Khai menerima panggilan daripada Rose mengatakan bahawa dia akan tidur di hotel berdekatan kerana Rose akan berjumpa dengan kakak kandungnya, Hani.
"Semua rancangan aku sia-sia. Apa lagi aku nak buat?" Soal Khai. Pintu diketuk dari arah luar.. "masuk.." laung Khai.
"Maaf Encik Khai. Datin nak jumpa Encik Khai." Kata pekerja mereka. Datin Layla tersenyum manis. "Apa khabar Khai? Macam mana ... Semua okay? Berjalan lancar kan. Tak salah kan saya memilih Eiyril untuk membangunkan syarikat kita?" Kata Datin Layla, bermanis muka. Takut Khai menyedari rancangannya selama ni.
"Semua okay Datin. Err, Datin.. Datin dengan Tuan Eiyril ada kaitan ke?" Soal Khai. Datin Layla hanya diam. Status dia mak saudara kepada Eiyril terpaksa dirahsiakan.
"Kenapa awak tanya saya Khai? Saya cuma kenal dia sebagai tokoh perniagaan untuk menaikkan syarikat kita." Kata Datin Layla.
"Maaf Datin. Saya tak ada niat pun. Harap projek ni berjalan lancar" kata Khai, takut dia insan di hadapan ini menarik modal untuk syarikatnya.
Bak kata Erul, syarikatnya yang menanggung rugi.
***
"Jual syer dekat syarikat Khai kepada Eiyril. Ini arahan daripada Datin" kata mesej tersebut.
Hana hanya diam memerhatikan Eiyril di sebelahnya memandu tenang untuk berjumpa Kak Hani dan Abang Mi
"Maafkan Hana, Abang" bisik hati Hana.
***
(Imbas Kembali)
"Datin.. ada pesakit dekat hospital ni, nama dia Hana Roselyn.. " kata Doktor tersebut.
Datin Layla sudah terkejut, akhirnya dia menjumpai juga Hana. Tiada siapa pun tahu perjumpaan di antara mereka bertiga.
Datin, Hana, dan Aulia. Pada mulanya, Hana tidak bersetuju dengan cadangan Datin Layla namun... untuk memastikan tiada lagi gangguan kepada keluarga mereka. Inilah saranan Datin Layla.
"Aunty.. Hana tak sanggup nak tinggalkan Abang.. Please Aunty.." pujuk Hana.
"Hana.. listen. Kalau betul pun, korang bertemu sekarang. Adakah ini akan mengubah keadaan? Tidak akan Hana. Kalau Hana nak keluarga Hana selamat.. Hana, tolong berkorban." Pesan Datin Layla. Dia lah mastermind dalam rancangan ini.
"Apa salahnya kita serahkan je hal ni kepada polis?" soal Hana. Datin Layla sudah tersenyum, "siapa yang berani kacau keluarga saya, Hana.. saya tak akan lepaskannya. Tiba satu masa nanti, dia akan ditangkap atas kesalahan dia sendiri, Hana... just trust with the plan" kata Datin Layla. Rancangan untuk menjatuhkan Khai atas permainannya sendiri.
"Hana jangan risau. Aulia ada.. cepat atau lambat, korang akan bertemu lagi. Ini janji Aunty" kata Datin Layla.
Dan, akhirnya.. Hana bersetuju dengan rancangan Datin Layla. Terpaksa berlakon untuk menjadi seorang yang hilang ingatan. Demi suaminya dan demi permainan Khai yang dimulakan oleh dia dan akan ditamatkan oleh Hana sendiri.
***
(3 tahun)
"Bagi flyers ni dengan Khai. Cadangkan dengan Khai untuk suruh Hana yang akan pergi ke program itu" kata Datin Layla.
Aulia hanya menurut perintah, "baik Datin.." kata Aulia.
"Aulia rasa siapa yang layak pergi program tu?" Soal Khai. Aulia sudah tersenyum, "apakata Puan Rose, lagipun.. saya yakin dia boleh membawa imej syarikat kita" kata Aulia.
Akhirnya, rancangannya dipersetuju oleh Khai. Hana ketika itu sememangnya menantikan hari ni akan datang, hari di mana dia akan berjumpa semula dengan suaminya.
***
(Imbas Kembali)
(Program..)
"Menipu kalau hatinya tidak berdegup melihat wajah itu, suara itu. Suaminya.. namun, atas rancangan yang tidak boleh gagal menyebabkan dia terpaksa berlakon.
Terpaksa menjadi Rose. Dipeluk oleh suaminya, dia menangis. Dia merindukan suaminya, sangat.
***
"Hai Kak Hani.." sapa Rose. Kak Hani sudah menangis teresak-esak di bahu Hana.
"Adik kakak.. " tangis Hani. Khuzaimi dan Eiyril hanya membiarkan mereka melepaskan rindu. Dua adik-beradik yang terpisah lamanya, namun berkat perpisahan mereka. Eiyril juga dapat berbaik dengan Khuzaimi.
***
"Mak.. tolong saya, kita pisahkan mereka ye Mak.." pujuk Khai melalui telefon. Mak Khai sudah menggengam erat telefon tersebut. Hati ibu mana yang tidak luluh mendengar rintihan sang anak.. namun, tidak kali ni. Dia tidak mahu ada yang berpisah lagi.
Selayaknya, tempat Hana di sisi suaminya.. cukup tiga tahun penderitaan Eiyril dan Hana.
Share this novel