"Sandra ni kenapa? Dari tadi, muka berkerut je. Honey belum tua lagi. Apa yang sayang fikirkan ni?" Soal Erul.
Sandra mengeluh, "Abang.. Abang tahukan Sandra sayangkan Hana sangat... Tapi, Sandra takut.. bilamana Hana jumpa balik dengan Kak Hani" kata Sandra. Erul sudah tersenyum.
"Sayang.. saya yakin Hani dah berubah. Lagipun, tengok tadi.. mereka happy bila dah jumpa balik. Dan, ingat... Hana yang putuskan semuanya. Dah lah, tak usah fikirkan. Selagi Eiyril tu masih suami Hana, mesti Eiyril akan melindungi isterinya daripada disakiti lagi." Kata Erul.
Sandra hanya diam. Erul menggengam tangannya dan memandang wajahnya. " Baik Sandra get ready minggu depan. Okay. Jangan fikirkan sangat." Kata Erul. Sandra melentokkan kepalanya di bahu suaminya.
Terlayar kembali bagaimana sepupunya yang sudah siap melakukan apa sahaja oleh Hani, namun .. sepupunya diputuskan oleh Hani ketika Hani mengetahui bahawa sepupunya tidak berapa berada.
Sandra hanya mengeluh, dia risaukan sahabat baiknya. Hana yang baru sahaja ingin mengecapi rasa bahagia bersama suaminya. Tapi, dia tahu... Eiyril tidak akan membiarkan apa-apa terjadi kepada Hana. Dia tahu persis itu.
"Abang.. dekat office hari tu macam mana? Hana boleh tak sesuaikan diri dia?" soal Sandra.
"Boleh. tapi, tulah.. sayang nak tahu, Eiyril dah tak bagitahu Abang masuk bilik dia." rajuk Erul. Sandra sudah terketawa, "abang ada buat salah ke?" soal Sandra.
Erul sudah ketawa, "abang tercakap yang Eiyril dah khawin dengan budak satu office abang. Tulah, kena denda sekarang.." kata Erul. Sandra sudah tersenyum.. "tulah, lain kali nakal lagi. Dah, jom lah masuk.. sejuk dah ni" kata Sandra.
***
"Terima kasih sebab ada dengan saya Abang.." kata Hana. Eiyril hanya tersenyum.
"Abang sentiasa bersama sayang. Jangan risau. Dah, ready untuk minggu depan ye. Hana dengan Sandra" arah Eiyril.
"Baik Abang.." senyum Hana. Hana masih berfikir untuk menghubungi kakaknya. Dia ingin meluangkan masa bersama kakaknya tanpa ada orang lain masuk campur.
"Err.. abang.. boleh tak kalau Hana nak jumpa kak Hani?" Soal Hana. Eiyril sudah mengeluh.
"Boleh .. cuma, janji dengan Abang. Jaga diri." Kata Eiyril. Dia akan memberi Hani peluang demi isterinya. Namun, jika sekali Hani melukai hati isterinya. Dia tidak akan sesekali membiarkan Hani bertemu Hana lagi
"Terima kasih Abang..." Senyum Hana.
***
Hani gembira berjumpa dengan adiknya. Semakin cantik dan lawa adiknya.
Namun, sesekali hatinya ada rasa cemburu kepada adiknya yang memiliki Eiyril. Dia kenal Eiyril seperti apa. Sangat prihatin dan penyayang dengan orang yang dikasihinya.
Teringat Hani apabila dia sakit di universiti, Eiyril sanggup menghantar ubat dan makanan kepada dirinya.
"Bertuah kau adik... Nak-nak lagi kaya Eiyril tu." Gumam Hani. Terlayar semula percintaan dia bersama Eiyril.
"Hani .." laung Khuzaimi. Hani tersentak di tempat duduknya.
"Ya Abang?" Soal Hani. Khuzaimi hanya tersenyum. Faham lah Hani maksud senyuman suaminya itu.
***
"Owhh.. kau rupanya. Tak sabar nak jumpa kau lagi.." senyum seorang lelaki dengan novel Hana di tangannya. Dia tidak sabar bertemu Hana di pejabat.
Share this novel