Gibran. Jari naik memicit pelipis kepala.

"Ya, sepatutnya.. tapi diaorang dah sampai pun dan aku dah minta orang pergi ambil mereka di airport kemudian hantar ke hotel Caden" terang Raffa di sebelah sana.

"Good" balas Gibran sepatah.

"Tapi.. daddy dengan mummy kau nak datang tengok Haifa malam ni" teragak-agak Raffa memberitahu.

"No need. Haifa will discharge by today. You just bring them to penthouse" kata Gibran sambil membuang pandang pada Haifa yang masih tegak memandangnya sedari tadi. Kecut pula rasa hatinya bila melihat raut wajah Haifa begitu. Garangnya..!

"Okay..but, why not you call and tell them yourself?" soal Raffa. Gibran diam tidak membalas.

"Okay.. I call them" balas Gibran acuh tak acuh.

"Anything else?" soal Gibran. Matanya masih terpaku pada Haifa yang tidak berkalih memandangnya.

"That's all" balas Raffa lalu talian dimatikan. Haifa masih seperti tadi. Perlahan Gibran melangkah menghampiri Haifa.

"Honey.." seru Gibran. Bulat mata Haifa memandang Gibran tak berkelip. Perlahan dilabuhkan duduk di birai katil di sisi Haifa. Jemari Haifa dicapai. Kedua mata mereka bertentangan. Hm.. kalau tak terus terang ni, mau tidur luar aku nanti!

(15/11/2020 @ 1030hrs)

Share this novel

aisyah humaira'
2022-01-20 15:44:27 

awak taknak bukukakn ke cerita ni...syok gilaaa...kalau awak confirm jadi filem aksi..ataupun jadi drama aksi...silap haribulan cerita awak ni trending tau..saya minat lah cerita awak...

aisyah humaira'
2022-01-20 15:44:25 

awak taknak bukukakn ke cerita ni...syok gilaaa...kalau awak confirm jadi filem aksi..ataupun jadi drama aksi...silap haribulan cerita awak ni trending tau..saya minat lah cerita awak...


NovelPlus Premium

The best ads free experience