Bab 83

Romance Completed 684982

"Kau okay ke ni? kita ke klinik nak?" kata Intan pada Haifa. Haifa geleng.

"Eh, tak payahlah. Over la kau ni. Sikit je, macam tak biasa pula kalau setakat bengkak luka macam ni. Kau tu, tak nak ke klinik?" soal Haifa.

"Aku sikit je. Kau la" kata Intan sambil menanggalkan hoster di paha kanannya lalu diletakkan di atas kerusi di tepi dan dia kemudian menarik dagu Haifa untuk memeriksa.

"Bengkak ni. Tak guna betul" marah Intan. Haifa ketawa.

"Yang kau emo sangat ni kenapa?" soal Haifa sambil menanggalkan baju kalis peluru di badan.

"Dah.. dah.. suspek dah lunyai pun kau bubuh tadikan. Apa lagi. Kalau tak puas, esok kita tambah lagi. Apa susah" usik Haifa. Menjeling Intan lalu ditumbuk bahu kiri Haifa.

"Argh!" Haifa terjerit.

"Eh, sorry-sorry. Lupa" laju Intan meminta maaf sambil tangannya naik mengusap bahu Haifa. Ini semua berpunca daripada suspek kes culik yang dikejar mereka tadi. Puas juga dia bergasak, nasib baik Intan datang membantu. Tumbang juga akhirnya.

"Haifa" panggil Intan sambil menggeleng kepala. Apa la yang difikirkan Haifa ni, mujurlah semasa operasi tadi dia tidak hilang fokus. Kalau tidak, boleh hilang nyawa jadinya.

"Haifa! hilang lagi" tegur Intan. Haifa hanya tersengih.

"Hah, Intan, Haifa tak balik lagi?" sapa Aniq. Intan dan Haifa yang tadi sedang duduk di tepi bilik mesyuarat terus bangun berdiri hormat.

"Belum, baru nak balik Tuan" balas Intan. Haifa hanya tersenyum sahaja. Aniq angguk.

"Haifa, Intan awak berdua tak nak ke klinik ke?" soal Aniq. Bimbang juga dia, baru kerja tak sampai seminggu sudah lebam begini.

"Saya sikit je, Haifa ni. Saya dah ajak tapi dia tak nak" adu Intan. Haifa laju menyiku lengan Intan. Itu pun nak bagitau ke!

"Tak apa Tuan. Sikit je ni. Balik saya tuam dan sapu ubat, esok okay la. Bukan tak biasa" balas Haifa sambil dijeling tajam pada Intan. Aniq geleng kepala.

"Hm.. sama saja awak berdua ni. Esok stand by, kalau ada apa-apa saya call. Tak perlu datang pejabat" kata Aniq. Terkebil-kebil mata kedua pegawai polis wanita itu.

"Terima kasih Tuan" kata Intan dan Haifa serentak. Aniq angguk.

"Dah, balik. Rehat" kata Aniq lagi lalu melangkah meninggalkan Intan dan Haifa. Haifa pandang Aniq yang sudah berjalan meninggalkan mereka.

"Oit, mata tu.. tengok apa?" tegur Intan.

"Dah.. ingat suami sendiri ya" usik Intan. Memerah wajah Haifa.

"Kau ni! merepek" marah Haifa sambil menepuk lengan Intan. Terkekek ketawa Intan.

"Dah la, jom balik. Aku nak simpan barang-barang ni dalam pejabat sekejap" kata Haifa. Intan angguk.

+++

"Adik" tegur Puan Fazidah pada Haifa. Haifa yang baru membuka daun pintu rumah terperanjat jadinya.

"Umii!" tegur Haifa.

"Umii buat apa tak tidur lagi. Terperanjat adik" kata Haifa sambil menutup daun pintu. Puan Fazidah pula sudah laju berjalan mendapatkan Haifa.

"Adik.. kenapa dengan muka ni?" soal Puan Fazidah bimbang bersama tangannya yang sudah naik memeriksa pipi Haifa yang memerah dan hujung bibir yang luka. Terteleng Haifa mengelak.

"Tak ada apa la Umii.. biasa la kerjakan" balas Haifa dan mahu melangkah ke arah tangga tetapi pantas lengannya dipegang Puan Fazidah.

"Mandi cepat, lepas tu turun sini. Umii sapu ubat" kata Puan Fazidah. Haifa baru mahu buka mulut membalas tetapi jari telunjuk Puan Fazidah sudah tegak depan muka Haifa. Terdiam Haifa tidak bersuara, hanya kepala sahaja yang diangguk.

Tidak lama selepas membersihkan diri, Haifa turun ke tingkat bawah. Waktu itu Puan Fazidah sudah berada di ruang tamu bersama first aid dan dulang mengandungi air coklat panas serta biskut.

"Umii" sapa Haifa.

"Sini, duduk" panggil Puan Fazidah sambil memberi ruang di sebelahnya untuk Haifa duduk. Perlahan Haifa melabuhkan duduk. Puan Fazidah pula terus menjalankan tugasnya. Disapu ubat pada pipi dan hujung bibir Haifa yang merah. Kepala digeleng.

"Kenapa Umii?" soal Haifa apabila melihat Puan Fazidah yang tiba-tiba menggelengkan kepala.

"Ini, kalau Gib tahu.." kata Puan Fazidah.

"Eh, Umii jangan bagitau Gib. Dia sibuk uruskan hal di sana. Adik tak nak ganggu dia" laju Haifa memintas.

"Kenapa boleh jadi macam ni?" soal Puan Fazidah sambil menyimpan semula ubat-ubatan.

"Hm.. kerja Umi..macam ni la. Dah biasa kan.." balas Haifa.

"Nah, makan biskut dengan air panas ni. Lepas tu makan ubat. Biar kurang bengkak dengan sakit tu" kata Puan Fazidah.

"Mana Umii ambil ubat ni semua?" soal Haifa.

"Umii minta dari Akim" balas Puan Fazidah.

"Akim?" soal Haifa. Aduh, kalau Akim tahu tak mustahil Gibran akan tahu. Ish, Umii ni.. Baru sahaja Haifa selesai makan ubat, telefon bimbitnya yang berada di atas meja berbunyi. Nama pemanggil pada skrin dipandang. Alamak! Puan Fazidah pandang skrin telefon Haifa yang berkelip.

"Dah kenapa tak dijawab?" soal Puan Fazidah yang sudah berdiri menatang dulang. Haifa memandang Puan Fazidah dengan wajah cuak.

"Video call tu" balas Haifa.

"Apa masalahnya, jawab je la" kata Puan Fazidah pelik.

"Umii! takkan adik nak jawab dengan muka macam ni!" balas Haifa. Deringan telefon tadi berhenti. Nampak lega pada wajah Haifa. Tiba-tiba berbunyi lagi.

"Aduh.." nak tak nak, diambil juga telefon tu lalu berlari Haifa naik ke bilik dan lampu bilik tidur ditutup. Nampak suram-suram sahaja. Pantas dia melompat ke atas katil lalu icon hijau digesek. Huh mintak-mintak la Gib tak nampak sangat bengkak muka aku ni.

"Hubby.." sapa Haifa dengan senyum. Wajahnya sengaja dilindungi sedikit dengan bantal yang dipeluk. Gibran tidak bersuara, sebaliknya tajam pandangannya pada Haifa.

"What happened?" soal Gibran. Tegang sahaja bunyi suaranya.

"What?" soal Haifa kembali. Buat-buat tidak mengerti.

"Your face, let me see your face" kata Gibran. Ah, sudah. Nak tengok muka pula..

"Mana ada apa" balas Haifa mengelak.

"Honey!" keras suara Gibran berbunyi. Aduh..

"Okay.." balas Haifa lalu dialihkan bantal yang menutup separuh wajahnya tetapi hanya seketika dan ditutup kembali. Hanya nampak mata sahaja. Tegang wajah Gibran. Nampak wajah tidak puas hati.

"See.. okay kan" kata Haifa. Kecil sahaja mata Gibran memandang Haifa. Mujurlah dalam telefon, kalau depan-depan.. memang dah kena.

"Okaylah.. honey dah mengantuk ni. Good night hubby.. love you" kata Haifa lalu tangan naik menyentuh icon merah.

"Fuh!" lega Haifa. Telefon diletakkan di meja sisi.

"Umii la ni.. kecoh betul la" Haifa sudah membebel. Tiba-tiba bunyi mesej masuk. Tangan Haifa mencapai telefon bimbitnya. Hubby?

Icon whatsapp disentuh. Mesej dari Gibran dibaca.

Gibran: Dare you turn off the phone!

Haifa: Sorry hubby.. I'm sleepy (disertakan icon huruf zzz)

"Sorry hubby" bisik Haifa lalu skrin telefon yang terpapar wajah Gibran diciumnya. Tidak lama laju sahaja mata mengundang kantuk.

+++

"Ibu" sapa Amin sebaik melihat Haifa melangkah menghampiri ruang makan.

"Eh, kenapa muka ibu?" soal Amin lalu turun dari kerusi lalu menghampiri Haifa yang sudah melabuhkan duduk.

"Tak ada apalah. Sikit sahaja ni" balas Haifa.

"Ibu tangkap orang jahat ke?" soal Amin yang sudah melabuhkan semula duduknya di kerusi. Haifa tersenyum.

"Haah, ibu tangkap orang jahat" sampuk Puan Fazidah yang datang membawa mangkuk mengandungi bihun goreng.

"Wah.. hebatnya ibu" Amin menepuk tangan suka.

"Dah, makan. Nanti lambat ke sekolah" tegur Puan Fazidah.

"Hari ni biar adik la hantar Amin" kata Haifa.

"Tak kerja ke?" soal Puan Fazidah sambil mengisi bihun ke dalam pinggang di hadapan Amin.

"Tak, tapi standby. Kalau ada-apa nanti, Tuan Aniq call" balas Haifa sambil menyisip teh panas.

"Betul ke ibu hantar Amin?" soal Amin sambil menyuap bihun ke mulut.

"Haip! makan jangan bercakap nanti tersedak" tegur Puan Fazidah. Amin laju menelan bihun dalam mulut.

"Maaf nenek" ucap Amin.

"Dah.. makan, ibu hantarkan sekejap lagi" kata Haifa.

"Ibu, nak naik motor boleh?" soal Amin. Tertegak Puan Fazidah memandang Haifa, besar matanya tanda melarang.

"Boleh.." balas Haifa sambil tersenyum pada Puan Fazidah. Terjerit suka Amin.

"Adik! sini bandar sibuk. Bukan macam di kampung tu. Bahaya" marah Puan Fazidah.

"Umii.. tak payah la risau sangat. Tau la adik" balas Haifa. Tergeleng kepala orang tua itu.

"Dah siap? jom" ajak Haifa lalu bangun dari kerusi. Tangan Puan Fazidah disalaminya dan diikuti Amin. Puan Fazidah menghantar Haifa dan Amin hingga ke muka pintu.

"Hati-hati bawa motor tu. Jangan laju sangat" pesan Puan Fazidah. Akim dan Randy yang baru tiba terus menegur Haifa.

"Eh, Puan Haifa nak ke mana?" soal Akim.

"Saya nak hantar Amin ke sekolah" balas Haifa sambil menyarung topi keledar. Bulat mata kedua mereka.

"Eh.. tak boleh. Sir tak benarkan. Kalau Puan nak hantar juga boleh tapi naik kereta. Saya atau Randy yang pandu" laju Akim bersuara. Haifa hanya tersenyum sambil memanjat naik motorsikal Triumph Tiger 900 milik Gibran dan enjin dihidupkan. Amin juga laju mengikutnya dan memeluk rapat tubuh Haifa di belakang. Akim dan Randy sudah cuak. Mati la kalau Sir tahu ni..

"It's okay.. kalau risau sangat.. follow saya dari belakang" kata Haifa lalu trotel dipulas dan mengaum motorsikal meluncur pergi. Apa lagi kalut dua orang itu melolos masuk ke dalam kereta dan memecut pergi. Tergeleng kepala Puan Fazidah dan Kak Ina yang berada di muka pintu.

"Wah.. bestnya ibu" kata Amin sebaik sampai di hadapan pintu sekolah. Haifa membantu menanggalkan topi keledar Amin.

"Nanti ibu ambik Amin naik motor juga ya" pinta Amin. Bersinar-sinar wajah anak saudaranya itu. Haifa senyum sambil mengangguk.

"Boleh.. tapi Ibu tak janji. Kalau Ibu tak kerja, Ibu datang tapi kalau Ibu tak ada, Amin kena balik dengan abang Akim atau abang Randy, okay?" soal Haifa. Waktu itu Akim dan Randy baru sampai, berlari mereka mendapatkan Haifa dan Amin di tepi pagar sekolah.

"Okay ibu. Amin masuk dulu" kata Amin setelah tangan Haifa disalaminya. Kepala Amin diusap perlahan. Amin berlari masuk ke sekolah apabila ada rakan-rakan melambai ke arahnya.

"Puan" tegur Akim. Haifa toleh pandang pada Akim.

"Puan nak ke mana selepas ni?" soal Akim.

"Kenapa?" soal Haifa kembali sambil menyerahkan topi keledar kepada Randy.

"Kalau Puan nak balik, kita naik kereta la. Motor biar Randy yang uruskan" kata Akim. Haifa senyum.

"Saya nak pusing-pusing sekejap. Kalau tak ada apa-apa, lepas tu saya balik" balas Haifa lalu visor topi keledar diturunkan dan trotel dipulas. Laju motorsikal meluncur pergi.

"Aku dah cakap, tak naknya dia nak balik naik kereta" kata Akim.

"Dah la, jom balik" tambah Akim lagi.

(08/01/2021 @ 1254hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience