Bab 68 - Tiga Tahun

Romance Completed 92034

Setelah tiga tahun Hana tidak dijumpai. Dia yakin yang namanya jodoh dan takdir akan bertemu jua. Setahun, dia hampir gila merana kerana Hana tiada di sisinya.

Dia hanya hidup dengan gambar dan novel isterinya. Namun, daripada kehilangan Hana. Dia kini rapat dengan Hani dan Khuzaimi. Iparnya itu sentiasa memberikan kekuatan kepada dirinya. Dan, anak buah mereka yang sentiasa menceriakan harinya. Panggilan telefon berbunyi, abang iparnya yang menghubunginya.

"Hello.. ye Abang Khuzaimi. Ye, saya tahu.. hari jadi si kembar tu. Hahha.. okay bang, nanti saya bawakan hadiah untuk mereka." Kata Eiyril.

Eiyril mematikan panggilan dan mengusap gambar Hana di bingkai. "Hana dekat mana sayang... Anak kita sihat tak? Mesti anak kita sekarang umur tiga tahun kan.. Abang percaya, kita akan bertemu kembali sayang.. Cepat atau lambat" kata Eiyril.
***

Ketukan di pintu kedengaran, laungan masuk dilaungkan dari arah dalam bilik.

"Abang Khai.. ni Rose nak tanya, betul ke kita akan ke luar negara untuk program ni?" Soal Rose.

Khai sudah tersenyum, "bukan kita ye.. Rose je.." kata Khai. "Alah.. jangan lah macam tu. Seminggu kut program ni berlangsung. Takkan Rose nak tinggalkan anak Rose?" Rajuk Rose.

"Apa yang Rose nak risaukan. Kan ada mak, ada Abang Khai boleh jaga anak Rose.." kata Khai.

"Eee.. dah lah seminggu pula tu. Hurm.. kesian anak Rose. Okay lah, make sure abang jaga anak Rose elok-elok. Kalau tak, nahas Abang.. " kata Rose.

Khai hanya tersenyum melihat Rose. Kejadian tiga tahun lalu masih tersimpan di dalam memorinya. Hanya orang yang berada dalam rumah mengetahui cerita ini.
***

"Maafkan mak cik nak, cucu mak cik tak sengaja" kata seorang mak cik apabila anak kecil melanggar Eiyril yang sedang mencari hadiah untuk anak buahnya.

Comel dirasakan anak kecil ini dan terus memeluknya. Entah kenapa dia perasaannya ingin memeluk anak di hadapannya ini.

"Tak pe Mak Cik. Siapa nama cucu anak mak cik, berapa umur dia?" Soal Eiyril.

"Nama dia Airil Elfian. Kami selalu panggil dia Airil je. Umur dia tiga tahun." Kata Mak Cik tersebut.

"Eh.. serupa nama pak cik. Nama pak cik pun ada Elfian belakang. Macam nilah, pak cik belanja toys ye. Okay?" Soal Eiyril. Entah kenapa hatinya gembira memeluk anak ini.
***

"Mak.. anak Rose ada susahkan mak ke tadi? Airil ada susahkan nenek ke tadi?" Soal Rose.

Airil hanya mengelengkan kepalanya. "Ni tengok, toys." Kata Airil.

"Nenek belikan ye?"soal Rose. "Taklah, ada orang belanja tadi."kata Mak.

"Mak, minggu depan Rose ke oversea. Jagakan Airil ye. Airil, dengar cakap nenek tau. Kalau Uncle Khai buli Airil, bagitahu mak ye.." kata Rose.

Khai hanya ketawa, "takkan lah Abang Khai nak buli anak buah Abang Khai pula." Kata Khai mengusap rambut anak Rose.
***

Setelah dia habis pergi ke rumah Hani dan Khuzaimi. Dia menuju ke rumah Erul. Ada hal yang ingin dibincangkan.

"Assalamualaikum.." kata Eiyril. "Walaikumsalam. Ahh, Ril. Sampai juga kau ye. " Kata Erul.

"Yelah.. jadi, siapa yang akan pergi ke program tu. Kau ke aku?" Soal Eiyril.

Erul hanya tersenyum memandang Sandra dan anak mereka. "Aku ada komitmen lah. Kau lah pergi, okay? Boleh tak.. sorry." Kata Erul.

"Boleh je.. tak da masalah.. " kata Eiyril. Selepas dia lama bercerita di rumah Erul. Dia balik ke rumahnya.

Dia mandi terlebih dahulu dan terus menukar pakaian. Gambar Hana masih diletakkan di sebelah bantalnya.

"Abang berdoa.. walau di mana sahaja Hana berada, semoga Hana dan anak kita sentiasa selamat.." kata Eiyril.
***

Dia bermimpi seorang sosok tubuh lelaki yang membelakanginya. "Hana.." lelaki itu memanggilnya Dia terbangun daripada mimpinya.

Semenjak tiga tahun, wajah itu sahaja yang dimimpinya. Entah siapa dia sebenarnya.

Dia menuju ke arah anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dia mencium dengan penuh kasih anaknya.

Suaminya sudah lama meninggalkan mereka. Hanya Abang Khai dan mak sahaja yang ada di saat dia memerlukan sokongan. Menurut cerita, suami meninggalkan mereka ketika dia masih mengandungkan anaknya sekarang disebabkan bekas suaminya ada perempuan lain.

Dia sebenarnya baru sedar dari koma akibat dia dilanggar oleh kereta. Dan, nasib baik menyebelahinya apabila adanya Mak dan Abang Khai di sisinya.

Namun, siapakah suaminya.. dia tidak pernah mengingati raut wajah suaminya atau ayah kepada anaknya ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience