Bab 87

Romance Completed 685128

Intan yang sudah siap menukar pakaian tidur duduk bersimpuh di atas katil sambil tangan menyapu losen pada kedua lengannya. Asyik dengan tingkahnya hinggakan Caden yang sudah siap mandi dan naik melabuhkan duduk di sisinya di atas katil pun tidak disedarinya. Sebenarnya Intan terfikirkan dengan apa yang dikatakan pada Haifa di pejabat siang tadi. Agak-agaknya kan, Haifa buat tak apa yang dicadangkan tu? Intan sudah tersenyum sendiri. Caden yang berada di sisi Intan kerut dahi.

"Sayang" panggil Caden pada Intan yang dilihat masih tersenyum tetapi tidak membalas panggilannya.

"Hey, sayang" panggil Caden lagi sambil lengan Intan disentuh.

"Eh, abang. Bila masa abang duduk di sini?" soal Intan.

"Hm.. sayang tu, dah hilang ke mana? abang panggil pun tak dengar" kata Gibran yang sudah membaringkan diri dengan selesa. Intan juga berbaring dengan berbantalkan lengan kiri Caden.

"Ye ke.. sorry. Sayang cuma teringatkan Haifa" kata Intan sambil tangan kirinya memeluk tubuh Caden yang tidak berbaju.

"Kenapa dengan Haifa?" soal Caden. Bahu Intan diusap lembut.

"Gibran marahkan Haifa" kata Intan.

"Marah?" soal Caden sepatah.

"Sayang tak pasti Gibran marah atau merajuk tapi Haifa tanya pada sayang apa tips untuk pujuk kalau suami marah atau merajuk" kata Intan pula.

"Lepas tu sayang bagitau apa pada Haifa?" soal Caden berminat. Intan senyum senget.

"Hurm.. abang nak tau ke?" soal Intan bersama kening dijungkit sebelah. Laju Caden menganggukkan kepalanya.

"Betul ni?" soal Intan lalu dipanjat tubuh Caden dan dilabuhkan duduk di atas pinggul lelaki itu. Manakala tangan kirinya pula mencapai suis lampu tidur meja sisi di sisi Caden yang masih bernyala. Sebaik suis ditekan, terus gelap keadaan di dalam bilik tidur mereka, hanya samar-samar cahaya dari celah langsir sahaja yang menyinari bilik. Walaupun keadaan agak gelap, Intan dapat lihat wajah Caden yang berubah apabila tangannya memegang pinggang seluar tidur Caden lalu menariknya ke bawah hingga sesuatu miliknya terserlah.

"Sayang.. what are you doing?" soal Caden terperanjat. Haifa merapatkan bibir ke telinga Caden.

"Tadi cakap nak tau apa tips yang sayang beri pada Haifa" perlahan suara Intan berbisik. Caden sudah hilang kata-kata apabila Intan sudah mula bertindak.

"Sayang.. you don't have to do this.." suara Caden sudah tenggelam timbul apabila dia mulai asyik dengan belaian yang diberikan Intan.

"Ahh.. so, this is what you asked Haifa to do?" tersekat-sekat suara Caden berbunyi.

"Uhuh" balas Intan mengangguk dengan mulut yang penuh.

"You are so naughty, sayang" kata Caden sambil tangan kanannya naik mengusap lembut rambut Intan.

+++

"Honey" panggil Gibran pada Haifa yang sedang memakai tudung di hadapan cermin.

"Hubby.. honey rasa tak sedap hati la pasal Cikgu Faizal di sekolah Amin tu.." kata Haifa sambil merapikan tudungnya.

"What do mean by that?" soal Gibran. Haifa menghela nafas perlahan lalu dipusingkan tubuh mengadap Gibran yang berada di belakangnya.

"Cikgu Faizal tu macam sesuatu" kata Haifa. Gibran kerut kening.

"Sesuatu?" soal Gibran tidak faham.

"Yup, sesuatu" balas Haifa sambil jari telunjuk dan jari tengah kedua-dua tangan naik tegak dan digoyang-goyangkan.

"So?" soal Gibran pula.

"Sayang nak tau apa tujuan Cikgu Faizal tu buat macam tu. Ambil gambar, beri makanan.. suspicious sangat." kata Haifa pada Gibran.

"Do you need my help?" soal Gibran. Laju Haifa menggelengkan kepala.

"No, I can handle it myself" balas Haifa yakin sambil tubuh Gibran dipeluk.

"Okay honey but if anything happened, call me immediately" pesan Gibran lalu dilabuhkan cium di dahi Haifa sekilas.

"Okay hubby" balas Haifa sambil senyuman manis dipamerkan.

+++

"Intan!" Haifa mengangkat tangan sambil memanggil Intan. Intan yang sedang menatang dulang menganggukkan kepala lalu mengatur langkah ke arah Haifa yang sudah sedia di meja cafe IPK.

"Awalnya kau, lapar sangat ke?" soal Intan sebaik dilabuhkan duduk di kerusi.

"Awal apanya, kau tu yang lambat" kata Haifa sambil air teh o ais disisip.

"Kau buat apa malam tadi sampai lambat datang pejabat" kata Haifa lagi sambil kuih karipap digigit perlahan. Tersedak Intan bila disoal begitu. Haifa yang sedang mengunyah kuih tadi terus tegak memandang Intan yang sudah memerah wajahnya.

"Weh, jangan cakap yang kau.." laju tangan Intan naik menekup mulut Haifa. Bulat matanya tanda marah. Kalut Haifa menarik tangan Intan yang menutup mulutnya.

"Serius la wei" kata Haifa dengan wajah yang teruja.

"Bengong! Aku sumbat mulut tu dengan kuih koci ni baru tau" marah Intan sambil mengesat bibirnya dengan tisu. Haifa sudah ketawa terkekek.

"Okay, okay.. jangan la garang sangat" usik Haifa lagi lalu baki karipap disuap ke mulut.

"Eh, kau ingat tak Cikgu Faizal yang aku ceritakan tu?" soal Haifa pada Intan. Intan yang sedang ralit menikmati nasi lemak di hadapannya memandang Haifa.

"Kenapa dengan dia" soal Intan.

"Tak, dia macam 'sesuatu' sangat" kata Haifa.

"Kau nak aku siasat pasal dia ke?" soal Intan. Macam orang mengantuk disorongkan bantal, laju kepala diangguk Haifa.

"Okay, nanti dah dapat info. Aku bagitau kau" kata Intan.

"Thanks Intan" ucap Haifa bersama senyuman besar.

"Eh.. ingat free ke? beli la toy untuk anak aku" balas Intan sambil dia menunjukkan wajah yang serius.

"No hal lah, nanti aku belikan dan hantar kat rumah kau" balas Haifa.

Tengah hari itu Haifa minta kebenaran dari Aniq untuk ke sekolah Amin dengan alasan mahu mengambil Amin pulang dari sekolah tetapi yang sebenarnya dia mahu mengekori dan berjumpa dengan Faizal. Setelah Intan memberikan maklumat yang dia perlukan padanya tadi, memang tidak syak lagi sama seperti apa yang dia fikirkan. Haifa menunggu di luar sekolah agak jauh dari pintu pagar kerana tidak mahu terserempak dengan Akim atau Randy. Dari jauh Haifa melihat Faizal sedang memandu kereta miliknya keluar dari kawasan sekolah. Waktu itu loceng tamat persekolahan baru berbunyi dan murid-murid berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing menuju ke pintu pagar untuk pulang ke rumah.

Haifa tanpa lengah terus mengekori Faizal hinggalah Faizal berhenti di sebuah kedai makan. Faizal dilihat keluar dari kereta dan mengambil tempat di salah sebuah meja yang kosong. Telefon bimbit dari poket dikeluarkan dan ralit dia memandang skrin telefon tanpa menyedari bahawa Haifa sudah berada di belakangnya. Tanpa salam, Haifa merampas telefon bimbit milik Faizal yang berada di dalam pegangannya lalu dilabuhkan duduk di hadapan Faizal. Terkejut Faizal, berubah wajahnya apabila melihat Haifa tanpa rasa bersalah merampas telefon bimbit miliknya sambil jarinya laju bergerak di skrin memeriksa isi kandungan telefon tersebut.

"Aku dah agak, memang kau!" keras suara Haifa berbunyi. Tegak wajahnya memandang Faizal. Dia tidak ingat sangat wajah Faizal kerana dia hanya berjumpa dua kali sahaja dengan Faizal. Pertama kenduri di rumah kakak iparnya dan sekali lagi semasa di rumahnya. Nama Faizal pun tidak dia tahu tetapi apabila lihat berdepan begini, memang ada iras-iras wajah kakak iparnya.

"Kau nak apa sebenarnya?" tegang suara Haifa menyoal.

"Haifa" panggil Faizal.

"Oh, kau tau nama aku!" kasar sahaja Haifa bersuara. Faizal hela nafas panjang.

"Haifa.. kau jangan salah faham" perlahan sahaja Faizal bersuara. Menjeling Haifa pada Faizal sambil matanya sesekali memandang Faizal dan skrin telefon.

"Kau send gambar Amin dalam group keluarga kau!?" marah Haifa. Pantas jarinya menyentuh skrin dan gambar-gambar Amin dipadam.

"Eh, kau buat apa tu!?" Faizal sudah bangun berdiri dan memegang tangan Haifa supaya jangan di'delete' gambar Amin. Apa lagi, tangan Faizal dipegang dan dipusingkan ke sisi lalu ditekan ke meja makan. Terjerit Faizal. Pekerja yang baru datang mahu mengambil pesanan tidak jadi mahu bertanya, terus dia kembali kaunter.

"Lepas lah!" keras suara Faizal berbunyi.

Dalam masa yang sama..

Telefon bimbit milik Gibran yang berada di atas meja berbunyi, skrin berkelip-kelip menunjukkan nama pemanggil. Laju tangannya mencapai telefon bimbit tersebut lalu icon hijau disentuh.

"Hurm" Gibran bersuara.

"Er, Sir. Puan Haifa" kata Hann di sebelah sana.

"Kenapa dengan Haifa?" soal Gibran bimbang terus tegak duduknya.

"Tangan kena pulas" kata Hann lagi. Gibran sudah bangun berdiri.

"Who dared to do that to Haifa?" tegang suara Gibran berbunyi.

"Bukan Puan Haifa yang kena, tapi lelaki tu yang kena dengan Puan Haifa" balas Hann tergagap. Kuat Gibran mendengus.

"Try not to make a fuss, Hann. Speak clearly!" marah Gibran sambil dilabuhkan semula duduknya. Naz hanya memerhatikan tingkah Gibran yang seperti orang tidak tentu arah. Hm.. apa pula masalahnya ni..

"Jangan buat apa-apa, hingga keadaan betul-betul memerlukan baru bertindak" pesan Gibran.

"Baik Sir" Hann membalas. Ish, payah kalau ada pekerja yang lurus sangat macam si Hann ni. Talian dimatikan sambil pelipis dipicit perlahan.

"Ada masalah ke Sir?" soal Naz bimbang.

"Nothing" balas Gibran sepatah.

+++

"Huh!" marah Haifa lalu tangan Faizal dilepaskan.

"Haifa, Amin tu satu-satunya cucu dari anak perempuan mak dan ayah aku. Kau tak patut pisahkan Amin dengan atuk dan opah dia!" kata Faizal sambil mengurut pergelangan tangannya yang agak sakit kerana ditekan ke meja oleh Haifa tadi.

"Eh, kau tak payah nak buat cerita la Faizal! Mak dan ayah kau yang buang Amin! selepas kakak kau dengan abang aku meninggal, mana mak dan ayah kau? mana?" suara Haifa juga sudah semakin tinggi. Beberapa orang pelanggan yang ada di kedai sudah memandang ke arah Haifa dan Faizal. Haifa dan Faizal juga sudah rasa tidak selesa.

"Eh, sini kau" marah Haifa sambil menarik baju Faizal supaya mengikutnya ke bahagian tepi kedai seperti taman yang mempunyai bangku simen. Faizal nak tak nak terpaksa mengekori Haifa kerana bajunya ditarik dan telefon bimbitnya juga masih dalam pegangan Haifa.

"Kau lepas, aku nak berjalan pun susah la!" marah Faizal. Menjeling Haifa sebelum pegangan pada baju Faizal dilepaskan. Haifa melabuhkan duduk pada bangku simen di tepi pokok bunga.

"Haifa!" panggil Faizal. Laju Haifa menoleh memandang Faizal. Bulat matanya. Tertelan liur Faizal dibuatnya.

"Kau tau tak? selepas kemalangan itu, keluarga kau seorang pun tak datang cari Amin. Dibiarkan Amin macam tu sahaja. Aku dengan Umii yang ambil Amin. Aku telefon makcik dan pakcik, bertanya bagaimana dengan Amin. Kau tau apa yang mak dengan ayah kau jawab?" mencerlung mata Haifa memandang Faizal.

"Mak kau bagitau, Amin tak ada kena mengena dengan keluarga mereka! Cuba kau bayangkan apa perasaan aku waktu tu! Amin tu cucu mereka Faizal, cucu dari anak perempuan mereka sendiri!" tegang suara Haifa berbunyi. Terus tegak dia bangun berdiri. Faizal pula terdiam di bangku tak berbunyi.

"Aku tak tahu. Sungguh aku tak tahu" balas Faizal perlahan. Wajah Haifa dipandang.

"Memang kau tak tahu sebab masa tu kau ada di luar negara. Kakak dan abang ipar meninggal pun kau tak balik" perli Haifa. Terkelu lidah Faizal.

"Bukan aku sengaja tak nak balik, keadaan tak mengizinkan tapi aku balik juga tiga hari selepas tu" kata Faizal membela diri.

"Itu aku tak pedulilah! yang aku nak tahu, kenapa sekarang?" soal Haifa yang sudah bercekak pinggang memandang Faizal. Faizal hela nafas panjang.

"Mak dan ayah aku sakit, diaorang rindukan Amin" kata Faizal.

"Huh! rindu. Boleh jalan la dengan rindu diaorang tu" marah Haifa.

"Haifa, selepas aku balik ke sini 4 tahun lalu, aku ada mencari keluarga kau dan Amin tetapi tiada siapa yang tahu. Alamat rumah kau yang lama sudah tiada orang yang tinggal. Puas aku dan abang-abang aku cuba cari Amin sampaikan ada satu masa aku cadangkan supaya iklankan dalam media sosial tapi angah tak benarkan. Katanya bahaya" terang Faizal.

"Sampailah kali pertama aku nampak Amin berada di dalam kelas sebagai salah seorang anak murid aku. Aku macam tak percaya, kau tau tak Haifa. Sekali pandang pun aku dah tahu Amin anak buah aku yang aku cari" tambah Faizal lagi.

"Dah la Faizal, kalau betul makcik dan pakcik sayangkan cucu mereka, dahulu lagi dia datang jenguk Amin. Tak nak besarkan dia pun tak apa tapi sekurang-kurangnya kenalkan diri mereka sebagai atuk dan opah Amin" luah Haifa kecewa. Diam seketika suasana sehinggalah telefon bimbit Haifa berbunyi. Pantas diambil telefon bimbit di dalam pouchbag lalu icon hijau digesek.

"Puan, Amin tak ada di sekolah" kata Akim bimbang. Bulat mata Haifa memandang Faizal. Faizal yang rasa tidak sedap hati terus bangun berdiri.

"Apa?" soal Haifa terkejut.

(11/01/2021 @ 2200hrs)

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-01-15 10:01:40 

bila nk uodate lg, dear

YAZNI-ERNIE
2021-01-11 23:00:31 

dear. tqvm update


NovelPlus Premium

The best ads free experience