Bab 31

Romance Completed 696735

Tok tok tok

"Come in" suara Gibran memanggil dari dalam.

Perlahan daun pintu ditolak. Terjengul wajah Kak Ina, Randy dan Kimi. Pintu Kimi tutup rapat lalu ketiga-tiga mereka berdiri di hadapan meja Gibran, menunduk kepalanya seperti pesalah menanti hukuman.

"Explain" Gibran bersuara, tajam pandangannya pada mereka. Satu-satu wajah ditenung.

"Sir, ni semua salah Kak Ina.."

'Bum'

Meja ditepuk kuat. Terangkat bahu Kak Ina kerana terkejut.

"Explain!!" bergema suara Gibran lagi. Tertelan liur wanita itu.

Kimi dongak kepala memandang Gibran, nafas ditarik panjang lalu diceritakan apa yang berlaku.

"Now you'll know what your fault" kata Gibran sambil wajah ketiga-tiga mereka dipandang.

"Do what you should do for the punishment. Now!" kata Gibran lalu dia bangun sambil kedua tangan naik memeluk tubuh.

Kimi dan Randy berbalas pandang, Kak Ina pula dah cuak.

"Sir.. takkan Kak Ina pun kena?" soal Kimi tidak percaya.

"Kalau tak nak, you take her part" kata Gibran. Randy pandang Kimi sambil geleng. Kak Ina pula sudah serba salah.

"Tak apalah, memang salah akak pun" kata Kak Ina pada Kimi. Randy geleng.

"You and me" kata Randy pada Kimi. Lalu kedua mereka saling berbalas tumbukan di hadapan Gibran. Berdarah-darah wajah kedua-dua mereka, Kak Ina sudah hampir mahu menangis. Dia pandang Gibran dengan wajah mengharap.

"Stop!" arah Gibran. Lalu kedua-dua berhenti dan kembali berdiri di hadapan Gibran.

"Next time, it happens again. You'll know the consequence!" kata Gibran lalu tubuhnya dihempas atas kerusi.

"Understood, thank you Sir" balas mereka serentak lalu ketiga-tiga melangkah keluar dari bilik kerja Gibran.

"Randy.. Kimi.. akak minta maaf.." Kak Ina bersuara sebaik keluar dari bilik kerja Gibran. Kedua-dua tangan lelaki itu ditarik menghala ke dapur.

"Sini, akak cucikan luka dan letak ubat" kata Kak Ina. Waktu itu mereka berselisih dengan Haifa yang baru keluar dari bilik Puan Fazidah. Haifa menahan mereka bertiga.

"Kenapa ni?" soal Haifa sambil menilik wajah Randy dan Kimi yang berdarah.

"Madam" sapa Randy dan Kimi dengan kepala ditundukkan, mahu mengelak dari diperhatikan Haifa.

"Saya tanya, kenapa ni?!" suara Haifa dah tinggi. Serba salah mereka bertiga mahu menjawab. Haifa geram bila pertanyaannya tidak dijawab. Lalu tangannya naik mencekak leher Kimi dan ditolak ke dinding. Randy dan Kak Ina dan kalut. Aduh, suami isteri garang macam singa!

"Haifa.." panggil Kak Ina apabila melihat Kimi sudah tercungap, tidak berani Kimi mahu melawan, isteri boss ni!. Mencerlung Haifa memandang Kak Ina.

"Madam, memang kami layak terima hukuman atas kesalahan sendiri" Randy bersuara.

"Huh!" Haifa mendengus, bersama itu dilepaskan cekikan di leher Kimi. Merah padam wajahnya tak cukup nafas.

"Kak Ina pastikan luka mereka dibersihkan dan sapu ubat" kasar sahaja bunyinya lalu Haifa terus melangkah masuk ke bilik Gibran tanpa mengetuk pintu.

"Awak!" ha.. panggilan dah bertukar.

Gibran yang sedang menunduk di meja dengan kedua tangan memegang kepala, terus menoleh ke arah Haifa. Senyum senget diberi.

"Kenapa buat macam tu?" soal Haifa sambil bercekak pinggang di tepi meja Gibran. Gibran bangun lalu melangkah ke arah Haifa. Haifa yang tadi lagak macam berani sangat, sudah nampak goyahnya. Kaki yang tadi gagah berdiri sudah semakin lemah, perlahan kaki diundurkan ke belakang kerana Gibran semakin merapatinya.

"Awak nak buat apa ni?!" tangan Haifa naik tegak ke hadapan supaya tidak mahu Gibran hampirinya.

"Buat apa?" soal Gibran sambil jemarinya naik menyulam jemari Haifa yang tegak di hadapannya tadi. Haifa pula makin mengundur ke belakang. Tangannya yang berada di dalam genggaman Gibran cuba ditarik tetapi tidak terlepas.

"Awak ni dah kenapa? Ish!" marah Haifa.

'Argh...'

Jerit Haifa apabila dia sudah terlentang di atas sofa. Beep! Beep! Beep! amaran bahaya berbunyi. Gibran terus menindih Haifa, bibir merah yang bercakap tak berhenti itu disapa. Lama. Akhirnya Haifa menolak perlahan dada Gibran. Semput nafasnya.

Gibran senyum kemudian dilabuhkan ciuman pada pucuk hidung Haifa dan ditarik wanita itu ke atas ribaannya. Kedua tangan naik memeluk erat pinggang ramping dan kepala disandarkan pada dada montok itu. Terpejam matanya menikmati hangatnya tubuh Haifa.

Tak terkata Haifa dengan tingkah Gibran. Tangan kanan Haifa naik mengusap rambut Gibran manakala tangan kiri pula memeluk tubuh sasanya. Dicium sekilas pada kepala Gibran. Lama mereka berkeadaan begitu dan tidak lama terdengar bunyi dengkuran halus dari Gibran. Haifa mengintai.

"La.. tidur?" kata Haifa sendiri. Pasti dia penat. Serba salah pula Haifa mahu kejutkannya. Dipandang jam pada pergelangan tangan, lama juga ni dia berada di atas ribaan Gibran, mau kebas kaki nanti. Akhirnya Haifa leraikan pelukan Gibran pada pinggangnya lalu perlahan dia bangun dan membaringkan Gibran di atas sofa dengan kepala dilapikkan kusyen. Kaki diangkat ke atas sofa lalu stoking yang masih tersarung, ditanggalkan. Air-cond di naikkan sedikit suhunya. Dahi Gibran dicium sekilas sebelum dia melangkah keluar dari bilik kerja.

"Adik" tegur Puan Fazidah sebaik melihat Haifa keluar dari bilik kerja Gibran.

"Umii" Haifa melangkah menghampiri Puan Fazidah.

"Ni semua salah Umii.. Umii yang nak ikut Ina" kata Puan Fazidah serba salah.

"Dah la Umii, perkara dah berlaku" balas Haifa.

"Jangan fikir lagi" kata Haifa pada Puan Fazidah.

"Umii rasa bersalah la adik, kesian budak berdua tu. Teruk juga mukanya. Tu belum tengok kat badan lagi" kata Puan Fazidah.

"Tak apa Umii. Umii jangan fikir. Adik nak naik bilik nak mandi, badan rasa melekit. Tak selesa" kata Haifa.

"Hm.. Iya lah.. tapi mana Gibran?" soal Puan Fazidah sambil memandang ke belakang.

"Oh, dia terlelap dalam bilik. Penat sangat la tu. Biarlah. Nanti adik kejutkan. Umii tengokkan Amin. Nanti kita makan malam sama-sama. Lapar ni" kata Haifa sambil menggosok perlahan belakang Umiinya. Puan Fazidah angguk lalu melangkah masuk ke dalam bilik semula.

Setelah hampir tiga puluh minit berada di dalam bilik air, Haifa melanglah keluar. Lega rasa tubuh. Sebaik melangkah keluar dari bilik air, pintu bilik terbuka dan Gibran melangkah masuk. Tajam mata Gibran memandang Haifa. Haifa dah cuak. Dipandang pula pada keadaannya yang agak seksi. Memerah wajahnya. Baik dia ke bilik wardrobe cepat.

"Hubby dah bangun. Honey baru nak kejutkan" kata Haifa lalu perlahan kakinya di atur ke bilik wardrobe. Gibran tidak membalas sebaliknya diekori Haifa ke bilik wardrobe.

Menyedari Gibran mengekorinya, terus Haifa hentikan langkah kaki lalu memusing ke belakang.

"Hubby nak apa ni?" soal Haifa perlahan. Gibran tidak membalas sebaliknya dia melangkah semakin menghampiri Haifa dan tubuhnya rapat dengan Haifa hingga Haifa terpaksa menoleh ke kanan.

"Hubby nak mandi" kata Gibran sambil menunjukkan tuala yang diambil dari penyangkut di belakang Haifa tadi. Kemudian Gibran melangkah keluar dari bilik wardrobe. Kedua-dua tangan Haifa naik menutup wajah.

"Aduh.. malunya.. kau ni perasan la Haifa oi" kata Haifa sendiri.

"Dia nak ambil tuala. Belakang kau ni kan ada tempat sangkut tuala.. ish ish ish.." kata Haifa lagi sambil menepuk pipinya perlahan. Kemudian dia terus mengambil pakaian untuk dipakai dan kemudian terus turun ke bawah untuk makan malam walaupun masih awal, baru jam enam petang. Tapi disebabkan kejadian yang berlaku menimpa-nimpa, makan pun mereka tidak sempat.

"Kak Ina, dah siap masak ke?" soal Haifa. Dilihat Kak Ina kalut menghidang makanan.

"Dah, air je belum bancuh lagi" balas Kak Ina.

"Tak apa, biar saya yang buatkan" kata Haifa.

"Ibu.." panggil Amin. Haifa yang sedang membancuh air menoleh ke belakang apabila terasa sepasang tangan kecil memeluk pinggangnya.

"Dah lapar ya?" soal Haifa. Amin hanya senyum.

"Siap dah.. jom kita makan. Nenek mana?" soal Haifa pada Amin sambil membawa dulang air ke meja makan.

"Tu nenek" tunjuk Amin pada Puan Fazidah yang sedang berjalan menuju ke meja makan, di belakangnya pula, Gibran.

"Duduklah, makanan dah siap." kata Haifa.

"Kak Ina, sini duduk sekali" kata Haifa.

"Eh.. tak apa. Kak Ina kenyang lagi" laju Kak Ina menolak.

"Kak Ina!" panggil Haifa. Kak Ina pandang Gibran.

"Tak payah nak pandang-pandang. Sini kita makan sekali" ajak Haifa lagi.

"Duduk, makan. Masak banyak-banyak macam ni, siapa nak habiskan" mendatar sahaja Gibran bersuara. Barulah Kak Ina berani mengambil pinggan dan duduk bersama. Sebelum ini pun memang makan bersama tetapi disebabkan perkara yang berlaku tadi, Kak Ina rasa tidak selesa.

"Tak payah fikir lagi. Sini duduk" Puan Fazidah pula berkata lalu menarik keluar kerusi di sisinya. Akhirnya semua menikmati makan malam dengan tenang. Begitu juga dengan Randy dan Kimi yang menikmati makan malam berdua mereka di luar.

"Adik, tadi singgah rumahkan?" soal Puan Fazidah. Haifa yang mahu menyuap nasi, terhenti suapannya.

"Macam mana rumah? mesti berhabuk, banyak hari tak kemas" sambung Puan Fazidah lagi. Haifa dan Gibran sudah saling memandang.

Apabila tiada balasan dari Haifa, Puan Fazidah mendongak memandang Haifa di depannya.

"Kenapa? ada apa-apa jadi di rumah ke?" soal Puan Fazidah tidak sedap hati. Haifa serba salah. Gelas air kosong dicapai lalu air diteguk perlahan. Puan Fazidah pula masih lagi memandang Haifa tidak berkelip.

"Er.. rumah kita kena pecah masuk" kata Haifa. Terkaku seketika Puan Fazidah apabila mendengar kata-kata Haifa.

"Barang habis berselerak. Adik tak sempat kemas elok-elok. Cuma susun yang mana boleh je. Ingat memang nak kemaskan tapi bila dapat call tadi.. tu yang tak sempat." kata Haifa.

"Pintu yang rosak tu adik dah minta Maksu Senah tolong carikan orang untuk baiki" kata Haifa sambil menjeling pada Gibran. Iyalah, kalau tidak satu pintu saja yang perlu dibaiki, ini disebabkan Gibran menendang pintu belakang, dah dua pintu yang kena baiki. Nasib baik Gibran yang keluarkan duit. Salah kau juga, menjerit takutkan musang!

"Ada barang yang hilang ke?" soal Puan Fazidah. Suram saja wajahnya.

"Barang adik tak ada yang hilang. Umii ada tinggalkan apa-apa yang berharga ke?" soal Haifa. Puan Fazidah geleng.

"Tak ada apa pun. Semua Umii bawakan sekali ke sini. Patutlah Umii rasa tidak sedap hati" kata Puan Fazidah.

"Siapa yang buat semua tu?" soal Puan Fazidah pada Haifa tapi dia menoleh pandang pada Gibran. Haifa hanya diam tidak membalas, begitu juga Gibran.

Share this novel

Princess_
2021-03-23 15:04:51 

Bukan ada dokumen kahwin diaorang ke kat rumah tuu..

liyana
2021-01-31 23:11:38 

mmg lah garang isteri polis suami tentera upahan


NovelPlus Premium

The best ads free experience