Bab 45

Romance Completed 685107

"Maria Fonseka?" soal Haifa sambil memeriksa jumlah peluru yang masih ada dlm megazine lalu megazine dimasukkan semula. Haifa pandang Gibran. Tegang sahaja wajah lelaki itu. Tiba-tiba pergerakan tangan Haifa terhenti. Bulat matanya memandang Gibran yang sedang memandu.

"Fonseka?!" suara Haifa seakan terjerit. Gibran toleh sekilas pada Haifa yang jelas riak terkejut pada wajahnya.

"You mean Fonseka, Fonseka?! that man?" soal Haifa tidak sangka. Gibran hanya angguk perlahan.

"Yes, that man" balas Gibran.

"But.. you just doing your job!" kata Haifa tidak puas hati. Senjatapi yang masih berada di tangan terus disimpan.

"Tapi macam mana Maria boleh tahu mengenai perkara ni?" soal Haifa pelik.

"I don't know.. but my partner already dead. I'm sure her death has something to do with Maria" balas Gibran tidak puas hati. Kuat stereng digenggam. Haifa terkelu lidah untuk berkata. Wajah Gibran dipandang lagi. Jemarinya naik mengusap lembut wajah Gibran. Nampak tegang wajah itu.

Perjalanan pulang ke rumah tiada sebarang masalah. Sebaik tiba di rumah, Gibran minta Raffa siasat di mana Maria tinggal dan bagaimana dia boleh tahu keberadaannya. Hati Gibran sungguh tidak tenteram. Setelah Gibran selesai berbincang dengan Raffa dan Lan, dia terus melangkah menuju ke bilik tidur untuk dapatkan Haifa. Naz pula sudah pulang sejak tadi kerana esoknya dia dan Naz perlu hadir metting bersama client penting.

"Honey" panggil Gibran pada Haifa yang berada di birai katil. Telefon di tangan Haifa di letak di atas tilam. Wajah serabut Gibran dipandang.

"Hubby" panggil Haifa lalu menarik tangan Gibran supaya melabuhkan duduk bersamanya di birai katil.

"What's wrong?" soal Haifa. Wajah Gibran dipandang belas.

"I'm worry.. I think you must follow me to the office tomorrow" kata Gibran bersama nafas berat. Haifa pamer wajah keliru.

"Ikut ke pejabat.. nak buat apa?" soal Haifa.

"Hubby bimbang honey di rumah. At least, kalau di pejabat. You always with me. I can watch you. Keselamatan honey penting buat hubby" terang Gibram bersama usapan lembut pada bahu Haifa. Haifa senyum.

"Hubby.. you know right.."

"Ya, I know, you can take care of yourself.." Gibran pintas kata-kata Haifa.

"So.. that's no point untuk hubby risaukan honey.." pujuk Haifa. Gibran geleng.

"No! I want you always with me" putus Gibran. Lalu dia terus bangun menuju ke bilik air untuk bersihkan diri. Pakaian di tubuh dilucutkan dan dimasukkan ke dalam laundry beg di tepi pintu. Haifa mengeluh perlahan.. Telefonnya dicapai. Tadi dia baru hubungi Umii dan Amin. Alhamdulillah mereka selamat dan gembira berada di sana. Haifa toleh pandang pada pintu bilik air. Nafas dihela panjang lalu katil dipanjat naik. Tubuh disandarkan pada kepala katil.

Haifa terfikir mengenai Maria. Bagaimana dia boleh tahu mengenai perkara ini? Tapi bila difikir-fikirkan semula, ianya tidak mustahil untuk dia mendapatkan maklumat. Di sana tempatnya, jika kena pada cara, mudah sahaja untuk dia perolehinya. Mata dipejam seketika bersama kepala yang disandar ke kepala katil, dengan tubuh badan yang penat mudah sahaja kantuk bertandang.

Tiba-tiba ada tangan yang menutup mulutnya. Terus luas mata dibuka. Gibran!?

'Sshhh...'

Gibran letakkan jari telunjuk di bibirnya minta Haifa diam. Gibran yang masih bertuala berjalan perlahan dan menghampiri dinding dan bergerak dengan hati-hati ke arah balkoni. Langsir yang menutup pintu sliding diselak sedikit. Haifa yang berada di belakangnya pula sudah bersedia andai ada sesuatu bakal berlaku. Tajam mata Gibran memerhatikan ke luar balkoni. Kiri kanan matanya melilau memerhati. Kemudian suis lampu balkoni ditekan. Terus terang di luar. Langsir diselak dan daun pintu sliding dibuka. Kaki melangkah dengan berhati-hati. Tiada apa yang pelik. Mungkin dia yang terlalu obses dan bimbang.

"Anything wrong?" soal Haifa perlahan. Gibran geleng lalu daun pintu ditutup semula dan kakinya melangkah ke arah bilik wardrobe. Haifa mengekori langkah Gibran dari belakang.

"Sorry honey kalau hubby dah takutkan honey tadi" ucap Gibran sambil memakai seluar tidur. Dia yakin semasa keluar dari bilik air tadi, seperti ada bayangan orang yang melintas di balkoni rumahnya itu melalui cahaya lampu samar-samar dari luar. Tak tenang rasa. Tuala yang berada di tangan dibawa ke tubuh lalu dikeringkan tubuhnya yang masih ada sisa air. Setelah itu tubuhnya dipusing mengadap Haifa yang sedang bersandar sambil berpeluk tubuh pada dinding cermin besar. Haifa dipandang tidak berkelip. Walaupun tanpa kata, Haifa tahu apa yang Gibran maksudkan dengan pandangannya itu.

"Okay.. fine. Honey ikut hubby ke office esok" akhirnya Haifa mengalah. Tergaris senyuman di bibir Gibran lalu kakinya menghampiri Haifa setelah tuala disangkut dan tubuh Haifa ditarik rapat ke dalam pelukannya. Ubuh-ubun Haifa dicium lama.

"Thanks honey" ucap Gibran. Haifa angguk sambil membalas pelukan erat Gibran.

"But.. how about Milia?" soal Haifa sambil sedikit mendongak untuk memandang wajah Gibran.

"Kenapa dengan Milia?" soal Gibran tidak faham. Haifa lepas nafas lalu pelukan Gibran dileraikan. Kaki diatur ke katil lalu dipanjat naik dan tubuh disandarkan seperti tadi.

"I don't like her" balas Haifa dengan wajah menyampah. Gibran ketawa kecil sambil menyusup masuk di bawah selimut dan turut bersandar di kepala katil.

"You don't need to like her" balas Gibran mudah. Haifa buat muka.

"Ee.. honey tak suka lah nanti dia datang nak menyempit mengimpit menggatal dengan hubby!" kata Haifa tidak puas hati. Bibir Gibran terjungkit senyum.

"Tapi hubby tak pernah layankan?" pujuk Gibran lalu ditarik Haifa supaya bersandar di dadanya yang tidak berbaju itu.

"Memang tak layan tapi mata ni sakit" kata Haifa sambil jari naik menunjuk ke arah matanya.

"Terliuk-liuk macam agar-agar! yang tangan tu pulak mengalahkan sotong!" menjeling tajam Haifa pada Gibran yang sudah tertawa.

"Honey.. don't worry okay. Memang office Uncle Megat sebelah bangunan office hubby tapi Milia tak ada, dia out station" balas Gibran. Bulat mata Haifa bersama muncung di bibir.

"Mana hubby tau dia out station?" kecil sahaja mata Haifa memandang Gibran. Gibran telan liur.

"Bukan.. Uncle Megat yang bagitau. Bukan hubby yang tanya" laju Gibran membalas.

"Betul ni?" soal Haifa bersama jari telunjuk sudah tegak depan muka. Tajam sahaja pandangannya.

"Yup.. betul. Kalau tak percaya, call Naz. Honey boleh tanya Naz" Gibran bela diri. Terkelip-kelip matanya mahu yakinkan Haifa.

"Okay.. tapi kalau honey tahu hubby tipu.. siap!" keras suara Haifa. Gibran geleng sambil senyum sumbing.

"Honey jangan fikir bukan-bukan. Now, kita tidur. Okay honey. Come, I want to hug you" kata Gibran sambil membetulkan tubuh untuk baring dengan selesa. Haifa pula ditarik ke dalam pelukan. Jangan cari pasal Gib.. bukan dia tidak tahu Haifa bagaimana, mau patah hidungnya nanti kena tanduk!

+++

"Morning Sir" sapa Nelly sambil pantas berdiri pada Gibran apabila majikannya itu berhenti di hadapan mejanya.

"Morning. Anything for me today?" soal Gibran.

"You have one meeting at eleven o'clock with client from Saujana Holding, Sir" balas Nelly sambil memeriksa ipad di tangan. Gibran angguk.

"Okay, thanks" balas Gibran lalu melangkah menuju ke pejabaynya sambil diekori Haifa di belakang. Nelly hanya tunduk dan pamer senyum pada Haifa. Dia yakin Haifa pasti istimewa buat Gibran kerana sudah banyak kali dilihat majikannya ini membawa Haifa masuk ke pejabatnya.

"Honey duduk dulu, I have work to do. Anything you want, just call me. Okay" kata Gibran pada Haifa sambil cium dilabuhkan pada pipi Haifa. Haifa angguk lalu mengambil tempat di sofa. Ikutkan hati malas dia mahu ikut Gibran ke pejabat tetapi apabila mengenangkan wajah Gibran yang penuh dengan rasa bimbang, diikut juga Gibran ke pejabatnya ini.

Tok tok tok

"Come in" suara Gibran berbunyi.

Daun pintu ditolak dan muncul Naz di sebalik pintu.

"Morning Sir, Madam" sapa Naz. Gibran angguk.

"Morning" balas Haifa pula.

"Are you ready Sir. We should go now. Client from Saujana Holding is here" kata Naz. Gibran pandang jam di pergelangan tangan. Dah pukul sebelas? tak sedar masa berlalu apabila sibuk dengan kerja. Gibran bangun lalu menyarung coat pada tubuhnya.

"Honey, let's go" kata Gibran sambil melangkah ke arah Haifa yang berada di sofa. Haifa tayang wajah pelik.

"Eh, kena ikut juga ke? kalau tunggu di sini je tak boleh?" soal Haifa pada Gibran. Gibran tidak membalas sebaliknya wajah Haifa dipandang tidak berkelip.

"I'm not going anywhere. Lagi pun metting tu di sini saja kan?" soal Haifa pada Gibran.

"Betul tak Naz?" soal Haifa pada Naz. Naz sudah serba salah mahu menjawab. Gibran hela nafas panjang.

"Okay.. but don't go anywhere without tell me" pesan Gibran. Haifa senyum besar sambil tunjuk tanda 'OK' pada jarinya.

Gibran bersama Naz melangkah keluar dari pejabat Gibran. Lebih kurang setengah jam selepas Gibran pergi pintu pejabat diketuk. Haifa pandang arah pintu. Kemudian perlahan daun pintu ditolak. Raffa!

"Eh, Raf. Buat apa kat sini?" soal Haifa pelik.

"Gib minta saya temankan Haifa" kata Raffa sambil tersenyum.

"Lah.. saya okay la. Risau sangat" kata Haifa yang sudah ketawa kecil.

"Eh, duduklah. Tapi elok juga awak datang, boleh borak-borak dengan saya. Boring juga tak buat apa" Haifa tayang senyum. Raffa hanya senyum sambil geleng.

"It's okay. Saya di sini saja" balas Raffa. Dia masih sayangkan nyawanya. Tidak mahu dia memancing kemarahan Gibran. Lelaki itu nampak saja begitu tapi boleh tahan juga cemburunya.

"Takkan nak berdiri kat situ?" soal Haifa tidak percaya. Takut sangat dengan Gibran.

"Hm.. sini. Awak duduk sini, saya duduk sana" kata Haifa sambil bangun dan melangkah menuju ke arah kerusi tempat duduk Gibran di meja kerjanya. Haifa labuhkan duduk tapi Raffa masih di tempat tadi.

"Raf!" panggil Haifa.

"Saya cakap duduk. Tak payah risaulah. Kalau dia marah awak, awak bagi tau saya" kata Haifa. Raffa garu kening dan akhirnya dia turutkan juga. Tak diikut nanti takut mengamuk pula, isteri Gibran ni pun boleh tahan garangnya juga.

"Awak dah lama kenal Gibran kan?" soal Haifa sebaik Raffa labuhkan duduk.

"Lama juga" balas Raffa.

"Masa dia cedera dan di rawat di hospital di London dulu, siapa yang temankan dia?" soal Haifa serius. Bukan dia tidak percayakan kata-kata Gibran sebelum ini cuma, dia hanya inginkan lebih kepastian.

"Haifa nak tanya mengenai Milia kan?" balas Raffa. Dia dapat agak apa sebenarnya yang ingin Haifa tahu. Haifa senyum senget.

"Macam tau-tau je kan" balas Haifa.

"Waktu tu Milia terima rawatan di hospital yang sama dengan Gib. Dari situlah Milia mula rapat dengan Gib tambahan pula daddy Gib minta dia bantu Milia. Milia memang ada menaruh hati pada Gib tapi Gib tak pernah terima. Pernah sekali dulu, Gib tolak cinta Milia dan penyakit lama Milia datang kembali. Dia terpaksa dirawat di hospital hampir satu bulan. Sejak itu Gibran terpaksa layan Milia" terang Raffa. Haifa hanya diam.

"Dah tu sampai bila nak jadi macam ni?" soal Haifa. Raffa hanya diam.

"Gib.." suara nyaring berbunyi sebaik pintu ditolak tanpa ketukan. Haifa dan Raffa toleh pandang ke pintu. Ah.. bala dah datang. Raffa terus tegak berdiri.

"Hey! apasal kau duduk situ?!" jerit Milia sebaik melihat Haifa yang berada di kerusi kerja Gibran. Laju kakinya meluru ke arah Haifa. Kalut Raffa mengejar. Kalau dibiar, ada yang lebam biji mata juga ni.

"Eh.. eh.. Milia" tahan Raffa sambil memegang lengan Milia. Haifa pula masih tidak bergerak. Dipandang sahaja Milia. Kata outstation! nak kena Gibran ni.

(02/10/2020 @ 2004hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience