Rose menuju ke mejanya. Kelmarin, satu hari program tu tidak diikutinya, hanya kerana orang yang mengaku sebagai suaminya.
Dan, kerana takut gambar dia dan Eiyril tersebar, terpaksa dia naik ke bilik Eiyril malam ni. Dan, sempat dia melihat Eiyril yang hanya melihat ke arahnya seakan pemangsa yang menanti makanannya.
***
"Rose okay ke dekat sana?" Soal Khairil. "Okay je Abang.. anak Rose okay tak?" Soal Rose. "Okay, takda masalah. Betul ke Rose okay dekat sana? Ke ada orang jumpa Rose ke?" Soal Khairil. Dia tahu perihal Eiyril ketua program di sana.
"Err... Takde pun Abang. Hehhe, okaylah.. program dah mula ni. Abang jaga diri ye, jaga juga anak Rose" kata Rose mematikan panggilan. Perihal dia berjumpa kembali dengan Eiyril terpaksa dirahsiakan kerana dia diugut oleh Eiyril.
***
"Kau biar betul, Eiyril. Muka dia sebiji Hana" kata Erul di dalam group whatapps mereka. Ahli di dalam tu termasuklah Hani, Khuzaimi, Sandra, Erul, dan dia.
"Hana... Akak rindu dia, Eiyril ." Bunyi whatapps daripada Kakak Hani. Semua memang merindukan sosok insan yang hilang daripada pandangan mereka.
"Tapi, tulah.. dia langsung tak kenal aku. Budak Fahmi tu buat cerita pasal aku yang tinggalkan dia. Sekarang, aku tak tahu macam mana nak pulih ingatan dia balik" panjang berjela whatapps daripada Eiyril.
"Aku yakin dia Hana. Tapi, tu Eiyril jangan risau. Pastikan sekarang ni dia tak lari lagi. Dan, kita sama-sama pulihkan balik ingatan Hana" kata Sandra.
***
Eiyril datang ke mejanya dengan membawa dua piring di tangannya. Rose sudah mencebik melihat Eiyril.
Bencinya kepada lelaki di hadapan ini meluap-luap. Eiyril terus menyerahkan piring itu kepada Hana.
"Makan Hana.." arah Eiyril. Rose menolak piring tersebut, "saya boleh ambil sendiri lah.." kasar suara Rose.
"Makan!" Tegas suara Eiyril, walaupun perlahan namun boleh menakutkan Rose sedikit. Akhirnya, Rose makan bersama Eiyril. Eiyril merindukan saat ini, walaupun dia tahu untuk mengapai hati Hana dan mengingatkan Hana kembali akan menjadi sukar baginya.
"Kita boleh mula semula, dan Abang sanggup demi Hana.." kata Eiyril. "Ahh, apa? Apa you cakap?" Kata Rose.
"Nothing.." kata Eiyril sambil tersenyum. Dan, entah kenapa senyuman itu paling indah dirasakan oleh Rose.
***
Rose mengeliatkan badannya dan terus merehatkan diri di katil. Seharian rasanya dia kepentan akibat berprogram, kasutnya yang belum dibuka, dibuka oleh Eiyril.
Kadangkala dia pelik, melihatkan perangai Eiyril yang prihatin terhadapnya, kenapa perlu dia mencari perempuan lain?
Eiyril juga turut merebahkan dirinya di sebelah Hana dan memeluknya. "Anak kita sihat?" Soal Eiyril. Rose yang ketika itu menutup matanya hanya menganggukkan namanya.
"Siapa nama dia? Airil Elfian ke?" Soal Eiyril. "A ah.. macam mana you tahu?" Soal Rose.Namun, soalan itu dibiarkan sepi oleh Eiyril. "Dari mana dapat idea nama tu?" Soal Eiyril lagi.
"Entah lah.. macam sedap je nama Airil Elfian tu. Saya suka nama tu" kata Rose. Eiyril terus memeluk isterinya, dia sedikit gembira apabila Hana tidak memprotes, berkemungkinan Hana penat.
"Penat? Kalau penat.. tidur lah." Kata Eiyril. Dan, dia tahu cara menidurkan Hana dengan membelai keningnya dan tak lama selepas itu, kedengaran dengkuran halus dari mulut Hana.
"Abang tahu isteri Abang.." bisik Eiyril lantas melepaskan ciuman di bibir isterinya.
"Kalau tak menyabar, memang dah lama daa.. sabar lah Eiyril. Paling penting, kau dah dapat isteri kau. Abang harap Hana tak hilang lagi. Dan, tiba masanya untuk pulihkan kembali ingatan Hana." bisik Eiyril.
Esok Killa tak update tau :)
Share this novel