Bab 58

Romance Completed 684982

"Dan, macam mana dengan yang aku minta tolong tu, dah dapat ke?" soal Qais sebaik melabuhkan duduk di hadapan Danny.

"Kalau ya pun, order la dulu. Haus ni" kata Danny sambil tersenyum. Qais menjeling tajam.

"Kau kenal Victor?" soal Danny setelah pesanan dibuat. Qais kerut kening.

"Victor?" soal Qais kembali.

"Yup, Victor. Lelaki ni yang upah lelaki bertopi tu untuk mengintip Sand" terang Danny. Qais diam sambil berfikir.

"Aku tak pernah dengar pula nama ni tapi tak tahulah kalau Sand" balas Qais.

"Apa yang Victor nak dari Sand?" soal Qais.

"Lelaki tu tak pasti apa yang Victor nak, tugas dia cuma pantau dan lapor pada dia." balas Danny. Tidak lama pesanan dihantar.

"Kau tak pernah dengar Sand sebut nama tu?" soal Danny sambil menyedut tembikai laici. Sejuk rasa tekaknya. Qais geleng perlahan.

"Kau tolong hantar orang tengok-tengokkan Sand di hospital. Aku dapat rasa macam ada sesuatu yang tak kena" pinta Qais.

"Don't worry. Aku dah minta orang aku tengok-tengokkan Sand. Ada apa-apa aku bagitahu kau" kata Danny.

"Thanks Dan" balas Qais.

"Hm.. tapikan, bukan Sand sahaja" kata Danny.

"Maksud kau? ada orang lain?" soal Qais tidak mengerti.

"Siapa? takkan Haifa pula" tambah Qais.

"Yup, Haifa. Aku pun tak faham apa kaitan Haifa dan Sand dengan Victor" kata Danny lagi. Qais diam sambil berfikir. Siapa Victor ni? ada kena mengena dengan Maria ke? kalau betul tekaannya, Sand dan Haifa dalam bahaya.

"Q, kau dengar tak apa aku cakap ni?" soal Danny sambil lengan Qais disentuhnya. Terdongak Qais memandang Danny di hadapan.

"Sorry. Kau cakap apa tadi?" soal Qais.

"Tak.. Haifa" kata Danny.

"Kenapa dengan Haifa?" soal Qais. Danny garu kening.

"Itu la, berbuih mulut aku bercakap, rupanya bercakap seorang diri, yang kau dah terbang ke mana pun tak tau" bebel Danny. Qais jungkit bibir.

"Sorrylah, aku fikirkan pasal Sand" balas Qais sambil air minuman disisip.

"Sand okay lagi, sebab dia boleh dikatakan sihat. Haifa tu, masih belum sedar diri. Senang sangat orang nak buat apa-apa kalau tak ada pemantauan" luah Danny. Qais angguk setuju. Bahaya bagi Haifa kalau ditinggalkan tanpa penjaga.

"Hm.. itu kau jangan bimbang, biar aku uruskan. Apa pun thanks" balas Qais.

+++

"Raf" sapa Qais apabila melihat kelibat Raffa yang tercari-cari dirinya. Sebaik mendengar namanya dipanggil, laju Raffa menoleh dan melajukan langkah kaki ke arah Qais yang sudah menantinya di meja.

"Sorry lambat" kata Raffa sambil salam dihulur.

"It's okay. Aku pun baru sampai" kata Qais.

"Ada apa nak jumpa ni, macam penting bunyinya" soal Raffa terus sebaik dilabuhkan duduk di hadapan Qais. Qais tarik nafas panjang.

"Aku tak pasti samada kau dan Gib sedar atau tak tentang perkara ini" Qais mulakan kata.

"Maksud kau?" soal Raffa tidak mengerti.

"Ada orang sedang memerhatikan Sand dan Haifa" Qais terus terang. Dah diagak perkara ini.

"Lelaki bertopi?" soal Raffa. Qais angguk.

"Mana kau tahu?" soal Qais pula.

"Lelaki tu pernah ekori aku hingga ke wad Haifa tapi bila aku cari semula dah tak berjumpa. Ada juga sekali tu sengaja aku tunggu di lobi hospital tapi tak muncul pula" terang Raffa.

"Lelaki tu orang suruhan Victor" kata Qais. Mendengar sahaja nama itu, tegang jadinya wajah Raffa. Melihatkan raut wajah Raffa tidak sukar untuk Qais meneka.

"Kau kenal Victor?" soal Qais. Kuat Raffa mendengus.

"Orang kepercayaan Morgan" balas Raffa geram.

"Siapa Morgan?" soal Qais. Ini kali pertama nama itu didengarnya.

"Uncle Gibran" terang Raffa. Tersandar Qais mendengarnya. Tak hairanlah Sand dan Haifa jadi sasaran.

"Mana lelaki bertopi tu?" soal Raffa. Qais diam tidak membalas. Raffa angguk faham.

"So, apa yang kau nak buat sekarang dengan keadaan Haifa yang masih belum sedarkan diri tu? agak bahaya kalau dibiarkan dia keseorangan" Qais luahkan rasa bimbangnya.

"Itu biar aku uruskan" balas Raffa. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah.

"Gib tahu pasal ni?" soal Qais. Raffa geleng.

"Aku tak nak dia terbeban lagi dengan apa yang dah sedia ada. Biar aku uruskan. Apa pun thanks Q" balas Raffa.

"Sand tu kawan aku, apa yang aku boleh bantu, aku pasti bantu" balas Qais.

+++

"Raf, hari ni kau datang awal sikit" kata Gibran pada Raffa ditalian. Waktu itu dia baru selesai berjumpa dengan Qais.

"Boleh, ada apa-apa yang penting ke?" soal Raffa bimbang.

"Aku ada metting nak kena hadir" kata Gibran. Bukan dia takutkan Milia kerana wanita itu beritahu dia akan datang esok pagi tetapi dia perlu ke pejabat kerana ada mesyuarat penting yang terpaksa dihadiri.

"Okay, jam tujuh aku sampai" balas Raffa di hujung talian.

+++

Pagi itu seawal jam tujuh Raffa telah sampai di wad Haifa bersama Naz. Gibran pula telah siap berpakaian dan terus ke pejabat bersama Naz manakala Raffa pula menemani Haifa di wad. Hampir jam dua petang Gibran hubungi Raffa memaklumkan dia dalam perjalanan ke hospital. Disebabkan Gibran akan sampai tidak lama lagi, Raffa mengambil kesempatan turun ke cafetaria untuk membeli makan. Ingatkan sekejap sahaja tetapi tidak sangka pula ramai pelanggan yang memenuhi ruang makan. Hampir empat puluh minit juga Raffa meninggalkan Haifa. Sebaik selesai membeli makan, Raffa terus bergegas ke wad Haifa.

Raffa tolak daun pintu wad Haifa dengan tangan kiri manakala tangan kanan pula menjinjit beg plastik makanan.

'Pap'

Plastik makanan jatuh ke lantai.

"Haifa!" jerit Raffa apabila melihat katil Haifa kosong.

"Raf, what's wrong?" soal Gibran yang kebetulan baru sampai memanggil Raffa dari arah belakang. Kelu lidah Raffa untuk berkata, kepala ditoleh pada Gibran. Gibran kerut dahi dan sebaik pandangan di buang ke dalam wad, bulat matanya melihat katil Haifa kosong.

"Raf, where's Haifa!?" tinggi suara Gibran bertanya.

"Aku sampai memang Haifa dah tak ada" balas Raffa bimbang. Gibran tidak membalas sebaliknya terus berlari ke arah kaunter di hadapan.

"Nurse, where's my wife?" soal Gibran dengan wajah tegang.

"Puan Haifa?" soal salah seorang jururawat yang berada di kaunter.

"Siapa lagi? Haifa la!" tinggi suara Gibran bertanya. Raffa kalut datang ke arah kaunter. Silap haribulan ada juga yang mati nanti.

"Tak ada dalam wad ke?" soal jururawat tadi. Walaupun merah padam wajahnya kerana menahan sabar tetapi tetap dipamerkan wajah selamba.

"No need I ask if she inside!" kuat suara Gibran bergema. Sudah hilang budi bahasanya.

"Maaf ya Encik, saya tak pasti, saya baru masuk tugas." balas jururawat bernama Norimi.

"Eh, Za" panggil Norimi pada seorang lagi jururawat yang berada di kaunter.

"Ada sesiapa yang bawa keluar Puan Haifa ke?" soal Norimi bimbang.

"Tak pasti la, rasanya tak ada tapi tak tau la sebab tadi aku ke wad hujung. Cuba tanya Anis, kalau ikutkan sekarang ni, waktu dia melawat pesakit di wad" balas Liza yang sudah berdiri. Tiba-tiba telefon bimbit Gibran berbunyi. Laju tangan mengambil telefon dari poket seluar. Skrin telefon dipandang dengan dahi berkerut.

'Private number'

Icon hijau digesek.

"Hello Gibran" sapa suara di sebelah sana. Kuat Gibran menggenggam tangan.

"Morgan!" keras suara Gibran berbunyi. Raffa yang berada di sisi Gibran terkaku diam. Kuat jantung berdegup.

"Where Haifa?" kasar Gibran bertanya. Morga ketawa suka.

"Oh, pity of you. Loss your wife?" ejek Morgan di sebelah sana.

"Hey! I ask you, where's Haifa?" kuat suara Gibran bergema. Tertegak berdiri dua orang jururawat tadi.

"You know what I want is it?" mendatar suara Morgan di hujung sana.

"I don't understand what you are saying" Gibran membalas. Morgan ketawa kuat.

"Don't make it hard, Gib. I know you know what I'm say" balas Morgan.

"Where's Haifa?!" tinggi suara Gibran. Morgan ketawa lagi.

"Don't you dare to lay even one finger on Haifa!" keras amaran Haifa.

"One more time I ask, where Haifa?" soal Gibran.

(01/11/2020 @ 1352hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience