Bab 70

Romance Completed 685128

"I don't care!" keras suara Gibran berbunyi.

"Kau tak payah nak ajar aku! Aku tahu apa yang aku buat" tambah Gibran lagi.

"Kau fikir masak-masak Gib, kau sekarang dah ada Haifa. Dah ada keluarga" Raffa cuba memujuk di sebelah sana. Gibran tegak memandang ke dasar kolam renang. Biru dan tenang airnya tetapi tidak setenang hatinya kini.

"Just do it what I said. That's your job!" suara Gibran sudah semakin tinggi.

Haifa buka mata, dipandang ke sisinya dapati ruang itu kosong. Jam di dinding dipandang, masih awal baru jam dua setengah pagi. Terus Haifa bangun duduk. Dipandang kiri dan kanan bilik tetapi kelibat Gibran tiada. Pakaian tidur di atas lantai diambil dan disarung ke tubuh. Perlahan kaki mengatur langkah ke arah kolam renang. Betul tekaannya. Susuk tubuh Gibran yang berdiri tegak di tepi kolam renang dipandang. Perlahan kaki melangkah mendapatkan Gibran yang sedang berbual di telefon. Entah apa yang dibualkan pun tidak pasti.

"Hubby" panggil Haifa. Gibran toleh ke belakang. Dilihat Haifa sedang melangkah ke arahnya.

"I'm off now. Jangan lupa send pada aku maklumat yang aku minta" Gibran berkata sebelum talian dimatikan.

"Honey.. it's cold here. Kenapa keluar.. Looking for me, hm..?" soal Gibran sambil menghulur tangan pada Haifa. Riak wajah tegang tadi terus berubah. Huluran tangan Gibran disambut Haifa lalu tubuh lelaki itu dipeluk erat. Dada bidang Gibran yang tidak berbaju itu dicium lalu kepala didongak memandang wajah lelaki itu.

"Honey cari hubby.. tapi tak jumpa, rupanya di sini" kata Haifa. Gibran hanya senyum sambil mengeratkan lagi pelukan lalu dilabuhkan cium pada dahi Haifa. Haifa jingkitkan sedikit kaki lalu bibir Gibran disapa lembut.

"Hubby berbual dengan siapa?" soal Haifa lagi. Wajah Gibran dipandang.

"Let's go in, it's cold outside" soalan Haifa tidak dibalas. Tubuh Haifa ditarik masuk ke dalam lalu sliding door ditutup rapat dan langsir ditarik. Haifa berdiri tegak tidak berganjak dibelakangnya. Gibran pusing ke belakang dan melihat Haifa memandangnya tidak berkelip.

"What?" soal Gibran seperti tiada apa-apa. Lalu melangkah melintasi Haifa menuju ke arah katil dan tubuhnya direbahkan, terlentang. Haifa jeling tajam. Aku tanya, dia boleh buat tak tau je..! Haifa atur langkah ke arah katil lalu katil dipanjat naik. Kemudian tubuh Gibran pula dipanjat dan terus dilabuhkan duduk di atas pinggulnya. Bulat mata Gibran terkejut dan mahu bangun tetapi dadanya ditolak Haifa hingga dia jatuh terbaring semula. Terkelip-kelip mata Gibran kerana terperanjat dengan tindakan Haifa.

"Masih nak teruskan rancangan hubby ke?" soal Haifa serius. Gibran toleh pandang ke kanan. Kedua tangan diletakkan di atas kepalanya. Soalan Haifa dibiarkan tanpa jawapan.

"Hubby!" panggil Haifa lagi. Gibran buat tidak dengar, mata dipejam rapat. Geram Haifa dengan tingkah Gibran lalu dipicit kedua-dua dada Gibran dan ditarik. Menjerit terkejut lelaki itu.

"Honey! what wrong with you?" soal Gibran. Laju kedua tangannya naik menggosok dada yang pedih dipicit Haifa. Haifa mahu ketawa tetapi disimpan ketawa itu.

"Not me but you! What wrong with you hubby?" soal Haifa kembali. Mencerlung tajam pandangannya pada Gibran. Gibran lepas nafas. Tangannya yang tadi menggosok dada terhenti lalu dibawa ke pinggang Haifa. Wajah Haifa dipandang.

"Honey.. you don't understand.." kata Gibran. Terbias amarah dan dendam pada matanya.

"But.." belum habis kata-kata Haifa, bibirnya ditutup dengan bibir Gibran yang sekali gerakan sahaja, Haifa sudah berada di bawah dan Gibran pula berada di atas.

"I don't want to talk about that" kata Gibran sebaik pautan bibir dilepaskan.

"Let's sleep. We going to IPK Selangor this morning. I don't want to be late" kata Gibran lalu direbahkan tubuh di sisi Haifa lalu ditarik Haifa ke dalam pelukannya. Haifa yang masih tidak berpuas hati terpaksa akur untuk turut melelapkan mata, tidak mahu lewat pagi nanti. Dalam rasa tidak puas hati, marah dan perasaan yang bercampur-campur, entah bila lena datang menjemput pun tidak disedarinya. Apa yang pasti, dia selesa dalam kehangatan pelukan Gibran. Semakin erat tubuhnya dipeluk lelaki itu.

+++

"Are you done?" soal Gibran pada Haifa yang masih berada di dalam bilik closet.

"Ya.. ya.. I'm done" balas Haifa yang sudah lengkap berpakaian berjalan keluar bersama beg di tangan.

"Okay, let's go. Ruff is ready outside" kata Gibran lalu jemari Haifa dicapai dan digenggam erat.

"Morning Raff" sapa Haifa pada Raffa yang bersandar di sisi kereta sambil bermain dengan telefonnya.

"Morning Haifa" balas Raffa lalu telefon disimpan ke dalam poket. Gibran tanpa banyak kata terus melolos masuk ke bahagian penumpang belakang, begitu juga Haifa. Raffa pula ke bahagian pemandu. Sebaik semua bersedia, Raffa terus memulakan pemanduan. Hanya Gibran dan Haifa sahaja yang masuk ke bangunan IPK manakala Raffa menanti di dalam kereta.

Rakaman percakapan berlangsung lebih kurang empat jam dan setelah selesai, Gibran dan Haifa turun mendapatkan Raffa di kereta.

"Raff, sorry lama tunggu" kata Haifa sebaik tubuh dilolos masuk ke dalam kereta. Raffa yang memandang Haifa dari cermin pandang belakang hanya pamerkan senyum.

"Kita makan dulu, lepas tu hubby hantar honey balik. Hubby nak ke pejabat." kata Gibran pada Haifa yang berada di sisinya.

"Okay.. perut pun dah lapar ni" tambah Haifa pula.

Setelah selesai makan, Gibran menghantar Haifa balik dengan kereta yang dipandu Raffa. Gibran hantar Haifa hingga ke pintu rumah. Haifa menegah tetapi katanya, 'he want to make sure her safety'. Dengan apa yang berlaku sebelum ini, tidak salah andai Gibran bimbang pada keselamatan dirinya.

"Hubby pergi dulu. Anything, call me okay, honey" pesan Gibran.

"Okay" balas Haifa bersama ciuman di pipi Gibran.

"Close the door" kata Gibran. Haifa geleng.

"Close the door" ulang Gibran. Haifa tarik muka.

"But I want to see you.." balas Haifa. Gibran lepas nafas.

"I promise, I'll be home early" pujuk Gibran.

"Promise?" soal Haifa bersama mata mengharap.

"Yup, promise. Now, get in. Lock the door. I'll be late" kata Gibran. Haifa melangkah masuk dan menutup pintu.

"Buat apa lama sangat kat atas tu?" soal Raffa marah. Berjanggut dia menunggu, sudah la tadi empat jam dia tercongok di dalam kereta menanti mereka berdua, ini tunggu lagi.. hm.. nasib kau la Raff.

"Let's go to hospital" kata Gibran sebaik dia masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang. Raffa toleh pandang ke belakang dengan dahi yang berkerut.

"What?" soal Gibran. Tegak pandangannya pada Raffa. Raffa geleng perlahan.

"Aku harap tindakan kau betul" kata Raffa lalu pemanduan dimulakan.

Tidak lama, Raffa memakirkan kereta setelah dia menurunkan Gibran di lobi. Asalnya dia mahu turut sekali tetapi Gibran minta turunkannya dahulu. Raffa tanpa lengah terus mengejar Gibran sebaik kereta diparkir. Bimbang lelaki itu melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Gibran melangkah ke arah lift. Butang lift ditekan dan tidak lama pintu lift terbuka. Laju dilolos masuk ke dalam lift dan butang nombor empat ditekan. Mujurlah waktu-waktu begini tiada orang, hanya dia sahaja di dalam lift tersebut.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Pantas kaki melangkah keluar dari lift dan diatur ke arah wad Morgan, tangan kanan sudah tersedia di dalam suitnya andai ada sesuatu yang terjadi. Sebaik sampai di kaunter jururawat, keadaan jadi kelam kabut. Terkaku Gibran di hadapan kaunter. Apa yang dah jadi. Dari suara-suara yang bercakap dapat Gibran dengar nama seseorang yang dia cari. Morgan.

"Cik, ada masalah ke?" soal Gibran pada salah seorang jururawat yang sedang sibuk menghubingi seseorang di telefon.

"Pesakit katil dua puluh enam.." tidak sempat jururawat itu menghabiskan kata-katanya. Talian telefon yang dihubungi di sebelah sana bersambut.

"Doktor, pesakit katil dua puluh enam kritikal. Tiba-tiba bleeding and he refuse treatment" kata jururawat tadi.

Terdiam Gibran. Adakah ini cuma kebetulan atau sudah ada seseorang yang bertindak? Kalau seperti yang dibincangkan, sepatutnya malam ini baru dilaksanakan tugas itu. Dalam keliru Gibran memusing ke belakang mahu kembali ke lift. Keadaan tidak sesuai untuk dia bertemu dengan Morgan sekarang. Baru pagi tadi Sand hubunginya dan memaklumkan Morgan sudah sedar dan stabil. Tetapi.. macam ada sesuatu yang tidak kena di sini.

Sedang Gibran berjalan menuju ke arah lift dengan fikiran yang tidak fokus, seorang lelaki berpakaian seperti doktor dengan muka ditutup dengan pelitup muka terlanggar bahunya dalam keadaan terburu-buru. Tertegun Gibran apabila dia bertentang mata dengan lelaki yang melanggarnya itu. Lelaki itu juga sama. Lelaki tadi tanpa lengah terus berlari ke arah tangga kecemasan.

"Hey!" jerit Gibran tetapi lelaki tadi pantas berlari dan menoleh sekali ke belakang memandang Gibran.

Tanpa buang masa, Gibran mengejar lelaki tadi hingga ke tangga kecemasan. Dapat dilihat lelaki tadi berlari laju menuruni anak tangga.

"Hey!" jerit Gibran lagi sambil dia juga turut berlari.

Laju jantungnya mengepam darah tetapi degupnya bukan sahaja kerana dia sedang berlari tetapi disebabkan mata lelaki tadi.

"Hey! I said stop!" jerit Gibran lalu tanpa berfikir panjang Gibran terus melompat dari anak tangga paling atas ke arah lelaki yang sedang berlari di anak tangga bawah. Berguling-guling kedua mereka. Gibran pantas bangun berdiri, begitu juga dengan lelaki tadi. Tanpa lengah Gibran mulakan serangan. Dia sendiri tidak pasti dengan tindakannya. Kalau betul lelaki itu yang melalukan sesuatu pada Morgan, sepatutnya dia patut bertepuk tangan tetapi mengapa dia mengejar lelaki ini pula?!

Kedua mereka saling berbalas dan menahan serangan. Tidak kurang hebat lelaki ini jika dibandingkan dengan Gibran. Gibran memerhati wajah lelaki tegap di hadapannya ini dan entah macam mana, rasa hati Gibran kuat sekali mahu mencabut pelitup muka pada wajah lelaki itu. Bagaikan dimakbul. Tanpa sengaja tangannya tertarik pelitup muka yang dipakai lelaki tadi sewaktu menyerang balas. Terus terkaku Gibran dengan mata tidak berkelip. Lelaki tadi senyum senget.

"Surprise" garau suara lelaki itu berbunyi. Terkelip-kelip mata Gibran tidak percaya.

Lelaki itu ketawa sambil menanggalkan coat putih yang tersarung pada tubuhnya. Rambut yang sedikit kusut dirapikan dengan jari. Gibran masih lagi tegak memandangnya tanpa kata. Lelaki itu ketawa lagi.

"What? speechless?" kata lelaki itu bersama gelengan kepala.

(11/12/2020 @ 1034hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience