Bab 59 - Peminat Rahsia

Romance Completed 92034

Eiyril hanya memerhatikan Rini di hadapannya. Manakala, Hana disebelah Eiyril memegang tangan suaminya agar lebih sabar mengawal.kesabarannya.

"Saya dengan rendah diri ingin meminta maaf Tuan Elfian, Puan Hana. " Kata Rini. Eiyril sudah memandangkan pandangannya ke arah lain. Hana sudah melihat perlakuan Eiyril.

"Abang... Ingat janji kita kan? Tak pe Rini.. kami dah maafkan dah pun. Tak payah fikir sangat ye. Buat je kerja macam biasa. " Nasihat Hana.

Rini sudah termalu dengan sikapnya. Padahal Hana seorang yang baik. "Kau ingat, aku tak akan berhentikan kau. Tapi, kalau kau cuba-cuba dekatkan diri kau dengan Hana. Serta-merta aku berhentikan kau. Blah!" Kata Eiyril. Hana hanya mengelengkan kepalanya.

Namun, dia bersyukur.. suaminya tidak memberhentikan Rini.
***
Rini masih menyesali perlakuan kepada Hana. Dia melihat Hana masuk ke pantri. "Puan, nak buat kopi . Saya boleh buatkan untuk Puan?" Soal Rini.

"Ehh.. takpe Rini. Saya buat sendiri. Okay?" Ramah Hana. Rini masih lagi rasa bersalah. Betapa baiknya isteri majikannya ini. Sangat merendah diri.

"Kerja elok-elok ye. Bye Rini" kata Hana meninggalkan dia. Rini melemparkan senyuman kepada Hana.
***
Hana masih meneliti fail yang dijumpainya tempoh hari. Inilah fail itu, fail yang akan membuktikan orang itu bersalah. Dan, dia sangat terkejut bahawa orang itu ialah...
***

Hana naik ke atas dengan menekan butang lif, namun lif terbuka dan perkara pertama dia nampak ialah suaminya, dengan wajah yang risau.

"Oh my god.. Hana.." kata Eiyril terus memeluk isterinya. Erul dibelakang Eiyril sudah mengucapkan syukur.

"Kenapa ni? Ada apa?" Soal Hana, pelik dia..
Eiyril mengenggam tangan sang isteri dan mengajaknya pergi ke pejabat mereka.

Dan, Hana terkejut. Di mejanya... Berlambak novel milik Hana, bunga, dan gambar Hana.

Hana sudah menarik nafas akibat terkejut.. dia terus memandang suaminya.

"Nampaknya... Bukan suami kau je yang obses dengan kau, Hana. Ada orang lain.. Dan, dia dekat pejabat sekarang" kata Erul.

Hana menuju ke mejanya dan melihat nota yang diselitakan di bawah novel Hana... "Hanya kau milik aku seorang.." tulis nota itu.

Eiyril dengan wajah marah dan tidak puas hatinya. "Memang ada kaitan dengan lelaki yang masuk dekat pejabat hari tu" kata Eiyril.

"Dan... Siapa sangka rupanya lelaki itu masuk bilik kau sebab Hana.." kata Erul.
***

"Tu baharu sikit sayang... Tunggu abang ye, Hana.." kata lelaki lalu mencium sekeping gambar milik Hana yang berada di genggaman tangannya.
***

(imbas kembali)

"Maaf... " kata seorang perempuan. Lelaki yang berhoodie tu hanya mengelengkan kepalanya. Dia malu bertatapan dengan gadis itu. Hanya kerana perempuan itu terlanggar dirinya.

Dia mengutip buku gadis itu yang terjatuh dan membacanya. "Awak nak tak? Ini sebenarnya novel keluaran pertama saya. Saya sebenarnya takut takda orang nak beli, memandangkan awak orang pertama, kira rezeki awaklah. Awak cubalah baca ye." ramah Hana.

Lelaki di hadapan ini hanya memandang novel Hana sepi. "Err.. okaylah, saya pergi dulu ye.. " kata Hana sambil tersenyum.. dan lelaki itu hanya melihat wajah Hana yang manis.
***

"Aku tak sabar nak hidup dengan kau, Hana... Dan, akhirnya.. kita bertemu lagi. Abang rindukan sayang.." kata lelaki itu, tersenyum-senyum.

Alah.. siapa lelaki tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience