Hana hanya diam.. buntu dia memikirkan siapakah peminat ini. Dia cuba sedaya upaya mengingati kembali siapakah lagi peminat rahsianya ini? Dan, sekarang... Dia dilarang untuk ke pejabat hanya kerana perkara ini.
Hana hanya mengeluh perlahan. Dia turun ke bawah untuk mencari apa yang boleh dia lakukan untuk membunuh kebosanannya pada hari ini.
"Apa kahbar Puan?" Kata dua suara, yang seperti dia kenali. Dan, dia terkejut melihat dua insan ini. Dia begitu gembira melihat kembali insan ini.
***
"Siapa dia? Jumpa dengan aku, Siap" kata Eiyril sambil membuang nota yang dia dapat pada awal pagi, di atas meja isterinya. Nasib baik hari ini dia menegah agar Hana tidak ke pejabat.
Erul mengutip kertas tersebut dan membaca nota itu, "Kau ingat, kau dah dapat Hana? Hana, aku punya. Aku lebih dahulu kenal dia berbanding kau!" Baca Erul.
"Ikut daripada nota ni, dia dah lama kenal Hana.. Maksudnya sekarang, Hana kena ingat.. siapa lagi yang suka baca novel dia.." kata Erul.
"Masalahnya, Hana manalah nak tahu, siapa lagi yang membeli novel Hana.." kata Eiyril, sememangnya dia buntu. Tersangatlah buntu..
"Dah, yang penting... Isteri kau selama dekat rumah tu, kan ada dua orang tu.." kata Erul. Apabila dia menceritakan perkara ini kepada Sandra, dia juga risau dengan keselamatan sahabat baiknya itu.
Eiyril mengurut pelipis dahinya. Sangat sakit kepalanya memikirkan keselamatan isterinya. "Aku dapat je siapa orang ni, nahas dia. Berani-berani dia ugut aku.." marah Eiyril.
***
Hana gembira berjumpa kembali Abang Fikree dan Tina. Seperti dahulu, ketika di mana dia masih dalam kurungan Eiyril.
"Tuan suruh kami datang. Jaga Puan" senyum Tina. Fikree sudah berada di luar rumah. Kerana, dia menghormati Hana sebagai isteri Tuannya. Dan, dia memerhati keadaan di luar rumah.
"Terima kasih Tina. Saya taklah bosan. Ahh, apakata.. hari ni kita masak nak? " Ajak Hana.
Fikree yang ketika itu sedang memerhatikan kawasan luar pelik melihat sebuah kereta hitam yang berparkir agak jauh daripada rumah.
Lama dia memerhatikan kereta itu sehingga kereta itu beransur pergi. Fikree masih lagi memerhatikan keadaan sekeliling.
***
"Owh.. ada bodyguard? Ingat aku takut? Selagi korang tak kenal aku siapa, aku boleh buat apa aku suka.. dan, yang pastinya.. Hana yang dah lama aku tunggu.. akan jadi milik aku" kata lelaki itu, senyum... Sambil membetulkan hoodienya.
***
"Farisya.. mana Ikram dengan Fahmi?" Soal Erul. Farisya yang sedang meneliti fail memikirkan di mana kedua lelaki itu.
"Ikram? Hemm... Hari ni dia memang cuti Rul, kalau Fahmi.. macam biasalah, mak dia kan tak berapa sihat. So, dia dah diberikan kebenaran oleh Eiyril untuk balik" terang Farisya.
"Owh... Okay. Jangan lupa.. meeting petang ni" senyum Erul. Farisya menggangukkan kepalanya.
Erul meninggalkan bilik tersebut namun tiba-tiba sesuatu terlintas di fikirannya. "Semua ini berlaku semenjak Hana masuk office? Aku yakin peminat Hana adalah salah seorang pekerja dalam pejabat ni.. " kata Erul.
Dia terus mendaki tangga untuk memberitahu perkara ini kepada Eiyril. Dia yakin itu..
***
"Aku setuju.. Semenjak Hana masuk ke pejabat... Perkara ini dah mula. Maksudnya, orang tu bekerja dalam pejabat ni. Kan?" Soal Eiyril.
"A ah Ril. Tapi, tulah . Kita pun tak tahu siapa.. tak kan nak main tuduh-tuduh pula. " Kata Erul.
Eiyril hanya terdiam. Dan, yang bodohnya apabila orang itu sudah tentunya mengetahui Hana ialah isterinya dan sekaligus kelemahannya.
"Siapa orang tu Erul?" Soal Eiyril. Erul hanya berfikir lagi. "Setakat ni, tu je yang aku dapat fikirkan Ril. Maaf.." kata Erul.
Eiyril hanya diam..
Esok tak update tau.. stay tuned :)
Share this novel