Erul sememangnya terkejut mendengarkan apa yang baru sahaja disampaikan oleh mamanya.
"Ma... Tiga tahun, ma.. tiga tahun Eiyril terseksa. Why ma?" Soal Erul. Dan, dia sememangnya tidak memahami apa yang difikirkan oleh mamanya. Memisahkan suami isteri tersebut.
Sandra memujuk suaminya, "Abang.. kalau kita pun berada di tempat mereka, Sandra pun akan lakukan hal yang sama seperti Hana buat sekarang. Tolong faham Mama.. " pujuk Sandra.
"Sandra memang faham. Tapi, Eiyril? Dia akan rasa dia seperti ditipu hidup-hidup. Mama tahu tak?" Sedikit ternaik suara Erul.
"Mama yakin dia akan faham Erul. Sekarang, buat seperti takda apa yang berlaku. Faham" arah Mamanya.
***
Hana menghubungi Datin Layla, "anak saya dah selamat. Baik, kirim salam dengan Sandra dan Erul." Kata Hana.
Eiyril mendekati Hana. "Hana call siapa tu?" Soal Eiyril. Hana hanya tersenyum, "abang.. kalau ada apa-apa berlaku, tolong jaga anak kita ye." Kata Hana.
Eiyril sudah terkejut, "apa Hana cakap ni?" Soal Eiyril. Hana hanya tersenyum, "takdelah.. dah jom balik. Urusan dekat sini dah habis kan?" Soal Hana.
Eiyril menganggukkan kepalanya.
***
Khai menerima pesanan ringkas daripada Hana untuk mereka berjumpa di pejabat.
"Ini je peluang yang aku ada. Hana tetap aku punya, walau apa pun yang berlaku ." Kata Khai, dia merancangkan sesuatu agar tiada siapa akan memisahkan mereka lagi.
***
Sepanjang perjalanan Hana hanya mengenggam tangan suaminya.
"You know Abang, tetiba saya rasa nak peluk je Abang tau" kata Hana, gembira.
"Peluk je lah.." sengih Eiyril. Hana terus memeluknya, sedikit air mata mengalir di pipinya.
"Hana janji, Hana akan tamatkan semua ini. Permainan Khai dah tamat." Kata Hana. Dia takut dengan kemungkinan selepas ini.
***
"Hana pergi office dulu ye. Ada nak ambil kijap. Selepas ni, Hana balik rumah Mak" kata Hana. Sedikit pelik Eiyril apabila Hana membahaskan dirinya sebagai Hana.
"Abang.. boleh tak selepas ni.. abang janji dengan Hana, kita pergi tengok bilik kegemaran Abang?" Soal Hana.
Eiyril sudah tersenyum, "janji dengan Abang.. tinggal dengan Abang ye." Kata Eiyril.
Entah, dia tidak sedap hati dari semalam lagi melihatkan perangai Hana yang lain daripada yang lain.
Eiyril tenang meninggalkan Hana di depan bangunan dan sempat melihat Hana dari cermin sisi keretanya.
***
"Saya akan tamatkan semuanya, Aunty.." ringkas pesanan mesej Hana.
"Hello Aulia. Sekarang!" Kata Datin Layla. Aulia terus memecut keretanya pergi ke syarikat Khai.
***
Hana masuk ke bilik Khai dan melihat Mak Khai diikat tangan dan mulutnya.
"Mak... " Jerit Hana. Dia terkejut melihat Mak Khai diperlakukan sebegini rupa.
"Abang Khai.. kenapa buat Mak macam ni?" Jerkah Hana. Khai sudah ketawa.
"Sebab... Abang nak Rose pilih. Kalau nak Mak selamat, ceraikan Eiyril dan kembali semula kepada Abang.." kata Khai.
"Bodoh! Kau ingat aku nak kau ke ahh?" Jerit Hana. "Aku yang jaga kau Rose.. kau tak bersyukur lagi ke?" Soal Khai.
"Kau bukannya jaga aku Khai. Kau culik aku, waktu aku mengandung lagi tu.." jerit Hana. Khai sudah terkejut, "kenapa.. kau ingat selama ni aku hilang ingatan? Tak! Aku tak hilang ingatan.. aku cuma berlakon. Dan, sekarang.. kau dah kalah dalam permainan kau sendiri Khai." Jerit Hana.
Khai sudah terkejut seraya ketawa kuat. Dia mengambil sesuatu daripada laci mejanya dan menghalakan kepada Hana.
"Kau tak guna! Aku sayangkan kau, kenapa kau tipu aku.. " jerit Khai.
"Dan, sekarang kau nak bunuh aku, kau bunuh lah. Sebab aku akan puas bila kau akan ke penjara nanti.." kata Hana.
"Dan, aku tak akan izinkan kau bunuh dia. Sebab aku yang akan bunuh dia kalau aku nak" kata satu suara yang keras.
Hana sedikit gerun dan adakah dia mendengar semuanya dan melihatkan pandangan mata.. dia tahu, dia akan dibenci oleh orang yang disayangi dan cintai.
Alamakkk.. alamak... tunggu next chapter tau. hari Jumaat. Killa nak rest dulu.. :)
Share this novel