Bab 53

Romance Completed 685547

"Niq" panggil Syam tetapi mata masih pada skrin telefon di tangan. Aniq yang baru selesai memberi taklimat terus menghampiri Syam.

"Aku dah tau Sand ada mana" kata Syam sambil menunjukkan mesej yang terpapar pada skrin telefonnya. Berkerut dahi Aniq setelah membaca mesej tersebut.

"Siapa hantar?" soal Aniq.

"Raff" balas Syam sambil laju menolak daun pintu mahu keluar. Aniq angguk.

"Kau bagi aku lima minit" kata Aniq lalu Aniq memberi taklimat serba ringkas pada pegawai dan anggota yang terlibat dengan operasi tersebut. Setelah itu Aniq terus turun ke tempat parking dan melolos masuk ke dalam kereta Syam. Syam yang sudah bersedia dengan baju kalis peluru memandang Aniq dan tanpa lengah pedal minyak terus ditekan. Di belakang kereta yang dipandu Syam terdapat beberapa buah lagi kenderaan yang turut sama dalam operasi tersebut.

+++

Setelah arahan ringkas diberi, Gibran bersama Raffa, manakala Naz bersama Hann memulakan tindakan. Naz bersama Hann menyusup ke arah bahagian belakang rumah dua tingkat tersebut. Gibran dan Raffa pula di bahagian hadapan. Raffa mendahuli langkah bersama senjata di tangan, manakala sepucuk lagi Glock pula diselit pada hoster di kaki, begitu juga Gibran. Perlahan kedua-duanya menyusup di tepi pagar yang dipenuhi pokok-pokok menjalar, kepala ditoleh kanan dan kiri sambil mata meliar mencari kelibat musuh.

Tiba-tiba Raffa mengangkat tangan kanan tegak di sisinya seperti orang berikrar. Terus Gibran hentikan langkah kakinya. Raffa toleh memandang Gibran di belakang dan memberi isyarat tangan bahawa ada dua orang lelaki bersenjata berada di dalam kawasan perkarangan rumah. Terdapat juga dua buah kenderaan yang diletakkan di bahagian tepi bangunan itu. Gibran angguk lalu Raffa memanjat pagar di bahagian tepi berhampiran sebatang pokok rendang kemudian diikuti Gibran. Waktu itu ada seorang lelaki sedang berjalan menghampiri Raffa dan Gibran. Tanpa berlengah, sebaik lelaki tersebut menghampiri tepi pokok besar, mulutnya terus ditutup dengan tangan kanan Raffa dan tubuh itu ditarik ke tepi dan sekali disentak lehernya terus terjelepuk lelaki itu ke tanah. Gibran membantu Raffa menarik lelaki tadi dan diletakkan di tepi rimbunan pokok menjalar di tepi pokok besar tadi.

Baru Gibran mahu mulakan langkah terdengar bunyi suara rakan kepada lelaki tadi memanggil rakannya. Raffa terus berlindung di sebalik rimbunan semak, Gibran pula sudah kaku berdiri di sebalik batang pokok. Pisau yang diselit di kaki dicapai Gibran. Sebaik lelaki tadi sampai, mulutnya terus ditutup dengan tangan kiri manakala tangan kanan laju membenamkan pisau ke leher lelaki tadi beberapa kali. Tanpa sempat melawan lelaki tadi terus lembik jatuh ke tanah. Raffa pantas membantu Gibran mengalihkan lelaki tadi ke tepi pagar. Setelah itu dengan langkah berhati-hati dan sedikit tertunduk ke dua mereka terus berjalan ke arah pintu masuk yang sedikit terbuka, Raffa mengambil tempat di sebelah kiri manakala Gibran di sebelah kanan pintu. Dengan berhati-hati daun pintu ditolak dan terus terbuka. Muncung senjata dihala ke arah pintu yang terbuka oleh Raffa manakala Gibran pula yang berada di belakang Raffa pula tajam memandang ke sekeliling kawasan.

Kedua-dua mereka menyelinap masuk dan dari bawah dapat didengari suara beberapa orang lelaki berbual dan bergelak ketawa di tingkat atas. Gibran beri isyarat mata pada Raffa. Kedua-kedua mereka memanjat naik tangga bersama senjata api diacu ke hadapan hingga sampai ke tingkat atas. Daun pintu bilik pertama di sebelah kiri ditolak dan diperiksa tetapi kosong, diteruskan hingga ke bilik kedua di sebelah kanan juga kosong dan tiba-tiba seorang lelaki keluar berjalan dari pintu bilik bersebelahannya sambil menghidupkan rokok. Sebaik terpandang Raffa dan Gibran pantas pemetik api dicampak dan senjata yang berada di belakangnya cuba dicapai tetapi tidak sempat berbuat demekian apabila peluru dari senjata Gibran telah dulu mengenai kepala lelaki tadi.

'Klentang!'

Bunyi pasu jatuh ke lantai apabila tubuh lelaki tadi jatuh dan mengenai meja di tepi dinding.

+++

"Who's that?" soal salah seorang lelaki yang sedang menikmati minuman keras pada dua orang rakannya yang turut sama berada di dalam bilik itu. Ketiga-tiga mereka bagaikan dapat mengesan kehadiran Raffa dan Gibran terus bangun dan waktu itu juga terdengar bunyi tembakan di bahagian belakang rumah. Kelam kabut ketiga-tiga mereka mencapai senjata api masing-masing lalu meluru ke arah pintu dengan senjata diacu ke depan. Berlaku tembak menembak dan peluru berterbangan tanpa mata mencari sasaran. Silap percaturan, nyawa boleh melayang.

"Gib, cover aku" kata Raffa. Dalam kiraan tiga, Raffa baring di atas lantai lalu kaki kanan menolak dinding membuatkan tubuh Raffa menggelongsor di atas lantai. Tembakan dilepaskan pada sasaran.

'Thud thud thud'

Senyap. Tiga orang musuh berjaya ditumpaskan. Raffa pantas bangun, Gibran pula terus melangkah masuk ke arah bilik tadi tapi kosong.

+++

Haifa dan Sand saling memandang apabila mendengar bunyi tembakan.

"Kau tunggu sini kejap, aku intai tengok" kata Sand pada Haifa lalu tubuh Haifa didudukkan di tepi pintu. Daun pintu ditolak Sand perlahan. Kaki menapak keluar, kepala ditoleh ke kanan dan sebaik ditoleh ke kiri..

'Buk'

Penumbuk hinggap ke wajahnya. Terus terdorong je belakang tubuh Sand kerana tidak bersedia. Pening sekejap rasa kepala. Sand berdiri tegak bersama kekuda yang dipasang. Tubir bibir yang berdarah dikesat. Mata dibuang pandang pada satu susuk tubuh lelaki bertopeng di depannya. Tanpa lengah itu terus menyerang Sand. Kedua mereka berbalas tumbukan dan tendangan.

"Huh! you're good in martial art!" kata lelaki tadi. Nampak kepenatan pada nafasnya yang laju. Sand tidak membalas sebaliknya terus menyerang lelaki tadi tanpa sempat dibalas dan Sand habisi dengan tendangan libas belakang. Terpelanting lelaki tadi ke dinding. Tertunduk Sand ambil nafas.

"Sand!" panggil Haifa sambil berdiri dengan kedua-dua tangan memegang pada dinding. Kalut Sand masuk membantu Haifa.

"Aku okay" balas Sand sambil memimpin Haifa. Kedua mereka melangkah keluar dari bilik.

"Argh!" jerit Haifa sambil gigi diketap.

"Kita stop dulu" kata Sand. Simpati dia pada Haifa. Haifa geleng.

"Tak payah" balas Haifa.

"Siapa yang datang?" tambah Haifa lagi. Berpeluh-peluh wajah itu menahan sakit.

"Aku tak pasti" kata Sand sambil memapah Haifa.

"Where do you think you'll going, ha?" soal satu suara dari belakang. Sand pantas toleh. Belum sempat apa-apa, tendangan dilepaskan. Tersungkur Haifa dan Sand. Mengeram marah Sand apabila melihat darah semakin banyak membasahi kaki Haifa.

"Tak guna!!" jerit Sand lalu bingkas bangun menyerang kedua-dua lelaki tadi. Entah macam mana, salah seorang lelaki tadi terjatuh di sisi Haifa yang sedang kesakitan dan peluang itu diambil. Kaki Haifa yang luka ditikam dipijak. Kuat Haifa menjerit. Laju Sand toleh ke belakang dan waktu itu kaki lelaki yang sedang bergasak dengannya naik menendang perut Sand. Tertunduk Sand kerana senak lalu Sand diserang bertubi-tubi.

"Sand!!" jerit Haifa. Melihat Sand dibelasah begitu, hilang sakit di kakinya. Haifa capai pisau kecil yang diserah lelaki berparut tadi yang disimpan di poket belakang lalu dibenamkan ke kaki lelaki yang sedang memijak kakinya. Menjerit lelaki tadi. Haifa ambil peluang lalu bangun walaupun dalam keadaan payah. Terjengkut-jengkut sebelah kakinya tapi dia tetap berdiri dalam keadaan bersedia untuk bertempur. Lelaki yang ditikam kaki tadi pantas menyerbu ke arah Haifa. Sakit di kaki ditolak ke tepi. Tumbukan dan tendangan saling berbalas. Sand yang melihat semangat Haifa berjuang tanpa hiraukan kesakitannya, dia juga turut bangun. Lelaki itu diserang dengan tumbukan dan tendangan bertalu hingga terlentang lelaki itu di atas lantai dan Sand habisi dengan hentakan tumit pada lehernya. Haifa pula dengan kaki yang sakit itu dihentak ke dagu lelaki yang sudah tertunduk dengan tumbukan di perutnya dan Haifa habisi dengan hentakan siku pada belakang kepala. Terlungkup lelaki tadi di atas lantai tanpa nyawa.

"Haifa, kau okay?" soal Sand lalu pantas menyambut tubuh Haifa yang mahu jatuh ke lantai.

"Kita kena cepat" kata Sand lalu memapah Haifa hingga ke pintu belakang. Baru tangannya mahu mencapai tombol, daun pintu ditarik seseorang bersama muncung senjatapi di hadapan muka. Terpejam rapat mata Sand. Haifa pula sudah lembik dalam pelukan Sand.

"Sand!" panggil Naz. Sebaik dengar namanya dipanggil, laju Sand buka mata. Haifa pula sudah terlentuk di bahu Haifa.

"Haifa!" terkejut Naz apabila melihat keadaan Haifa.

Headset di telinga ditekan.

"Sir, we found them at back" kata Naz. Sand yakin, Naz maklumkan perkara itu pada Gibran.

"Well well well.." satu suara perempuan menyapa di belakang sambil bertepuk tangan.

"Where do you think you are going?" soal Maria. Buntang mata Naz. Di belakang Maria ada tiga lelaki bersama senjata M14 di tubuh salah seorang dari mereka. Sand toleh dan dia nampak salah seorang lelaki di belakang Maria adalah lelaki mata berparut. Tegak lelaki itu memandang padanya.

+++

Syam dan Aniq berpandangan apabila mendengar bunyi tembakan dari dalam rumah. Aniq pantas memberi arahan pada pegawai dan anggota yang terlibat supaya mengambil tempat masing-masing dan mulakan tindakan.

"Niq, belakang" kata Syam. Aniq angguk lalu kedua mereka terus masuk melalui pintu pagar yang telah dipotong rantai besinya. Syam rasa tidak sedap hati, kuat jantungnya berdegup bimbang sesuatu terjadi pada Sand. Dengan kaki berlari anak sambil badan ditundukkan sedikit, kedua-dua mereka laju menghampiri dinding bangunan. Syam mendahuli langkah terus ke arah belakang rumah. Sewaktu sampai di hujung bangunan, terdengar lagi bunyi tembakan. Syam dan Aniq buka langkah besar, senjata diacukan ke sebelah dinding dan lihat seorang lelaki sudah terlentang dengan luka tembakan di kepala.

(23/10/2020 @ 1220hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience