Get the app for full experience
Rose gembira hari ni berjumpa dengan kakak kandungnya. Agak lama dia melepaskan rindu. Dan, akhirnya malam baru mereka sampai di hotel.
"Abang.. boleh saya panggil awak, Abang" kata Rose. Eiyril sudah tersenyum, "dah lama Abang menantikan panggilan tu Hana.." kata Eiyril.
"Abang... Saya nak jual syer saya di syarikat Khai dekat Abang.." kata Rose.
Eiyril terkejut, "kenapa?" Soal Eiyril. Rose mengambil beg tangannya dan menyerahkan kertas yang dia sudah sedia dari dulu lagi semenjak dia mengetahui bahawa dia mempunyai syer sebanyak 20% di syarikat Khai.
"Kalau-kalau ada apa-apa. Setidak-tidaknya saya bersedia.." kata Rose, tenang.
"Bersedia apa? Abang tak faham.." kata Eiyril, semakin pelik. "Sikit lagi Abang, Abang akan faham." Senyum Rose.
Dan, entah kenapa Eiyril merasakan bahawa di hadapannya ini seperti sikap Hana yang lama, yang penuh dengan kejutan.
***
"Maafkan saya mak cik, Puan Hana yang suruh saya ambil Airil ni" kata Aulia.
Mak Khai sudah menganggukkan kepalanya, "bagus lah tu nak. Mak Cik pun takut.." kata Mak Khai yang gusar dengan keselamatan anak Rose setelah mendapat tahu bahawa anaknya ingin menceraikan suami dan isteri tersebut.
Dan, dia tahu.. anak ini akan menjadi mangsa. "Jangan risau mak cik.. mak cik jaga diri ye. Saya pergi dulu" kata Aulia.
***
"Ye.. saya dapat mesej daripada Puan Hana, dia dah jual syer itu dan dia suruh saya bawa anak Puan ke tempat Puan Sandra.." kata Aulia.
"Ye betul.. terima kasih Aulia. Kita jumpa nanti" kata Datin Layla.
Sandra masih terdiam duduk di kerusi. Dia terkejut dengan berita ini, rupanya Hana tidak pernah hilang ingatan namun terpaksa berlakon untuk menamatkan semuanya.
"Maafkan Mama, Sandra.." kata Datin Layla. "Maksudnya, selama ini Mama tahu, Hana di mana.. kenapa tak bagitahu kami, kenapa tak bagitahu suami Hana.. Mama tahu kan risikonya, Eiyril akan benci Mama.. " kata Sandra.
"Mama buat ni untuk mereka. Dan, Mama yakin Eiyril akan faham.." kata Datin Layla.
***
Hana hanya merenung muka suaminya yang nyenyak tidur. "Kalau Abang dah tahu kebenarannya, tolong jangan benci Hana.. " kata Hana lantas mencium pipi suaminya dan memeluk suaminya.