"Terima kasih atas semuanya, Hana. Anyway, ni untuk Hana." Kata Eiyril menyerahkan bakul kepadanya. "Dan, yang ini untuk anak kita. Sampai masa, nanti Abang jumpa anak Abang." Kata Eiyril lantas mencium dahi Rose.
Sedikit tersentuh Rose dengan perlakuan Eiyril. Seakan dia pernah berada di situasi ini. Namun, dalam ingatannya hanya sekadar bayang-bayang.
***
"Rose . Rose.. dengar tak Abang cakap ni?"Soal Khai bertalu-talu dalam kereta.
"Ahh, apa dia? Maaf, Rose tengah berfikir tadi.." kata Rose. Khai sudah mendengus, "Rose kena ingat Rose. Siapa yang selama ni menjaga Rose. Bukan suami Rose tak guna tu. Kalau abang di tempat Rose, Rose dah minta cerai dah.." kata Khai, cuba menghasut.
Rose hanya terdiam, apa betul suaminya begitu.
***
Rose yang sudah siap mandi dan berpakaian menuju ke katil. Anaknya sudah tidur. Rose membuka bakul yang diberikan oleh Eiyril kepadanya.
Ada novel dan juga ada baju untuk anaknya. Dan, ada nota daripada suaminya dalam bakul tersebut.
"Untuk mencari diri Hana, carilah orang yang rapat dengan Hana. Yang mengenali Hana.." kata nota tersebut.
Rose membelek novel tersebut. "Baik aku baca novel ni.. mungkin aku dapat jawapannya." Kata Rose.
***
"Mama.. mama..." Airil mengejutkan Rose yang tertidur di lantai. "Anak mama.. " kata Rose memeluk anaknya. Entah kenapa dia merindukan Eiyril sangat. Dan, setelah dia membaca novel mengenai Eiyril.
Seakan suaranya yang berkata dalam mindanya. Terngiang-ngiang dalam fikiran. Memang sah, novel ni ditulisnya.
***
"Abang Khai harap Rose buka minda Rose untuk berfikir mana yang betul dan mana yang salah. Abang Khai tak nak Rose jadi macam dulu lagi" hasut Khai dalam keretanya.
Rose hanya merenung ke luar jendela. Entah kenapa hatinya tidak sabar bertemu Eiyril.
Sesampainya mereka di pejabat, dia terus menuju ke bilik Eiyril dan sedang meneliti laporan kewangan syarikat tersebut, "good morning sayang.. buatkan Abang kopi ye." Pinta Eiyril.
Pantas Rose menutup pintu dan menguncinya dari dalam, "Encik Eiyril. Boleh tolong saya.." pinta Rose, ada getaran di suara Rose.
Eiyril sudah pelik merenung Hana dan dia melihat mata Hana yang berkaca, dia cepat-cepat menuju ke arah Hana.
"Hey.. what's wrong sayang??" Soal Eiyril, risau. Rose sudah menangis.. "can you hug me, please? Saya tak tahu kenapa dengan saya sekarang.. Saya baru baca novel yang Encik bagi kelmarin. Dan, entah kenapa hati saya macam merindukan awak. Sangat... Saya" belum sempat Rose berkata. Terus Eiyril memeluk Hana. Dia tahu apa perasaan itu.
Perasaan rindu yang teramat seperti mana dia merindukan isterinya selama tiga tahun kehilangannya. Namun, dia bersyukur.. dia ada memori itu bersama Hana. Namun, tidak Hana.. Hana tiada memori itu namun cuma ada perasaan rindu yang membuatkan dia keliru dengan diri sendiri.
"Just cry Hana... Lepaskan semuanya. Apa yang Hana rasakan.." bisik Eiyril. Sambil mendengar sedu-sedan Hana di dadanya.
***
"Maksudnya? Syarikat kita terlibat dengan syarikat Eiyril dulu?" Soap Khai.
"Ye Bos.. macam kerjasama lah katakan. Kata Tuan Eiyril. Macam mana syarikat nak maju kalau tak bekerjasama dengan syarikat gergasi. Dan, jangan terkejut kalau ada projek yang memerlukan tenaga kerja daripada syarikat kita untuk bekerja bagi syarikat Tuan Eiyril." Terang Aulia, panjang.
Khai sudah terdiam, dia memang ketua syarikat ini. Namun, hanya sekadar nama. Yang menggerakkan syarikat ini sepenuhnya ialah Eiyril, dengan alasan untuk menaikkan syarikatnya.
Dan, sememangnya betul. Permainan yang Eiyril katakan, dia sudah mulakan. Dari awal lagi...
***
Rose masih berbaring di dada Eiyril. Seakan perasaan rindu itu sudah terbayar.
"Saya rasa kita perlu kerja. Dah lama rasanya kita duduk diam, tak buat apa-apa" kata Rose.
Eiyril hanya ketawa, "yelah.. dah, jom kita mula. Anyway, Hana. Get ready yourself sebab kita dah ada projek baharu. " Kata Eiyril.
Rose sudah gembira dengan perkhabaran berita daripada Eiyril.
***
"Assalamualaikum, mak cik.." sopan Eiyril. Mak Khairil datang bersama anaknya, Airil.
"Anak ayah. Meh duduk dekat ayah" kata Eiyril dan terus memeluk dan mencium anaknya. Tiga tahun dia terlepas melihat pembesaran anaknya di depan matanya.
Dan, anaknya seperti tahu bahawa di hadapannya ialah ayah yang sebenar.
"Mak cik nak minta maaf, memang besar salah Khai kepada keluarga kamu menyebabkan kamu semua berpisah. Tapi, nak Eiyril kena ingat. Hati mak mana yang sanggup tengok anaknya menderita" kata mak Khai.
"Saya bukan nak mencelah mak cik, tapi, mak cik fikirlah.. saya terpisah dengan isteri dan anak saya, disebabkan perbuatan daripada anak mak cik.. dan mak cik sokong dia. Sepenuhnya" kata Eiyril.
"Maafkan mak cik sekali lagi, nak Eiyril. Mak cik tahu perkara ini salah.." kata Mak Khai.
"Saya nak dengar cerita.. apa yang sebenarnya dah terjadi kepada Khai.. dan apa yang terjadi kepada isteri saya, tiga tahun lepas.
Dan, mak Khai menceritakan semuanya kepada Eiyril.
***
Eiyril bertandang ke rumah Erul. "Macam mana Erul. Semua dah beres kan?" Soal Eiyril.
"Okay je.. baguslah tu, syarikat yang kau usahakan sekarang bergabung. Dan, semoga kita dapat jumpakan Sandra, Hani dengan Hana. Mana tahu dia dapat ingat" kata Erul.
"Aku jumpa Mak Khai tadi.." kata Eiyril, perlahan. Erul menantikan cerita selanjutnya.
"Apa yang aku boleh rumuskan, kedua-dua kami ada persamaan.. di mana novel Hana yang membuatkan kami bangkit. Dan, perbezaannya ialah.. aku bertuah dapat Hana dan dia hanya hidup dengan bayang-bayang Hana.. sehingga sekarang" kata Eiyril.
Erul hanya diam.. "apa rancangan kau, Eiyril?" Eiyril hanya tersenyum, "tunggu dan lihat.."
Share this novel