"Nama Fahmi ni pun tak ada dalam data.." kata penyiasat upahan. Mereka buntu, apa yang mereka harus lakukan sekarang.
"Satu je caranya Ril. Satu je" cadang Erul. "Kita ikut serta main dalam rancangan dia." Kata Erul.
"Maksud kau? Kau nak suruh aku lupakan Hana, kau nak suruh aku ceraikan dia? Kau gila ke apa, ahh?" Soal Eiyril terus menarik kolar baju Erul. Sandra sudah memegang tangan Eiyril untuk melepaskan suaminya.
"Ini je cara yang ada sekarang Ril. Kau nak kita buat macam mana lagi? Semua data dia palsu. Dia lagi bijak dari kita. Seperti yang dia kata. Kalau kau nak tengok balik isteri kau dan anak kau. Lupakan Hana, Ril" lantang suara Erul.
"Kau jangan sampai aku pecahkan muka kau Erul. Kau tak rasa apa yang aku lalui. Aku akan jadi gila kalau Hana takda. Kau faham tak?" Jerit Eiyril.
Aunty Layla menyabarkan kedua-dua sepupu ini. Namun, dia bersetuju dengan cadangan Erul. Semua jalan yang digunakan tidak menemui penyelesaianya.
"Eiyril. Bawa mengucap. Banyakkan berdoa. Lepaskan anak Aunty" kata Aunty Layla. Setelah kedua-duanya duduk dan bertenang.
"Ada betul juga cadangan Erul tu, Ril. Percaya dengan jodoh dan takdir. Kalau sememangnya Hana jodoh Eiyril. Ke mana sahaja kamu berdua dipisahkan, kamu akan bertemu kembali. Ini sahaja jalannya, Ril.." kata Aunty Layla.
Sandra sedikit sedih. Dia tahu bagaimana Eiyril menyayangi isterinya dan bagaimana Hana mencintai Eiyril.
"Sampai bila, Aunty?" Kata Eiyril, masih menangis. "Sampai orang tu penat bermain permainan dia sendiri. Dan, Aunty harap kamu bersabar.. sentiasa bersabar... Hana akan kembali ke sisi kamu." Kata Aunty Layla.
Eiyril sudah menangis. "Hana..."
***
Hana menyorok di balik pintu, dia terpaksa memberanikan dirinya untuk melarikan diri daripada Khairil.
"Sayang..." Seru Khairil. Di saat Khairil melangkah masuk ke dalam bilik. Hana cepat-cepat meloloskan dirinya untuk melarikan diri.
"Hana... Jangan lari" kata Khairil mengejarnya dari arah belakang. Dan, apabila tiba di tangga. Tidak semena-mena Hana tergelincir dan Hana terjatuh di tangga sehingga ke bawah.
Sehingga, kepalanya terkena di bucu dinding.
"Hana...." Jerit Khairil.
Killa update Double Chapter hari ni. Rabu dan Khamis Killa tak update ye. Jumaat baru Killa update. stay tuned readers :)
Share this novel