Mesyuarat diadakan di antara dua syarikat. Dan, di situlah Erul bertemu kembali dengan orang kepercayaannya sekaligus orang yang mengkhianati mereka.
Erul hanya memberikan senyuman sinis kepada Fahmi@Khairil, "lama tak jumpa kan. Dah terjumpa, rupanya situasi tetap sama.. sentiasa akan berada di bawah. Walaupun ketua syarikat" sindir Erul.
Khairil ketika hanya menahan rasa di hatinya.. namun, apa lagi yang dia boleh lakukan. Modal daripada Eiyril yang menghidupkan syarikatnya.
Rose ketika itu datang bersama Eiyril, "Erul.. semua dah ready kan" soal Eiyril. Namun, Erul tidak menjawab persoalan daripada sepupunya. Dia masih ralit melihat Hana yang berada di sebelah Eiyril.
"Ahh.. ni aku nak kenalkan. Hana... Hana, ni Erul." Kata Eiyril, tersenyum melihat tindak balas Erul.
"Awak lain daripada yang lain, Hana.." kata Erul. Rose sudah tersentak. Maksudnya, orang di hadapannya sekarang ini mengenali dirinya.
"Err... Encik Erul kenal saya ke?" Soal Rose. Erul ketawa dan menyambung kata-katanya, "saya sepupu suami awak, dan saya juga suami kawan baik awak, Sandra.. mungkin dia tak sabar nak jumpa kawan baik dia ni.." kata Erul.
Rose terhenyak lagi, "dia ada kawan baik?" Soal Rose dalam hati. "Erul.. dah tu, take it easy.. don't pressure. Silakan duduk Hana.." kata Eiyril.
Rose duduk di antara Khai dan Eiyril. Dan, Erul hanya tersenyum menyaksikan apa yang berlaku di hadapannya. Betul, apa yang dikatakan oleh Eiyril. Eiyril dapat Hana, namun Khai sampai sekarang masih dapat bayang Hana.
"Baik.. sebelum itu, saya mengucapkan selamat datang kepada syarikat Nusa.Co yang diketuai oleh Encik Khairil kita. Pada hari ni, memandangkan syarikat kita bekerjasama. Jadi, bagi projek mega ni juga kita akan bekerjasama. " Kata Erul.
"Dan, misal katalah kan. Ada orang tu nak sabotaj projek ni. Saya tak perlu risau.. kalau dia sabotaj projek ni. Saya tak rugi apa pun. Malahan, syarikat dia yang menanggung rugi" kata Erul, tepat memandang Khairil.
"Ada saya cakap saya nak sabotaj projek?" Soal Khairil. Erul sudah terketawa, "eh... terasa ke? Saya cuma bagi perumpamaan.." kata Erul.
"Rul.. dah tu. Teruskan.." arah Eiyril. Erul sudah ketawa, "sorry bos.." kata Erul.
***
Setelah mesyuarat habis, Khairil sudah buntu. Kenapa perlu Rose yang akan ke tapak projek, dan dia hanya diarahkan untuk bertugas di pejabat.
Segala perancangannya selama tiga tahun ni akan musnah dalam sekelip mata.
"Kenapa saya kena stay dengan syarikat Eiyril. Awak tak bincang pun perkara ni dengan saya.." kata Khairil. Sedikit marah.
"Perlu ke aku nak bincang, sedangkan aku yang dapatkan projek ni untuk syarikat kau. Kau tak pandai bersyukur ke apa?" Soal Eiyril.
Khairil sudah menggengam penumbuknya. Dia seakan boneka di syarikat miliknya sendiri. Apa yang terjadi sebenarnya dia juga kurang mengerti.
***
"Encik Erul.." sapa Rose. Erul sudah tersenyum, "ye Hana.. " kata Erul. Dia gembira melihat kembali kesayangan sepupunya. Teringat apabila setahun Eiyril cuba bangkit dan hampir gila kehilangan isteri sendiri bersama anaknya yang dikandungnya.
"Hana sihat?" Soal Erul. Rose hanya tersenyum melihat Erul, "err.. maaf kalau saya nak bertanya, boleh tak ceritakan dengan saya, macam mana saya boleh kahwin dengan suami saya sekarang.." tanya Rose.
Erul sudah tersenyum, "dah ready ke nak dengar ... " Kata Erul. Ketika itu hanya mereka berdua sahaja di situ. Rose sudah menganggukkan kepalanya, "saya dah sedia.." kata Rose.
Erul mulai bercerita... Bagaimana Hana diculik oleh Eiyril dan bagaimana dia boleh berkhawin dengan Eiyril.
***
"Jadi.. betul lah, Encik Eiyril tak tinggalkan saya demi perempuan lain?" Soal Rose, setelah mendapat tahu kebenarannya.
"Eiyril nak tinggalkan Hana.. dia gilakan Hana.. dia obses dengan Hana. Dia cintakan Hana. Kenapa perlu dia mencari perempuan lain?" Soal Erul.
Rose sudah terdiam, "mungkin Hana masih keliru. You what, takes time.. to knowing yourself. Nanti, ada masa.. kita jumpa Sandra dengan Hani ye.." kata Erul.
"Siapa Hani?" Soal Rose. "Kakak Hana.. " jawab Erul.
Rose sudah gembira. Ternyata betul... Dia ada seorang kakak. Persis dengan apa yang dibacanya dalam novel tersebut.
Rose sudah berfikir, "boleh saya nak jumpa dengan Sandra dan kak Hani?" Soal Rose.
"Rose... Jom balik!" Laung Khai. Erul sudah mengelengkan kepalanya. "Kenapa masih tinggal dengan Khairil, Hana.. Hana isteri Eiyril, sepatutnya Hana tinggal dengan Eiyril. Bukannya Khairil. "Nasihat Erul.
Belum sempat Rose membuka mulutnya, dia ditarik oleh Khairil. "Jangan percaya cakap lelaki ni, Rose. Dia dengan sepupu dia sama je. Tipu Rose. Jom balik.. Rose" kata Khairil.
"Kebenaran akan terbongkar, Khai... " Kata Erul.
Esok Killa tak update ye :)
Share this novel