Bab 47- Makan Malam

Romance Completed 92034

"Jadi, inilah dia isteri Eiyril. Maafkan kesalahan anak buah Aunty ni. " Kata Mama Erul meminta maaf bagi pihak Eiyril.

Hana hanya tersenyum, baginya kisah lalu biarlah berlalu, dia memandang Eiyril yang senyum kepadanya. Jika Eiyril seorang suami yang baik dan bertanggungjawab, kenapa perlu kisah lama diungkit lagi.

"Takpe lah Aunty. Hana pun dah lupakan kisah lalu. Kalau asyik nak ingat kisah lalu, macam mana nak cipta masa depan?" Kata Hana, terus tersenyum ke arah suaminya. Eiyril sudah mulai mengenggam tangan Hana di bawah meja.

Sempat dia berbisik ke telinga Hana, "so, kira jadilah kan.. 11 orang anak" usik Eiyril. Terus termerah wajah Hana lantas mencubit paha Eiyril yang kuat mengusiknya.

"Aduh... Sakitlah sayang.." kata Eiyril. Erul dan Sandra hanya ketawa melihat telatah pasangan suami isteri di hadapannya.

"Memang Hana seorang je, yang boleh lembutkan hati kau, bro" gumam hati Erul, lantas mengenggam juga tangan Sandra.

"I am happy for both of them" bisik Sandra. "I know, Honey" kata Erul.

"Ahh.. macam ni Hana.. Aunty dah bagitahu Sandra. Kita ke butik untuk tempah baju sebab dalam tempoh terdekat ni, Aunty ingat nak buat sikit makan-makan, doa selamat sempena sambut menantu. Boleh kan?" Soal Mama Erul.

"Boleh sangat Aunty.. dandan isteri saya lawa-lawa ye" kata Eiyril.

Hana dan Sandra sudah tersenyum.
***

"Terima kasih sebab jemput kami, Aunty.." kata Eiyril lantas menyalam Mama Erul.

"Sama-sama.. jaga Hana, Eiyril.. jadi suami yang baik. Jangan lupa tengok kubur mak dengan ayah juga. " Pesan Mama Erul.

Sedikit sebak Mama Erul melihat Eiyril, namun dia tahu anak buahnya itu seorang yang kuat.

"Sandra.. kita jumpa lagi ye.. Erul, jaga bestie I ni elok-elok ye" pesan Hana.

"Jangan risau. Sandra ini tetap my one and only princess " bisik Erul.

Hana tersenyum melihat mereka berdua. "Hana.. nanti kita jumpa dekat office ye" kata Erul. Hana sudah pelik. "Office? Office mana?" Soal Hana. Namun, belum sempat Erul membuka mulut. "Sayang.. jom balik" kata Eiyril. Hana melambaikan tangannya kepada Sandra dan Erul.
***

"Terima kasih atas semuanya, Hana" kata Eiyril. Hatinya gembira apabila Hana telah melupakan kisah lama.

"Sama-sama. Oh ya, Abang.. kenapa pula Hana kena jumpa Erul dekat Office? Ada apa-apa ke ?" Soal Hana.

Eiyril sudah berdecit geram, "aduh budak tu, tak boleh nak simpan rahsia betul. Mak nenek punya mulut" kata Eiyril.

"Apa dia Abang marahkan Erul ne?" Soal Hana, pelik. "Takda apalah sayang. Anyway, esok boleh ikut Abang pergi pejabat?" Soal Eiyril.

Hana sudah gembira, "boleh . Sangat boleh.. yay, boleh jalan-jalan" girang Hana.

"Kesian isteri Abang ni, mesti bosan dekat rumah. Sorry, esok pergi pejabat Abang ye.. okay?" Kata Eiyril

Hana sudah menganggukkan kepalanya.
***

Sinaran pancaran matahari masuk ke bilik. Hani bangun lalu mengutip pakaianya yang bertaburan di lantai.

Terlihat Khuzaimi masih lena di katil. Hani masuk ke bilik mandi dan menangis semahunya.

"Semoga sahaja Abang berubah kalau betul saya mengandung" kata Hani.

Dia takut apa yang akan terjadi selepas ini terhadap dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience