Get the app for full experience
Eiyril diam sambil memerhati orang yang lalu lalang di hadapannya. Dia masih terfikirkan Hana. Adakah perlu dia mendengar cerita Hana. Kerana dirasakan banyak yang dipendam oleh gadis itu.
"Woii.. rindu Hana ke tu?" soal Erul. Dia datang selepas dihubungi oleh Eiyril untuk menemannya makan. Eiyril hanya diam. Riak wajahnya yang serius menyebabkan Erul tidak berani menganggunya. Dia yakin kini, Eiyril sedang memikirkan sesuatu.
"What is going on, in your mind, Ril?" soal Erul. Eiyril menarik nafas dan menghembuskan perlahan. "Do you think, i need help Hana?" soal Eiyril. Erul diam memikirkan permintaan Eiyril.
"Kenapa dengan Hana?" soal Erul. Eiyril membalas , "she seems sad. Sedih" kata Eiyril. Erul tersenyum, sejak bila seorang mat bengis memikirkan perasaan orang lain, selalunya Eiyril tidak akan bertindak sedemikian rupa kecuali...
Kecuali... kalau dia sudah mulai sayang dengan perempuan itu, seperti kejadian dulu.
"Hana banyak bantu kau Eiyril. Penulisan dia yang banyak bantu kau bangkit daripada kisah silam kau. Apakata kau buat yang sama dengan dia. Balas balik semua jasa dia" kata Erul.
Eiyril diam. Memikirkannya.
"Tapi, aku takut Rul. Aku takut jadi macam dulu" kata Eiyril. Faham lah Erul. Eiyril takut jadi macam dulu.
*******
"Terima kasih Eiyril. Tapi, aku tak boleh khawin dengan kau" kata Lynda.
"Why Lyn.. Why? I love you Lyn" kata Eiyril. Selepas episod keluargnya meninggalkan dia, tunangnya juga meninggalkan dia. Kerana harta. Sedangkan dia tidak tahu Eiyril bakal mewarisi perusahaan penerbitan.
"No... you are not for me, Ril. Try to understand!" kata Lynda.
Dan tulah penyebab Eiyril menjadi begini. Dia bengis sama orang lain. Dua kali dikecewakan dalam hidup nya. Dan, hanya novel Hana yang dapat membangkitkan semangatnya.
*******
"You should open your heart Eiyril. Try to love again" kata Erul. Eiyril diam.
"Tapi, Hana benci aku" kata Eiyril. Erul hanya diam. Namun doanya tak pernah putus untuk dua orang ini. Dua-dua ada cerita mereka sendiri. Dan, mereka melengkapi antara satu sama lain. Erul percaya itu.