Semenjak kejadian diusap kepala oleh Eiyril. Hana mulai menjauhkan diri daripada Eiyril. Kerana, Eiyril sudah mulai mengetahui kelemahan Hana.
Hana cuba mengintai bahagian bawah, takut-takut dia Eiyril ada di bawah. Seperti lagak pencuri dia memastikan bahawa Eiyril tiada di bawah.
"Cik Hana" tegur Tina.
"Oh mak kau. Tina.. terkejut saya" kata Hana. Jantung berdegup laju. Dan, Tina hanya memberikan senyuman kepada Hana. "Cik Hana cari siapa? Fikree?ke Tuan Eiyril?" soal Tina.
Hana hanya tersenyum... " Er.. Encik Eiyril ke mana ye?" soal Hana. Sedikit malu dia bertanyakan mengenai Eiyril kepada Tina.
"Owh.. Encik Eiyril. Dia seminggu ni pergi oversea. Mereka ada seminar antarabangsa mengenai penerbitan buku. Sebelum terlupa, ni ada kiriman untuk Cik Hana daripada Encik Eiyril" kata Tina menyerahkan kotak kepada Hana.
"Owh.. bagus lah seminggu Encik Eiyril takda dekat sini. Tenang hidup saya. Yayy!!" jerit Hana kesukaan. Lantas dia ke sofa membuka kotak yang diberikan kepadanya oleh Eiyril.
*******
"Ril.. sudah-sudah lah tu baca novel. Meh lah makan, aku suapkan. Kau tak lapar ke? Aku sangat lapar, kau tau tak.. dah lah sejuk dekat sini" rungut Erul.
Eiyril hanya diam membaca novel Hana. Seakan dia membawa Hana ke sini kerana novel Hana ada dalam tangannya.
"Ril.. Makan lah. Aku tahu kau rindu Hana, aku pun rindu Sandra. " rungut Erul lagi.
Eiyril tersenyum sinis, "ada aku tanya kau rindu Sandra ke tak?" soal Eiyril.
"Eleh kau.. Dah cukup baik Sandra nak tolong kau tau. Kalau tak, sampai sekarang korang masih bermasam muka. Sepatutnya, kau kena berterima kasih dekat Sandra" kata Erul. Eiyril hanya mencebik namun ada betulnya kata Erul.
"Kau dah sukakan Hana ke, Ril?" soal Erul. Eiyril hanya memandangnya tajam. Suka? Entahlah, dia pun kurang pasti. Namun, yang pasti dia tidak sabar balik ke Malaysia untuk bertemu dengan Hana. Senyumannya, jelingannya, ekspresinya, dan paling penting suaranya.
"Ke.. kau masih sayang dengan ... " kata Erul yang belum sempat menghabiskan kata-katanya lantas dijeling oleh Eiyril.
"Jangan sebut nama dia kalau kau tak nak muntah darah. Dah, makan.. " arah Eiyril. Masa lalu biarlah masa lalu.
******
Hana berhati-hati membuka kotak yang dititip oleh Eiyril. Ada patung hamster yang warnanya seperti Tutu dan ada surat. Dibuka surat tersebut.
To,
Miss Hana Roselyn.
"Siapkan novel aku!"
From,
Eiyril Elfian bin Julhairi.
Hana terketawa membaca isi surat Eiyril. Ingatkan pesanan Eiyril suruh menjaga diri sepanjang ketiadaannya tetapi arahan yang diberikan. Namun, yang paling kelakar lagi, Eiyril memberikan patung hamster yang bersaiz agak besar. Sesuai untuk dipeluk.
"Terima kasih Encik Eiyril. Comel hamster ni. Macam Tutu" kata Hana, gembira.
******
"Kau masih berharap ke Ril, dengan dia?" soal Erul. Faham Eiyril siapa yang mereka bicarakan ini. Perempuan itu.
"Aku sentiasa doakan dia. Dah lah Erul, aku malas nak bahas. Lagi baik, aku balik bilik. Dah, jumpa esok" kata Eiyril. Erul hanya diam memerhatikan langkah sepupunya itu.
"Semoga berjodoh lah kau dengan Hana. Aku nampak korang memang serasi. " bisik hati Erul.
Share this novel